Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Saturday, November 6, 2010

Pelbagai watak...

Anda menonton cinema. wataknya hanya Hero dan heroin sahaja. bermula daripada saat pertama sehingga lampu panggung dinyalakan semula. Saya tidak dapat mentelah pendapat anda! seandainya saya di dalam panggung, saya akan muntah hijau. tentulah boring kalau asyik melihat dua watak utama sahaja.

Jadi konsepnya sama seperti buku juga. Kalau dalam novel hanya ada hero dan heroin, satunya boring.
Dua: letihlah mahu bercerita pasal mamat A dan Minat B ni. Ini novel bukannya cerrpen. Kalau cerpen hanya 2000-3000 perkataan, bolehlah buat demikian. Novel terdapat berpuluh ribu perkataan!
Ketiga: tidak realistiklah..mana boleh dunia sekeliling hanya sekitar dia dan kau!
Keempat: Allah jadikan dunia ini dengan pelbagai bangsa, agama. jadi menjadi lebih realistik jika kemasukkan semua elemen bangsa dan agama!

Jadi, novel mestilah terdiri darpada pelbagai watak dan perwatakan! Anda setuju bukan?

Sunday, October 24, 2010

Knowledge Novel (k-Novel)

Bagi cikgu sejarah seperti saya,guru pengajian am, guru moral, sivik atau mana-mana individu yang memahami Konsep Wawasan 2020, atau Dasar negara yang cuba melahirkan Masyarakat yang berilmu, pasti sudah biasa dengan makna huruf 'k' di pangkal perkataan seperti k-ekonomi dan k-masyarakat. K di sini merujuk kepada knowledge ekonomi, atau knowledge masyarakat yang merujuk kepada melahorkan masyarakat yang berilmu atau ekonomi yang dicetuskan daripada landasan ilmu.


Persoalannya bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang berilmu jika kita malas membaca? Mengikut Islam, ayat pertama yang diturunkan kepada Rasul pilihan, Rasulullah s.a.w adalah berbunyi," Bacalah..." yang meminta agar umatNya membaca bagi mendapatkan ilmu. Malangnya, umat Islamlah yang ternyata kurang mencari ilmu.Yang cube diketengahkan adalah menghentam antara satu sama lain yang berbeza aliran politik, wahhal dalam Islam, Al-quran mahupun Hadis tidak pernah menyebut yang Umat Islam wajib berpolitik! Dan yang palng saya menyampah, ada orang dalam parti yang berani mendakwa, jika anda adalah parti ini, syurga sudah teryamin untuk anda! Pelikkan? Bagaimana mereka seberani begitu dalam menentukan hal-hal yang sepatutnya berada dalam tangan Allah? Kepada orang yang jahil seperti saya, saya mengetahui sangat-sangat bahawa pernah disebut oleh Rasulullah, terdapat sepuluh orang yang memang dijamin syurga oleh Allah. Maknanya, memang sah mereka akan menuju ke syurga bersesuaian dengan amalan dan taraf keimanan mereka terhadap Islam. Yang lain-lain, kita belum ada 'tiket' dan 'pass' pun.. semuanya bergantung kepada doa kita kepada Allah. Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesalahan kita!


Saya suka membaca apa sahaja cabang ilmu. Kadang-kadang baca buku perubatan walaupun tersanggaplah.. ha ha.. mengantuk sebab ini bukannya bidang kita. Saya percaya cabang ilmu adalah luas dan tidak semestinya belajar sehingga Phd bagi membuktikan kita boleh mendapat ilmu. Sebaliknya Phd pun hanya merujuk kepakaran tertentu bagi satu atau dua bidang sahaja dan bukannya b'bijaksana' dalam semua perkara atau ilmu. Buku novel pula, saya suka sekali membaca yang menunjukkan kepakaran dalam sesuatu bidang, dan bukannya sekadar cerita cinta khayalan yang kosong.

Dalam menghasilkan novel, saya suka menekankan konsep k-novel. Saya berazam menjadikan novel saya bukan sahaja sebagai bacaan ringan diwaktu senggang, tetapi mahu menjadikan konsep novel sebagai konsep 2 dalam satu. Pertama, sebagai novel, bacaan yang merehatkan otak sebab dalam novel biasanya penulis akan fokus kepada perkara-perkara positif (kalau sayalah) supaya otak atau minda kita akan fokus kepada perkara-perkara yang juga positif. Kedua, bacaan ini juga akan memberi kita ilmu, bukan sekadar ilmu cinta tetapi juga ilmu lain yang boleh diselitkan di dalamnya.

Dalam Dimensi Cinta (disebut DC) saya fokuskan kepada beberapa ilmu baru yang mungkin kita tidak ketahui jika kita bukan seorang arkitek, pakar komputer dan seorang guru. Juga saya fokuskan dengan detail tentang tempat-tempat seperti London, Adelaide, Tasik Kenyir dan Langkawi juga. Dalam buku kedua saya memfokus kepada pilot juru terbang) saudara kembar, bidang pertanian, Toulouse, New York, Memanjat Gunung Kinabalu. (sila ke blog Cinta sikunang-kunang untuk bacaan lanjut)

Saya harapkan anda enjoy membaca DC dan akan datang (dis 2010, Cinta sikunang-kunnag) sepertimana saya enjoy menulisnya...

Saturday, October 9, 2010

Dimensi Cinta, Bab 1,Lukhman Hakim


BAB 1 : LUKHMAN HAKIM  BIN  HAMKA
1

Morning Encik Lukhman!,Encik Zaid  di talian.”Suara setiausahaku,Aznishah, kedengaran dari  interkom telefon.
Aku merenung jam di tangan. Pukul 8.15 pagi. Baru sebentar tadi aku bersarapan dengannya. Tidak sampai 10 minit berlalu,Zaid sudah bertelefon. Situasi kami sudah mengalahkan orang angau. Apa berita terkini?
“Ya,Zaid.”
“Lupa pulak Man. Mama  jemput untuk makan malam”Pelawa Zaid. Tentu aku bersetuju,kalau jemputan itu daripada mama Hana,ibu Zaid.
“Nak jemput  makan aje,ingat kan dah kena loteri berjuta.”Dia sambut ayatku dengan ketawa berderai. Apalah yang penting sangat si Zaid ni,bergerutu dalam hati. Petang atau malam pun kami boleh dijemput,rumah  kami hanya sebelah menyebelah. Kalau mahu hampar permaidani merah sampai ke rumahku  pun boleh.
“Jangan lupa hadiah sekali.It’s my mum’s birthday.”Kata-kata Zaid sedikit mengejutkan.
“Okay. Tak payah risau. Dah beli pun,”memberi  ayat  menyamar. Tentulah tidak enak rasa di hati jika Zaid tahu aku sudah lupa  hari ulang tahun mamanya.
Ulang tahun kelahiran Mama Hana. Entah macam mana aku boleh terlupa.Kalau diberitahu kepada Aznishah ni,tentu dia katakan sesuatu bagi  membalas balik,faktor usia tentu menjadi  penanda mudah lupa. Kenyataan ini barangkali tidak juga tepat. Semua bergantung kepada fokus,kalau fokus sentiasa ada,jarang kita lupa.
Komputer di depan kupandang apabila ruangan reminder  berkelip-kelip.Aku tersenyum sendiri,ada pun reminder  ni.  Pada zaman Milenium ini,sudah ada jalan mudah mengingatkan kita,jadi  perkataan lupa,alpa, sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
Telefon di meja pun seolah menyanyi berulang kali. Reminder kedua juga berbunyi. Pesanan yang sama. Ulang tahun kelahiran mama Hana. Entah  yang ke berapa?Tidak lupa juga dia mengingatkan aku lagi yang dia akan datang ke pejabatku bersama bosnya,David berhubung dengan pelan rumah yang mahu dibinanya.


