Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Monday, September 14, 2009

Penulisan novel...

Adik angkat saya merangkap ex student saya sepuluh tahun lepas bertanya,cerita yang saya tulis tu: angan-angan atau imaginasi ke? pengalaman ke? cerita orang ke? Semuanya pun ada.. saya percaya dalam setiap cerita yang ditulis,setidak-tidaknya akan tempias dengan cerita orang,sama ada sengaja atau tidak... kalau tidak 100% cerita betul,mungkin storylinenya sama... ada 6 billion lebih manusia dalam dunia,mana mungkin tak ada persamaan dengan mana-mana cerita orang... tapi sebetulnya,hanyalah cerita imaginasi dan campur-campur pengalaman sendiri,pengalaman orang,cerita movie,rencana,pengalaman bacaan sendiri dll.
kalau ditulis 100% cerita orang yang sebenarnya,kadang kala akan melukakan hati orang. Lainlah kalau orang itu sendiri yang mebgizinkan ceritanya ditulis... lagi pun kisah sedih,bagi saya tak payahlah disebut-sebut lagi... menyiksakan batin sendiri sahaja.
Rata-rata kisah novel mesti ada happy ending.. sebab orang membaca bagi melegakan perasaan sendiri.. kalau makin membaca makin menyiksa,mengapa membaca novel. Seperti yang selalu dikisahkan orang,sekiranya di India,cerita pawagam berakhir dengan kesedihan,tentunya pawagam akan dibakar hangus... sebab hidup mereka kebanyakkannya menyedihkan... kalau di akhir cerita hanya mendapat cerita pilu,sama seperti hidup mereka,apalah gunanya menonton... sebab itulah kalau dikaji semua cerita dongeng dahulu kala,baik daripada versi Inggeris,melayu atau sebagainya,mestilah juga diakhiri dengan 'happy ending' and they lived happily ever after...

Thursday, September 3, 2009

Epilog Dimensi Cinta

DIMENSI CINTA
EPILOG

Epilog terletak di bahagian depan muka surat buku. Bagi membolehkan pembaca mengenalpasti apakah isi atau bentuk penulisan yang bakal dibaca.

Cinta hanya akan berdiri dengan megah jika kita kukuh mempertahankan perasaan yang bergelodak di jiwa. Cinta tidak bermakna mempunyai banyak persamaan tetapi bagaimana individu dapat menggabungjalinkan perbezaan agar ketidak samaan itu tidak lagi menjadi sangat ketara berada di antara dua jiwa. Saksikan bagaimana hebatnya cinta mendekatkan jarak minat dan profesionalisme yang berbeza bahkan cinta sentiasa mendekatkan diri antara pecinta walau pun berada jauh melintasi antara benua.
Dimensi cinta mengajar anda betapa luasnya nilai cinta. Perjalanan cinta bukan sehala letaknya,bukan berdiri antara teruna dan dara sahaja seperti yang berlaku kepada Nur Suraya dan Lukhman,mahu pun Nur Suraya atau Suraya terhadap Taufik atau antara Masita dan Ali. Cinta sentiasa berada di antara kita, antara saudara lelaki,saudara perempuan bahkan berada di antara setiap individu yang mendampingi kita.
Cinta sentiasa datang dalam bentuk hilai tawa dan curahan hiba. Seperti kata Pak Hamka,hidup mesti terbina antara pahit dan manis,kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan. Kalau seandainya semuanya manis,hidup akan menjadi bosan. Cinta seharusnya menjadikan anda bahagia walau pun pernah merasai kesengsaraan. Cinta tidak akan melemahkan jiwa anda bahkan akan menjadikan jiwa anda kuat dan menjadikan anda pemaaf. Cinta seharusnya sentiasa membara dan mampu meraih semula nostalgia yang hangat suatu ketika tetapi sudah menjadi dingin,sedingin salju di antartika.
Uniknya cinta seumpama meminum air ketika dahaga,semakin banyaknya air yang diteguk,semakin terasa dahaganya. Nikmatilah rasa kemanisan dan keunikan cinta yang dinikmati dan oleh Lukhman,Zaid,Suraya Michelle,Mama Hana,Masita,Ali dan seluruh keluarga mereka. Cinta sentiasa memberi jalan bahagia. Dan anda akan temuinya, dalam Dimensi Cinta.

