Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Wednesday, December 30, 2009

Next novel is coming...

Sepatutnya dapat menyudahkan novel baru sebelum hujung tahun tapi,hakikatnya kita kan manusia,hanya mampu merancang... Ceritanya sudah 70% siap... hanya sedikit sahaja untuk menyudahkannya. Yang agak menyedihkan saya,bab 7 berkaitan hospital (dan peristiwanya saya tidak mahu menyatakannya)Dan tibs-tiba saya benar-benar di hospital.. bersama arwah mak... saya terpaksa mengubah lokasi daripada hospital di Ampang kepada Hospital sungai Buloh sahaja.. sedihnya kerana peristiwa yang benar-benar dikarang dalam minda berlaku di depan mata walaupun sakit yang saya 'cipta' dalam novel itu berbeza dengan sakit yang dialami mak.
kematian yang saya bayangkan pun berlaku juga... dan saya akan abadikan buku baru ni kepada ibu saya...

Tuesday, December 22, 2009

A.Samad Said,Warkah Eropah.(Datuk)




* Cover buku dan beberapa catatan di dalamnya.


Buku ini ternyata membuka minda saya. Genius,I have to say that word. Saya seringkali membuat catatan di muka surat pertama apabila membeli buku (seperti yang dipraktikkan bapa saya - tarikh dan peristiwa)kerana selepas beberapa lama,catatan itu akan menjadi memori yang manis untuk dikenang. Biarpun catatannya hanya catatan sadis atau berbunyi bodoh seperti berbunyi,'hari terakhir berjumpa dia' sebab dump him... atau 'jalan-jalan di Pekan Rabu,Alor Setar'... percayalah... catatan itu akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan anda apabila anda baca kembali.

Saya membeli buku ini sudah lama. A. Samad Said (Datuk),Warkah Eropah,cetakan 1991.Keluaran DBP. Catatan yang dituliskan adalah,4 dec 1997,fisit time visit to Kampung Buku with mum and Suhaiza. Suhaiza adalah sepupu saya,ketika itu dia masih belajar dan tinggal bersama kami,di Langkawi. Saya sendiri sudah bekerja dan tinggal di KL. Buku ini umpama travel log yang disertakan gambar,tiket,poskad dan surat yang dihantar kepada keluarga. Saya teringin sekali menulis buku seumpama ini tapi bimbang,tidak akan boleh dijual.

Letih juga mencari buku ini disebalik ratusan buku dalam almari mama dan bapa saya. Nasib baik berada di barisan hadapan rak cermin.

Saya pernah berjumpa Datuk A. Samad Said dalam tren tetapi tidak berani menyapa sebab pada masa itu saya masih hingusan lagi. Harapnya saya akan bertemu lagi Datuk A.Samad lagi,kali ini tentunya meminta beliau menandatangani poskad yang biasanya saya bawa ke hulu-hilir.