Pelik tapi benar,itulah Zaid. Kalau dia sudah mahu datang ke pejabatku di sini,buat apa lagi telefon-telefon lagi,apatah lagi kalau berhubung dengan harijadi Mama Hana. Agaknya mungkin perbualan kami akan terbatas dengan adanya David nanti.
2
Interkom  telefon  pula  berbunyi lagi. Entah apa lagi daripada setiausahaku ini.
“Kopi,Encik Lukman?”
“Okay,pekat sikit  Kak Az,”menyatakan  permintaan ringkas.
Interkom berbunyi lagi. Aduh!Galak pula berbunyi hari ini.
             “Ya,Kak Az.
“Nanti Zaid akan datang dengan bos dia. Tadi Zaid ada telefon.”
“La,pulak. Dia dah ingatkan saya Kak Az. Tapi terima kasih la.”
Zaid ini pun satu hal juga. Entah berapa kali dia mesti mengingatkan aku. Kak Az pun satu hal juga. Kalau Zaid sudah menelefon aku,tentulah dia sudah ingatkan aku dengan pertemuan dengan bosnya. Apa pun,kecekapan Kak Az bekerja memang tidak dapat aku nafikan lagi. Aku juga beruntung kerana setiausahaku ini pandai membancuh kopi. Kopinya likat. Warnanya hitam pekat tapi manisnya cukup-cukup,tidak juga kurang atau lebih. Rasa manis dan kelat yang seimbang. Itulah keistimewaan kopi,dalam pahit ada lazatnya,dalam manis,perlu berwaspada,takut terpinar mata dengan pahitnya.
Setelah menunggu sepuluh minit,kopi yang ditunggu belum tiba. Sudah lupakah Aznishah dengan kopiku ini. Air liurku seolah tersekat-sekat di saluran kerongkong mengingatkan kopi. Takut pula belum sempat aku menikmati secawan kopi,Zaid dan bosnya akan tiba. Alamatnya,melepaslah aku dengan ‘candu’ku.
Dalam sibuk berangan,Kak Az tiba ke bilik  setelah pintu diketuk. Menghirup kopi dalam muk merah bertulis ‘London’ meninggalkan kesan yang mendalam terhadap minda. Harapnya,panjanglah akalku dalam membincangkan pelan rumah dengan David nanti.
Limabelas minit kemudian,kudengar interkom lagi.
“Encik Lukhman,Encik Zaid dah sampai.”
Aku keluar menjemput mereka masuk. Dengan segera aku bersalaman dengan David dan Zaid. Aku mempersilakan mereka duduk di sofa di pejabatku. Sofa kulit kuning cair, Fella Design bagai menjemput kami duduk dengan selesa.
Mr.David, Lukhman, my buddy,”loyar buruk pulak si Zaid ini.
“I banyak dengar cerita pasal you,syarikat ini dan Piala BCI yang sudah dua kali dimenangi. Bukan mudah juga untuk kekal antara sepuluh syarikat terbaik di Malaysia,”pujian David melelahkan aku. Kalau sering dipuji akan menjadikan kita lalai. Syaitan pula akan terus menghanyutkan ingatan yang kita ini hanyalah manusia yang lemah, pasti ada kekurangan di mana-mana. Pujian akan menjadikan manusia ini bersikap megah dan alpa terhadap kejahilan kita.
“Sebelum I  lupa,Zaid beritahu you suka kopi. Ini kopi I bawa dari  Brazil,ada jenis Arabika,Robusta dan Liberika,”dihulurkan raga rotan kecil siap bereben merah kepadaku. Rupanya bukan sahaja pemberian kopi,aku  juga diberi ceramah kopi dan asal-usulnya secara percuma.
“You tahukan Brazil sebenarnya  pengekspot 31%  kopi  keluaran dunia. Jadi,kalau pasal kopi,Brazil paling handal la,”maklumatnya mengkagumkan.
Aku sebenarnya kurang periksa pasal keluaran kasar atau ekspot-impot Brazil. Yang aku pasti,aku suka meminum kopi.
Siapa sangka,bijirin halus,berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning serta sedikit berwarna kemerahan jingga ketika masak sangat berkuasa di dunia. Keluaran ekonomi dunia meletakkan kopi sebagai komoditi kedua terbesar dunia selepas hasil bumi iaitu minyak dan mineral lain dunia. Panjang lebar ceritanya. Pada hal,yang aku mahukan kopinya bukan cerita perihal kopi.
Aku ingatkan ceritanya mati di situ,disambung pula perihal sejarah perdagangan kopi.
“Kita tentu tidak sangka kopi bermula di Ethiopia abad ke 9.”
“Iya ke?Itu I tak tahu pulak. Habis tu bagaimana ianya dibawa keluar?”berbunyi macam seronok pula bertukar soalan perihal kopi.
“Dari mana lagi,Ethiopia la,terus ke pula negara-negara di Asia Barat. Negara-negara seperti Mesir,Yaman kemudian bawa kopi sehingga ke Afrika utara,”sambungnya lagi.
“Lepas tu,I tahu. Pengaruh Zaman Kegemilangan Islam membawa pengaruh yang berbezakan?Kopi terus popular ke negara lain sebab pedagang Islam membawa kopi keluar,”aku menyambung.
“Ya, ya.Betul tu.Tahu juga you pasal kopi ni.” Dia terus tertawa mendengar ceritaku.
Hah sudah. Kami sepatutnya berbincang pasal pelan rumah David, tapi berlanjutan cerita kopi pulak.
 “Kerajaan Islam iaitu Kerajaan Uthmaniah membawa kopi ke Eropah  sehingga ke India,Indonesia termasuklah Tanah Melayu,”aku memberitahunya lagi. Dia pula kelihatannya  hanya mengangguk-angguk bersetuju. Zaid di sebelahnya hanya tersenyum kambing.
 “I ada dengar pada abad ke 16,kopi diharamkan oleh angkatan imam yang konservatif dan ortodoks di Majlis Diskusi dan Keagamaan di Mekah. You tahu pasal ni?”
“Kopi,haram?”aku bertanya kembali dengan perasaan sedikit pelik. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Kafein dalam kopi dikatakan menggugat pertimbangan dan akal manusia. Sedikit terperanjat  dengan pernyataan itu. Entahlah,aku kurang mahir pulak dengan realiti sejarah lama ini.
Melihat kepada wajah kebingungan aku barangkali, dia segera menyampuk,
“Sultan Selim I daripada Kesultanan Turki Uthmaniah yang menolak fatwa kumpulan ini. Kalau tidak,orang macam you  tak dapatlah minum kopi.”Kami tergelak kecil bersama. Betul juga kenyataan dia.
Memang  betul juga katanya. Dia faham juga kenapa arak diharamkan kepada bukan Islam. Meneguk minuman itu selalunya buat manusia lupa diri. Kalau iman senipis kulit bawang, hansus berkecailah iman. Dia sendiri tidak selalu minum, kewarasan dan pemikiran tidak akan wujud katanya. Kalau minum sampai mabuk, kepala jadi pusing, berakhir dengan sakit kepala keesokkannya. Tapi kopi?
“I percaya kalau arak diharamkan,tapi kopi? Takkan ada yang mabukkan?” sekali lagi aku tergelak. Kalau kopi memabukkan,sudah lama aku mabuk kerana meminum kopi.Puas juga aku jelaskan kepadanya tentang maksud konservatif dan ortodoks. Akhirnya dia faham. Barulah bijirin dagangan kedua dunia terpenting,pelbagai jenis kopi dari Brazil memang sah  bertukar tangan. Berakhirlah diskusi ‘kopi’. Bimbang juga,kalau  dia tidak bersetuju denganku,cenderahati jauh dari bumi Amerika Selatan itu nampaknya, terasa dalam mimpi sahaja.
Daripada perbualan ‘kopi’ tadi dapat juga membuatkan aku faham yang David sukakan sejarah,selalunya individu yang meminati sejarah agak konservatif dalam merancang pelan rumah,biasanya,tidak dapat aku mengatakan mesti. Terdapat juga profesor universiti yang mengkhusus dalam bidang sejarah yang begitu moden  ideanya dalam perancangan senibina.
            Kami berbincang panjang. Zaid yang pada awalnya hanya mendengar, meminta izin keluar dari pejabatku,katanya dia mahu bersembang dengan Kak Az. Telahanku memang tepat kali ini,walaupun  David ini kelihatannya seperti orang yang agak moden,berpakaian sut,bertali leher dan kelihatan kemas,tetapi apabila berbincang mengenai pelan dan pembinaan rumah,dia agak konservatif . Tidak juga aku menyangka dia akan berminat dengan pembinaan rumah tradisional,campuran marmar  dan kayu jati, pembinaan alang yang tinggi yang menjadi trend terkini. 
Setelah dia pergi,terasa lega betul. Kalau pembinaan rumah David siap, nampaknya,syarikat aku bakal menerima projek mega juga. Maklumlah David ini merupakan usahawan komputer yang agak terkenal di Asia Tenggara. Memuaskan hati pelanggan ini akan bakal mengundang lebih ramai pelanggan baru. Nampaknya aku sendiri akan siapkan pelan untuk David untuk memuaskan hatinya. Kalau diberi kepada kakitangan aku,nampak pula aku tidak mengambil berat akan pilihannya. Dia kan  majikan Zaid, perlulah aku menjaga  reputasi Zaid juga. Maklumlah,bukan mudah juga Zaid mahu perkenalkan  David kepadaku.
Segera aku menekan interkom,meminta secangkir kopi lagi, bagi melahirkan rasa lega kepada  perniagaan dan rezeki pemberian Allah.
Bunyi  intercom  bertalu-talu  membawa aku balik ke alam nyata. Tapi,belum datang lagi kopi yang kunanti.
“Encik Lukhman,mahu kopi daripada jenis apa ya?Arabika, Robusta atau Liberika?”soal Aznishah tiba-tiba sahaja memeningkan kepalaku. Apalah terperinci  sangat pula dia hari ini. Agaknya itulah kesannya kopi pelbagai jenis pemberian David.
“Apa-apa sahajalah Kak Az,asalkan kopi.”

“ Black Kak Az.”
“ Maaf,Encik Lukhman,Encik Faez panggil tadi, minta taipkan surat.”
“Ada kerja tak apa,jangan nanti kak Az,duduk-duduk bersembang macam di kedai kopi. Tak intelektual langsung. Balik-balik bergosip saja.”Ujarku mengusik.
Dia tertawa sahaja. Ibu dua anak remaja itu sudah faham benar denganku. Dia tak kisah bergurau,apatah lagi dia sudah lebih beberapa tahun lebih senior daripadaku,dalam golongan 40-an.Jadi,tidaklah rasa bersalah untuk bergurau senda. Kalau anak dara diusik selalu,jatuh cinta pula,tentulah akan menjadi satu masalah baharu.
“Thanks,Kak Az.”
Aku tidak marah jika kopiku lambat,tapi,tanpa kopi,otakku bagai tidak berfungsi. Muk merah kepunyaanku bertukar tangan. Aroma yang bangkit daripada muk sederhana besar itu begitu menyegarkan. Pernah aku diberi amaran oleh Zaid,kegilaan aku terhadap kopi amat memudaratkan. Aku sedar hakikat ini,kandungan kafein yang terkandung di dalam kopi boleh menyebabkan serangan penyakit jantung jika badan kita memiliki metabolisme kafein yang perlahan. Tapi,setahu aku,aku cukup sihat. Cukup makan,cukup juga senaman,aku ke gim selalunya tiga kali seminggu.
3

