Thursday, February 4, 2010

Bicara lelaki tentang Cinta...




BMW = Be my wife, Be My Woman.. (itu kata suami saya dulu..) Dan kata saya pula..
BMW = Be my Wallet... Be My Wings (sebab saya suka terbang tinggi.. he he)

Kekadang orang tertanya juga terutama wanita,adakah lelaki berbicara tentang cinta.. umumnya tidak kepada kawan-kawan biasa..tetapi mereka akan membuka mulut mengenai perempuan hanya kepada kawan yang 'close'sangat.. (menurut suami saya la)

Petikan,buku m/s 22-28

6
Pada suatu Petang hujung minggu ketika kami keluar lagi menikmati minum petang,dia mulai membuka rahsia kesugulannya.
“Man tahu,sudah dua tahun Zaid kenal dia. Namanya Nur Suraya.” Dia membuka cerita tiba-tiba. Aku pasangkan telinga baik-baik.
“Jadi, apa masalahnya?”
“Tak pasti dengan perasaan dia. Kadang kala tengok dia macam cool sahaja.”
“Maksudnya..?”
“Dia tak pernah telefon atau sms aku. Balas sms atau e-mel,adalah,itu pun kalau aku yang kirimkan dulu.”Fahamlah aku,inilah masalah berat yang ditanggung Zaid sekian lama. Malangnya aku bukannya pandai sangat pasal wanita.
“Agaknya,si dia jual mahal tak?”itu sahaja yang terlintas di fikiranku waktu itu. Harap Zaid terima idea itu.
“Sogokan dia dengan belian ke,pastinya si dia tak jual mahal lagi,”berdekah aku ketawa. Tapi kali ini ketawaku tidak bersambut. Nampaknya lawakku menjadi lawak bodoh lagi.
“Nak Kak Az belikan cincin belian 24 karat ke?”aku teruskan juga dengan lawakku,walaupun kedengarannya bodoh sekali. Sekali lagi dia tidak langsung tersenyum. Tahulah aku,kali ini dia betul-betul serius.
Agak aneh bila Zaid menyatakan wanita ini telah dikenalinya selama lebih dua tahun. Lazimnya,akulah yang akan menjadi orang pertama yang akan dikhabarkan jika Zaid berjumpa idamannya seperti yang pernah berlaku tidak lama dulu. Bukan selepas lebih dua tahun. Kata Zaid,dalam tempoh ini,tiada perkara baru yang berlaku.
“ Cikgu” kata Zaid.
“Okay. Kalau perempuan cikgi la,”sahaja mengejek. Dia hanya tersenyum kelat.
“Kalau ajak keluar,dia okay. Kalau telefon dilayannya.”
“Habis, apa masalahnya?”pelik dengan pernyataan dia.
“Dia tak pernah cakap dia sayang,cinta atau rindukan aku!”ujar Zaid.
“Kau pernah cakap sayang atau cintakan dia?”menyoalnya balik.Dia hanya memandangku dengan pandangan yang pelik.
“Tak.”Rasa bagai mahu pecah perut mendengar jawapan dia.
“Habis. Tak memberi,tak le merasa bro.”
“Bunyinya semacam saja,macam jiwang pulak nanti.”
“Bagitahu jer kau cintakan dia.”
“Tak. Ishh. Kau ni Man,ada-ada je la,” ujarnya mengejutkan aku. Mana pulak kelakar menyebut perasaan cinta. Cinta itu anugerah Allah. Kalau tidak dicetuskan rasa, tentu perasaan itu tidak akan wujud dalam jiwa manusia. Bukankah cinta pertama Tuhan titipkan untuk Adam kepada Hawanya?
“Kenapa pula. Tanya je,habis cerita,”aku menyambung ayat. Niatku bersih. Itu sahaja cara penyelesaiannya. Bercakap berterus terang,luahkan perasaan kita,bertanyakan dia tentang perasaannya. Kalau ditolaknya lamaran hati,habis sangat,kecewa. Cubalah cara lain,kenalah pikat perempuan lain. Kalau diterimanya cinta,habis persoalan. Happy Ending Story.
“Aku…”ayat Zaid mati di situ.
“Hmm…”aku menunggu perkataannya.