Monday, December 21, 2009

Bab 9,petikan 2

BAB 9-EPILOG CINTA

Muka surat 403-407
1
Zaid diberitahu oleh mamanya semalam yang perjumpaan dengan papanya akan diadakan lagi tengah hari ini.Kali ini dia tidak lagi membantah apa sahaja keputusan yang dibuat mamanya.Dia tahu segala rasional keputusan mama untuk bertemu lagi dengan papanya.Seandainya mama mahu kembali bersatu dalam perkahwinan pun,dia akan memberi restu.Sudah lama mama hidup kesepian,biarlah papa diberi ruang bagi memberi mama detik-detik bahagia kembali.
Dia dapat mengagak juga Suraya sudah kembali ke Malaysia.Sms yang dihantar dua hari sebelum ini dibalas dengan mesra melalui panggilan telefon.Terkejut juga mulanya mendengar suara manja Suraya di hujung gagang.Kata Suraya,tiga hari lagi dia akan bertemu dengan Zaid.Terasa juga debarannya untuk bertemu Suraya lagi. Sudah lama tidak bertemu dan berbicara empat mata dengan Suraya.Itulah yang selalu disebut orang, ‘walaupun antara keduanya fizikalnya hanya dekat jaraknya,namun hati terasa begitu jauh,entah apa sebabnya’.Bagaimanapun,terasa lega hatinya mendengar kembali suara Suraya. Dia mengandaikan tiga hari lagi,akan tamatlah kemarau cintanya yang sudah lama berpanjangan.
Dari pagi lagi,Zaid melihat mamanya senyum memanjang. Indahnya cinta.Cinta dapat membuat insan bahagia dan derita.Walaupun sudah lama benar,papa melukakan hati mama,dia tidak menyangka semudah itu mama akan memaafkan papa. Segalanya tidak penting sekarang,asalkan mama senang dan gembira,dia akan berlapang dada menerima papa kembali.
“Mama pasti memang papa Zaid akan datang ke rumah petang ini?”soal Zaid,sekadar memastikan sahaja.
“Ya,mama ada hal nak bincang dengan Zaid,”kenyataan mama agak mendebarkan juga walaupun Zaid dapat mengagak yang mama akan barangkali ‘rujuk’ semula dengan papa.
“Mama dan papa dah berbincang panjang. Papa kata dia mahu jual perniagaannya di Texas.Dia mahu habiskan masa-masa tuanya di sini,”kata-kata penamat mama berakhir di situ.Zaid tidak terkejut,itu sahaja mama? Berkata-kata dalam hatinya sendiri.
“Kalau Zaid kurang senang dengan kenyataan mama selepas ini,beritahulah mama ya. Kita dah lama hidup bersama .Susah senang kita bersama,jadi mama mahu ambil kira juga pendapat Zaid dalam hal ini,”sambung mama.Zaid mendengar penuh minat.
“Ada apa mama?”bertanya,tidak sabar rasanya Zaid mahu mendengar sambungan ayat mamanya.
“Soal papa mahu duduk di Malaysia?”
“Okay ja ma,mama ada lagi soalan?,”tanya Zaid spontan.Dia bagaikan tahu sambungan soalan mama.
“Kalau mama dan papa bersama semula, Zaid setuju tak?”
Zaid sudah menduga soalan mama ini.Dia tenang sahaja.Kalau perkara ini yang akan membahagiakan mama,nampaknya dia tidak perlu membantah,malah sepatutnya merestuinya.
“Ma,apa sahaja,asalkan mama rasa bahagia,Zaid setuju,” Zaid berterus terang dengan mama.Dia mahu mama sedari yang dia ikhlas dalam menerima papa kembali ke dalam hidup mereka.
“Nampaknya nanti mama dan papa kena pergi kursus perkahwinanlah.Satu lagi, sekarang ini semua bakal pengantin kena lalui ujian HIV,”sambung Zaid,sekadar mengusik. Kelakar juga rupa bunyinya.Bayangkan kalau orang separuh usia seperti mama dan papa yang sudah menjengah usia 60-an pun perlu melalui ujian dan kursus seperti ini.
“Jangan kata ujian,atau kursus satu hari,kursus sebulan pun mama akan lalui lagi.”nampaknya mama yakin benar dengan perkahwinan mama kali ini.Zaid juga yakin, papa sudah dapat pengajaran daripada pengalamannya sebelum ini.Papa juga telah menempuh pengalaman pahit setelah berpisah dengan mereka.Jadi,adillah untuk kedua pihak.
Menjelang tengah hari,terdengar salam daripada luar. Papanya sudah tiba. Zaid sendiri yang menjengah keluar dan menyambut papanya masuk ke rumah. Apabila diamati,dilihatnya papanya masih lagi kacak,cuma wajahnya jauh lebih tua daripada kali terakhir Zaid memandangnya pergi daripada rumah mereka. Agak janggal untuk memulakan perbualan setelah lama tidak berbicara.Tetapi melihat wajah mama yang senyumnya berbunga,bagai teratai di tasik,Zaid sangat berlapang dada. Seolah tidak percaya,kemarau hati yang berpanjangan boleh disejukkan dengan hujan yang sehari. Di saat papanya muncul sahaja,mama seolah telah lupa segala keperitan yang dilalui setelah ditinggalkan papa.Dilihatnya,papa berbisik-bisik ke telinga mama,wajah mama serta merta nampak berseri-seri.
“Papa ada berita gembira,” kata mama tiba-tiba.
“Papa telah rujuk kepada jabatan agama,sejak kami berpisah dahulu,papa tak pernah melafazkan cerai.Mama juga tidak pernah meminta fasah,walaupun papa tinggalkannya tanpa nafkah zahir dan batin.Jadi …,”nafas papa nampaknya dilepaskan perlahan. Zaid hanya memasang telinga terus.
“Jadi,kalau tiada tuntutan fasah,penceraian tidak berlaku. Mama selama ini digantung tidak bertali.Ikatan perkahwinan kami masih kekal,”sambung papa tersenyum.Mama nampaknya tersenyum lagi,mungkin lega mendengar penjelasan papa. Ketaatan mama nampaknya berbayar juga,bisik hati kecil Zaid.
“Papa tahu papa mungkin tidak dapat menebus kembali kesalahan yang papa lakukan. Cuma papa harap papa diberikan peluang kedua.Papa tahu,masa papa mungkin sudah singkat di dunia ini.Jadi berilah papa masa merasai bahagia semula,”ucapan papa membuatkan Zaid rasa terharu. Dia tahu papa ikhlas untuk hadir semula dalam kehidupan mereka.
Zaid bangun memeluk papanya.Perkara yang mungkin sudah lama patut dilakukannya.
“Terima kasih kerana menerima papa kembali,”ujar papa Zaid perlahan,tapi penuh bermakna. Nampak gayanya Villa Cintanya perlulah dipercepatkan pembinaanya supaya mama dan papa dapat berduaan di rumah ini semula. Berilah mereka sedikit privacy dalam mengharungi hidup bersama semula.Zaid berharap hari-hari yang akan dilalui akan diharungi dengan secerah,secerah cahaya sang suria pada hari itu.Dan dia tidak sabar bagi menyampaikan cintanya kepada Suraya.Dilihatnya mama membisikkan sesuatu kepada papa,papa hanya tersenyum-senyum sahaja.
“Jadi,Zaid bagaimana,kalau mahu beristeri,elok sangatlah. Papa sendiri akan pinangkan dia untuk Zaid.”Pandai pulak lelaki tua ini mengusik,mentang-mentanglah sudah boleh bersama mama semula.
“On the way papa,nanti kalau nak settle,Zaid akan cakap,”terang Zaid. Dalam mindanya yang menerawang jauh,dia terbayangkan wajah Suraya.