Melihat kak Az yang baru beredar melalui pintu hadapan bilikku,aku masih ingat lagi pada hari dia datang ke temuduga syarikat arkitek aku dulu. Mana tidaknya, dia sahaja calon temuduga yang paling berumur dan tidak seksi. Berbaju kurung biru,tudungnya putih bersih. Dibandingkan dengan berpuluh-puluh bakal setiausaha yang datang ke sesi temuduga,mengikut pandanganku hanya dia seorang sahaja yang berani pamerkan warisan pakaian warisan bangsa. Dia sahaja yang tidak malu berbaju kurung pesak. First Impresion. Pandangan pertama sentiasa ada benarnya. Jika kemas,menarik,segak,bergaya akan dianggap orang bijaksana dan berkarisma. Tapi sederhana bagiku,amat penting.
Dia memenuhi pelbagai syarat pekerjaan yang ditetapkan di syarikat kami, termasuklah mempunyai pengalaman kerja. Wanita yang berskirt pendek,berbaju ketat memang 100% kami tidak akan terima. Peraturan itu memang sudah lama menjadi undang-undang asas di sini. Kata Faez,rakan kongsiku,biarlah rupa pejabat lebih Islamik tetapi prestasi kerjanya baik dan bermutu. Pasti orang akan kenal syarikat kerana kekuatan prestasi,bukan kepada baju yang dipakai pekerja. Seksi wanita hanya akan membuat kaki tangan lelaki tersiksa. Berperang antara nafsu serakah dan godaan rasa. Parahnya,mata dan hati tertumpu pada baju yang seksi,tubuh yang melintuk liuk. Komitmen kerja tergadai begitu sahaja. Dan yang lebih ditakuti iman yang setipis kulit bawang mudah diterjah di sebalik godaan nafsu. Nanti lain pulak cerita yang timbul, reputasi syarikat tidak setinggi mana,balik-balik cerita khalwat atau cerita setiausaha mengurat bos atau sebaliknya.
Menghirup kopi segar daripada mesin pembancuh automatik,terasa benar segarnya kopi ini. Dan menjadikan gurauan nakal ibu singgah di kepala.
“Man ini dilahirkan salah tahun barangkali. Sepatutnya Man lahir dan hidup zaman Malaya dulu. Zaman PascaMerdeka.”
Jarang orang moden seperti aku yang fanatik terhadap kopi. Zaman dahulu,kopi sudah menjadi minuman utama bagi tetamu yang bertandang. Menjamu secangkir kopi pekat dengan kueh sekeping dua,sudah cukup memadai sebagai tanda sangat meraikan tetamu. Kalau rumah tidak berkopi,sama maknanya seperti rumah tidak berastro, mengikut tafsiran pada zaman Milenium ini.
Perkataan ibu yang menggelikan hatiku sampai kini,
“Lagi banyak serbuk kopi bergumal di misai,itulah tandanya menunjukkan lagi bijaklah pembancuh kopi.”
Nasib baik aku tidak bermisai. Pun begitu,kenyataannya itu memang menggeletek sukma. Anak dara dulu pun hanya akan cepat dipinang orang kalau kopinya ‘pekat dan melekat’. Agaknya kalau diaplikasikan sekarang,ada ujian membancuh kopi sesedap rasa, ramailah anak dara moden yang tidak dipinang orang.
Tiba-tiba sahaja,ingatan melayang kepada Zaid. Agaknya,dia di sana pun mengingati aku. Itu kata orang-orang tua. Apabila direnung,ditilik kembali persahabatan kami,sukarlah untuk diungkapkan dengan perkataan. Entahkan sayang?kasih?atau boleh dikatakan cinta?Sayang! Kami memang menyayangi antara satu sama lain. Bagaikan saudara? Lebih dari itu. Kami dibesarkan sama-sama,berjiran sejak kecil. Daripada tinggal di kawasan rumah setinggan,sehinggalah berpindah ke tempat sekarang ini. Sudah 32 tahun,masa yang cukup lama. Bersekolah bersama sejak berusia setahun jagung,seawal usia lima tahun,bertadika bersama-sama sehinggalah ke sekolah menengah. Malah adik aku,Amirah pun bagaikan adik kepada Zaid, anak tunggal mama Hana.
Sepuluh tahun dulu barangkali persahabatan seperti kami ini dinamakan sahabat sejati. Sebaliknya,di zaman moden ini,kami akan digosipkan Homoseksual. Lelaki Gay. Aku tidak betah dengan usikan nakal di pejabat. Semua staf tahu keakraban kami kerana Zaid sering juga berkunjung ke pejabat,kadang-kadang untuk makan tengah hari.Kalau tidak dia,aku yang akan ke pejabatnya. Malah,kami berkongsi ibu juga. Ibu Zaid kupanggil Mama Hana,sementara ibuku,digelar Ibu Eda. Mengingatkan Mama Hana membuatkan aku teringatkan hari ulang tahun kelahirannya.,terus sahaja aku menekan interkom,memanggil kak Az masuk.
“Boleh tolong saya kak Az,tolong belikan saya hadiah?”Aku tahu jawapannya pastilah boleh.
“Tentu,untuk siapa?”
“Mama Hana.”
“Oh, Kak Az ingatkan untuk mata air,”dia mengusik.
“Manalah saya ada buah hati.”Aku ketawa geli hati.
“Tak kan ada siapa yang nakkan saya Kak Az. Tak kacak”
“Ala,Encik Lukman yang cerewet tak. Berbaris perempuan kalau diiklankan yang Encik Lukhman ni single and available.”
“Kalau ada yang baik macam kak Az,bolehlah juga,”mengusiknya. Tersipu-sipu juga dia rupanya.
“Hadiah tu.Apa yang Encik Lukhman mahu?”
“Entahlah Kak Az,saya ni kurang tahu pasal perempuan. Suka hati kak Az lah.”
“Baju dan tudung ? Perfume? Brooch ? Jewellery?”
“Entahlah. Apa-apalah. Brooch boleh juga. Kak Az beli yang mahal sedikit pun tidak mengapa.”Duit sebanyak lima ratus bertukar tangan.
“Cukup Kak Az?”
“Lebih daripada cukup. Banyak ni Encik Lukhman.”Dia menjawab separuh terkejut.
“Wang itu untuk dua hadiah tau Kak Az. Satu daripada saya,satu lagi daripada Zaid,”kusambung ayatku. Inilah sebab utama mengapa Zaid beriya-iya benar mengingatkan aku tentang harijadi Mama Hana. Rupanya dia pun lupa membelikan hadiah untuk mama Hana. Kalau aku kurang mahir berbelanja bagi memilih hadiah yang sesuai,Zaid pula tentulah lain pulak alasannya. Dia sibuk memanjang,itu sahaja logik alasannya.
“Ini untuk lunch,”Aku hulurkan limapuluh ringgit kepadanya.
Dia menyambut duit yang dihulurkannya dengan senyum berbunga. Lega. Satu masalah selesai.
“Hmm.Kak Az,sebelum balik,boleh tak?”
“Okay.”Ringkas bunyinya.
Memang aku saudah pasti tidak akan menjadi masalah mendapatkan hadiah sebelum pulang daripada pejabat pun,Shopping Mall hanya di seberang jalan di pejabat. Masa Lunch nanti, bolehlah Aznishah merayap di Mall itu.
Sebelum pulang aku lihat,hadiah bersaiz seperti kotak kecil berbungkus rapi di atas meja besarku. Satu bingkisan yang dibaluti kertas emas berperada perak,beriben perak dan kad kecil di atasnya. Satu lagi berbalut kertas perak, bereben emas dan kad bertulis daripada Zaid. Di bawahnya,kulihat duit lebih,duit seratus yang masih berbaki bersama resit pembelian. Aku tersenyum sendiri. Aku tidak perlukan resit ini. Berapa yang dihabiskan Kak Az untuk hadiah Mama Hana,aku jadi tak kisah. Untuk Mama Hana,apalah salahnya. Lagi pun harijadi disambut setahun sekali. Di bawah duit not lima puluh ringgit,dua keping itu,rupanya nota daripada Kak Az.
+ Terima kasih daun keladi,jika ada harijadi beritahulah lagi.
Nakal juga Kak Az ini rupanya. Kumasukkan kedua-dua hadiah ke dalam beg kertas. Kujinjing kedua-dua beg kertas turun ke parkir kereta. Beg-beg itu diletakkan bersebelahan dengan tempat dudukku.Membawa kereta pulang,terasa kecur air liurku mengingatkan undangan makan malam daripada Mama Hana.
4
Malam datang tidak diundang. Tapi memikirkan masakan Mama Hana,terasa air liur yang diteguk bagaikan lazat benar,seperti meneguk air kopi yang dibancuh Kak Az setiap hari. Perut yang kenyang pun pasti terasa laparnya.
Masakan malam mama Hana memang hebat seperti selalu. Nasi Beriani ayam madunya memang tiada tandingan lagi. Sudah puas menjelajah seluruh Malaysia,namun aku rasa inilah nasi Beriani yang terhebat kurasakan. Apatah lagi dengan acar timun dan lobak merahnya. Melengkapkan hidangan malam,dihidangkan juga dalca tulang dengan rencahnya, sayur-sayuran. Tanpa sedar,aku telah menghabiskan dua pinggan nasi. Zaid seperti selalu, makannya dijaga,hanya satu pinggan tanpa ditambah. Jaga perut bermakna menjaga badan,polisinya.
“Mama Hana,terima kasih,masakan sedap macam selalu,”pujiku. Dalam hatiku,cepat-cepat aku berangan,kalau beristeri nanti pasti akan kuminta mama Hana turunkan resepinya kepada isteriku.
“Kalau tak puji pun,mama panggil makan juga,”balas dia tersenyum.
“Betul,Man sungguh-sungguh ni”
“Takut betul Man kalau mama Hana tak jemput dia makan lagi,”ibu memotong perbualan sambil mengusik. Tawa kami berderai lagi.
“Happy Birthday.”
“Thanks.”
“Semoga mama terus-terusan berwajah cun macam selalu,”kata Zaid sambil menghulur hadiahnya.
Aku pun segera hulurkan hadiah aku kepadanya,aku dan Zaid,berpandangan dengan senyuman rahsia yang hanya kami berdua sahaja yang tahu. Ibu juga menghulurkan hadiahnya kepada Mama Hana. Kulihat, air mata Mama Hana berembesan keluar.Dia sebak, diucapkan terima kasih yang berulang kali.
“Mama …”dia kehabisan kata-kata.
Ibu hanya tersenyum, bangun memeluk Mama Hana.
“Apalah nasib kita ni Hana,kita cuma ada Zaid dan Lukhman. Jika Zaidah dan Lukhman,sudah boleh kita berbesan.”Kata mak tiba-tiba diiringi ketawa kecil,di saat kami di pagar belakang,beredar setelah majlis ringkas makan malam.
“Itulah,Kak Eda,ini kita cuma ada si Zaid dan Lukhman saja,”sahut mama Hana diiringi dengan ketawa yang berderai.
Kami berdua saling berpandangan,ketawa sendirian. Ingatkan di pejabat aku sahaja ada gossip nakal. Di rumah pun,kedua ibu dan mama,suka juga mengusik nakal.
Kata-kata ibu mungkin kedengaran kelakar tapi masih ada persoalan besar di benakku. Kalau betul ibu dan Mama Hana mahu berbesan tentulah mereka boleh menjayakan dengan mengahwinkan Zaid dan Amirah,satu-satunya adik perempuanku.
Yang hairannya,mak pun tidak pernah menyuarakan hasrat yang sama. Jika mak yang melaungkan harapan yang sama denganku,aku pasti Amirah perlu berfikir banyak kali sebelum menolak permintaan mak. Akhirnya,aku sebagai walinya terpaksa menyerahkan Amirah di pagi Jumaat yang syahdu untuk dinikahkan dengan jejaka pilihannya. Adam. Noktah. Doaku,Amirah bahagia selamanya. Dan itulah yang buat aku tidak faham, kenapa mak tidak cuba jadikan Zaid menantunya?Payah untuk melupakan hakikat bahawa Zaid tidak menjadi saudaraku pada hakikinya. Aku ini kadangnya bertindak tidak waras barangkali,bukahkah jodoh,pertemuan dan ajal di tangan Tuhan?

