Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Saturday, February 12, 2011

Dimensi Cinta Vs Cinta Sikunang-kunang


Jika anda sukakan atau cinta Dimensi Cinta (DC), saya yakin anda akan lebih suka atau cintakan Cinta Sikunang-kunang (CSKK)... dalam manis, ada masinnya dan kemudiannya manis jika anda membaca DC..

CSKK lebih banyak pahit, masin dan tentulah endingnya so sweet. Bukan mudah mencari cinta, dan mempertahankan cinta sehingga ke penghujungnya. Cinta bukan bererti lara... cinta bermakna memperjuangkan cinta sehingga ke penghujungnya.. Sajian dalam DC. Dalam CSKK, cinta bererti mengorbankan diri melihat mereka yang disayangi bahagia selama-lamanya...

Monday, February 7, 2011

Zaid bertemu kak Aznisyah?

Petikan Bab 8: Melodi Cinta

Petikan : 3 Zaid bertemu Kak Aznisyah, meminta pendapatnya mengenai Elle dan juga Suraya? Siapa sebenarnya Suraya? Elle?

3
Pagi-pagi Lagi Zaid bersiap untuk keluar,dia kelihatan segak dengan kemeja kuning cair jenama Harrods yang dibelinya di London dulu. Tali leher yang sepadan warna,pilihan Elle dihala ke kemeja,padan sangat nampaknya.Entahlah,bagai ada nanar yang mengalir dalam dadanya,sejak-sejak Elle seolah merajuk hati dengannya,dia bagai terasa kerap juga dia mimpikan si Elle itu. Banyak perkara yang menganggu mindanya yang belum diselesaikan dengan Elle.Bagaimana pula dengan perkahwinannya bersama Ben?Kenapa Elle membawa diri ke London?Bagaimana itu dan ini Dan bagaimana pula sekarang,tiba-tiba sahaja Elle seolah merajuk sepi. Ada juga Zaid mengirimkan beberapa e-mel kepada Elle tapi jawapannya sepi.Entah apa yang membawa rajuknya jauh ke bumi England sana. Mungkin juga boleh ditanya pendapat Kak Az,mungkin juga boleh ditanya dengan Suraya.Tapi kalau dengan si cantik tu,dibimbangi juga,dia akan cemburu. Nanti belum selesai satu perkara,timbul pula perkara baru.Apabila dia menuruni tangga,bau mee goreng menggamit perut yang kelaparan.
“Makan dulu Zaid,”pelawa mama Hana.
“Semacam je ma tengok hari ini,ada majlis penting ke?”pelik,cahaya muka Zaid cerah semacam,macam ada bintang tinggi yang telah berjaya digapai.
“Ingat nak bincang pasal pelan rumah kat Sungai Buloh tu mak.Petang nanti la. Sekarang ni Zaid nak pergi tengok projek di UKM tu.”
“Rumah?Tiba-tiba saja ada rancangan buat rumah?Ada ka rancangan lain yang mama tak tahu?”usik si mama.
“Nanti la ma. Kalau perlu ke Gunung Ledang meminang,Zaid cakap la,”sapa Zaid sambil terus bersarapan dengan tergesa-gesa.
“Jangan kata Gunung Ledang,kalau kena ke London pun mama pergi.”Kata-kata mama menyentap jantung Zaid. Apa pula dengan London?Kan Suraya tu di Langkawi?
“Ma ni cakap pasal siapa?Kan buah hati Zaid kat KL ni,”Zaid masih terasa pelik dengan kenyataan mama.
“Ala,mama cakap aje.Siapa pun pilihan Zaid,dialah menantu mama.”Mama menyambut soalan Zaid dengan senyuman. Entah wanita mana pula yang bermain dalam minda mama!Jangan-jangan dia fikir Elle tu kawan istimewa aku pulak!,Ditilik-tilik pula kata-kata perbualannya dengan mama dan Ibu Eda ketika membawa Elle ke restoran hari itu,rasanya tak ada satu klu pun yang menunjukkan Elle itu bakal isterinya. Zaid bersalam dengan mama Hana dan segera beredar. Mama hanya memandang anak lelakinya pergi dengan mata yang bercahaya. Aduhai anakku,mungkin kau masih belum dapat bezakan kaca dengan permata. Entahlah,bagaimana aku boleh membuat kau menilai,yang kaca yang tidak puja barangkali lebih baik daripada permata.
