Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Saturday, May 29, 2010

Nama-nama watak...

  Seperti kebanyakan penulis lain (hasil bersembang-sembang kami) kebiasaan nama-nama watak diambil daripada nama-nama ahli keluarga, teman dan seterusnya, di mana-mana sahajalah, asalkan terjumpa dan sedap didengari. Barangkali, buku pertama tidaklah masalah lagi sebab, mungkin perlukan 10-15 nama sahaja. Seandainya sudah masuk buku ketiga, pening juga.

    Watak utama berkisar kepada Suraya (Nur Suraya )Saya tidak mengenali sesiapa pun yang bernama Suraya, cuma yang pastinya, saya sukakan nama ini. Cerpen saya yang pertama, menggunakan nama Suraya sebagai watak utamanya. Lukhman Hakim (kalau tidak salah, saya pernah ada student dengan nama ini, 10 tahun lepas) Zaid (ramai tetami Zaid Harith, hanyalah rekaan saya) Taufik (well, seseorang yang saya kenali dulu) Michele (ramai murid saya dengan nama Michelle)Aznisyah dalam cerita ini adalah juga kawan/teman rapat saya, yang menjadi nadi penggerak kenapa saya menulis novel... (seandainya dia dan mama saya tidak betul-betul mencabar saya, saya barangkali tidak menulis sebuah buku pun)

    Watak lain, Masita (adalah nama kawan karip saya yang kali pertama saya kenali di Hari Orientasi UKM) Banyak membantu menyelesaikan cerita misteri saya (well: rahsia kami berdua di UKM dulu) Salma : mama saya, Salman (adik lelaki saya) Farah : nama kawan saya dan anak saudara, yang lain-lain adalah nama teman-teman saya, nama anak saudara, nama anak murid saya dan ada di antaranya, sekadar nama...

   Ada rahsia dengan meletakkan nama-nama orang yang kita kenali ini.. setipa kali nama mereka disebut, bagaikan memanggil semula memori lama di ingatan.. tapi tidaklah bermakna saya mesti duduk dan menangis dalam mengitai cerita lama. Dahulu barangkali peristiwa sedih itu adalah kesedihan yang perlu ditanggung, sekarang, memori lama sekadar sebuah 'sejarah' yang sudah lama berlaku...

Sunday, May 2, 2010

Get real:Cinta Suraya kepada siapa?Lukhman? Taufik?Zaid?




Suraya - penerbangan ke Adelaide,Australia: menemui Lukhman.