5
Sebulan ini tiba-tiba sahaja aku merasakan sikap Zaid banyak berubah. Usahawan muda yang galak bercakap bersamaku ini berlagak pendiam,tidak seperti selalu. Banyak senyum sendirian,termenung panjang. Agak pelik melihatkan reaksinya. Bersarapan pagi dia agak diam,apabila makan tengahari juga dia mendiamkan dirinya. Di kotak fikirannya,bagaikan penuh sarat dengan masalah. Pada petang itu,reaksiku yang memandangnya,dia berbuat seperti tidak faham sahaja.
“Zaid, kenapa semacam je?Ada masalah?”
Zaid hanya diam seketika. Akhirnya,dia menjelaskan akan tiba masanya untuknya menyatakan sesuatu kepadaku.
“Tak dapat tender?”
Dia menggeleng. Aku cuba berteka-teki.
“Perniagaan yang terlepas di tangan orang?Ada pesaing baru?”Bertalu-talu aku bertanya,bagai bertanya pesalah di penjara.
“Tak juga.Masalah ni lagi besar Man”
“Mama sakit? Kau yang sakit?”
Gelengan dia buat aku pening. Masalah besar!Rasa pelik di dalam hati. Jarang sekali usahawan muda ini mempamerkan keresahannya terhadap sesuatu perkara. Malah,tidak ada sesuatu perkara pun yang boleh dianggap meresahkan bagi dia. Orangnya sangat memotivator,optimistik sekali. Bercakap saja dengannya tentang apa perkara pun,kepalanya secara automatik menjadi ringan,bagai bulu ayam di tiup angin. Segala persoalan baginya mudah saja,selesaikan langkah demi langkah. Selesaikan perkara dengan bijaksana,gunakan akal yang diberi secara istimewa oleh Tuhan. Menggunakan emosi atau perasaan menjadikan manusia bersikap kebinatangan. Dengan kata lain, tidak bertindak bijak.
“Perlu duit?”
“Kalau aku perlu duit,along yang nak tolong kan banyak. Dah lama aku pinjam je dengan along.”Sempat juga dia mengenakan aku.
Dan aku menantikan penuh debaran, sudah penat berteka-teki mengenai masalahnya. Mungkin masalah itu tiada kaitannya dengan bussiness multi billionnya. Atau mungkin ada kaitannya dengan Kaum Hawa?Kekuatan Kaum Adam adalah terletak kepada kebijaksanaanya mengendalikan kaum Hawa. Tapi sedangkan Nabi Adam pun terpedaya dengan isterinya Hawa,apa lagi Zaid?
“Perempuan?You ada masalah dengan perempuan?”aku cuba perangkap dia dengan soalan itu. Dia diam juga. Aku membiarkan sahaja. lelaki perlu gentleman. Tidak perlu paksaan, jika dia mahu membuka mulut,aku pula akan pasang telinga. Jika tidak, aku biarkan sahaja.
6
Pada suatu Petang hujung minggu ketika kami keluar lagi menikmati minum petang,dia mulai membuka rahsia kesugulannya.
“Man tahu,sudah dua tahun Zaid kenal dia. Namanya Nur Suraya.” Dia membuka cerita tiba-tiba. Aku pasangkan telinga baik-baik.
“Jadi, apa masalahnya?”
“Tak pasti dengan perasaan dia. Kadang kala tengok dia macam cool sahaja.”
“Maksudnya..?”
“Dia tak pernah telefon atau sms aku. Balas sms atau e-mel,adalah,itu pun kalau aku yang kirimkan dulu.”Fahamlah aku,inilah masalah berat yang ditanggung Zaid sekian lama. Malangnya aku bukannya pandai sangat pasal wanita.
“Agaknya,si dia jual mahal tak?”itu sahaja yang terlintas di fikiranku waktu itu. Harap Zaid terima idea itu.
“Sogokan dia dengan belian ke,pastinya si dia tak jual mahal lagi,”berdekah aku ketawa. Tapi kali ini ketawaku tidak bersambut. Nampaknya lawakku menjadi lawak bodoh lagi.
“Nak Kak Az belikan cincin belian 24 karat ke?”aku teruskan juga dengan lawakku,walaupun kedengarannya bodoh sekali. Sekali lagi dia tidak langsung tersenyum. Tahulah aku,kali ini dia betul-betul serius.
Agak aneh bila Zaid menyatakan wanita ini telah dikenalinya selama lebih dua tahun. Lazimnya,akulah yang akan menjadi orang pertama yang akan dikhabarkan jika Zaid berjumpa idamannya seperti yang pernah berlaku tidak lama dulu. Bukan selepas lebih dua tahun. Kata Zaid,dalam tempoh ini,tiada perkara baru yang berlaku.
“ Cikgu” kata Zaid.
“Okay. Kalau perempuan cikgi la,”sahaja mengejek. Dia hanya tersenyum kelat.
“Kalau ajak keluar,dia okay. Kalau telefon dilayannya.”
“Habis, apa masalahnya?”pelik dengan pernyataan dia.
“Dia tak pernah cakap dia sayang,cinta atau rindukan aku!”ujar Zaid.
“Kau pernah cakap sayang atau cintakan dia?”menyoalnya balik.Dia hanya memandangku dengan pandangan yang pelik.
“Tak.”Rasa bagai mahu pecah perut mendengar jawapan dia.
“Habis. Tak memberi,tak le merasa bro.”
“Bunyinya semacam saja,macam jiwang pulak nanti.”
“Bagitahu jer kau cintakan dia.”
“Tak. Ishh. Kau ni Man,ada-ada je la,” ujarnya mengejutkan aku. Mana pulak kelakar menyebut perasaan cinta. Cinta itu anugerah Allah. Kalau tidak dicetuskan rasa, tentu perasaan itu tidak akan wujud dalam jiwa manusia. Bukankah cinta pertama Tuhan titipkan untuk Adam kepada Hawanya?
“Kenapa pula. Tanya je,habis cerita,”aku menyambung ayat. Niatku bersih. Itu sahaja cara penyelesaiannya. Bercakap berterus terang,luahkan perasaan kita,bertanyakan dia tentang perasaannya. Kalau ditolaknya lamaran hati,habis sangat,kecewa. Cubalah cara lain,kenalah pikat perempuan lain. Kalau diterimanya cinta,habis persoalan. Happy Ending Story.
“Aku…”ayat Zaid mati di situ.
“Hmm…”aku menunggu perkataannya.
“Hmm.Tunggulah. Aku ada kejutan untuk dia. Dia kena tunggu.”
“Kalau dia tolak cinta kau,bolehlah aku yang cuba ngorat pulak.” Aku mengusiknya terus. Mukanya yang berkelat bertukar menjadi senyuman sinis.
Perkenalan biasa, sesekali keluar berpacaran seperti pasangan biasa. Itu cerita Zaid. Masa itu kata Zaid lagi,hatinya seperti kertas kosong yang tiada diisi,di dalamnya seperti sifar. Dia keluar dengan Suraya hanya sekadar mengisi masa senggangnya. Tiada makna.
“Man,ingat tak lagi bila Zaid bercuti ke Pulau Pangkor dua minggu lepas.”Aku tentu ingat perkara itu.Tapi apa kaitannya dengan cintanya pada wanita ini.
“Angin pulau agaknya Man? Tiba-tiba sahaja,makanku jadi tak kenyang,tidurku rasanya lama benar tetapi seolah tak lena,mandiku terasa bagai tak basah Man,di mataku hanya terkenangkan dia. Di saat itu,aku tahu,aku tak mahu kehilangannya. Aku tahu, aku akan patah hati kalau dia pergi.”
“Oh Sekarang ni rupanya Zaid mandi tak basah?”
Dia hanya ketawa geli hati. Sekadar mendengar. Entah. Apalah yang aku faham tentang cinta. Hati jantanku ini belum pernah digeletek cinta wanita. Belum lagi faham kenapa mandi menjadi tidak basah, makanku belum pernah lagi menjadi tidak kenyang malah tidurku belum pernah tidak lena. Belum ada wanita yang berjaya menyentuh hati lelakiku. Agaknya, hati batuku ini belum mudah untuk tercair dengan wanita.
Cuma anehnya, kami kerap bersama. Aku dan Zaid. Entah bila Zaid keluar berpacaran. Pelik tapi benar. Kalau orang lain yang berpacaran tentunya lebih banyak masa dihabiskan dengan orang yang disayang. Tapi itulah Zaid yang aku kenali. Kerja,kerja dan kerja. Tiada perkara lain yang penting baginya. Tiada hobi,tiada cuti. Kalau keluar dari bilik air pun,terus bercakap mengenai ekonomi,sudah sah,Zaid sudah dijangkiti virus Workaholic,virus yang tiada penawarnya. Kesannya,ada partner yang akan berasa bosan. Ada makwe,alamatnya akan larilah makwe. Kalau beristeri lagi teruk,silap haribulan,tidur kesiangan sorang-sorang.
“Nasihat aku Man, lebihkan masa bersama.”
“Ada juga apa, aku luangkan masa dengan dia.”
“Okay.Sekarang nak tanya, berapa lama jumpa?Berapa kerap?”
“Lebih kurang setengah jam kot,sebulan sekali.”
“Sebulan?Sekali sahaja? Macam perempuan dapat period pulak,”hampir menjerit aku mendengar penjelasan Zaid. Mahu tergelak pun ada juga.
“Luangkan masa lebih dengannya, baru okay.”
“Tak ada masa,dia patut faham. Aku bukannya siapa-siapa dengan dia lagi.”
“Betullah tu,tapi bukahkah dia yang kau puja siang dan malam?”
“Perempuan ni,senang saja nak cairkan hatinya,” kusambung bicaraku lagi.
“Iya la tu. Mak we pun tak ada,pandai pula nasihatkan orang,”sinis sahaja bunyi perkataan si Zaid.
Aku tergamam juga. Betul kata-katanya itu. Aku memang tiada buah hati. Tapi, kalau setakat mengambil hati perempuan,aku rasa aku sudah cukup ilmu. Macam mana aku mahu ada buah hati,setiap kali aku sukakan perempuan, Zaid juga sukakan perempuan yang sama.Dan aku akan berkorban kasih kepadanya.
Aku jelaskan padanya,dia perlu lebih luangkan masa. Dia bagaimanapun tidak bersetuju. Banyak perkara lain yang penting buat dia. Bukan hanya Suraya sahaja. Aku tidak mahu lagi campur tangan dalam urusannya. Kawan baik,kawan baik juga,soal personal,bagi kehidupan dan jiwa Adam ini,setiap lelaki perlulah selesaikan sendiri. Perlu ambil langkah berani sendiri. Koreksi diri sendiri,fahami emosi,kewarasan,dan akhirnya buat pilihan.
Aku sudah memberi jalan,jika dia menolak,terpulanglah. Cara aku dan dia berbeza. Mencari harta, penting. Tiada siapa dapat hidup tanpa wang. Sedikit atau banyak, perlu wang demi perjuangan hidup. Tapi kalau jiwa manusia sudah dibanding dengan wang ringgit,perlulah kita koreksi diri. Nilai insani tidak ada perlu perbandingan dengan wang ringgit.
Sekiranya,dia mohon restuku. Aku tentu restui dia. Malah dia tidak perlu restuku untuk jatuh cinta. Pintaku hanya satu,kenalkanlah aku kepada Suraya,wanita yang bertuah itu. Dia memang bertuah,Zaid pada pandangan lelakiku,bukan sahaja baik hati,berbudi malah pada pandangan mata jejakaku pun,dia memang kacak. Kalau ditanya mak,mak tentu menyenaraikan seribu kebaikan Zaid di matanya. Cuma itulah virus yang mengganggu hidup dia. Penyakit gila kerjanya yang tidak dapat diubati.
“Kau tahu Zaid, kau ni sudah kena virus bahaya?”
“Mana ada?”sambungnya lagi. Mukanya berkelat pelik.
“Virus?Virus apa?”cepat-cepat disoalnya bertau-talu.Pelik agaknya dengan pernyataan aku.
“Virus workaholic.”
“Aku Workaholic?” soalnya. Hairan pulak dikatakan ‘gila kerja’
“Kau memang ada sembilan tandanya.”
“Sembilan, banyaknya. Aku nak dengar sangat Profesor Dr. Lukhman terangkan”
Aku huraikan satu persatu. Dia angguk-angguk sahaja. Dia tiada hobi. Masanya hanya fikir tentang kerja. Hari minggu pun bekerja juga. Kalau berbual pun, diceritanya soal kerja. Semasa membeli belah pun,berbincang soal kerja. Yang paling dahsyat,keluar dari bilik air pun,dia masih bercakap lagi pasal ekonomi,soal duit. Yang selalu dikatakannya,kerja pejabatnya sahaja. Masa untuk berteman pun tiada. Mengaku jatuh hati,tapi,cuba mengisi masa pun tiada. Paling teruk, dia tidak tahu yang dia ‘gila kerja’.
“Gila kerja macam kau. Tapi ada la untungnya.”
“Memang.”Pendek jawabnya,kebetulan apa yang dikata,jelas ada kebaikannya.
“Selagi muda,kerja kuat-kuat. Dah tua, semua skru, wayar dah pun longgar,sakit sini sana, buat apa,”seloroh dia bersahaja.
“Kerja-kerja juga, tapi kau tak ada lifes la Zaid. Siang malam kau di tempat kerja.”
“Mana ada. Kan ada kita keluar juga. Sesekali jumpa GF, itukan kehidupan.”
“Ikut suka kau la Zaid.”
Pelik pulak kejadian hari ini. Kami seolah bertelagah pendapat. Pertama kali, sejak keakraban terjalin. Benarlah kata orang, kami kelihatan sama,boleh makan-minum bersama, membeli belah bersama,malah boleh ‘tidur baring bersama’ tetapi apabila bercakap soal pendirian,pandangan kami ternyata berbeza. Pendirianku lain pula bunyinya. Kerja kerjalah juga. Ambik masa rehat. Ada hobi sendiri. Dalam 24 jam masa berputar,tentu ada sebabnya Allah jadikan masa berbeza mengikut putaran masa. Pagi tentulah untuk urusan lain. Tengah hari lain pula ceritanya. Petang,padaku masa beriadah. Malam pula, boleh tidur kalau tidak memancing.
“Ada satu lagi gila yang menguntungkan Zaid.”Aku cuba memancingnya dengan cerita baru.
“Ada lagi?”dia tersenyum sumbing.
“Gila pancing” selamba memberitahu.
“Come on,we go wishing?”ajakku lagi.
Elok juga kalau malam minggu pergi memancing. Kolam Ikan Sea Lion berdekatan Pelabuhan Kelang tu, sentiasa terbuka menanti orang yang gila memancing. Kolam air laut yang seluas dua-tiga padang bola boleh menjadi Syurga bagi pemancing. Kalau ke sana,tidak pernah sekali pun lagi aku pergi dan pulang dengan tangan kosong. Kalau setakat dua tiga kilo ikan merah atau Siakap itu sudah menjadi kelaziman. Jika bernasib baik,kadang-kadang ikan Jenahak pun akan sanggut ke mata joran.
Zaid hanya ketawa mengejek.
“Aku nak pancing?,aku tak ada kesabaran. Berjam-jam menunggu untuk seekor ikan. Baik beli kat pasar saja.”
“Itulah bezanya orang ada seni memancing atau tidak Zaid. Rasa seronoknya lain macam. Apabila mata joran disambar mangsa, keseronokannya bergandalah kawan. Apatah lagi jika kekili dipusing ligat,rasa bagai nak melompat.”
Dia ketawa terus. Akhirnya aku berdiam saja. Tak ada gunanya bercakap terus dengan orang yang buta memancing. Dia tidak akan faham apa rasanya,membawa balik ikan segar yang ditangkap oleh tangan sendiri. Rasa dagingnya manis,kalau disimpan sebulan dua pun, masih segar rasanya. Tidak seperti yang dibeli di pasar,entah berapa lama diaiskan di dalam tong. Melihat mata ikan yang merah menyala pun,sudah tahu, ikan itu entah berapa lama mati dalam tong plastik. Zaid ni pun satu, memancing tidak pandai, memancing gadis pun,tidak juga bijak. Entah apa yang diminatinya?
Memancing mengajar aku menghayati seni kesabaran. Sepanjang tempoh memancing itu,sementara menunggu mata joran menyangkut mangsa,banyak perkara yang boleh difikirkan di minda. Petang hari minggu aku berpisah dengan Zaid dengan dua tujuan berbeza. Aku mencari kehidupan dengan berseronok memburu Jenahak di pelabuhan Kelang. Dan Zaid, masih di pejabatnya.
Jam sudah dua pagi. Setika sampai di halaman rumah,rupanya,Zaid baru juga sampai daripada pejabat,agaknya. Tiga jam aku memancing, membawa balik seekor jenahak lima kilogram beratnya dan seekor ikan merah, hampir dua kilo beratnya. Zaid, nampaknya membawa pulang keletihan dan kepenatan tidak terungkai.
“Esok datang lunch kat rumah,”pelawaku sambil mengangkat ikan setinggi, separas bahu. Ikan Jenahak, akan kupinta ibu memasak kari kepala ikan. Selebihnya goreng ikan panas-panas,atau masak sweet sour. Tentu sedap. Kulampai tanganku kepada Zaid,dia hanya mengangguk. Nampaknya,lesu benar dia. Sekadar mengangkat tangan,kami menuju untuk masuk ke rumah masing-masing. Menjunjung langit kelam yang sama,berpijak di bumi yang sejuknya mula menggigit tulang,kami tentunya bermimpi cerita yang berbeza.
7
Pagi-pagi lagi terkenangkan Zaid. Workaholic betul dia. Aku pun bekerja kuat juga. Tapi sekurangnya aku masih ada banyak masa memancing dan pelbagai hobi lain, antaranya menonton wayang. Aku bukan sahaja suka,malah patut dikatakan ‘gila wayang’.Persamaan antara kami mungkin boleh dikaitkan dengan satu perkataan. Bertanggung jawab. Tanggung jawab adalah inti kejayaan hidup. Ibu dan mama Hana adalah contoh terbaik perjuangan hidup kami. Setelah ayah meninggal semasa usiaku dua belas tahun, ibu satu-satunya punca rezeki dan pergantungan hidup kami. Aku dan Amirah. Ibu berbekalkan duit insuran ayah,membuka gerai nasi lemak di tepi jalan. Nasi lemak berdaun pisang dengan sambal bilis yang wangi,menggamit pelanggan yang tidak putus-putus.
Kejayaan di gerai jualan,membolehkan ibu membuka kedai makan kecil,menyewa sebelah kedai makan mamak. Kedai mamak kan tempat bermulanya polimik politik. Siang malam,orang tempatan khasnya duduk-duduk dan bergosip. Kekadang berborak kosong. Langsung,makanan ibu dan mama Hana laku, laris habis. Daripada sana, apabila pelanggan ibu semakin ramai,ibu perkenalkan pula nasi minyak dan nasi beriyani. Nasi Beriani Mama Hana memang lazat sangat. Kejayaan itu membawa kepada pembukaan Rebung, restauran kebanggaan ibu dan mama Hana.
Semasa nasi minyak ibu laris itu,nasib baik ibuku pun tidak laris sama. Hampir-hampir juga ibu kahwin lagi. Kalau tidak kerana kami keras membantah,tentu ibu sudah berkahwin dengan Pak Syukor. Bukan kerana personaliti pak cik pertengahan umur itu pun. Cuma,bimbang,ibu akan lupakan kami dan ayah. Pak cik itu biasa orangnya, nampak baik budi, berbadan gempal,berkulit sawo matang,matanya sepet dan berkumis, ala-ala Datuk K,suami Datuk Siti Nurhaliza.
Dibandingkan dengan ayah yang mirip denganku kata ibu,jauhlah handsomenya ayah aku. Berkulit hitam manis sepertiku,bermata dalam,berkening lebat. Senyumannya lebih manis daripadaku. Itulah agaknya buat ibu jatuh cinta dengan ayah. Dengan nasihat Mama Hana,kasih sayang yang baru mahu bermula terlerai. Tamat. Tapi kalau difikirkan balik, tidak juga patut kami menghalang usaha ibu untuk mula mengecap bahagia semula.