Apa yang boleh anda dapati dalam novel ini

KEISTIMEWAAN NOVEL INI

1. Penulis cuba memperkenalkan konsep baru penulisan yang menggunakan fakta sebenar dalam genre penulisan. Contohnya bidang Arkitek, Pendidikan dan Usahawan dan Anugerah BCI Asia (yang berkaitan dengan arkitek), Pameran Komputer bertaraf dunia (di bandaraya besar dunia sepeti London,Tokyo) yang mungkin tidak disedari oleh umum. Penulisan sebagai agen informasi.

2. Penulis cuba mempertengahan keindahan bumi Malaysia, yang tidak kita sedari mempunyai nilai bumi yang tinggi nilainya. Contohnya membawa pembaca menyusuri keindahan Tasik Kenyir, Pulau Lagenda Langkawi dan keindahan Kuala Lumpur.Penulis juga membawa pembaca menghayati keseronokan berada di dalam Istana Budaya, Kuala Lumpur.

3. Penulis ingin memperkenalkan konsep pengembaraan dalam penulisan. Penulis menggarap keindahan Bumi Kanggaroo dan United Kingdom (London) dan Sydney (Australia)dalam penulisan bagi membolehkan pembaca yang tidak pernah menikmati pengembaraan ke sana mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka.


4. Penulis ingin memberi kesan emotif kepada pembaca.Pembaca boleh menilai sensitiviti perasaan watak-watak di dalam novel. Pembaca juga boleh memahami dengan terperinci maksud kasih, sayang dan cinta yang sebenarnya.

5. Penulis ingin menjana pemikiran baru terhadap tugasan/profesionalisme yang danggap remeh. membolehkan pembaca terutamanya golongan remaja memahami tugas sebenar seorang pendidik dan cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi dalam mengharungi cabaran global hari ini.Penulis ingin memberi input baru terhadap penulisan.

6. Penulis mengajak pembaca menilai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, bagaimana seorang lelaki atau wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan mereka yang disayangi.

7. Penulis mengajak pembaca memahami pelbagai peristiwa baru yang berlaku di Malaysia mahu pun di luar negara. Contohnya, drama Sculptural dan Summer Festival.

8. Penulis berharap pembacaan novel ini akan mengubah persepsi minda pembaca bahawa novel hanya melihat dan menilai perasaan sebaliknya, novel berfungsi sebagai pemberi maklumat yang terperinci secara global.

9.Mempelajari teknologi terkini seperti MMS, Skype, Yahoo mesengger dalam novel.

10.Mempelajari bidang seni bina,pengurusan dan pemasaran ICT secara terbuka.

11.Penulis ingin menambah minat pembaca ke arah membudayakan budaya membaca. Karya sepatutnya berfungsi sebagai bahan ilmu yang membantu perkembangan minda sekaligus mengubah paradigma lama ke arah pemodenisasi tapi masih mengekalkan budaya lama serta nilai moral yang baik.


12.Penulis cuba mendekati golongan pembaca terutama golongan remaja agar memahami ‘cinta’ bukan hanya sekadar tarikan seksual terhadap jantina yang berbeza tapi melibatkan harga diri / dignity, pemahaman terhadap bidang sosial dan budaya serta agama.



11. Mempelajari sejarah, perdagangan kopi, teknik memancing.

Sinopsis setiap bab

KANDUNGAN SETIAP BAB


BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.
BAB 2 : ZAID HARITH BIN UMAR.
BAB 3 : NUR SURAYA BINTI ABDULLAH.
BAB 4: DARI MATA KE HATI.
BAB 5 : FILOSOPI CINTA.
BAB 6 : CERITERA SUKA-DUKA.
BAB 7: HATI-HATI LARA
BAB 8: MELODI HATI
BAB 9: EPILOG CINTA


Sasaran Pembaca : Pembaca remaja sehingga dewasa.



SINOPSIS CERITA SETIAP BAB


BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai gantinama, menggambarkan Lukhman sebagai salah satu watak utama dalam bab ini. Tujuan bab ini adalah introduksi Lukhman dari segi pekerjaannya, memperkenalkan ahli keluarganya, perwatakannya dan fasa kehidupannya. Ledakan emosinya , tentang keakrabannya dengan kawan baiknya Zaid Harith Bin Umar yang dianggap saudara kandung. Mereka malah juga disindir gay kerana terlalu rapat. Hubungan mereka bukan sahaja kerana berada bersebelahan rumah, malahan mereka juga menganggap ibu teman mereka sebagai ibu mereka sendiri. Juga dipamerkan Love at first sight yang dialami Lukhman. Penulis memperkenalkan teknik baru dalam penulisan di mana tiga bab awal bertujuan memperkenalkan watak utama dan perwatakan secara terperinci. Cerita watak ini ditamatkan dengan pertemuan di Kafe Secret Recipe.