* kemaafan boleh diminta. Papa Zaid berjaya disatukan dengan Suraya,bagaimana pula dengan Zaid dan Suraya?

Membeli belah di Harrods

Petikan bab 2,Haroods,London.. ketika Zaid dan Elle membeli belah di Harrods.. m/s 89-94

“Pagi Zaid!”
“Pagi.”Kujemput dia masuk. Aku biarkan dia di ruang tamu sementara aku membersihkan diri dan bersiap. Kusarungkan sehelai jeans Levis yang baru kubeli semalam dan sehelai kemeja camel berwarna coklat muda.
Apabila aku keluar menuju ke ruang tamu,kulihat dia sudah menghidangkan sarapan pagi kami. The most bored English breakfast,roti bakar,telur hancur dan sosej tersedia di meja kopi.
“ Maaf tak de nasi lemak atau roti canai,”sambil dia tertawa.
Kesian dia. Entah berapa lama tidak pulang ke Malaysia. Di sini makanan yang sama mahal harganya.Lagipun,mana pernah nasi lemak dan roti canai di London sama dengan di Malaysia. Jauh panggang daripada api.
Lama juga tidak menikmati keenakan makan pagi dengan makanan Inggeris yang sedap. Kuajak dia ke Harrods yang terletak di Brumpston Road, Knightbridge,London. Cepat-cepat kami meninggalkan apartmen dengan menuju ke Harrods.
“You tahu tak, Harrods sudah mencapai usia lebih 150 tahun.”
“Really... Harrods is more than 150 years. Wow”. Menakjubkan.
Elle senyum sahaja dengan kenyataanku. Aku masih ingat tentang kami. Kami kerap juga datang ke Harrods ini ketika kami masih menjadi pelajar di universiti,tidak banyak benda yang dibeli. Kalau ada pun yang dibeli pada masa itu hanyalah sebatang pen murah bertulis Harrods.
Aku memandang kepada brosur di tangan. Diceritakan dengan terperinci mengenai sejarah Harrods.Harrods merupakan gedung beli-belah yang amat terkenal di London. Malah gedung ini merupakan satu kemestian untuk membeli belah bagi rakyat Malaysia. Aku ingat kata ibu Eda,kalau dapat beg kertas Harrods pun jadilah.
Gedung yang sudah beroperasi lebih 150 tahun ini merupakan antara gedung beli-belah yang terkenal di United Kingdom,apatah lagi apabila anak tuan punya gedung ini, Dodi al-Fayed pernah dikaitkan dengan Diana,bekas isteri raja England, Charles.
Harrods dibuka pada asalnya oleh Henry Charles Harrods dengan sebuah kedai runcit pada permulaannya. Memandangkan dengan servis perkhidmatannya yang baik, harga jualannya yang murah dan kualiti barangan yang baik,perniagaan barangan runcitnya meningkat maju. Sekarang ini Harrods maju dengan tujuh tingkat bangunan seluas 35 000 kaki didarab 3250 kaki.
Bangunan Harrods menyediakan lebih 60 ruangan kedai untuk fesyen, perfume,make up dan sebagainya. Harodds dibuka setiap hari antara jam 10-6 petang dan Rabu sehingga Jumaat sehigga 7.00 malam.
“Okay, you nak beli apa sebenarnya?”
“Untuk keluarga I,mama,ibu”
“Anak buah, ”jawabku menerangkan padanya.
“Anak buah?”Mimik mukanya menggambarkan dia kehairanan benar dengan penyataanku. Ingat lagi dia rupanya dengan latar belakangku.
“Anak saudara kawan I.”
“Ohh,apa nama dia ya..?”Soalannya agak memeranjatkan aku. Dia kenalkah dengan Lukhman?
“Man..?”
“Lukhman,”aku membetulkan namanya. Baru aku ingat,pernah sekali Lukhman datang ke London pada tahun akhir kami di sini. Dia sudah bertemu dengan Elle.
Elle mengheret aku ke kedai perfume yang menyediakan pelbagai jenama. Bukan sahaja Elle sebagai wanita,aku yang lelaki pun terpesona dengan jualan yang pelbagai.
Mataku memandang-mandang kepada tawaran menarik yang disediakan. YSL minituare Franrances hanya 25 pound. Anais-anais pula dengan hanya 20 pound. Kalau pun didarab dengan nilai Malaysia,harganya masih jauh lebih murah. Aku berminat dengan sejenis perfume baru berjenama Laliqoe Tendre Kiss Gift Set, hanya 35 pound.