8
Cita-cita menjadi arkitek sudah menjadi sebati sejak aku kecil lagi. Arwah ayahku seorang pelukis plan. Lukisan plan bangunan yang selalu dibawa balik sudah menjadi santapan mata sejak aku bayi lagi, kata ibu. Berlanjutan sehingga ke sekolah rendah. Daripada hanya melihat-lihat sahaja,aku sudah menjadi mahir membaca plan. Di mana tangga,lif,pintu,ukuran keluasan,semuanya aku faham.
Menamatkan pelajaranku selama empat tahun di Universiti Adelaide,Australia melengkapkan pengetahuanku sebagai arkitek. Meninggalkan Adelaide setelah tamat pengajian merupakan perkara yang berat untuk dilakukan. Tujuh tahun berada di bumi kanggaro, menjadikan aku sudah sebati dengan bandar ini. Berada di selatan Australia, bandar berpopulasi 11 juta ini ternyata mempunyai keunikan tersendiri. Kebetulan universitiku terletak di tengah-tengah bandar moden ini, puas aku menjelajah ke bandarnya.
Masih teringat-ingat lagi Kota Adelaide,walaupun sentiasa sibuk tetapi kota di selatan Australia ini masih mengekalkan kehijauan alamnya. Sesuatu yang patut dicontohi Malaysia,khasnya di Bandaraya Kuala Lumpur. Pemodenan dan kemajuan sepatutnya diselaraskan dengan Eco Alam. Mesra Alam. Di mana ada pejabat, sepatutnya di situlah ada tumbuhan, penuh dengan warna kehijauan.
Ada satu jolokan yang tidak dapat aku lupakan di Adelaide iaitu bandar 20 minit. Nama jolokan dipakai kerana jarak antara bandar dengan bandar hanya mengambil masa 20 minit sahaja dengan menggunakan kenderaan. Bagaimanapun, anda pasti akan terlepas peluang melihat dengan mata kasar anda sendiri,pemandangan dan reka bentuk unik bangunan di sana jika menaiki kenderaan. Berjalan kaki merupakan langkah terbaik bagi menikmati pemandangan.
Nama-nama tempat di Adelaide yang hampir sebati dan kuhafal denganku seperti Glenegs,Montefione Hills,Victor Harbour,Granite Island,Hindley Street,Rundle Street, Gouger Street,Harbour Town dan Port Adelaide bagaikan memanggil-manggil aku singgah lagi ke sana. Pun begitu,aku sentiasa ingat akan peribahasa lama ‘ Hujan batu di negeri sendiri,hujan emas di negeri orang,baik lagi negeri sendiri’
Apabila pulang ke Malaysia aku masih bernasib baik kerana pengalaman bekerja tiga tahun di Adelaide memberi aku kelebihan dari segi pengalaman. Penglibatanku bekerja dengan Syarikat Antarabangsa di Adelaide membolehkan aku mendapat kerja dengan mudah,di sebuah Syarikat Australia juga yang beribu pejabat di ibu negara. Terlibat dengan pelbagai projek Mega selama empat tahun yang menyediakan plan perumahan kepada Syarikat Besar seperti Gutrie,Lion Seal dan Gama Mega memberi banyak pengetahuan dan pengalaman baru.
Bertemu pula Faez, arkitek senior yang akhirnya membuka mata aku kepada peluang yang lebih luas. Dia mengajak aku membuka syarikat kami sendiri. Ingat lagi kata-kata Faez,lebih baik jika bekerja sendiri. Bekerja sendiri,jika berusaha dengan gigih,keuntungan akan diraih sendiri. Penglibatan diri dengan bekerja di syarikat gergasi membuatkan kita hampir lupa kepada kehidupan selepas dunia nyata iaitu dunia ukhrawi. Asyik mengejar tarikh akhir projek demi projek,pelanggan demi pelanggan dan projek mega,semuanya urusan duniawi. Dari situ lahirlah Lukhman dan Faez Architec. Seniorku ini banyak mengajar aku tentang kepentingan menjaga alam hijau dalam dunia perancangan kami. Arkitek sepatutnya bukan sekadar merancang pelan dan reka bentuk sahaja. Di tangan kami,bidang seni bina sepatutnya membantu penyelesaian masalah terutamanya tentang interpretasi sosio budaya dalam reka bentuk seni bina. Perancangan pelan juga perlu lebih sensitif kepada isu pencemaran alam, pemuliharaan khazanah alam yang bercirikan tradisional. Jelasnya,semoga Allah memberi kami dua ganjaran dalam pekerjaan,melengkapkan kerja dan mengimbangkan pemeliharaan alam ciptaanNya.
Dia bersetuju sekali dengan aku apabila aku sebutkan tentang Adedaile,bandar mesra alam. Prinsip dimana bangunan dan alam selari dihidupkan. Dia juga setuju dengan pandanganku bahawa Revivalisme Melayu Tradisional juga sepatutnya lebih banyak dihidupkan. Kita banyak mengambil contoh pelan perancangan bangunan daripada Barat,kita lupa,pelan rekabentuk kita lebih cantik dan halus daripada segi bina. Yang lebih penting,reka bentuk Malaysia sepatutnya mempunyai imej dan beridentitikan Kebangsaan. Barulah kita boleh maju di hadapan. Seni bina Malaysia harus lebih bersikap mengekalkan keaslian semulajadi dalam perancangan reka bentuk pembinaan.

9
Pintuku diketuk bertalu-talu.
“Masuk”
Aznishah datang menerpa.
“Berita baik Encik Lukhman. Fax dari Ketua Pegawai Eksekutif BCI Asia.”
“BCI Asia?”
“Ya,Dr.Matthias Krups.”
“Ketua Ekskekutif BCI Asia?”
“Tak salah lagi Encik Lukhman.”
“Syarikat kita menang lagi pemilihan antara top 10 di Malaysia.”
Aku bagai mahu bersorak panjang. Alhamdulillah.
“ Encik Faez dah tahu?”
“Belum,baru sahaja dapat fax. Bagi tahu Encik Lukhman dulu.”
“Okay”.Tanganku ligat menekan interkom telefon, menyambung panggilan terus ke bilik Faez. Gagang diangkat.
“Bang, kita menang lagi Anugerah BCI Asia.”
“Alhamdullilah. Bila tahu.”
“Baru. Fax baru dihantar.”
“Alhamdullillah.”
Anugerah BCI Asia ini bukanlah calang-calang anugerah. Mula diperkenalkan pada tahun 2001. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap 10 firma arkitek paling aktif di Malaysia. Anugerah ini bukan diberi di Malaysia sahaja,malah meliputi China,Hong Kong,India,Indonesia,Filipina,Singapura,Vietnam dan Thailand. Anugerah BCI, Asia ini sentiasa menjadi buruan syarikat arkitek kerana anugerah ini merupakan simbol terhadap sumbangan mereka kepada bidang pembinaan.
Perasaan memenangi Anugerah BCI Asia ini samalah agaknya dengan melihat kemenangan Anugerah AF di Astro Ria. Seronok pun ada,terhibur pun ada. Ternyata fakta yang lebih penting,syarikat kami bukan juara sms sahaja. Penilaian dengan teliti telah dijalankan.
Penghakiman BCI bukan juga mudah. Bagi mengadili syarikat atau firma arkitek, mereka akan menemubual lebih suku juta,250 000 para arkitek,pemaju,para jurutera dan kontraktor selama 12 bulan. Mereka juga menilai kualiti kerja dengan melawat pejabat, melawat tapak-tapak projek diikuti dengan menilai tender serta menyemak semua rekod kerajaan bagi memestikan ketepatan projek. Dengan kata lain, mereka akan memastikan dulu syarikat yang layak untuk memenangi piala ini benar-benar layak dari segi kualiti dan kuantiti kerja.
Pendek kata,projek yang telah dijalankan mestilah sempurna. Janganlah menjadi seperti banyak projek kerajaan sekarang ini. Baru sebulan siap diduduki,air sudah pun melimpah keluar dan sebagainya. Jelaslah usaha kami,sangat berpadanan. Zaid mesti diberitahu segera. Inikan berita baik. Telefon didail. Deringan tidak berjawab. Mungkin sibuk benar dia. Aku boleh menunggu untuk menyampaikan berita gembira ini.