Dalam penerbangan,dia lega memikirkan beberapa tugasan awal yang telah diselesaikan.Sebelum dia pergi,diberitahu kepada Zaid melalui sms,yang dia akan pergi melancung ke Sydney,kononnya hadiah abang Ali kepada bakal tunang yang tidak pernah menaiki pesawat. Bimbang juga untuk menyebut tentang Adelaide,nanti Zaid akan menghidu pula pertemuannya dengan Lukhman.Berjaya juga dia mengelak bertemu Zaid selama ini.Yang penting,dia perlu uruskan dulu persoalan di kalbu,persoalan antara dia dan Lukhman.
Dengan si Taufik,dikatakan pula dia perlu fotoshot ke Adelaide. Agaknya percaya jugalah si Taufik tu. Habis sangat,belikan dia cenderamata dari Adelaide. Janjinya dulu,mereka hanya bersahabat,apa sangat yang dia perlu yakinkan lelaki itu. Sempat juga dia menghantar emel kepada Elle.Katanya jangan bimbang,nanti akan ada berita gembira untuk dia.Selama bertukar-tukar berita dan cerita,terbongkarlah dua rahsia Elle yang hanya Suraya sahaja ketahui. Janji Suraya,dia akan tunaikan impian Elle dengan apa cara sekali pun.Semoga Allah akan sempurnakan impian dan doanya.
Kit Kat hadiah Lukhman semasa di Langkawi dimamah perlahan. Masita di sebelah sibuk memasang audio di telinga,sambil matanya asyik menonton video di skrin depan. Suraya hanya memandang sepi ke arah Masita. Asal sahaja,dia selesa,kira okaylah. Suraya percaya bahan phenylethylamine (PEA) iaitu sejenis bahan kimia yang terkandung dalam coklat akan dapat mengubati moodnya yang sedikit rasa ‘murung’. Pelbagai persoalan mengasak minda sempitnya. Kalaulah misinya ke Adelaide,ini gagal, dia pasrah menyerah. Mungkin dia terima sahaja cinta yang ditawarkan kembali oleh Taufik.Itu mungkin lebih baik daripada menerima Zaid,yang langsung tidak dikenalinya langsung.
Benarlah seperti yang pernah disebutkan Thomas Edison,‘Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya’.Itulah yang berlaku kepada Suraya, dalam ruang sempit mindanya. Dia cuba memejamkan matanya, dalam mengirai waktu. Dalam beberapa jam lagi,dia bakal bertemu destinasi hatinya. Rasa jemu mulai menjadikan perasaan berserabut. Mahu menonton filem di skrinpun rasa ‘tak berselera’.Entah apa sahaja filem yang ditayangkan. Nampaknya Masita kusyuk sahaja menonton tanpa berpaling.Sesekali terperasan member sebelah ini tersenyum dan tergelak seorang diri. Alahai,orang bahagia,apa mahu dikira pulak. Lainlah aku ini.
Penerbangan yang lama,menurut Kapten kapal,pesawat sudah menjengah ruang angkasa Australia. Kurang daripada sejam sahaja,mereka akan tiba ke lapangan terbang antarabangsa Adelaide.Hatinya berdebar,bagai gendang yang bertalu-talu dipalu. Suraya melihat Masita mulai membukakan kedua belah matanya apabila tangannya ditepuk ringan oleh Suraya. Aduhai,puteri yang diambang cinta,sedapnya kau beradu!Mata Suraya sedetik pun tidak terpejam,apabila dipejamkan matanya terbayanglah dia dua jejaka yang menjerat hatinya. Taufik yang meraih cinta kembali dan Si Zaid yang tiba-tiba timbul berahi‘cinta’nya. Masita bingkas bangun menuju ke ‘ladies room’.Dia datang dengan senyuman,apalah alasannya untuk tidak tersenyum,perut yang kekenyangan,hati yang tenteram dengan jiwa cinta yang mendalam,siapa lagi yang perlu risau!
Suraya bangun membersihkan mukanya. Dipalitkan ringan dedebu bedak di pipinya,sedikit alit gincu baru. Aduhai abang,rindunya hati tidak bertemu. Baru dua bulan lebih,berpisah terasa bagai bertahun lamanya.
Aduhai sayang, aku tidak perlukan tanganmu untuk memimpinku,
Aku juga tidak perlukan kakimu, berjalan beriring,
Dekatkanlah hatimu supaya dapat aku menyandarkan bahuku di sisi,
mendengar lagu ritma jantungmu. Suraya berpuisi sendiri.




************************




Di Adelaide : cuba menaguk cinta : Suraya & Lukhman.