Dengan harga semurah ini,pelanggan akan mendapat sebotol perfume 100 ml, cream perfume dan sebuah handbag berwarna ungu yang cantik. Beg berukuran 25 cm tinggi dan 15cm lebar,cantik kalau digayakan bersama baju musim summer yang rata-ratanya dilatari dengan lukisan berbunga indah.
Mata terpandang pula dengan set Cacharel Amot Set, juga menyediakan set hadiah yang sama. Minyak wangiannya 100ml,krim sapuan dan sebuah handbag summer yang cantik. Berlatarkan warna cream,dengan lukisan carnation berwarna orange yang cantik. Di hadapan lorong pula,kelihatan wangian Elizabeth Arden Green Tea. Dengan set yang sama, handbag ala dinner berwarna ungu berkilat,berbentuk bulat dan bertangan emas, wangian Green Tea dan cream. Dengan harga 20 pound,tawaran ini kukira amat menarik. Rambang mata juga kukira dengan tawaran-tawaran yang pelbagai ini.
Kuambil minyak wangi jenama Lalique Tendre,hadiah ini untuk Amirah. Untuk Suraya,aku kira dia tentu sukakan wangian berbau bungaan,Haruman Green Tea paling sesuai untuknya. Untuk Elle yang menemani aku membeli belah,mungkin Cacharel Amor Set sesuai untuknya. Beg summer sesuai untuk kegunaan Elle,bergaya di tengah bandar London,sambil tersenyum sendirian. Kucapai satu set lagi Cacharel Amor Set, untuk Suraya. Sebagai persediaan hadiah harijadinya.Lagi pun,aku tidak pernah hadiahkan dia apa-apa pun sebelum ini.
Mencari barangan lelaki tidaklah sesukar mana. Aku belikan Adam sehelai kemeja jenama Harrods. Untuk Lukhman,dua helai kemeja jenama Bulgari dan Charvet melengkapkan dengan dua helai jeans yang telah aku beli kelmarin. Dua botol minyak wangi jenama Ralph Lauren untukku. Untuk sekecil Faiq Hilman,aku belikan Charles Bear. Bagi melengkapkan bingkisanku,aku belikan enam kotak hadiah jenama Harrods bersaiz besar. Satu untuk Suraya,ibu Eda,Lukhman,Amirah dan Adam. Satu lagi untuk simpananku sendiri,sebagai kenanganku. Satu lagi kotak untuk mama. Harga yang berpatutan aku kira,hanya tiga pound setiap satu.
Barangkali aku perlu ke Greenwich Market lagi,terlupa untuk membeli cenderamata untuk Kak Az. Pinggan lukisan berlatarkan London barangkali sesuai untuk dia. Aku perlu juga dapatkan tangkai kunci,beberapa helai t-shirt sebagai cenderahati kepada rakan-rakan. Tiba-tiba teringat kepada Mr Edward,apa agaknya yang sesuai untuknya selain tangkai kunci dan coklat buatan England sendiri.
“ Elle,apa nak I beli untuk bos I.Tie ke,kemeja?”
“Hmm, tie will do.”
Terpaksa kami berpatah balik ke Tie shop yang beradan di tingkat dua bangunan Harrods. Elle yang memilih dua helai tie berjenama Stefane Ricci dan Ducckhamp. I Guess I have got to trust this lady this time.Aku berkata-kata di dalam hati. Kubeli kotak kecil hadiah jenama Harrods bagi melengkapkan gaya.
Tidak pula aku duga seronok juga membeli belah dengan wanita. Aku dan Elle pernah lakukan segala seperti yang berlaku pada hari ini. Tapi maklumlah,kehidupan sebagai penuntut,banyak perkara yang terpaksa dilihat sahaja. Aku tidak akan dapat membeli belah seperti yang aku lakukan hari ini. Betul-betul window shopping.
“Are you hungry? Thirsty? Let’s take a bit Elle”
“Okay.” Dia mengiyakan sahaja.
Kami singgah makan di sebuah kedai Pakistan. Sedap rasanya makan kebab dan minuman jus oren. Memperoleh makanan halal di Harrods ini sebenarnya tidak sukar. Ramai penjual dari Asia Barat yang menjual makanan di sini. Kalau sudah lama tidak merasa daging di London,di sinilah kita akan dapat makan makanan halal tanpa perlu ragu-ragu lagi.