Cepat-cepat mama Hana menelefon Ibu Eda di sebelah,tengah hari nanti mereka ada temu janji istimewa.Ada wartawan majalah masakan yang mahu menemubual merela tentang restoran.Bak kata orang lama,’rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari’. Mendapat publisiti yang mudah begitu satu rezeki kurniaan Allah. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi,siapa tahu.
Suraya yang memandu sepi sendiri. Sejak dua-tiga minggu ini,dia sedar dia agak moody sedikit.Masita di sebelah pun tidak berani menyapanya.Biarlah dia dengan angan-angan atau mimpi-mimpinya.Asalkan pemanduannya berhemah,sudah sanggat mencukupi.
“Su,boleh Mas nak cakap sikit?”Masita menyoal tiba-tiba. Lagu yang sedang berdendang seolah hilang di sebalik soalan.
“Cakaplah Mas,sejak bila pula,kena minta izin”dilihat wajah senyum Suraya, tahulah Masita, emosi Suraya baik sahaja,mungkin wajah seriusnya yang sedikit merisaukan.
“Serba salah sebenarnya. Su tengah susah hati sekarang ni,Mas pulak…,”dia tidak berani menyambung.Kata-katanya bagai mati di situ.
“Mas dan abang nak kahwin ke?Itu berita baik!.Tahniah!”terkejut juga Masita mendengar Suraya menjerit gembira. Sangkanya,berita indah mereka akan menyesakkan rongga dada Suraya sahaja.
“Mas,kalau Su tak kahwin lagi,tak bermakna,kawan Su,apatah lagi merangkap kakak ipar kesayangan Su ni pun tak boleh bersatu.”Senyuman Suraya menguntum bagai bunga terarai di waktu mentari naik di ufuk timur.Masita terasa lega. Dia bimbang sangat untuk menyatakan hal itu.Sudah berminggu dia berdolak-dalik dengan Ali,apabila Ali memintanya memberitahu adik bongsu kesayangannya.Sebagai rakan karib,Ali mahu Suraya menjadi orang pertama yang mengetahui berita gembira ini.
“Jadi,bila nak bincang dengan keluarga Mas?”soal Suraya kembali. Dia tahu, keluarga yang paling rapat dengan Masita pun hanyalah ibu saudaranya. Anak yatim piatu sepertinya,tiada siapa-siapa lagi pun di dunia ini.
“Itulah,Mas nak minta Su temankan Mas balik kampung,hujung minggu depan ke.Perlu cakap dengan mak su Mas. Lepas tu Su kena bincang dengan mak Su juga.”
“Jangan susah hati Mas.Minggu ni,Su panggil kakak-kakak dan abang bincang, lepas tu cakap dengan mak dan bapa Su.Habis cerita,”sambung Su,seronok. Memang patut pun abangnya bertumah tangga,usianya sudah menjelang 35 tahun pada hujung tahun ini.Akhirnya abang kesayangannya bertemu juga Miss Rightnya. Setibanya di sekolah,cepat-cepat Suraya turun dan memeluk Masita. Warga sekolah yang melihat adegan itu kelihatan pelik,apa halnya pula Cik Suraya dan Cikgu Masita. Kedua-duanya kemudian berjalan ke bilik guru dengan perasaan girang.