“Hmm.Tunggulah. Aku ada kejutan untuk dia. Dia kena tunggu.”
“Kalau dia tolak cinta kau,bolehlah aku yang cuba ngorat pulak.” Aku mengusiknya terus. Mukanya yang berkelat bertukar menjadi senyuman sinis.
Perkenalan biasa, sesekali keluar berpacaran seperti pasangan biasa. Itu cerita Zaid. Masa itu kata Zaid lagi,hatinya seperti kertas kosong yang tiada diisi,di dalamnya seperti sifar. Dia keluar dengan Suraya hanya sekadar mengisi masa senggangnya. Tiada makna.
“Man,ingat tak lagi bila Zaid bercuti ke Pulau Pangkor dua minggu lepas.”Aku tentu ingat perkara itu.Tapi apa kaitannya dengan cintanya pada wanita ini.
“Angin pulau agaknya Man? Tiba-tiba sahaja,makanku jadi tak kenyang,tidurku rasanya lama benar tetapi seolah tak lena,mandiku terasa bagai tak basah Man,di mataku hanya terkenangkan dia. Di saat itu,aku tahu,aku tak mahu kehilangannya. Aku tahu, aku akan patah hati kalau dia pergi.”
“Oh Sekarang ni rupanya Zaid mandi tak basah?”
Dia hanya ketawa geli hati. Sekadar mendengar. Entah. Apalah yang aku faham tentang cinta. Hati jantanku ini belum pernah digeletek cinta wanita. Belum lagi faham kenapa mandi menjadi tidak basah, makanku belum pernah lagi menjadi tidak kenyang malah tidurku belum pernah tidak lena. Belum ada wanita yang berjaya menyentuh hati lelakiku. Agaknya, hati batuku ini belum mudah untuk tercair dengan wanita.
Cuma anehnya, kami kerap bersama. Aku dan Zaid. Entah bila Zaid keluar berpacaran. Pelik tapi benar. Kalau orang lain yang berpacaran tentunya lebih banyak masa dihabiskan dengan orang yang disayang. Tapi itulah Zaid yang aku kenali. Kerja,kerja dan kerja. Tiada perkara lain yang penting baginya. Tiada hobi,tiada cuti. Kalau keluar dari bilik air pun,terus bercakap mengenai ekonomi,sudah sah,Zaid sudah dijangkiti virus Workaholic,virus yang tiada penawarnya. Kesannya,ada partner yang akan berasa bosan. Ada makwe,alamatnya akan larilah makwe. Kalau beristeri lagi teruk,silap haribulan,tidur kesiangan sorang-sorang.
“Nasihat aku Man, lebihkan masa bersama.”
“Ada juga apa, aku luangkan masa dengan dia.”
“Okay.Sekarang nak tanya, berapa lama jumpa?Berapa kerap?”
“Lebih kurang setengah jam kot,sebulan sekali.”
“Sebulan?Sekali sahaja? Macam perempuan dapat period pulak,”hampir menjerit aku mendengar penjelasan Zaid. Mahu tergelak pun ada juga.
“Luangkan masa lebih dengannya, baru okay.”
“Tak ada masa,dia patut faham. Aku bukannya siapa-siapa dengan dia lagi.”
“Betullah tu,tapi bukahkah dia yang kau puja siang dan malam?”
“Perempuan ni,senang saja nak cairkan hatinya,” kusambung bicaraku lagi.
“Iya la tu. Mak we pun tak ada,pandai pula nasihatkan orang,”sinis sahaja bunyi perkataan si Zaid.
Aku tergamam juga. Betul kata-katanya itu. Aku memang tiada buah hati. Tapi, kalau setakat mengambil hati perempuan,aku rasa aku sudah cukup ilmu. Macam mana aku mahu ada buah hati,setiap kali aku sukakan perempuan, Zaid juga sukakan perempuan yang sama.Dan aku akan berkorban kasih kepadanya.