Lokasi : Malaysia,Adelaide Australia.

BAB 2 : ZAID HARITH BIN UMAR Penulis menggunakan watak aku sebagai menggambarkan perwatakan dan perasaan dalaman Zaid kepada wanita yang dianggap teman wanitanya bernama Nur Suraya Binti Abdullah. Bagaimanapun prinsip cinta yang dipegangnya menjadikan dia bersikap egois dan tidak memberi tanda kepada hubungan nya dengan Suraya. Sangat workaholic kerana mahu mengejar title partnership dalam syarikat multi million yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana mahu membina ‘Villa Cinta’ kepada kekasihnya.Ditunjukkan bagaimana kesibukan kerjayanya sebagai usahawan membawa dia mengembara menjelajah di sekeliling glob seperti London dan Sydney. Kisah Zaid ditamatkan di tempat yang sama, di Kafe Secret Recipe.

Lokasi :Malaysia,London (U.K)

BAB 3 : NUR SURAYA BINTI ABDULLAH . Penulis cuba mengetengahkan watak Suraya, seorang guru muda sebagai teman wanita Zaid yang masih mencari jawapan kepada hubungan cinta mereka. Aku di sini menggantikan diri Suraya.Penulis cuba memasukkan elemen latar belakang pendidikan Suraya, keluarga dan sejarah ‘cinta’Suraya. Dalam mencari tanda yang jelas, dia dengan beberapa kebetulan, terperangkap dengan perasaan terhadap Lukhman. Penulis juga mempamerkan emosi dan perwatakan Suraya supaya pembaca jelas dengan perwatakan wanita yang menjadi buruan cinta dua lelaki ini. Bab ini juga ditamatkan dengan pertemuan Lukhman, Zaid dan Suraya di Kafe Secret Recipe.

Lokasi: Malaysia (UKM,Bangi, Petaling Jaya,Langkawi,Kedah)

BAB 4 : DARI MATA KE HATI. Bab ini dimulakan dengan penamat dalam ketiga-tiga bab sebelum ini. Bertempat di Secret Recipe CafĂ© , memperlihatkan gelodak perasaan cinta tiga segi antara ketiga mereka. Sikap ‘kalah sebelum bertarung’ diperlihatkan oleh Lukhman, dia sanggup berundur demi persahabatan. Zaid bagaimanapun di luar jangkaan telah membuka jalan untuk mereka bersama, Lukhman dan Suraya. Gantinama ‘aku’ tidak lagi digunakan bagi mewakili Lukhman, Zaid mahupun Suraya, sebaliknya, semua watak digambarkan secara umum.Penulis menggunakan ganti diri nama kedua dan ketiga iaitu , dia dan sebagainya.Menulis juga monolog dalaman bagi menggambarkan perasaan mereka.


Lokasi : Malaysia (Petaling Jaya,K.Lumpur dll) Istana Budaya,Bangsar K.Lumpur

BAB 5 :PHILOSOPY CINTA Penulis telah menggarap semua watak dengan cerita percutian mereka di Tasik kenyir, Terengganu. Dipertontonkan perwatakan yang tersenyum pada mereka. Sikap egois, prakmatik, sensitiviti terhadap seni, daya intelektual ditulis dengan jelas. Penulis juga mengetengahkan keindahan setiap inci bumi Tasik Kenyir ini dengan terperinci.Penulis juga memperincikan karisma, kebijaksanaan, hobi dan sebagainya. Secara jelas, perasaan cinta dijelaskan di sini.

Lokasi : Malaysia (Tasik Kenyir,Terengganu)

BAB 6 : CERITA SUKA-DUKA. Penulis telah menggambarkan perasaan Lukhman-Suraya yang tidak lagi dapat menolak cinta. Lukhman berazam pergi jauh demi menjayakan ‘cinta’ Zaid kepada Suraya. Keadaan sebaliknya telah mendekatkan hubungan mereka iaitu Suraya dan Lukhman. Keadaan juga semakin menjarakkan hubungan Zaid dan Suraya. Klimaks kepada cerita bermula apabila konflik antara perasaan dan ikatan persaudaraan berbaur.Lukhman dalam diam sudi berkongsi suka duka Suraya, Zaid pula masih sibuk dengan perjalanan perniagaannya.Penulis membawa penonton menikmati keindahan Kuala Lumpur yang kadangkala tidak disedari oleh kita akan keindahannya. Penulis membawa membaca menyusuri keindahan Pulau Langkawi. Sikap gentleman Lukhman yang sanggup menemani Suraya ke Pulau Lagenda di saat berita kecemasan diterima, menambahkan konflik percintaan mereka. Zaid yang berada di bumi kanggaroo ketika itu cuba mengambil hati Suraya setelah pulang ke Malaysia. Persoalannya, adakah sikapnya sudah terlambat untuk diterima.Juga ditunjukkan kejayaan Zaid yang ditawarkan rakan kongsi oleh majikannya, Mr.David.