Petang cepat beredar,dalam menikmati saat terakhir,selepas makan malam, Suraya dan Lukhman duduk berduaan di Queen Fountain. Mentari yang kian terbenam memuntahkan pelbagai warna,indah. Kuning,merah,jingga bertaut,seiring.Pun dalam hati keduanya,terasa gundah.
“Selain hijau,warna apa Su suka?”tegur Lukhman melihat lagi warna baju yang dipakai Suraya.Warna hijau serindit itu memang kena betul dengan tubuh tinggi lampai Suraya.Apatah tudung sutera kuning air yang dikenakan,padan betul dengan jeans kuning,entah apa jenamanya.
“Hmmm,biru,merah kot,”sambung dia.
“Abang suka birukan,kebanyakkan baju abang warna biru,” sambung Suraya lagi.
Lukhman tersenyum sahaja.Memang betul pun tekaan Suraya.Biru hampir memenuhi setiap sudut almarinya.Dia ada memiliki baju yang berlainan warna,tapi birulah yang menjadi kesukaannya
“Jadi,abang ni suka nak manja-manjalah,”usik Suraya lagi. Lukhman hanya tergelak kecil.Kalau dengan Su,sampai tua pun abang mahu bermanja. Terfikir-fikir akan kalimat ini dalam hati Lukhman.
“Apa yang Su nak tanya? Su kata ada soalan untuk abang.”
Suraya memandang Lukhman dengan rasa cinta yang menggunung. Sejak Lukhman pergi jauh ke bumi kanggaru,terasa separuh daripada jasadnya seolah mati.
“Abang sedar tak,kita dah kenal hampir setahun jugakan. Jadi abang rasa, hubungan kita ini sampai ke mana?”soalan Suraya menikam jantung lagi. Bagaimana mahu kujawab soalan sebegini?
“ Jauh. Sangat jauh. Sampai ke Adelaide. Kan Su dah sampai ke sini?”mengelak. Jawapan loyar buruk.
“Su serius ni abang.Sejak Su jumpa abang,Su rasa cinta yang sudah lama mati dalam hati Su,hidup kembali… Su akui abang bukan orang pertama Su pernah cintai,tapi hanya abang yang ada di hati Su ketika ini,”Suraya menghabiskan ayatnya dengan nafas yang tersekat-sekat.Bukan mudah bagi seorang wanita untuk menyatakan rasa hati.Ada pelbagai risiko yang mungkin dihadapi. Kalau cintanya ditolak.Dia akan malu sendiri, tapi, kalau tidak dilafazkansekarang,entah bila akan dimuntahkan rasa cintanya.
"Abang,Su miss you too much..Su tak boleh hidup tanpa abang...,rasa bagaikan ada yang tidak kena kena dengan diri Su,abang bagaikan pelengkap sebahagian diri Su." Lukhman terpaku dan terharu mendengar kata-kata Suraya. Dia tdak berani melagukan rindu sebaliknya Suraya sudah pun menyanyikan lagu bahasa hatinya.Masihkah dia mahu menunggu dan berkorban untuk Zaid?
“Su memang penting bagi abang sebab Su amat penting bagi Zaid. Siapa sahaja yang penting bagi kedua-dua keluarga kami,penting juga bagi abang,” jawapan Lukhman, diluahkan perlahan. Hati Suraya terasa kelat,bukan jawapan itu yang dia nantikan.
“Abang tak cintakan Su?Jadi selama ini perhatian yang abang beri hanya palsu?” Ayat yang dihabiskan Suraya bagai duri yang menyusuk perlahan ke jantung Lukhman,kesannya kecil bagai selumbar,tapi pedihnya hanya dia yang tahu.