Aku jelaskan padanya,dia perlu lebih luangkan masa. Dia bagaimanapun tidak bersetuju. Banyak perkara lain yang penting buat dia. Bukan hanya Suraya sahaja. Aku tidak mahu lagi campur tangan dalam urusannya. Kawan baik,kawan baik juga,soal personal,bagi kehidupan dan jiwa Adam ini,setiap lelaki perlulah selesaikan sendiri. Perlu ambil langkah berani sendiri. Koreksi diri sendiri,fahami emosi,kewarasan,dan akhirnya buat pilihan.
Aku sudah memberi jalan,jika dia menolak,terpulanglah. Cara aku dan dia berbeza. Mencari harta, penting. Tiada siapa dapat hidup tanpa wang. Sedikit atau banyak, perlu wang demi perjuangan hidup. Tapi kalau jiwa manusia sudah dibanding dengan wang ringgit,perlulah kita koreksi diri. Nilai insani tidak ada perlu perbandingan dengan wang ringgit.
Sekiranya,dia mohon restuku. Aku tentu restui dia. Malah dia tidak perlu restuku untuk jatuh cinta. Pintaku hanya satu,kenalkanlah aku kepada Suraya,wanita yang bertuah itu. Dia memang bertuah,Zaid pada pandangan lelakiku,bukan sahaja baik hati,berbudi malah pada pandangan mata jejakaku pun,dia memang kacak. Kalau ditanya mak,mak tentu menyenaraikan seribu kebaikan Zaid di matanya. Cuma itulah virus yang mengganggu hidup dia. Penyakit gila kerjanya yang tidak dapat diubati.
“Kau tahu Zaid, kau ni sudah kena virus bahaya?”
“Mana ada?”sambungnya lagi. Mukanya berkelat pelik.
“Virus?Virus apa?”cepat-cepat disoalnya bertau-talu.Pelik agaknya dengan pernyataan aku.
“Virus workaholic.”
“Aku Workaholic?” soalnya. Hairan pulak dikatakan ‘gila kerja’
“Kau memang ada sembilan tandanya.”
“Sembilan, banyaknya. Aku nak dengar sangat Profesor Dr. Lukhman terangkan”
Aku huraikan satu persatu. Dia angguk-angguk sahaja. Dia tiada hobi. Masanya hanya fikir tentang kerja. Hari minggu pun bekerja juga. Kalau berbual pun, diceritanya soal kerja. Semasa membeli belah pun,berbincang soal kerja. Yang paling dahsyat,keluar dari bilik air pun,dia masih bercakap lagi pasal ekonomi,soal duit. Yang selalu dikatakannya,kerja pejabatnya sahaja. Masa untuk berteman pun tiada. Mengaku jatuh hati,tapi,cuba mengisi masa pun tiada. Paling teruk, dia tidak tahu yang dia ‘gila kerja’.
“Gila kerja macam kau. Tapi ada la untungnya.”
“Memang.”Pendek jawabnya,kebetulan apa yang dikata,jelas ada kebaikannya.
“Selagi muda,kerja kuat-kuat. Dah tua, semua skru, wayar dah pun longgar,sakit sini sana, buat apa,”seloroh dia bersahaja.
“Kerja-kerja juga, tapi kau tak ada lifes la Zaid. Siang malam kau di tempat kerja.”
“Mana ada. Kan ada kita keluar juga. Sesekali jumpa GF, itukan kehidupan.”
“Ikut suka kau la Zaid.”
Pelik pulak kejadian hari ini. Kami seolah bertelagah pendapat. Pertama kali, sejak keakraban terjalin. Benarlah kata orang, kami kelihatan sama,boleh makan-minum bersama, membeli belah bersama,malah boleh ‘tidur baring bersama’ tetapi apabila bercakap soal pendirian,pandangan kami ternyata berbeza. Pendirianku lain pula bunyinya. Kerja kerjalah juga. Ambik masa rehat. Ada hobi sendiri. Dalam 24 jam masa berputar,tentu ada sebabnya Allah jadikan masa berbeza mengikut putaran masa. Pagi tentulah untuk urusan lain. Tengah hari lain pula ceritanya. Petang,padaku masa beriadah. Malam pula, boleh tidur kalau tidak memancing.
“Ada satu lagi gila yang menguntungkan Zaid.”Aku cuba memancingnya dengan cerita baru.
“Ada lagi?”dia tersenyum sumbing.