10
Di dalam kereta,Zaid tersenyum bangga mendengar khabar gembira. Publisiti seperti ini memajukan syarikat kami dengan tidak secara langsung,maklumlah berita yang hebat seperti ini akan terpampang di dada-dada akhbar,sekali pun tidak dipamerkan di muka depan. Biasalah di Malaysia ini,berita berbentuk hiburan lebih difokuskan,asal sahaja ada artis yang seksi, memenangi anugerah biarpun hanyalah anugerah kecil,akan diwara-warakan secara gah. Berita seperti ini langsung tidak diberi perhatian. Media cetak sering kali tidak bersikap intelektual langsung.
“Tahniah, Man.”
“Thanks.”
“Bolehlah jemput Karam Singh Walia wawancara you,”ditutupnya ayatnya dengan ketawa kecil. Aku tahu walaupun kenyataannya kedengaran lucu, dia sebenarnya berbangga sekali dengan pencapaianku. Kami memang sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Kereta kami laju membelah jalan raya. Menuju ke Kajang. Tengah hari tadi ibu menelefon sebelum pulang, mengingatkan kami berdua. Petang ini kami perlu ke rumah Amirah. Ada jemputan doa selamat sempena Kesyukuran kelahiran anaknya yang pertama.
“Tentu mama akan bising hari ini.”
“Kenapa pulak?”
“Amirah sudah beranak satu, kita ni bila lagi?”
“Belum ada jodoh,” kataku menyambut ayatnya.
“Ha, ha…” dia hanya ketawa sahaja. Semacam saja bunyinya.
“Cikgu tu macam mana?”
“Entah Man. Ada la telefon dia semalam. Sms pagi tadi saja.”
“Dia okay?”
“Okay kot.”
“Tak ajak jumpa Mama?”
“Belum la Man.Belum masanya lagi. ”
“Tak ajak dia kahwin terus?”Aku mengusiknya terus.Terusan dia ketawa bagai ‘nak gila’.Aku meleterkan dia juga. Hai,bagaimanalah simamat sorang ni menjaga mak we. Katanya dulu,dia sudah gila bayang habis, tapi kadang-kadang dikatakan tidak pasti pulak. Entah yang mana satu jawapan hati Zaid sebenarnya.
Petang aku baharu mendapat tahu bahawa Zaid akan ke London selama seminggu pula. Malam nanti dia akan berangkat. Jadi, kami tidak lama di rumah Amirah. Kami pulang hampir jam 5 petang bagi membolehkan Zaid berangkat ke London. Pelik juga si Zaid ni. Ke sana sini, bagai mengelilingi globe saban bulan. Itulah kerjanya.
11
Dalam dua hari ini terpaksa bersarapan sendirian. Zaid ke London. Dalam mengingati dia,monitor di skrin komputer memberi signal, ada e-mel yang mendarat masuk. Daripada Zaid rupanya. Bingkisan daripada London.
+ Man, baru tiba di London. Summer Time.Best . Banyak perkara yang berlaku. Ada ‘ London Summer Festivals’. Ada juga drama karya Antony Gormley :Blind Light di London. Sculptural drama. Drama yang orang seperti kita tak akan faham.
Membaca e-mel Zaid,teringat aku akan foto-foto cetakan yang perlu diambil. Gambar kenangan bersama anak buah pertama,Faiq Hilman Bin Adam. Cucu pertama ibu. Ibu bangga sekali dengan cucunya. Kata-kata ibu amat menjerut telinga. Nasib baik Amirah mahu berkahwin dahulu,kalau tidak tentu ibu kempunan bercucu. Zaid di sebelah hanya ketawa lucu. Dia ingatkan yang dia yang akan terkena ayat ‘berapi’ dari Mama Hana,rupanya aku yang terkena dulu.
Mulanya ingatkan mahu minta tolong Aznishah untuk ambil fotoku sahaja,kebetulan aku pun belum lunch lagi. Selepas ke Foto Zoom, bolehlah perut diisi. Ke Foto Zoom, fikiran melayang kepada Zaid, apa yang dilakukan ketika ini di London sana?
Di kaunter, mataku terpana kepada wajah seorang gadis. Aku biarkan saja dia dan gadis manis di kaunter itu berurusan. Aku menyibukkan diriku dengan berdiri di sisinya. Hanya berjarak sekaki sahaja. Wangian jasmin kukira menerpa hidungku. Kujeling dia di sebelah. Aku terperasankan nama yang bertulis di atas sampul,Miss Ann. Wajahnya bujur sireh, matanya agak sepet. Hidung mancung bagaikan seludang. Semuanya bagaikan terletak dengan sempurna di wajah mulus itu.
Bibir nipisnya bergincu nipis,pipinya pula dialit pemerah merah jambu,warna yang begitu senada. Cantik! Pujian dari hati. Lesung pipit di pipi kanannya,jelas sekali apabila dia berpaling ke arahku. Wajahnya walaupun diolis dengan bedak yang nipis, tapi keasliannya jelas terserlah. Dia bukan lagi cantik,pada pandanganku,dia sungguh jelita! Apabila mata kami bertemu pertama kali,bibirnya yang bagaikan seulas limau,menguntum senyum. Di masa bebola mata kami sekali lagi bertembung,wajahnya merona kemerahan. Malu! Tersipu! Sekali lagi wangian Jasmin menerpa ke hidungku. Seolah ingin kuhidu sedalamnya. Aku terpandangkan dia yang kemudiannya berlalu.
Kupandang dia lagi seolah tidak mahu aku lepaskan dia dari pandangan nakalku. Apabila kupandang ke kaunter,gadis di kaunter kelihatan tersenyum lebar. Agaknya lagak nakalku buat dia tersenyum. Segera aku mengambil cetakan gambarku,aku segera berlalu keluar. Dan sedetik itu,ah!kenapa aku tidak memperkenalkan diriku!Mana tahu kalau masih ada peluang untukku berkenalan dengannya. Kalau semanis bukan lagi kepunyaan orang,bukan isteri,tunangan atau kekasih orang,masih ada peluang untukku. Kekasih! Kalau sekadar mempunyai kekasih tentunya aku masih ada berpeluang. Best man win. Asalkan berjuang secara adil. Kutepuk kepalaku berkali-kali. Aku sudah melakukan kesilapan besar yang merugikan diri sendiri.
Aku mencuba mengingat wajah itu. Cuba merakam beberapa kali ke dalam memori jangka panjang. Mudah-mudahan,memori itu berpanjangan. Yang jelas aku ingat betul,bajunya berwarna hijau dengan bersulam bunga lebat di pangkal lengannya. Hijau Kerawang,berbunga padat.
Masalah baru menimpa aku. Entahlah!Apa istimewaan wanita yang baru kujumpa itu. Tiga hari ini,terasa resah dalam sanubariku berlainan benar rasanya. Wajahnya seakan melekat pada mataku.Senyumannya bagaikan wayang gambar yang datang melayang,diputar berulang kali. Mengingatinya bagaikan memulakan maraton pada tubuhku,rentak jantung rancak menari. Tubuh bagai berpeluh berulang kali. Di telinga bagai berbisik suara perlahannya berkali-kali. Suaranya perlahan,lunak didengar tapi ada ketegasannya.
Agaknya aku sudah dijangkiti virus lagi. Virus Gila bayang, kata pepatah lama. Jatuh cinta pandang kali pertama!barangkali,kata pepatah tahun 80-an. Entahlah,apa juga bisikan Zaman Milineum ini?
Tapi realitinya,aku tidak boleh membiarkan bisikan ini mengusarkan hatiku. Aku perlu kepastian. Jika benar dia ditakdirkan bukan untuk menjadi milikku,aku mesti pasrah membiarkan dia pergi. Sebelum kepastian itu aku perolehi,aku harus bertindak mencuba terlebih dahulu. Aku akan dapatkan nombor telefon dan nama dari sana. Aku pasti pada slip keratan sampul cetakan ada ditulis nama dan nombor telefon, biasanya.Kalau aku gagal dapatkannya,bermakna aku sudah kalah. Biarlah menang mencuba daripada mengalah begitu sahaja. Aku yakin,di Foto Zoom,ada jawapannya.
“Cik, boleh saya tanya?”
“Ya. Apa yang boleh saya bantu.”
“Boleh periksa tak resit lapan hari lepas. Wanita,namanya Miss Ann. I nak tahu nombor telefon dia, please.” Kuulang berkali-kali,meminta simpati. Dalam hati berdoa agar resit masih ada di situ.
“Saya cuba ya.”lama pekerja manis itu mencari. Aku yang menanti ini resah sekali. Dia akhirnya datang dengan nombor bertulis di nota kecil. Kertas itu nampaknya buruk tapi isi yang tercatatnya itu yang mahal. Bertulis di slip, Miss Ann, bernombor telefon genggam. Cepat-cepat aku programkan nombornya ke telefon genggamku. Bimbang kalau slip nombor Miss Ann tercicir dari kocek baju biruku.
12
Hari ini semuanya berjalan lancar,secerah mentari yang timbul dari ufuk Timur. Zaid berjanji akan memperkenalkan bakal suri hatinya. Entah apa agak mimpinya sebaik balik dari London. Disimbah cahaya mentari panas dari London agaknya. Tiba-tiba sahaja membuatkan sahabatku ini berubah angin.
Pelik juga. Semasa kami melawat dia di rumah hari itu,tidak pula dia berbicara apa-apa tentang gadis itu. Barangkali,dia tidak mahu rahsia itu terbongkar di hadapan Mama Hana dan ibu Eda. Pandai juga mamat sorang ni menyimpan rahsia. Kalau aku di tempatnya,siang-siang lagi aku akan kenalkan dengan ibu,kalau ibu setuju,cepat-cepat aku akan menghantar rombongan meminang,habis cerita.
Hari yang tiba terasa datang begitu lambat sekali. Aku pula yang terasa debarannya. Nombor telefon Miss Ann hampir sahaja aku lupa walaupun wajahnya masih terbuai-buai dalam anak mataku. Masakan aku boleh lupakan dia begitu mudah. Entahlah.agaknya love at first sight. Mudahan.
Setibanya aku di Café Secret Recipe petang itu. Zaid kelihatan sedang duduk menunggu. Gadis pujaannya bagaimanapun tiada di situ. Memberi isyarat mata,bertanyakan di mana dia, Zaid hanya tersenyum. Dia belum tiba rupanya.
“Let’s wait for the lady,”Zaid bersuara nakal.
“Lambat pulak dia hari ini.”
“Tak kisahlah,kita tunggu dia la,” aku bersuara,sekadar menyakinkan dia.
“Selalu aku yang lambat, dia yang akan tunggu.”
“Kau biar dia yang tunggu kau?”soalku pelik.
“Ha’ah.Habis aku selalu lambat.”Aku tersenyum kelat apabila mendengar cerita Zaid. Lurus sendul betul dia. Adakah patut dibiarkan Suraya menunggu dia! Langsung tidak menunjukkan sikap seriusnya terhadap gadis itu.
Aku menggeleng kepala. Aku rasa tidak ramai wanita yang bersetuju dengan Zaid ni. Biarkan gadis yang menunggu! Agaknya, benarlah kata orang, Mamat Teknologi ni, sukar berkomunikasi dengan manusia sebenar. Kalau pasal teknologi, dia nombor satu tapi kalau dengan manusia ,payah sikit. Asyik berkomputer sana sini,macam tiada perasaan.
Telefon Zaid bernyanyi lagi. Suraya yang menghubungi dia. Katanya dia lambat lagi,jalan raya begitu menyesakkan. Terpaksa menunggu lagi. Seksanya rasa.
“Apa yang dibeli untuk Suraya?”
“Beli?”bunyinya macam hairan sahaja.
“From London,remember?”
“Nothing special. No time for shopping.”
Terkejut dengan jawapan Zaid. Biar betul si Zaid ni. Seminggu di sana,tidak dapat juga belikan kekasih sebarang cenderamata. Pelik.Daripada ceritanya,dia bukan main membeli-belah. Kalau aku di tempatnya,paling tidak,di airport pun boleh belikan Suraya sesuatu. Sebodoh bodoh aku, paling tidak,belikanlah minyak wangi ke. Entah,sukarnya menjadi teman wanita Zaid ini agaknya! Lagaknya bodoh macam telur. Sudahlah begitu, tidak romantik pulak. Malangnya Si Suraya itu!
Menunggu Suraya tiba,seolah mendatangkan debaran yang tidak terjangka. Entah mengapa?Zaid bingkas bangun,ke bilik air yang terletak di belakang barangkali. Agaknya dia yang lebih gemuruh daripadaku. Maklumlah,lama sudah tidak bertemu buah hati.
Di saat itu, aku ternampak lagi Miss Ann,bagai mahu menjerit,tetapi tersekat dalam hati sendiri. Seronok ada!Bimbang pun ada!Kebetulankah lagi dia bersamaku? Dia mendapatkan tempat duduk di hujung jendela di ruang penjuru kafe. Tangannya kulihat membelek jam di lengan kiri,sedang mengirai waktu,pastinya berjanji dengan seseorang? Zaid yang dari tadi,entah dari mana datangnya terus mara ke penjuru kafe,terus menuju ke tempat duduk Miss Ann. Apabila tangannya menggamit memanggilku,di saat itu,aku pasti,harapanku untuk memiliki Miss Ann terus gugur.
Miss Ann,rupanya adalah Suraya,Suraya kekasih Zaid. Di saat itu, segalanya bagai terbang di dada langit. Tiada perkataan lain terpahat di hati. Nampaknya sejarah akan berulang lagi,Zaid Harith dan Lukhman Hakim,terus jatuh hati pada gadis yang sama bernama Nur Suraya.

Tuesday, September 28, 2010

.Aznisyah

   Jika anda telah membaca DC, saya pasti ada akan terpesona dengan watak Aznisyah. Kak Az seperti yang digelar oleh Lukhman, salah satu watak utama. Aznisyah dalam DC adalah seorang setiausaha yang juga seorang ibu pertengahan usia 40-an, sangat kuat bekerja, bertanggungjawab sebagai seorang ibu, islamik, sangat positif orangnya. Dia juga seorang yang sangat memahami 'konsep cinta', bagaimana memahami akan sikap bossnya, Lukhman Hakim yang seolah mahu 'melarikan diri' setelah terjatuh cinta kepada wanita yang sama, Suraya.

  Pendek kata, aznisyah di Dalam DC dan Aznisyah, kawan baik saya adalah dua orang yang berbeza walaupun wataknya hampir sama.  sangat kuat bekerja, bertanggungjawa.. bersungguh-sungguh. Dia seorang yang mahir (kata orang Kedah terrer) dalam matematik tetapi mahir mengajar Bahasa  Melayu kerana semasa melengkapkan diploma pendidikannya, dia mengambil subjek B.Melayu kerana tiada kekosongan dalam matapelajaran matematik. (dan memperolehi A1 dalam subjek mate) Anehkan.. jarang sekali mengenali orang yang mahir dalam matematik tetapi mahir juga mengajar BM. Sedangkan dua subjek ini adalah dua matapelajaran yang bertentangan konsepnya. 