Zaid cepat-cepat beredar ke pejabat Lukhman dan Faez Architect apabila jam tangannya sudah menunjukkan jam 3 petang.Dia bertolak dari Bangi,kalau lebuh raya tidak sesak,perjalanan ke sana hanya mungkin 30 minit,tapi kadang kala lebuhraya di Malaysia ini sangat tidak boleh diduga,perjalanan yang sekejap boleh mengambil masa berjam-jam lamanya.Tersenyum sumbing dia keseorangan dalam kereta,BMWi 5 sirinya mendengar lagu,Anuar Zain,lelaki ini. Dia menyanyikan lagu itu mengikut rentak sendiri,terasa dialah bagai lelaki agung itu yang amat menyintai gadis di hatinya itu.Dia masih bimbang melihat tiada balasan sms daripada Suraya. Malam nanti,mungkin lebih romantis,kalau dia menelefon Suraya terus dan menetapkan temu janji.Itu janjinya pada diri sendiri. Sudah tiba masanya,dia perlu memuntahkan rasa di hati.Cinta,kalau hanya disimpan sendiri,akan basi. Dia tiba tepat masanya,dia ke terus menaiki lif ke tingkat atas bangunan,menemui Kak Az. Dilihatnya,setiausaha merangkap penasihat kanan Lukhman, sedang tersenyum menanti di meja marmar yang kelihatan baru.
“Hai Encik Zaid. Saya bawa bertemu Johan dan Amir. Mereka ni kira orang kanan Lukhman.Kalau Lukhman perlukan apa-apa cadangan,selalunya dia cari mereka ni dulu,” sambung kak Az. Zaid mengangguk sahaja.Apa sahaja la Kak Az. Perbincangan berlaku sekejap cuma,sekadar menunjukkan lakaran awal yang pernah dibuat Lukhman dahulu,mereka perlu melihat pelan tanah dan ukuran. Nanti mereka boleh cadangan beberapa pilihan binaan,contoh rekaan terpilih,dekorasi dan barulah boleh dilukis pelan. Daripada intelectual conversation tu,Zaid pasti arkitek berdua ini juga bukan calang-calang orang juga nampaknya.Merekakan orang kepercayaan Lukhman,tentulah buah fikiran mereka jua tidak kurang hebatnya.Entah,pelik juga memikirkan Lukhman yang tiba-tiba mahu pergi jauh. Entahlah apa ilmu lagi yang mahu diraih.Dia sudah mempunyai perpendapatan lima angka,punyai segalanya,masih lagi mahu bersusah payah memerah otak!
Ketika mereka berjabat tangan meninggalkan bilik berperbincangan,dilihatnya Kak Az tengah bersedia untuk keluar dengan tas di sandang di bahu.Zaid terus menyapa,
“Kak Az, free kan?”
“Ya,Saya tak lupa janji Encik Zaid.”
“Ke mana kita?”Zaid bertanya balik,dia kurang mahir tentang kawasan ini.
“Mall kat depan pun boleh”Kak Az memberi cadangan.
“Okay.”
Mereka berjalan beriringan. Di depan sebuah kedai buku,mata Zaid terpana melihat sebuah majalah,An Nur.Wajah di kulit depan itu bagai pernah dilihatnya. Diambilnya majalah itu,diamati betul-betul. Dibukanya cepat-cepat halaman yang menceritakan tentang model di muka kulit hadapan. Memang sah,tidak salah lagi tekaannya. Ini gambar Suraya.Bagaimana pula Suraya tidak memberitahu berita gembira kepadanya.Sepatutnya berita begini diraikan bersama.Segera ditunjukkan kepada Kak Az.
“Inilah Suraya.Topik yang perlu dibincangkan hari ini,”Kak Az sengaja menunjukkan muka terkejut. Agak terkesima juga melihat muka Suraya sebagai kulit majalah,wajahnya jauh lebih cantik daripada yang pernah ditunjukkan oleh Lukhman bulan lepas. Foto yang menjadi gambar kulit tentulah lebih cantik,apa tidaknya,setelah bertan-tan make up yang bertepek ke muka,wanita berwajah jelek pun boleh bertukar cantik,inikan pula bagi gadis semulajadi cantik seperti Suraya. Setelah membayar harga majalah,mereka terus berjalan ke Restaurant The Beringin kira-kira 50 meter di hadapan.
