Soalan murid saya ketika di perpustakaan pada suatu petang membuatkan saya memulangkan senyumannya. "Cikgu, cikgu pernah kecewa." Saya kata," Ya." dan menyambung dengan ayat di belakangnya, "Beberapa kali. Ada serius dan ada yang tidak begitu menyakitkan." dan saya tergelak. Dan dia menyambung ayatnya,"Bagaimana pula, cikgu boleh tergelak bila bercerita tentang frust?" Saya masih tergelak lagi. Saya katakan,"Sebagai seorang Islam/muslim, cikgu mesti redha dengan takdir. menerimanya dengan senang hati. Semasa berlaku tu, tentulah sedih, tapi kena belajar menerima semuanya sebagai takdir yang cikgu percaya tentu ada hikmahnya. Semua yang berlaku baik untuk diri cikgu, untuk kehidupan dan agama cikgu."
Dia hanya menangguk-angguk. Saya pun menyambung lagi,"Kadangkala kita hanya nampak kebaikan sesuatu setelah lama sesuatu itu berlaku." Dia mengangguk lagi. Antara Hikmah terbesar saya rasakan adalah, dengan perasaan kecewa itulah yang membantu saya menulis. Seorang yang tidak pernah kecewa barangkali tidak akan daoat menulis 'bab kecewa' sebab tidak pernah merasainya sendiri. Kecewa itu bukan sekadar perasaan di emosi, tetapi akan terasa kesannya di jiwa, minda malah di setiap jalur urat temulang sesorang insan, jika dia biarkan rasa kecewa itu menguasainya.
Semasa awal minggu saya kecewa, saya menangis di sejadah. Bukan kerana kesedihan perpisahan itu sangat tetapi kerana saya mengetahui Allah menyayangi saya dengan memberi saya ujian dan menyelamatkan saya daripada kelemahan dalam hidup saya dengan memisahkan saya dan dia. Maha suci Allah mengetahui mengapa saya dan dia berpisah... mengapa saya dan dia tidak kekal 'jodoh bersama'. Dan sekarang ini, saya memahami sangat-sangat kerana sudah bertemu jodoh dengan suami yang baik.Ini juga antara hikmah terbesar perasaan kecewa itu...
2 comments:
seronok baca novel ni cikgu....dah ulang 3 kali.....hope the best di masa akan dtg cikgu!!
Muhd Fazreen Husaini Isa.
Fazreen thanks you. Jarang jumpa boys yang suka baca lady's writer novel sebab they say too girly..
thanks you very much
Post a Comment