** Apakah kenangan di Harrods akan mengheret perasaan Zaid kepada Elle?atau sekadar satu memori biasa?

Pilihan mama Zaid.bab 8

3 Petikan muka surat 352-353

Pagi-pagi Lagi Zaid bersiap untuk keluar,dia kelihatan segak dengan kemeja kuning cair jenama Harrods yang dibelinya di London dulu. Tali leher yang sepadan warna,pilihan Elle dihala ke kemeja,padan sangat nampaknya.Entahlah,bagai ada nanar yang mengalir dalam dadanya,sejak-sejak Elle seolah merajuk hati dengannya,dia bagai terasa kerap juga dia mimpikan si Elle itu. Banyak perkara yang menganggu mindanya yang belum diselesaikan dengan Elle.Bagaimana pula dengan perkahwinannya bersama Ben?Kenapa Elle membawa diri ke London?Bagaimana itu dan ini Dan bagaimana pula sekarang,tiba-tiba sahaja Elle seolah merajuk sepi. Ada juga Zaid mengirimkan beberapa e-mel kepada Elle tapi jawapannya sepi.Entah apa yang membawa rajuknya jauh ke bumi England sana. Mungkin juga boleh ditanya pendapat Kak Az,mungkin juga boleh ditanya dengan Suraya.Tapi kalau dengan si cantik tu,dibimbangi juga,dia akan cemburu. Nanti belum selesai satu perkara,timbul pula perkara baru.Apabila dia menuruni tangga,bau mee goreng menggamit perut yang kelaparan.
“Makan dulu Zaid,”pelawa mama Hana.
“Semacam je ma tengok hari ini,ada majlis penting ke?”pelik,cahaya muka Zaid cerah semacam,macam ada bintang tinggi yang telah berjaya digapai.
“Ingat nak bincang pasal pelan rumah kat Sungai Buloh tu mak.Petang nanti la. Sekarang ni Zaid nak pergi tengok projek di UKM tu.”
“Rumah?Tiba-tiba saja ada rancangan buat rumah?Ada ka rancangan lain yang mama tak tahu?”usik si mama.
“Nanti la ma. Kalau perlu ke Gunung Ledang meminang,Zaid cakap la,”sapa Zaid sambil terus bersarapan dengan tergesa-gesa.
“Jangan kata Gunung Ledang,kalau kena ke London pun mama pergi.”Kata-kata mama menyentap jantung Zaid. Apa pula dengan London?Kan Suraya tu di Langkawi?
“Ma ni cakap pasal siapa?Kan buah hati Zaid kat KL ni,”Zaid masih terasa pelik dengan kenyataan mama.
“Ala,mama cakap aje.Siapa pun pilihan Zaid,dialah menantu mama.”Mama menyambut soalan Zaid dengan senyuman. Entah wanita mana pula yang bermain dalam minda mama!Jangan-jangan dia fikir Elle tu kawan istimewa aku pulak!,Ditilik-tilik pula kata-kata perbualannya dengan mama dan Ibu Eda ketika membawa Elle ke restoran hari itu,rasanya tak ada satu klu pun yang menunjukkan Elle itu bakal isterinya. Zaid bersalam dengan mama Hana dan segera beredar. Mama hanya memandang anak lelakinya pergi dengan mata yang bercahaya. Aduhai anakku,mungkin kau masih belum dapat bezakan kaca dengan permata. Entahlah,bagaimana aku boleh membuat kau menilai,yang kaca yang tidak puja barangkali lebih baik daripada permata.


Kenapa mama Hana (ibu) Zaid berkata sedemikian? Apakah dia tidak merestui hubungan antara Zaid dan Suraya?

Wednesday, December 9, 2009

Memori di UKM,petikan UKM





Tidakberapa lama dulu,apabila kawan saya Masita bersms kan saya,katanya,"membaca tentang UKM membuatkan saya mengimbau kenangan lama..." dan saya pun membalas balik,"Iyalah Mas, too much to forget."

UKM bukan sahaja tempat kami belajar,yang lebih penting belajar menjadi dewasa,belajar mengenal manusia,kawan dan lawan,belajar menjadi berani menghadapi kehidupan,helping each other (sebab kita tak ada orang lain untuk membantu termasuk keluarga)jatuh cinta (dan cerita novel itu bukan cerita saya.. ha ha, dan walaupun 'cinta' saya tidak menjadi beberapa tahun selepas graduate)... Saya selalu mengingati UKM sebagai tempat paling indah dalam hidup saya. Empat tahun di sana adalah seumpama tahun 'emas' saya... Banyak yang dikutip yang membentuk diri saya sekarang. Sekalung budi buat semua pengajar di sana. Saya mungkin tidak akan menjadi penulis hariini jika tidak pernah ke sana dulu!

Enjoy sedikit,petikan di Minggu Orientasi UKM, saya sememangnya menjadi OC (Orientation Comitee) atau disebut juga AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi)..yang bertugas (dua tahun tahun 3 dan 4)bagi mengenalkan freshie (tahun 1) kepada persekitaran,daftar kursus etc... Yang senior lelaki pada masa inilah bertugas mengurat freshie...