Dalam kepala Aznishah,ligat berfikir,alahai Cik Zaid,kalau si Suraya muncul sebagai kulit majalah pun tidak diberitahu,maknanya tak pentinglah lelaki itu kepadanya.Perempuan ni senang sahaja untuk tunjukkan ‘istimewa’ atau tidak. Kalau semua perkara a to z pun mahu disampaikannya,maknanya pentinglah individu itu kepadanya.Dijemuhnya dalam diam,apalah si Zaid ni,perkara seperti ini pun tak faham-faham. Disedarinya,mesti pasal Surayalah yang mengheret dia ke sini hari ini.
Apabila mereka duduk dan memesan makanan,Kak Az sudah bersedia,dia tahu, ada banyak soalan yang akan disoal bertubi-tubi daripada Zaid. Persoalan yang lebih penting bagaimana dia mahu memberi penjelasan yang menyenangkan hati Zaid sebab dia pasti jawapan yang mahu didengari oleh Zaid,tiada dalam simpanan hati dan minda Suraya.
“Kak Az rasa apa cara terbaik nak bagitau perempuan yang kita sukakan dia?” Zaid mula bicara.
Kak Az tersenyum sahaja,dia sudah boleh mengagak inilah soalan yang akan disoal awal-awal lagi.
“Perasaan ni bukan suara sahaja Cik Zaid,suara hati,gerak hati,bahasa badan, semua itu perlu diambil kira,”cuba memberi klu,entahlah faham atau tidak si Zaid ni.
“Hmmm,macam tu,macam mana pulak ya?”Zaid lagi bingung mendengar kata-kata Kak Az tadi.
“Cakap aje la berterus terang,itu paling mudah. Tapi sebelum tu Encik Zaid kena bersedia jugalah, kalau-kalau ada penolakan. Kadang-kadang ni,perempuan rapat dengan lelaki,bukan bermakna dia ada perasaan terhadap lelaki tu,”terangnya lanjut.
“Maksudnya…”
“Kawan macam saya dengan Encik Lukhman,Encik Zaidkan.Kita baik-baik aje, tapi sekadar teman pejabat.Kalau nak selamat sikit,tanya dia dulu perasaan dia. Kalau dia kata kawan,bolehlah tanya lagi.”
“Tanya apa?”
“Ialah,ada potensi tak kawan tu akan jadi istimewa. Kalau dia senyum,ada harapan. Perempuan ni kadangkala tricky juga.Tapi kalau dia kata,kita hanya kawan, kawan biasa ke,maksudnya,itu sahajalah.”
“Ooo.Jadi saya kena tanya dulu,jangan curah perasaan lagi,”soal Zaid seolah menghafal langkah-langkah untuk berhadapan dengan Suraya.
Kak Az hanya mendengar,tugasnya memasang telinga sahaja,kalau perlu hanya beri satu dua panduan,itu sahaja.Dia hanya memandang Zaid di hadapannya.Wajah jejaka,si kembar Lukhman ini tidak kurang kacaknya.Wajah ala-ala Cinanya jelas kelihatan,kulitnya putih bersih,tidak menghairankan sama sekali kerana mama Hana kan berketurunan Nyonya baba.Dia hanya duduk menanti,sekiranya ada lain persoalan yang akan disoal balas!
“Kak Az,ada satu kemusykilan lagi. Saya ada kawan perempuan,a chinese, Elle. Kawan lama masa kat London dulu. Dah lama tak jumpa pun.Beberapa bulan lepas masa kat London,terserempak dia,jadi,selepas peristiwa tu,ada juga la kami saling menghantar berita,”Zaid memberhentikan cerita. Aznishah hanya terus memasang telinga,jadi apa masalahnya?
“Hari tu dia ada datang Malaysia,tapi sejak balik ke sana,saya hantar e-mel pun, macam tak dipeduli lagi.Rasa tak seronok sebab hilang lagi kawan lama.”Penjelasan Zaid begitu jelas.Fahamlah Aznishah,Elle ini kawan lama Zaid. Mereka seolah bertemu lagi dan kembali hilang!
“Encik Zaid dengan Elle tu pasti ke hanya kawan lama?”soalan Kak Az menduga.Reaksi yang ditunjukkan Zaid menunjukkan dia memang tidak terfikir tentang ‘cinta’ atau ‘kasih’ kepada Elle.Yang dia tahu, Elle itu kawan karibnya.