   Aznisyah adalah salah seorang teman baik saya. Sekarang ini bertugas sebagai seorang pendidik di kelantan. Kami sama-sama mengajar di sini beberapa tahun lepas. Dia adalah teman yang pertama mempercayai dan mencabar saya akan menulis sebuah novel. Pada asasnya saya telah menulis manuskrip, setelah memberi sekumpulan murid saya membaca, saya meminta pandangan dia mengenai penulisan saya. Dia memberi kata "okay" teruskan.. dan di situlah bermulanya novel ini.

    Aznisyah juga seorang yang tekun bekerja. Dia pasti akan melengkapkan kerja sepantas kilat. Date line pasti bukan ukuran bagi menyiakan kerja kerana dia pastinya menyiapkan kerja sebelum date line (kami gelarkan dead line).. Saya rindukan dia setelah lama tidak bertemu. lama sekali... 

   Kerinduan tidak terubat dengan hanya mendengar suara/ perkataan di skrin telefon.. sesekali akan menghantar teks/ sms atau sesekali menelefon bertanya khabar. Saya menerima khabar bahagia, Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah Haji tahun ini. Saya senang sekali menerima berita gembira ini. Saya mendoakan kesejahteraannya dan selamat menjalani ibadah haji.


Friday, August 27, 2010

Rahsia dalam DC

Melihat cinta berdasarkan sorot pandangan Prof.Dr Hamka : Tenggelamnya Kapal Van de Vick. "Hidup mesti terbina antara pahit dan manis, jika semuanya manis, hidup akan menjadi bosan, jika semuanya pahit, hidup akan menjadi rawan."
Cinta bukan bererti, hanya mengisi hati, tapi juga perlu mengisi minda dengan informasi. Mempelajari ilmu dan berkongsi ilmu adalah satu keperluan hidup. Ilmu biarpun sedikit akan menjadi 'besar; jika berkongsi. Cinta juga jika dikongsi, yang secarik akan menjadi sebesar bumi. Sebarkanlah 'cinta' untuk semua.
Jika anda merupakan pembeli dan pembaca DC, tahniah saya ucapkan. Jika anda belum memiliki DC, inilah masanya mengintai kenapa perlu anda memiliki DC. Mengapa tidak?
1: definisi DC menggambarkan melihat cinta daripada aspek yang lain. 'Cinta' tidak hanya kepada hubungan biasa lelaki dan perempuan. Cinta kepada saudara, teman,keluarga melebihi perasaan yang lain. Persepsi baru mengenai cinta.
2:Memulakan bab dengan cara berbeza. Melihat tiga watak & perwatakan yang berbeza daripada 3 bab pertama, ditamatkan dengan akhiran yang sama di tiga-tiga bab. Bab 1 :lukhman Bab 2: Zaid Bab 3: Suraya.

3: Idealistik bukannya dogengan. Orang kata menjadi kacak/cantik, kaya, beriman adalah mustahil. Tiada yang sempurna, itu benar tetapi menjadi idealistik bukanlah mustahil. Saya sajikan watak idealistik kerana kita memerlukan ramai perwatakan ini sebagai contoh, dan saya sudah menemui ramai orang yang idealistik begini.
4: Kaya bermakna berpengetahuan. Saya percaya tentang hakikat itu. Tetapi sekiranya anda berjaya kerana mendapat pendidikan, tentulah semuanya lebih baik.
5: Menjelajah bumi tempatan, Malaysia : mengenali Pulau Langkawi dengan lebih rapat. Mungkin anda belum mengetahui dogeng cerita di sebalik Mat Chincang dan Gunung Raya. Muka surat 249-263...
6.: Menjejaki Tasik Kenyir : Terengganu ;di mana kesunyiannya bakal menjerat gelombang cinta. Bersama saya, menyemarakkan keindahan dan cinta di tasik indah. Anda akan dibawa ke sana dalam 25 helaian di Kenyir. Sama-sama menikmati bayu syahdu di Tasik  Kenyir..
7: Mengintai keindahan KLCC, ONE U,Damansara sebagai stesyen cinta.
8: Kota London ,sama-sama bergerak dalam travel log bersama saya. Menyaksikan keindahan Kota London, menyemarakkan dan mengenal budaya yang asing bagi kita. mengintai Eye on London etc. Travel bersama hampir 60 mukasurat di London.  Memperincikan tentang keindahan Kota London, seolah membawa anda menginjak kaki ke sana.
9: Mengenal empat musim cinta di Kota London. Winter yang dingin, Spring yang terindah, Summer yang romantis dan autumn yang sering mengubah cinta.

10.Mengenali Adelaide: Kota dengan jolokannya 20 Minit. Kenapa dan mengapa. Menikmati keindahan Adelaide dengan Kapal Popeyenya, keindahan Tasik Torrens..etc.. 30 helaian indah membawa anda mengembara merentasi masa dan cinta!
11.Kenali Bumi Kanggaru? mengapa mudahnya anda untuk jatuh cinta dengannya?
12. Mengenali UKM sebagai Universiti ilmu. Bersama mengadun kenangan di Minggu Orientasi UKM. Bersama Suraya menyelami pengalaman indah bersama Taufik di UKM. Mengenali mengapa 'cinta' itu kadang kala menyakitkan dan membunuh  perasaan..,
13.Mengenali Universiti of Adelaide :Pusat pengajian terunggul. Mengenali bandarnya, keindahan yang tersurat dan tersirat. Keindahan universiti yang berwarna merah bata di Australia.
14. Bersama situasi romantik di atas Popeye Boat di Adelaide. Atau bersama menyaksikan keindahan melancung bersama di Glenelg dam Adelaide.
15: Cinta Suraya & Lukhman ditamatkan di Fountain Square,Adelaide, benarkah begitu? Angan-angan Suraya musnah apabila Lukhman menolak cinta guru muda jelita ini. Benarkan realitinya begitu?
16: Suraya mengangkat martamat guru Malaysia. Guru bukan sahaja mempunyai jati diri malah seorang yang bersikap positif. Dia menjadi seolah sebutih mutiara di dasar lautan.
17:Mengenali dunia arkitek yang merupakan pakar senibina. Mengenali ilmu dan kepakaran dalam bidang ini dan pertandingan yang berkaitan dunia mereka.
18:Mengenali dunia exsekutif perunding komputer dan kerjayanya. Meneliti Pameran terbesar Komputer dunia di London.
19:Mengajak anda mengenali erti pengorbanan cinta yang perlu dilakukan.
20: Pilihan hidup sebenarnya berada di tangan sendiri? Bagaimana Suraya lakukannya?
21:Mengenali info pemancing, kopi, konservatif & modenisme, maksud perancang bandar etc.
22: Mengintai Istana Budaya bersama perembahan Dato Siti Nurhaliza.
23:Cinta? Bagaimana memulakan? Bermula lirikan mata? Adaklah cukup sekadar pandangan & lirikan beracun, yang memanah sukma.
24: Menerokai teknologi: bersama menggunakan SKYPE, ber sms. E-mel.
25Mengenali tanda workoholic ? Adakah anda salah satu daripada golongan ini. Terdapat sembilan tanda jika anda adalah seorang workoholik!
26: Menjadi model?Cukupkah jika cantik? Perlukan penampilan menarik?
27: Hidup yang rawan bagi Zaid. apabila ditinggalkan bapanya. Adakah memaafkan bapanya satu keperluan yang boleh diterima? Perlukah memaafkan?
28: Cinta tidak perlu disembunyikan. Cinta juga bererti tidak menyembunyikan diri? Elle dan Zaid? Kenapa anda prasangka? Berjayakah diselamatkan hubungan cinta ini?
29:Rahsia dalam kandungan cokelat yang sering dikaitkan dengan cinta? Mengapa ? dan bagaimana?
30:Belajar memberi tanda dalam cinta? Bagaimana boleh berjaya?
Rahsia warna dalam membuktikan cinta? Perlukah anda berbaju biru?atau berwarna jingga? atau berbaju hijau?

31.Rahsia menjadi sahabat karib, Suraya dan Masita.. Zaid dan Michelle.. Cukupkah sekadar bertanya khabar dan memahami.

32. Cinta dalah memaafkan kesalahan meskipun sudah puluhan tahun memendam rasa. Ketahui rahsia mama Hanna yang sanggup menerima suaminya kembali walaupun telah berpisah puluhan tahun lamanya..

33.Menyelami perihal sejarah kopi, Adelaide, London secara terperinci, menyusuri penceritaan secara tidak langsung.

34.Menceritakan Lagenda mahsyur Langkawi dengan cerita Mat Chincang dan Mat Raya, Lagenda yang terkenal di langkawi..

35.Hidup dengan tidak berputus asa sehingga berjaya.. membuktikan kehidupan yang susah dan sukar bukanlah jalan akhir untuk berjaya.. Mama Hanna dan Ibu Eda telah membuktikannya.

36. Persahabatan tidak pernah ada syaratnya. Ditunjukkan dengan Zaid dan Elle, Suraya dan Masita, Zaid dan Lukhman..

37.Pernahkah anda dilamun cinta, kenali tanda-tandanya!

38.Kenali 'agen mencari jodoh' atau orang tengah.. siapakah sebenarnya mereka. Adakah fungsinya sebaik agen hartanah? atau agen pengiklanan?

39.Mejadi seorang model: cukupkah sekadar mempunyai rupa paras yang menawan? Perlukah ada tahap intelegensia yang mengkagumi?

40.Humor, sindiran (klise) dan romantika...
   Saya tidak berani menjamin akan kesempurnaan kerana tiada seorang pun penulis yang boleh menulis dengan sempurna dan akan memenuhi 100% permintaan dan pilihan anda. Saya cuma percaya anda akan menikm ati tulisan dalam novel ini seperti mana saya seronok menulisnya dalam tempoh setahun itu dahulu.  Saya merasakan seolah kadangkala saya menjadi seperti Suraya yang memendam perasaan cinta.. Kadangkala menjadi Lukhman yang perlu berkorban rasa dan cinta demi sebuah persahabatan yang tulus. Ada masanya saya seperti Elle, yang mencari cinta yang hilang (lost love).. Merasai adakah saya akan seperti Ibu Eda yang akan memaafkan semuanya...

Sunday, August 1, 2010

Cinta dan kecewa..

    Soalan murid saya ketika di perpustakaan pada suatu petang membuatkan saya memulangkan senyumannya. "Cikgu, cikgu pernah kecewa." Saya kata," Ya." dan menyambung dengan ayat di belakangnya, "Beberapa kali. Ada serius dan ada yang tidak begitu menyakitkan." dan saya tergelak. Dan dia menyambung ayatnya,"Bagaimana pula, cikgu boleh tergelak bila bercerita tentang frust?" Saya masih tergelak lagi. Saya katakan,"Sebagai seorang Islam/muslim, cikgu mesti redha dengan takdir. menerimanya dengan senang hati. Semasa berlaku tu, tentulah sedih, tapi kena belajar menerima semuanya sebagai takdir yang cikgu percaya tentu ada hikmahnya. Semua yang berlaku baik untuk diri cikgu, untuk kehidupan dan agama cikgu."

   Dia hanya menangguk-angguk. Saya pun menyambung lagi,"Kadangkala kita hanya nampak kebaikan sesuatu setelah lama sesuatu itu berlaku." Dia mengangguk lagi. Antara Hikmah terbesar saya rasakan adalah, dengan perasaan kecewa itulah yang membantu saya menulis. Seorang yang tidak pernah kecewa barangkali tidak akan daoat menulis 'bab kecewa' sebab tidak pernah merasainya sendiri. Kecewa itu bukan sekadar perasaan di emosi, tetapi akan terasa kesannya di jiwa, minda malah di setiap jalur urat temulang sesorang insan, jika dia biarkan rasa kecewa itu menguasainya. 

   Semasa awal minggu saya kecewa, saya menangis di sejadah. Bukan kerana kesedihan perpisahan itu sangat tetapi kerana saya mengetahui Allah menyayangi saya dengan memberi saya ujian dan menyelamatkan saya daripada kelemahan dalam hidup saya dengan memisahkan saya dan dia. Maha suci Allah mengetahui mengapa saya dan dia berpisah... mengapa saya dan dia tidak kekal 'jodoh bersama'. Dan sekarang ini, saya memahami sangat-sangat kerana sudah bertemu jodoh dengan suami yang baik.Ini juga antara hikmah terbesar perasaan kecewa itu...

Tuesday, June 1, 2010

Romantik, istilah sebenarnya..