Mukasurat 139-142...

Anehnya mata pun tidak terasa sarat. Apabila menyebut nama Taufik tadi, tiba-tiba sahaja ingatan melayah pulang jauh ke kawasan Bangi. Masih sendat kenangan manis aku di sana. Masih pekat memori di antara aku dan dia nun jauh di sana. Dectar menjadi saksi pertemuan kami pada masa itu. Pelajar jurusan Fizik Gunaan itu memang bijak berkata-kata. Kali pertama bersua, terpana dek kepandaiannya mengatur kata. Maklumlah tokoh bakal politikus kampus, tentulah bijaksana berbicara.
Situasi di kaki lima dectar atau lebih dikenali sebagai foyer, mahasiswa-mahasiswi baharu sibuk dengan program di dalam dewan. Kami di foyer sibuk melakonkan drama sebabak. Masih terimbau-imbau dialognya, mana kan bisa aku lupakan.
“You ni, Nur Suraya Abdullah, pelajar tahun dua, Mass Comm. Tinggal di Kamsis Ungku Omar?”
Soalannya berbau berat, seolah-olah aku ini dalam masalah besar.
“Ya, kenapa?”gugup sekali jawapanku.
Entah kesalahan apalah pula yang aku telah lakukan dalam menjalankan perananku sebagai OC. Setahu aku, aku telah melaksanakan segala arahan ketuaku, tugasanku merangkap di bawah pengawalan Media dan Komunikasi.
“Saya ada pesanan untuk anda.”
Pernyataan kedua lagi memerangkap hati. Perasaan risau dan bimbang mula terasa. Pesanan siapa pula yang dibawa mamat seorang ini. Sudahlah dia tidak mengenalkan dirinya malah siap datang bawa pesanan lagi!
“Kurangkan gula dalam senyuman anda. Nanti semua orang kat sini kena kencing manis.”

Kata-katanya disambut ketawa dua tiga orang senior di belakangku. Agaknya semuanya sepakat untuk mengenakan aku. Yang aku sedar pada masa itu, wajahku merona kemerahan. Gila betul mamat sorang ni, berani dia main-mainkan aku. Aku tiada terkata. Semua perkataan bagaikan tertelan semula di kerongkong. Rasa mahu marah pun hilang, maklumlah apabila dipuji menggunung, rasa lupa untuk turun ke bumi semula. Rasa geram tersembunyi di sebalik rasa malu akibat dipuji.
“Maaf bergurau tadi. Bahagian pertama, pasal pesanan tadi tu memang main-main. Jangan terasa hati pulak, ya. Tetapi yang kedua tu memang betul. Senyuman you memang terlalu manis,” katanya, disambung dengan kata-kata berani.
Kawan-kawannya yang berada bersama terus bertepuk tangan. Nakal betul mamat ini. Yang tidak adilnya, mereka berlima seolah-olah mengepung aku sedangkan aku keseorangan berdiri di situ. Tiada kata-kata yang dapat diucap.Terasa bagaikan bisu. Kelu. Dalam hati bermohon agar ada yang datang bagi menyelamatkan aku daripada situasi kalut itu.
“Hi Fiq, tak ada kerja ya, mengganggu adik saya ni?”
Kedengaran satu suara entah datang dari sudut mana. Apabila melihat sekeliling, kulihat, Kak Haslina datang daripada arah belakang. Leganya melihat senior yang aku kenali.
“Tak ganggu dia pun, menyakat saja,” balas seorang daripada mereka.
Semasa itu bencinya rasa kepada mamat seorang ini. Manalah ada perempuan yang suka disakat geng Adam. Di Utara Semenanjung, perangai semacam ini disebut sebagai merenyam a.k.a gatal. Jadi, selamatlah aku dengan kehadiran Kak Haslina. Rupa-rupanya dia masih mencari aku. Sebenarnya, aku tidaklah marah dengan kelakuan mereka sebelum ini. Lelaki, adatlah kalau mengganggu perempuan. Yang tidak normalnya kalau mereka mengganggu lelaki lain. Gay! Homoseksual!

Petang itu, ketika aku ke mesin meps, terserempak lagi dengan Taufik di depan koperasi UKM. Bagai dijanji-janji kerana suasana persekitaran agak sunyi. Maklumlah orientasi biasanya bermula selama dua minggu sebelum pengajian asas bermula. Siswa-siswi senior belum lagi dibenarkan memasuki kawasan UKM. Hanya pelajar-pelajar baharu beserta OC sahaja yang dibenarkan berada dalam kawasan kampus.
“Nur, maaf sebab usik tadi, ya.”