“Tentulah Kak Az.100% pasti. Dia kawan saya. Kawan lama Kak Az.”
Perbualan ditamatkan. Kalau begitulah kata Zaid,Aznishah perlulah mempercayainya.Mereka mungkin hanya sekadar kawan biasa,kawan lama.Tapi, entahlah.Cinta bukan bermakna semuanya mesti diluahkan.Bahasa ‘cinta’ ini luas. Banyak orang yang bercinta di luar sana yang tidak pernah meluahkan perasaan pun. Dia tidak berani berkata panjang.Cuma,dicadangkan agar Zaid meminta maaf sahajalah,kalau dia bersalah,mungkin ada kekeliruaan yang berlaku. Mungkin sekadar berkecil hati. Sebagai insan biasa,mungkin sudah timbul salah faham antara kawan. Zaid mengendurkan nafasnya perlahan-lahan.Sulit juga nampaknya misinya kali ini.Apa pun situasinya,dialah yang perlu berterus terang sekarang.Itu sahaja. Dia perhatikan lagi Majalah An-Nur di tangannya. Alahai Suraya,dengan berita gembira seperti ini pun,dia tidak mahu berkongsi.Mungkin,malu!atau tidak mahu berlagak sombong,bukankah kesombongan itu ‘riak’,sifat manusia yang dilarang Allah. Sikap optimisnya sentiasa diletakkan jika dikaitkan dengan Suraya.
Teringat Zaid akan sepotong hadis Riwayat Bukhari yang mana Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak,nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk”
Sehingga malam yang tiba,Suraya masih belum membalas sms ringkasnya, entahlah,apalah yang menjadikan dia sibuk sangat. Majalah An Nur tadi diletakkan di katil,berbaring ringan,jemarinya ligat mendail telefon Suraya.Lega rasa hatinya,apabila panggilannya kali ini bersambut.
“Maaf Zaid.Su sibuk sikit hari ini.Tak ingat pula mahu pulangkan jawapan sms Zaid,”suara manja di hujung sana,mendamaikan hati yang gersang.
“Su dah makan?”soalan Zaid kedengaran melucukan. Sejak bila pula mamat sorang ini pandai bertanya soalan-soalan begitu.
“Tentu sudah. Zaid kata,ada hal penting,kenapa?”jawapan dan soalan balas mengelirukan.Alahai sayang, apasallah tidak romantik sangat. Sekurangnya,tanyalah balik,Zaid sudah makan ke belum?,Zaid merungut sendirian.
“Hmm.Not on the phone. Kita jumpa ya,” ]permintaan yang mudah. Harapannya menggunung. Harapnya jawapan Suraya juga mudah.
“A..Su tak janji lagi. Minggu ini sibuk sikit. Minggu ni Su kena temankan Mas balik kampung.Lepas tu mungkin kena balik Langkawi sekejap. Abang Su nak naik pelamin tahun ni. Jadi,faham aje lah. Su kena tolong abang uruskan majlis dia. Abang Su seorang tu aje,”Su bercerita tanpa diminta. Alahai Su,bertemu sekejap pun tak boleh?
“Hmm. Macam I je lah Zaid,nanti bila Su free sikit,Su bagitahu,Su janji,”kata-kata penamat Su melegakan. Bukannya dia menolak pertemuan,tapi keadaan tidak mengizinkan.
“Okay la Su.Selamat malam,”telefon diletak. Aduhai Suraya. Kenapa tidak dari dulu sahaja aku curahkan rasa. Dahulu dia tidaklah sesibuk ini. Zaid bingkas bangun, mengambil air sembahyang. Di atas sejadah, doanya kudus,tiba-tiba ingatannya melayah datang kepada Elle,“Ya Allah,bantulah aku dalam menghubungkan silaturrahim..dengan RahmatMu”
Biarlah siapapun Michelle itu,apa bangsanya,apa agamanya pun, Zaid merasakan persahabatannya dengan sigadis itu tiada ternilai harganya.Dia mahu Elle fahami hakikat itu.