... sambungannya.. kenalah beli dan baca sendiri...

Monday, February 1, 2010

Bencinta


Teringat saya akan lagu Bencinta,nyanyian Faizal Tahir.

lirik & lagu kolaberasi Audi & FT

BENCINTA:
Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
aku cinta….kamu…

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci

Bercinta/menyintai seseorang - jika tidak kena pada orangnya,maka akan timbullah perasaan ini. Cinta tapi pada masa yang sama - membencinya.Kita sayangkan orang ini tetapi mempunyai perasaan benci akan apa yang dia telah lakukan kepada kita. Susahkan. Nasihat saya,jika banyak benci daripada 'menyintainya'.. angkat sahaja kaki sebelum memusnah diri. Teringat saya akan seorang daripada kawan saya, apabila teman lelakinya datang ke KL,diminta berjumpa ibubapanya,dia menolak. Pada saya itu adalah tanda yang dia tidak serius dengan dia. Dan kalau itulah tandanya,'tolonglah - tinggalkan sahaja dia'.

Monday, January 25, 2010

Marathon Cinta



Tiba-tiba di tengah malam saya teringatkan lagu lama, "Kalau ada antara kita nanti.. berubah hala serta memungkiri janji,jangan anda benci.." rasanya kalau perhubungan tidak menjadi dan sekadar perhubungan sahabat sahaja,tentulah tiada masalah utnuk kela sebagai sekadar kawan, tetapi sekiranya membabitkan 'soal perasaan agaknya jawapannya kekal sebagai 'tidak untuk bersahabat' semula.


Kata kawan saya,
1. Anyone can catch ur eye, but it takes someone special to catch ur heart.
2. If love is the answer, could u rephrase the question?

Well,terkedu seketika. Saya tahu,dia merujuk kepada cerita di blog saya. Barangkali tidak bersetuju dengan cerita saya, 'cinta' datangnya banyak kali.Hmm.. Jawapan saya, kalau anda bernasib baik,'cinta' barangkali datangnya sekali. Bertemu soalmate,then 'settle down'..tapi kalau cinta tidak kemenjadian, apa boleh buat. Tinggalkan saja, mulakan lagi, bertemu dan mencari... cinta lagi..

Itulah sebabnya barangkali ada orang yang terpaksa mengharungi rumahtangga dan perkahwinan yang kedua untuk menemui 'cinta'baru.

Ramai orang di dunia ini barangkali tidak beruntung. Kalau dibuat statistik,barangkali ramai yang berkata,mereka jatuh cinta banyak kali. Hah!Terutamanya lelaki,banyak sangat 'cinta' yang mereka mahu tawarkan. (tapi kata saya pada suami,jangan dia mahu berangan.. kalau mampu beri saya banglo dan ferrari, duit bulanan RM 1 juta sebulan,silakan untuk poligami,kalau tidak bermakna 'tidak mampu' lagi beristeri lebih - walau pun tahu material bukanlah jawapan bijak dalam hal ini)

Jangan paling penting bukannya berapa banyak yang ada bertemu sebelum ini,siapa yang pertama itu tidak penting,tapi siapa orang terakhir untuk anda berikan cinta yang paling penting.Apabila menemui your soulmates,mengekalkan 'cinta' hanya kepada satu amat penting.