Bicara awalnya memang menyejukkan jiwa. Bagaikan air yang menyiram nyalaan di hati. Hati yang rasa terbakar akibat perkataan pagi tadi pun sukar untuk menyala semula. Orang yang sudah menghulurkan kata kemaafan sepatutnya dimaafkan sahaja. Aku sebaliknya hanya berdiam diri sahaja. Bukan berniat untuk berlagak tetapi kehilangan kata-kata.

Aku sebenarnya tidak suka sangat dipanggil Nur walaupun namaku berpangkal Nur Suraya. Semua kawan-kawan memanggilku dengan panggilan manja, Su atau Suraya. Panggilan Nur bunyinya macam ganjil sedikit.
“Saya Taufik Abu Bakar, pelajar tahun dua jurusan Fizik dan Gunaan. Tinggal di Kamsis Rahim Kajai, nombor kad pengenalan...”
Aku cepat-cepat mengangkat sebelah tangan menandakan ‘cukup’. Dia tersengih-sengih sahaja. Nakal betul rupanya senior aku ini.
“Pertama, jangan panggil saya Nur. Panggil Suraya atau Su. Kedua, saya perlu balik sekarang,” kataku, tegas.
Seram juga berada berdua-duaan di Bangunan Sukanika. Sudahlah tiada manusia lain di kala ini.
“Ok. I hantar Nur ke kamsis.”

Itulah permulaannya perkenalan kami. Aku pasti, pertemuan pertama itu tidak membibitkan perasaan cinta. Berkasih pun belum lagi. Kami berkenalan seperti orang lain. Selepas lebih 180 hari dengan sikap mesra dan ramahnya memang membuatkan aku senang berada hampir dengannya. Dia tidak lokek memberi idea bernas, pandangan malah senang membantuku apabila aku memerlukan bantuan dan perkhidmatan. Kalau aku perlukan bantuan fotostat pun, motor kapcainya sedia berkhidmat pada bila-bila masa pun.


Apa terjadi terhadap Taufik dan Suraya, kenalah beli dan baca sendiri.

Friday, December 4, 2009

Berita Harian,ulasan Dimensi Cinta

PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
RUANGAN SASTERA,
PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN
Muka surat 29


Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan

DIMENSI Cinta karya Nora Fuad menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan lewat konflik Lukhman Hakim, Zaid Harith, Nur Suraya dan Michelle Wong yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini.

Sukar untuk pembaca membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrab dan uniknya nilai persahabatan antara Lukhman dan Zaid yang terbina sejak kecil hinggakan mereka berkongsi kasih ibu masing-masing.


Kedua-dua anak muda ini mempunyai hampir segala-galanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman globalisasi ini, tetapi kekurangan satu perkara bagi melengkapkan kehidupan mereka iaitu cinta.

Kehadiran, Nur Suraya, benar-benar menguji keutuhan persahabatan kedua-dua sahabat baik itu kerana kebetulan mereka ditakdirkan jatuh hati kepada gadis yang sama tanpa masing-masing mengetahui perkara terbabit.

Pengarang menggambarkan Nur Suraya sebagai gadis manis dan juga seorang guru yang terlebih dulu didekati Zaid, lalu timbul perasaan cinta dalam diri jejaka itu, tetapi tidak melafazkannya kerana baginya membina Vila Cintanya untuk si gadis lebih penting.

Konflik mula berlaku apabila Lukhman turut menyimpan hati terhadap Suraya ketika pertama kali bertemu sebelum diperkenalkan Zaid, memaksa arkitek muda itu memendam perasaan sucinya itu kerana menghormati persahabatan dan persaudaraan mereka yang terjalin sejak sekian lama.

Pembaca turut dibawa menerjah kehidupan Zaid yang sentiasa sibuk kerana bertugas sebagai pengurus bidang teknologi maklumat di David Associate Computer yang memerlukannya kerap bertugas di luar negara bagi menghadiri pameran komputer terutama di London.

Zaid ditampilkan pengarang sebagai graduan sains komputer dari Universiti of London yang bernasib malang, selepas papanya meninggalkan mama kesayangannya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengan wanita lain.

Ketika melanjutkan pengajian di London, dia bertemu seorang gadis cina yang berasal dari Perak, Michelle Wong atau Elle dan kemudian menjadi rapat hingga tanpa sedar lahir perasaan cinta, tetapi kedua-duanya memendamkan isi hati.

Zaid berasa kecewa apabila Elle disuruh berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya dan berusaha untuk terus melupakan gadis Cina itu, tanpa menduga hatinya akan terbuka kembali apabila dipertemukan dengan Suraya.

Pemuda malang itu kembali keliru dengan perasaannya ketika bertemu semula Elle di London dan pengarang menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah kepulangan Elle ke Malaysia, lalu diperkenalkan kepada Suraya.

Suraya pula tersalah anggap dengan tindakan Zaid memperkenalkan Elle kepadanya, ditambah pula dengan sikap tidak acuh Zaid dalam persahabatan mereka, sehingga akhirnya berasa lega apabila dirinya mula terpaut kepada Lukhman.