“Abang kata Su penting bagi abang. Zaid sudah lama menyintai Su.Mungkin dia tu ‘hijau’ dalam bercinta,tapi dia setia.Dia cintakan Su.Sudah lama Su,dah hampir tiga tahun,dia menyimpan perasaan cintanya sendiri,”terang Lukhman.Tidak berani lagi dia memandang mata suram Suraya. Dia tahu dia sudah melukai hati Suraya. Paling tidak,dia sudah laksanakan misi Zaid. Dalam hatinya,Zaid perlu segera luahkan cintanya kepada Suraya,semoga hati Suraya yang luka ini akan cepat diubati.
Fahamlah Suraya sekarang. Bukannya Lukhman tidak menyintainya,soalnya Zaid lah yang menjadi penghalangnya.Suraya menahan airmatanya daripada jatuh,kenapa perlu dia menangis,kalau ini yang ditakdirkanNya.
“Kalau macam tu senanglah Su membuat keputusan,Su akan kahwin dengan Taufik. Ada dia melamar Su hari itu,Su kata Su akan fikirkan dulu,” sengaja Suraya menakutkan Lukhman dengan ayatnya.
“Taufik?Siapa Taufik?Kenapa bukan Zaid. Zaid yang cinta Su.”
“Kenapa pulak abang mesti peduli siapa yang akan Su kahwini. Kan abang tak cintakan Su?”
Lukhman terdiam.kelu. Mestilah aku peduli Suraya. Aku korbankan cintaku untuk saudaraku. Kalau Si Taufik yang kau pilih,apalah makna pengorbanan ini?
“Su,I care about you. I Do Admitt it. Su perlu terima cinta Zaid. Su tahu tak,penat dia mengumpul harapan untuk mendirikan Villa Cinta untuk Su. Semuanya untuk Su,” mendengar Lukhman bercerita demi Zaid melelahkan Suraya.
“Okay la abang.Su tak mahu dengar cerita pasal Zaid lagi. Su Cuma nak dengar kata hati abang saja.Yang lain tak penting sekarang. Cinta Zaid itu urusan dia.Untuk kali terakhir Su mahu tanyakan abang. Abang pasti tak cintakan Su?”mata Suraya tepat memandang mata Lukhman yang layu. Lukhman tidak dapat menjawab soalan itu. Mulut bisa berbohong,tapi tidak kepada mata dan hati.
“Kita balik Su. Su kena berehat. Penerbangan esok pagi tentu melelahkan Su,” terus Lukhman mengajak Suraya pulang. Masita yang asyik melihat pemandangan malam,ditarik lembut tangannya oleh Suraya.
Mereka bertiga membisu. Sesaat yang berlalu tanpa sebutir pun suara yang keluar lagi. Masita pelik dengan situasi itu,tapi melihatkan reaksi Suraya,dia dapat mengagak situasi yang baru berlaku.Terus sahaja ke bilik,kedua pintu tertutup rapat. Masita membisikkan kepada Suraya bertanya apa yang berlaku.
“He doesn’t love me,” katanya pendek. Masita kenal wajah luka itu,tapi dilihatnya Suraya tenang sahaja. Masakan dia boleh setenang itu setelah mendengar ayat terakhir Suraya tadi.Pun begitu,Masita tidak berani bertanya lagi.Dia terus lelap dengan hati yang berasak dengan persoalan?Suatu hari tentu Suraya akan bercerita juga.Dia yakin dengan itu. Agaknya kasih mereka bersarak juga,akhirnya. Dia mendoakan agar kasih Suraya dan Lukhman akan sampai ke noktah akhir juga.
Lukhman di sebelah tidak dapat melelapkan mata.Misinya,dia perlu segera menghubungi Zaid. Zaid perlu bertindak cepat kalau mahu kasihnya terhadap Suraya kekal begini.Maafkanlah aku wahai hati,kalau terpaksa melukakan engkau begini,pujuk Lukhman pada sang hati. Dan esok,Suraya akan pergi,Lukhman terasa air panas jernih mengalir basah di pipinya. Jatuh juga airmata jantannya. Cinta sentiasa membuatkan insan menangis.