Kita tidak dapat mengubah cinta pertama dan seterusnya tapi boleh kekal dalam cinta yang terakhir.

Sunday, January 24, 2010

Marathon Cinta...


Kenapa saya namakan marathon cinta. Cinta ini umpama marathon juga. Mesti ada penat lelahnya,mesti ada pengorbanan,mesti ada masa suka dan dukanya. Pendek kata,macam marathon,berlumba.. dan penghujungnya,kita akan senang apabila tiba di garisan penamat.

Tapi cinta?Di mana penghujungnya? Bagi saya,biarlah ke hujung nyawa. Soalan murid saya bertanya, "cikgu,tak boringkan bersama seseorang yang sama sehingga akhir nanti?"Saya tanpa perlu berfikir panjang (kerana saya sangat pasti)menjawab,"tentulah tidak, setiap hari adalah hari baru,persis pemikiran seekor ikan yang setiap kali berpaling akan menyatakan tempat itu adalah tempat baru baginya walau pun hanya mundar-mandir dalam akurium yang sama"
"Ikan,begitu..."Agaknya soalan yang tadi ditanya sudah tenggelam di sebalik cerita seekor ikan.
"Begitulah yang Allah ciptakan ikan. Sebab itulah dalam Islam,kita dibenarkan menyimpan atau memelihara ikan di dalam bekas tetapi tidak kepada burung. Burung sebaliknya akan terasa dipenjara dikurung,dalam sangkarnya."
"Habis kalau orang,bagaimana. Tidak dia terasa terkurung berada dalam sangkar yang sama?"Saya fahami maksudnya,berada dalam rumah yang sama,sepanjang hidup kita.
"Cikgu memilih berfikiran seperti ikan,tetapi bebas terbang seperti burung,terbang di mana suka,asalkan jangan singgah di dahan kepunyaan orang."
"Huii cikgu,tajamnya..." dan dia turut tertawa bersama saya.

Marathon cinta,sebenarnya tidak ada penghujungnya.. Begitulah ceritanya...

Friday, January 22, 2010

Marathon Jiwa.


Saya berjanji dengan jiwa saya dan minda saya yang saya akan cuba menghabiskan manuskrip baru dengan lebih cepat. kalau Dimensi Cinta,saya berjaya habiskan dalam tempoh satu tahun,bermakna untuk buku kedua ini,saya perlu habiskan dengan lebih cepat. Target saya, 6 bulan. Kepada saya sendiri,kedengarannya mustahil,tapi tidak mengapalah. Saya cuba memujuk diri,kalau terlebih pun,mungkin seminggu dua.

Sepatutnya Bulan Januari,saya sudah menamatkan manuskrip tetapi,saya belum boleh berjaya menghabiskan bab 8(bermakna ada dua bab lagi).. Saya sudah keletihan. Walaupun sudah merancang setiap langkah dalam manuskrip saya, memfailkan maklumat setiap bab sebelum memulakan penulisan,tetapi bersaing antara komitment kerja dan komenment diri sendiri,sayav rasa saya sudah 'pancit' di tengah jalan.

Buat pertama kali,saya kehilangan selera makan, dan otak saya kelihatannya tidak mahu tidur. Setiap kali saya mahu tidur,minda saya masih aktif ber'cakap' dengan hati dan perasaan saya. Adus!Sukar untuk melelapkan mata,kerana minda masih aktif padahal anggota badan sudah keletihan.

Mungkin saya need a break!Baru 3 minggu sekolah dibuka, saya sudah seolah sudah bermarathon sejauh 100 km. Lelah sekali. Saya memujuk diri sendiri. Buku boleh ditunggu,kalau saya jatuh sakit bagaimana? Jadi,saya mungkin tidak perlu bermarathon lagi, cukuplah berjalan kaki... biar lambat asal selamat.