Dapatkah Lukhman mengatasi rasa cintanya yang membuak kepada gadis pujaannya selepas dipisahkan dua benua kerana tindakannya melanjutkan pengajian di Adelaide, Australia bagi memberi laluan kepada Zaid dan siapakah Taufik dalam hidup Suraya?

Nora Fuad melalui Dimensi Cinta berjaya mengangkat kisah lumrah mengenai kasih sayang dan persahabatan yang sarat dengan mesej kesabaran dan kemurnian hati sehingga boleh dijadikan teladan oleh pembaca generasi muda dalam mengharungi kehidupan.

Penulisan lahirkan minda kelas pertama

NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif.

Pengarang yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, komunikasi dan pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Hobi gemar membaca akhirnya bertukar kepada gemar menulis dan kecenderungan berkarya yang terhenti ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, berputik kembali sebaik menyertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada 22 Jun tahun lalu.

Bengkel yang disertainya itu berjaya membuka mindanya untuk menjadikan penulisan sebagai misi melahirkan masyarakat dengan minda kelas pertama ekoran pesanan sifunya, Aina Emir bahawa ‘penulis mestilah mempunyai identiti tersendiri dan berilmu’.

Nora menjadikan pesanan sifunya sebagai pegangan utama untuk merealisasikan bahawa novel tidak lagi berfungsi sebagai bahan wacana ringan pada waktu senggang, sebaliknya boleh menjadi bahan utama bagi menggalakkan pembentukan masyarakat berilmu.

Malah baginya novel bertema cinta bukan hanya sesuai untuk bacaan remaja, tetapi sesuai untuk golongan dewasa kerana baginya cinta perlu dipraktikkan sehingga mati dan pengarang Dimensi Cinta ini boleh dihubungi dengan melayari http://norafuad.blogspot.com atau http://dimensicinta-norafuad.blogspot.com.



INFO
Dimensi Cinta

Pengarang: Nora Fuad

Tebal: 441 halaman

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM19.00 senaskhah

Bintang: *****

Thursday, December 3, 2009

BERITA HARIAN,Ulasan Sastera, 4 disember 2009

Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang buku saya di Berita Harian. Okay. Saya ucapkan terima kasih dengan hati yang bergoncang dan berombak-rombak. Ritma jantung sudah bagai gitarist rock yang melompat-lompat di atas stage. Adrenalin pun melonjak-lonjat dalam tubuh saya,agaknya,mungkin sama berdebarnya di saat mula berdating dengan suami dulu.. as i seen him as cute,tall and handsome many years ago.... he he..(still hand-same to me...)and for the book review, I don't know, she might like my book and giving me a good review or other wise.. terbalik... hmm.. tak apalah,saya pujuk hati sendiri... apapun,saya terima...
Takut tengok gambar sendiri, I'm .. (speechless).. haiyo.. (actually, I was super cute before ) he he

Tuesday, December 1, 2009

Next manuskrip on the way.

Tiga hari ini alhamdullillah,saya sempat menghabiskan tiga buku, C.Collins,Need to know Dreams, Understand and explain your dreams... Dr.Phil McGraw (salah seorang sifu rancangan Oprah)Love Smart & Salahaudin Ayubi... semuanya untuk buku baru,Insya-Allah,semuanya atas izinnya. kalau Allah tak bagi idea pun,semuanya tak berguna juga.. Just pray Allah mudahkan semuanya.

Tapi perlu habiskan tiga buku lagi untuk lengkapkan info...tak tahulah sama ada boleh mencapai objektif mahu habiskan penulisan dalam masa 6 bulan (yang pertama dulu setahun)Barangkali saya ini tidak komited sangat,tapi menyelami dan mendapatkan info tempat bagi saya memakan masa yang panjang.. contohnya London,Adelaide yang saya belum pun menjejakkan kaki lagi. Kalau Langkawi tu okaylah,tempat saya atau Kenyir,memang saya sudah ke sana (entah bila berpeluang ke sana lagi)

Kadang2 ada masa,tapi tak ada mood,ada mood tak ada masa.Halangan terbesar saya saya alah sangat dengan internet,kadang2 tu hanya mahu research saja,alih2 membaca blog-blog yang lain. Ialah,kalau mengandungi pengetahuan dan kata-kata yang berguna,mengapa tidak? Hidup kita atau kita sendirikan tidak sempurna,memerlukan pengetahuan lain dan kata-kata pegangan orang lain bagi melengkapkan hidup terutama daripada orang-orang lama (lebih senior)Pengalaman adalah pengetahuan termahal yang tidak bioleh didapati atau dibeli. Kalau mahu dibandingkan seorang profesor PHd yang berusia 30an dengan Profesor 60an (yang tiada PHD) tentulah prof yang lebih senior lebih baik ilmunya berdasarkan pengalaman.

Saya harapkan pengalaman saya akan lebih mematangkan saya,bukannya membinatangkan saya.Nauzubillah himinzalik.