 Apabila seorang teman saya bertanya, 'hmm novel you tu sesuai tak untuk remaja?" Saya memahami sangat maksud tersurat dan tersiratnya. Segera saya menjawab,"100 % selamat" Dalam meastikan bacaan yang sesuai untuk remaja khasnya belasan tahun, tentulah ibubapa perlu memastikan bahan itu 'selamat dibaca' atau seumpamanya...

   Walaupun novel saya di bawah label orang dewasa, perkataan 'sarat dan berat itu' masih menjadi suatu 'taboo' pada saya... yang tidak suka untuk diperkatakan di mana-mana bahagian penulisan saya. Biasanya orang melihat scene itu hanya sebagai scene romantik antara suami isteri, saya tidak menilainya begitu..

   Saya terpaksa melihat perspektif penulis bukan sahaja sebagai seorang isteri dan ibu, di kedudukan sebagai seorang 'pendidik', saya amat perlu berhati-hati dalam penulisan saya. Tidak dapat membayangkan karya saya dibaca oleh pelajar saya, yang kemudiannya terpaksa membaca bab .... (tut tut )..walaupun kebanyakkan penulis tidak menulis secara direct menceritakan 'scene' begitu. Membayangkan sekiranya mama saya, autie saya (yang memang meminati novel) anak buah saya, pelajar saya membaca hasil bahagian begitu : ngeri rasanya... romantik kepada saya, tidak semestinya perlakuan di 'bilik' sahaja.


Hari ini saya tekan kamus elektronik saya, mencari definisi perkataan keramat ini..apaguna bercakap tentang sesuatu kalau kita tidak faham maksudnyakan???
Romantic dalam bahasa Inggeris terdiri daripada dua, 1 adjectif dan 1 lagi noun.
Dari segi adjectifnya bermaksud:
a) characterized by love or emotions.
b)involving in love affair
c)showing feelings of love
d)something to do with art and literature; marked with feeling...
Contoh /EG:
romantic love story... the scene looked very romantic in the moonlight.. he and so and so has romantic relationship..

Dari segi nouns, romantic bermaksud:
a) a person who shows feeling of love/emotion.
b)romantic artist...

Dari segi Bahasa Melayunya pula:
Romantik/romantis :suasana yang romantik, dikaitkan dengan percintaan..
Romantikus bermaksud: golongan yang beraliran romaktik/ seorang yang berjiwa romantik/( mamat atau minang jiwa; ini istilah sayalah)

Romantisisme (romanticism) adalah golongan aliran sastera atau seni di Eropah pada penghujung abad ke 18-19 yang menutamakan perasaan dan keindahan serta kebebasan melahirkan perasaan / isihati individu.. kalau study sejarah disebut zaman renaissance.. bermula di Itali ..kalau lupa, ala lukisan monalisa, the last supper oleh Leonardo di ser Piero da Vinci..antara yang popular..


   Jadi, romantik itu sangat subjektif sifatnya.. Ada lima pancaindera yang boleh menggambarkan situasi romantik... saya rasa pandangan mata, jelingan, senyuman, sikap ambil berat, tulisan etc dan beribu benda lain boleh menggambarkan keadaan romantik itu..   Dalam novel saya, DC ini hanya babak pandangan mata dan words yang melahirkan perasaan...

  Contohnya:
Bab  6 :    3-CERITERA PILU  page 238=-239




Wajah Suraya cemas tiba-tiba apabila melihat telefon dalam tas tangannya. Telefonnya sengaja dimatikan ketika menonton di pawagam.

“ Banyak panggilan dari kampung ni Man” Suraya cepat-cepat menelefon nama ‘rumah mak’ yang tertera.Lukhman hanya cuba mendengar dengan teliti. Dialog Kedah bersilih ganti menyukarkan dia memahami butir bicara Suraya. Yang dia tahu, nada suara Suraya menunjukkan sesuatu kecemasan berlaku.

“ Mak Su, Dia pengsan malam tadi. Kakak Su kata usahlah bimbang. Mak Su dah ok.”



Lukhman hanya mendengar setiap patah perkataan Suraya.Kalau Suraya mahu pulang ke Langkawi sekalipun, dia sanggup menemaninya.Lukhman mendiamkan diri terus. Mendengar Suraya bercerita tentang ibunya. Kata Suraya, ibunya jarang sakit.Tapi sejak sebulan dua ini kerap kali pengsan. Menurut doktor, mereka gagal mengesan sebarang penyakit serius darinya. Mungkin hanya penyakit tua, kata Suraya. Ibunya bakal berusia 68 tahun penghujung bulan depan. Mungkin bekerja kuat masa awal usia, anaknya ramai. Berbanting tulang dua kerat membesarkan zuriat agar menjadi insan berguna. Kesannya, pelbagai komplikasi di masa tua.

Suraya sebak tiba-tiba. Menyatakan sesalnya keluar dan bergembira malam itu, sedangkan keluarganya resah, cuba menghubunginya. Lukhman serba salah. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Kegelisahan Suraya menjadikan dia buntu. Suraya sudah panik, tidak jelas tindakan terbaik yang perlu dilakukan sekarang.

“Man rasa beginilah Su.Man temankan Su pulang ke Langkawi. Su boleh ambil cutikan?” memujuk Su.Air mata Suraya yang berderai mencairkan hati lelakinya.

Tidak sanggup dia menyaksikan airmata Suraya tumpah lagi.Dilihat Suraya hanya mengangguk-angguk perlahan. Jelas daripada kakak Ah tadi, dia yang perlu dibimbanginya lagi. Ibunya baik sahaja, hanya tekanan darahnya yang terlalu rendah menyebabkannya pengsan, tapi alangkah bodohnya kalau menolak tawaran untuk pulang ke kampung dengan Lukhman.Tidak perlu berayat-ayat panjang lebar atau bermadah-madah lagi, Lukhman akan diperkenalkan dengan keluarga Suraya.

Lukhman memutarkan stering ke sisi jalan, segera menghubungi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menempah dua tiket Suraya perlu ditemani di saat kesedihan begini.Hati Suraya benar-benar tersentuh dengan tindakan Lukhman. Tiada perkara lain yang benar-benar melegakan sekarang. Kalau tidak difikirkan batas agama, pasti akan dipeluknya Lukhman di saat ini. Dia sudah jadi penyelamat besar pada Suraya. Dalam fikiran Lukhman, Cuma dua perkara. Pagi-pagi esok dia perlu hubungan partner bussinessnya, uruskan beberapa perkara. Inilah untuknya berpejabat sendiri, boleh bercuti jika perlu. Lagipun Setiausahanya, Aznishah, cekap bekerja. Dia sentiasa tahu apa yang perlu diuruskan segera tanpa perlu banyak cerita. Perkara lain yang terpenting, Lukhman perlu mengadap bondanya, dia perlukan keizinan menemani Suraya ke kampung halamannya.

“ Jangan risau Su.Pagi esok Man datang ambik Su.Jam 7 pagi.” Lukhman bersuara perlahan, dipandangnya muka Suraya sedalamnya. Wajah Suraya masih manis rupanya, walaupun dalam kegelisahan. Suraya mengangguk-angguk perlahan. Diucapkan terima kasih yang sudah dilafazkannya berulang kali.

P/s : Romantik maknanya berkongsi suka & duka... sedia memberikan kelegaan kepada 'kekasih' apabila memerlukan.

page 311-312 :
   Lukhman segera membawa Suraya ke Plaza Low Yatt, memilih sebuah komputer riba yang berkamera. Berjenama Acer. Pilihan bersama-sama. Lukhman segera membayar harga komputer tersebut dan mereka segera berlalu.Segala yang berlaku memelikkan Suraya.Bagaimana pula seorang arkitek bertaraf antarabangsa seperti Lukhman tidak mempunyai komputer riba.Entah-entah ada dua tiga kepunyaannya.

“Ini untuk Su, hadiah daripada Man”bisik Lukhman perlahan.Terjawab segala persoalan di benak Suraya.

“Ini hadiah persahabatan, jangan risau.Su tak perlu rasa terhutang apa-apa.Man ikhlas”

Suraya berat hati untuk menerima hadiah yang dibeli Lukhman.

“Kalau Su tak mahu terima sebagai hadiah, anggap aje Man bayar wang pendahuluan.Boleh,” cepat-cepat Lukhman menyampuk.Dia nampak Suraya keberatan sangat menerima hadiah pemberiannya.Dia faham, pemberiannya bukan calang-calang pemberian.Bagi Lukhman,apalah sangat dengan pemberian komputer riba. Dia sanggup beri hatta nyawa sekalipun kalau perlu demi Suraya.

p/s Jika teman istimewa cukup kaya untuk menghadiahkan Laptop, mengapa tidak, romantiklah tu..

Bab 2 : Zaid Harith : page

Pagi-pagi lagi aku memasak nasi basmati.Kemudian akan aku goreng dengan perencah yang masih banyak lagi belum kucuba. Perencah yang lebih dan beras yang lebih akan kuberi kepada Elle sahaja nanti.Bau nasi goreng boleh tahan sedapnya.Dan Elle tiba pada jam hampir 9.30 pagi.


“ Sedap nasi goreng ni”

“ You puji ka sindir ni?” menyoal Elle kembali.

“ I puji you la.”

Senyum aku berbunga. Aku tahu Elle memujiku.Aku sedar tentang itu. Elle bukannya jenis yang suka menyindir. Idealis. Bercakap terus terang jika perlu. Tapi kebelakangan ini ada juga perkataannya yang menggambarkan sedikit rahsia. Entah mengapa?

Kami menghabiskan hampir beberapa jam merayau di Jalan Oxford, dari kedai ke kedai yang lain. Tersangkut hati dengan sehelai jeans Levis yang menawarkan jualan potongan harga sebanyak 50%.Dari situ, terus mensyusuri ke menaiki tub ke Talfargar Square dan ke Convern Garden. Duduk-duduk beriadah sambil menaiki kereta kuda berhias. Terasa sedikit perasaan romantik bercampur baur. Sesekali terasa bagaikan pasangan yang serasi juga. Dari sana ,kami singgah sedikit bershopping di Jubilee Market Hall. Di sana juga kita akan berjumpa berpuluh-puluh artis jalanan, pemuzik, pelukis yang mempamerkan hasil seni mereka. Tanpa sedar, angka jam menunjukkan jam lima petang.

Aku dan Elle pulang ke apartment, perlu bersiap diri untuk ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Banyak yang kami bualkan, Cuma aku masih lagi tertanya-tanya status Elle. Ingin bertanya tapi apakah status Elle penting untuk dinilai? Dalam persahabatan, asalkan anda ikhlas, status kawan anda tidak akan memberi erti. Bujangkah dia? Isteri orang ? Suami orang? Ibu atau bapa seseorang?Janda? Atau duda tidak akan membawa apa-apa nilai bagi persahabatan sejati.

“Harap kita terus berhubung lagi Zaid” suaranya bercampur sendu.

“Tentu Elle.”

“ This is for you. For the beautiful friendship that never end. Aku hulurkan Elle pewangi Cacharel Amor Set dengan beg Summer yang dihadiahkan bersama. Kulihat matanya berkaca.

Aku sebenarnya tidak pernah melihat Elle menumpahkan airmata, tidak, walaupun sekali.Inilah kali pertamanya.

“Thanks Zaid. It’s very kind of you. Sorry, for not buying you anything! “

Di Lapangan terbang Heatrow, hatiku tiba-tiba terasa sayu. Entah mengapa?Adakah terasa sayu meninggalkan Elle yang keseorangan di London? Pada anggapanku, mungkin Elle sudah berpisah dengan suaminya lantaran dia punyai banyak masa menemaniku.Walaupun persoalan tentang status Elle tidak pernah kutanya, mungkin inilah kebenarannya.

Ketika di saat aku berangkat masuk ke pintu masuk antarabangsa, aku bersalam dengan Elle sekali lagi. Tangannya sejuk, terasa sedingin rasa dalam kalbuku, jauh di sudut dalam tubuh Adam ini. Kusempat berbisik kepadanya,

“ Kita akan bertemu lagi Elle”

“ Ya.” Sempat dia berbisik kembali.

Melihat matanya yang berkaca lagi, aku hampir tidak berdaya memandang wajah bujur sireh ini. Tapi aku pasti, aku akan kembali lagi bertemu Elle.









Pada hemat saya, romantik ini sangat subjektif sifatnya...bahasa romantis ini banyak, bahasa hati, bahasa badan (body language)sifat, sikap, words (perkataan)sms, emel, gambar etc..banyak sangat...ada orang kata, romantik ini hanya apabila 'we are saying: I love u)(I love you very much)