Selalunya balik dari sekolah saya,selepas 1 jam,saya terus mengadap Lap top dan menulis... (entah mengapa perlu menyiksa diri) Jadi hari ini, saya mengambil keputusan, saya hanya akan menonton movie, sebuah filem romantis, "Night At Rodanthe." Hero lama saya, Richard Gere and Diane Lane. Mungkin malam nanti,barulah saya duduk mengadap lap top kembali, just to get the feeling 'romantik'.

Wednesday, January 20, 2010

Tajuk buku 2




Setelah berbincang dengan kawan baik saya Kak Yam, di sekolah,katanya "kelip-kelip tu okay juga,tapi kenalah ubah sikit. Bahasa formalnya,Kunang-kunang." Semalam saya sudah gelakkan suami apabila dia mencadangkan tajuk buku saya,"kelip-kelip".. malah saya bertanya balik, "apa yang terkelip-kelip"sambil ketawa.
Kawan saya bertanya balik, "fuad tak marah ke bila diketawakan."
"Tak,"jawab saya pendek. Bukannya dia tak faham-faham lagi dengan perangai saya. kalau saya rasa mahu ketawa,ketawa aje lah. Dia tak akan merajuk kerana perkara sekecil ini.
Jadi, Sikunang-kunang bunyinya okay juga. Petang tadi apabila menelefon suami,saya bercerita tentang tajuk baru. Dia bertanya balik apa ulak kaita maksud kelip-kelip dengan kunang-kunang. Saya rasa pelik semacam sahaja. Sebab setahu saya,kunang-kunang dan kelip-kelip sama maksudnya. yang berbeza hanyalah ejaannya.
Saya bertanya apa maksudnya dengan kelip-kelip. Kata suami,"sekejap-sekejap." Berburailah ketawa saya sampaikan dia ketawa sama.
"Abang tahu tak,kelip-kelip ni melambangkan sinar- sebab kelip-kelip tidak muncul pada semua keadaan dan tempat. Ideologinya,kelip-kelip seperti cinta juga memilih orang tertentu. Dan adanya kunang-kunang ini menyinari sekitarnya."
"Entahlah yang,"balas suami saya.Perkataan yang membuatkan saya ketawa,memang geli hati.
"Itulah,bahananya tidak berkahwin dengan sasterawan."sambil menyambung gelak. Dia hanya tergelak di hujung gagangnya.
Memang betullah kata kawan saya, Dr.Z, perbezaan akan melengkapkan kebahagian. Kalau dia sama ideanya seperti saya,agaknya,kami akan bertengkar mengenai tajuk sebab,dia tentunya akan mempunyai tajuk yang difikirkan lebih tepatdengan pemikirannya.
Moralnya : Berbeza idea memang melengkapkan hidup.
Pada saya, Cinta sekunang-kunang, bunyinya sedap juga kan?

Tuesday, January 19, 2010

Tajuk buku...



Manuskrip saya yang kedua, akan dapat disiapkan menjelang febuari atau akhir febuari,mungkin. Sedang berkira-kira mencari cadangan nama untuk buku kedua ini. Apabila ditanya kepada suami,semua nama yang saya katakan itu tidak 'sedap' didengar..katanya.. (padahal membaca buku novel pun tidak)

Nama yang dia beri pula kelihatan lawak kepada saya, "kelip-kelip". saya katakan padanya, tajuk ini kedengarannya macam buku fiksyen atau buku sains atau buku kanak-kanak. Padahal temanya buku cinta dan hidup. Ada cadangan? mungkin saya perlu masukan sinopsisnya sedikit, tapi kalau dah keluarkan sinopsis dulu,tak pula best. Jadi dalam perkataan,

Twins,Adam. sister win,frust,lost love,Toulous,Find another man but not falling in love. Sis died. Adam want her back. ...

Sekiranya tajuknya BMW ku ... be my wife ..sound bad or not,tapi macam lawaklah pulak..