***********************************


Suraya & Taufik.


KLCC : Restaurant Imperial Chakri Palace




Suraya duduk menunggu dengan debaran.Taufik datang tepat pada masanya.Dia masih Taufik yang dia kenali dulu,tidak kurang sezarah pun.Masa mesti ditepati, pesannya dahulu,maklumlah masa itu dia bercita-cita besar untuk menjadi ahli politik.
“Dah lama Nur tunggu?”soal Taufik lalu duduk berhadapan Suraya. Pandangan mata bertaut.Suraya hanya tersenyum.
“Tak.I was early.So How are you?”
“Fine.Bagaimana Adelaide?Best ?”
“Ala kalau bercuti,mana pernah tak best”
“This is for you” uraya menghulurkan beg cenderamata kepada Taufik.Taufik mengambil beg kertas sambil mengucapkan terima kasih.
“Ini untuk you Nur,”giliran Taufik menghulurkan sekotak kecil barangan.
“Thanks Fik,tapi I rasa I tak boleh terima.You tak perlu beli jiwa raga I lagi.Macam I terangkan kita akan jadi kawan.Best Friend.You ingat tak kita baca pasal Shakespeare.You ingat tak apa yang Shakepeare katakan,persahabatan sering diakhiri dengan percintaan,tetapi alangkah…”
“I ingat, …bahagianya percintaan apabila diakhiri dengan persahabatan yang mesra,”sambung Taufik. Dia seolah kehilangan kata-kata lagi. Nampaknya hati Suraya sudah tidak dapat dirayu lagi.
“I was in love with you Fik. Deeply in love .Bila tiba-tiba you pergi,I rasa tiba-tiba sahaja,hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi. Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap,kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu.”
“Itulah yang I harapkan. Love.Cinta yang dapat menghidupkan hidup kita semula,”ujar Taufik.
“Tiba-tiba I rasa I dah keluar daripada alam gelap itu. I dapat lihat alam yang penuh warni-warni. I dengar semua bunyian. I dapat dengar muzik indah. I rasa tanpa you pun I dapat hidup bahagia. Kita better kekal sebagai sahabat Fik,”sambung Suraya.
“I tak mintak banyak Nur just bagi peluang kedua pada I.You tahu bagaimana I cuba dapatkan peluang itu berulang kali.Masa konvekesyen you dan selepas tu.Masa I kat Jerman pun,I tulis surat pada you. I hantar e-mel,I cuba segalanya,tapi you tak beri I peluang pun Nur.I rasa semua ni tak adil bagi I.”
“Fik… I minta maaf kalau itu yang you rasa. I tahu bagaimana indah masa ketika kita di UKM dulu.”Suraya cuba memujuk Taufik dengan kata-kata indahnya.
“Sekarang ni,I already fall in love with another guy. Dia di Adelaide,sebab itu I ke Australia minggu lepas.”
“I’m sorry Fik,Hati I dah terisi.”Suraya menghabiskan ayatnya sambil matanya memandang wajah sayu di depannya. Maafkan aku Fik,aku tak berdaya menerima cinta yang lain.
“Okay I faham but I’m still doing this,”dikeluarkan sebentuk cincin daripada koceknya,diletakkan di hadapan Suraya.
“Su,I tahu ini bukan mengikut adat kita,nanti I bawa family I berjumpa keluarga you,please Su. Please accept my marriage porposal .I love you.”
“Oh,Fik.I’m sorry..Minta maaf Fik…”itu sahaja yang termampu Suraya lafazkan. Makan malam yang sepatutnya indah bertukar suram.Suraya menutup kotak cincin baldu di depannya dan menghulurkan balik kepada Taufik.
“I yang tak beruntung mendapat you sebagai teman hidup I Fik. Satu masa nanti, you akan bertemu dengan the right person yang akan menemani hidup you.”
Wajah sayu Taufik ditenungnya lama sekali.Taufik akhirnya perlu akur dengan jawapan hati Suraya.
“Siapa dia yang bertuah itu Nur?”
“Nanti I bagitahu you.”
Taufik hanya mampu mengangguk-angguk perlahan sahaja. Mereka bersalaman dan Taufk bergerak meninggalkan restoran ke kaunter bayaran. Suraya menunggunya di depan pintu utama.
“Fik,kita masih kekal sebagai sahabatkan?”soalnya pendek.Dia berdoa agar ikatan persahabatan itu kekal selamanya.
“Ya. Nur.Andainya dia dan You ‘tidak menjadi’,you kena tahu I masih setia menunggu you,”kata-kata akhir Taufik sangat mengharukan jiwa Suraya.
Suraya tidak terkata.Tiba-tiba di saat itu dirasakan sunyi,bagaikan tiada suara di sekelilingnya.Di hanya mampu memerhatikan lelaki itu pergi. Sesudah mereka pulang,di saat dia berbaring di katilnya,tiba-tiba terasa pipinya hangat dengan mutiara jernih yang gugur dari matanya.Betullah kata pujangga Inggeris lama,‘It may take only a minute to like someone,only an hour to have crush on someone,and only a day to love someone, but it will take a lifetime to forget someone. Melepaskan lelaki yang baik,akan mengambil masa sepanjang hidupnya.Dia berharap jawapan hatinya tidak menjadikan dia wanita yang tersasar dalam membuat pilihan hidupnya.