Lokasi : Pulau Langkawi,Malaysia, Sydney Australia,K.Lumpur.

BAB 7 : HATI-HATI LARA Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta membawa Lukhman mengembara jauh ke Adelaide. Dia cuba memberi nafas baru supaya hubungan Zaid¬-Suraya dapat dipulihkan semula. Dia sanggup mengorbankan dirinya dengan menyambung pengajian di Adelaide University Lukhman juga secara tiba-tiba dihubungi kawan wanita daripada zaman persekolahan dahulu..Di saat itu, Zaid juga telah berjaya mendapatkan apa yang dia impikan.. Villa Cintanya sudah dalam proses dibina.Perasaan cinta Zaid terhadap Suraya dimanupulasikan dengan kehadiran Michelle atau Elle yang pulang dari London ke Malaysia.Suraya pula dihubungi kekasih lama Taufik ekoran wajahnya yang muncul sebagai model di sebuah majalah.

Lokasi : Adelaide Australia.

BAB 8 : MELODI CINTA. Penulis cuba menggambarkan simboliknya nilai cinta. Zaid cuba menawarkan harga cintanya dengan menyiapkan rumah impiannya kepada gadisnya. Dia lupa elemen-elemen lain dalam cinta yang perlu diambil kira. Keperluan bersama semasa suka duka, sensitiviti dan komunikasi antara dua jiwa yang menyemai cinta. Persoalan sebenar ,benarkan cinta boleh dibeli? Kehadiran papa Zaid secara tiba-tiba menjadikan konflik kejiwaan Zaid berperang hebat. Bolehkah perasaan kasih ditawan semula? Sementara Suraya sanggup terbang ke Adelaide mencari cinta. Adakah cintanya diterima? Sanggupkah Lukhman menceraikan kasihnya kepada Zaid demi cintanya kepada seorang wanita?

Lokasi : Malaysia,London.

BAB 9:EPILOG CINTA ? Penulis menamatkan konflik cinta tiga segi apabila gadis membuat pilihan hidupnya. Suraya dengan bijak telah berjaya menyedarkan Zaid bahawa Zaid sebenarnya sudah lama jatuh cinta terhadap Elle.Suraya pula cuba mencari jalan agar cintanya terhadap Lukhman akan berbalas.Cinta kadang kala membuat manusia sengsara, apatah lagi apabila terpaksa bergelut dalam membuat pilihan antara hubungan perasaan dan hubungan kemanusiaan. Di satu sudut, konflik cinta papa Zaid dan mamanya mula berhubung kembali. Cinta sebenarnya lahir dalam pelbagai dimensi, bukannya sekadar cinta antara ‘lelaki dan seorang wanita ‘ sahaja.

Lokasi: Malaysia.

Petikan bab 1

BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA
1

“Morning Encik Lukhman !, Encik Zaid di talian.”Suara setiausahaku, Aznishah, kedengaran dari interkom telefon.
Aku merenung jam di tangan. Pukul 8.15 pagi. Baru sebentar tadi aku bersarapan dengannya. Tidak sampai 10 minit berlalu, Zaid sudah bertelefon. Situasi kami sudah mengalahkan orang angau. Apa berita terkini?
“Ya, Zaid.”
“Lupa pulak Man. Mama jemput untuk dinner.”Pelawa Zaid. Tentu aku bersetuju, kalau jemputan itu daripada mama Hana , ibu Zaid.
“Nak jemput makan aje, ingat kan dah kena loteri berjuta.” Dia sambut ayatku dengan ketawa berderai. Apalah yang penting sangat si Zaid ni, bergerutu dalam hati. Petang atau malam pun boleh jemput, rumah hanya sebelah menyebelah. Kalau mahu hampar permaidani merah sampai ke rumahku pun boleh.

Dalam bab ini,watak aku adalah Lukhman Hakim. Berakhir di pertemuan mereka (Lukhman,Zaid dan Suraya) di Cafe