Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Wednesday, December 30, 2009

Next novel is coming...

Sepatutnya dapat menyudahkan novel baru sebelum hujung tahun tapi,hakikatnya kita kan manusia,hanya mampu merancang... Ceritanya sudah 70% siap... hanya sedikit sahaja untuk menyudahkannya. Yang agak menyedihkan saya,bab 7 berkaitan hospital (dan peristiwanya saya tidak mahu menyatakannya)Dan tibs-tiba saya benar-benar di hospital.. bersama arwah mak... saya terpaksa mengubah lokasi daripada hospital di Ampang kepada Hospital sungai Buloh sahaja.. sedihnya kerana peristiwa yang benar-benar dikarang dalam minda berlaku di depan mata walaupun sakit yang saya 'cipta' dalam novel itu berbeza dengan sakit yang dialami mak.
kematian yang saya bayangkan pun berlaku juga... dan saya akan abadikan buku baru ni kepada ibu saya...

Tuesday, December 22, 2009

A.Samad Said,Warkah Eropah.(Datuk)




* Cover buku dan beberapa catatan di dalamnya.


Buku ini ternyata membuka minda saya. Genius,I have to say that word. Saya seringkali membuat catatan di muka surat pertama apabila membeli buku (seperti yang dipraktikkan bapa saya - tarikh dan peristiwa)kerana selepas beberapa lama,catatan itu akan menjadi memori yang manis untuk dikenang. Biarpun catatannya hanya catatan sadis atau berbunyi bodoh seperti berbunyi,'hari terakhir berjumpa dia' sebab dump him... atau 'jalan-jalan di Pekan Rabu,Alor Setar'... percayalah... catatan itu akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan anda apabila anda baca kembali.

Saya membeli buku ini sudah lama. A. Samad Said (Datuk),Warkah Eropah,cetakan 1991.Keluaran DBP. Catatan yang dituliskan adalah,4 dec 1997,fisit time visit to Kampung Buku with mum and Suhaiza. Suhaiza adalah sepupu saya,ketika itu dia masih belajar dan tinggal bersama kami,di Langkawi. Saya sendiri sudah bekerja dan tinggal di KL. Buku ini umpama travel log yang disertakan gambar,tiket,poskad dan surat yang dihantar kepada keluarga. Saya teringin sekali menulis buku seumpama ini tapi bimbang,tidak akan boleh dijual.

Letih juga mencari buku ini disebalik ratusan buku dalam almari mama dan bapa saya. Nasib baik berada di barisan hadapan rak cermin.

Saya pernah berjumpa Datuk A. Samad Said dalam tren tetapi tidak berani menyapa sebab pada masa itu saya masih hingusan lagi. Harapnya saya akan bertemu lagi Datuk A.Samad lagi,kali ini tentunya meminta beliau menandatangani poskad yang biasanya saya bawa ke hulu-hilir.

Monday, December 21, 2009

Bab 9,petikan 2

BAB 9-EPILOG CINTA

Muka surat 403-407
1
Zaid diberitahu oleh mamanya semalam yang perjumpaan dengan papanya akan diadakan lagi tengah hari ini.Kali ini dia tidak lagi membantah apa sahaja keputusan yang dibuat mamanya.Dia tahu segala rasional keputusan mama untuk bertemu lagi dengan papanya.Seandainya mama mahu kembali bersatu dalam perkahwinan pun,dia akan memberi restu.Sudah lama mama hidup kesepian,biarlah papa diberi ruang bagi memberi mama detik-detik bahagia kembali.
Dia dapat mengagak juga Suraya sudah kembali ke Malaysia.Sms yang dihantar dua hari sebelum ini dibalas dengan mesra melalui panggilan telefon.Terkejut juga mulanya mendengar suara manja Suraya di hujung gagang.Kata Suraya,tiga hari lagi dia akan bertemu dengan Zaid.Terasa juga debarannya untuk bertemu Suraya lagi. Sudah lama tidak bertemu dan berbicara empat mata dengan Suraya.Itulah yang selalu disebut orang, ‘walaupun antara keduanya fizikalnya hanya dekat jaraknya,namun hati terasa begitu jauh,entah apa sebabnya’.Bagaimanapun,terasa lega hatinya mendengar kembali suara Suraya. Dia mengandaikan tiga hari lagi,akan tamatlah kemarau cintanya yang sudah lama berpanjangan.
Dari pagi lagi,Zaid melihat mamanya senyum memanjang. Indahnya cinta.Cinta dapat membuat insan bahagia dan derita.Walaupun sudah lama benar,papa melukakan hati mama,dia tidak menyangka semudah itu mama akan memaafkan papa. Segalanya tidak penting sekarang,asalkan mama senang dan gembira,dia akan berlapang dada menerima papa kembali.
“Mama pasti memang papa Zaid akan datang ke rumah petang ini?”soal Zaid,sekadar memastikan sahaja.
“Ya,mama ada hal nak bincang dengan Zaid,”kenyataan mama agak mendebarkan juga walaupun Zaid dapat mengagak yang mama akan barangkali ‘rujuk’ semula dengan papa.
“Mama dan papa dah berbincang panjang. Papa kata dia mahu jual perniagaannya di Texas.Dia mahu habiskan masa-masa tuanya di sini,”kata-kata penamat mama berakhir di situ.Zaid tidak terkejut,itu sahaja mama? Berkata-kata dalam hatinya sendiri.
“Kalau Zaid kurang senang dengan kenyataan mama selepas ini,beritahulah mama ya. Kita dah lama hidup bersama .Susah senang kita bersama,jadi mama mahu ambil kira juga pendapat Zaid dalam hal ini,”sambung mama.Zaid mendengar penuh minat.
“Ada apa mama?”bertanya,tidak sabar rasanya Zaid mahu mendengar sambungan ayat mamanya.
“Soal papa mahu duduk di Malaysia?”
“Okay ja ma,mama ada lagi soalan?,”tanya Zaid spontan.Dia bagaikan tahu sambungan soalan mama.
“Kalau mama dan papa bersama semula, Zaid setuju tak?”
Zaid sudah menduga soalan mama ini.Dia tenang sahaja.Kalau perkara ini yang akan membahagiakan mama,nampaknya dia tidak perlu membantah,malah sepatutnya merestuinya.
“Ma,apa sahaja,asalkan mama rasa bahagia,Zaid setuju,” Zaid berterus terang dengan mama.Dia mahu mama sedari yang dia ikhlas dalam menerima papa kembali ke dalam hidup mereka.
“Nampaknya nanti mama dan papa kena pergi kursus perkahwinanlah.Satu lagi, sekarang ini semua bakal pengantin kena lalui ujian HIV,”sambung Zaid,sekadar mengusik. Kelakar juga rupa bunyinya.Bayangkan kalau orang separuh usia seperti mama dan papa yang sudah menjengah usia 60-an pun perlu melalui ujian dan kursus seperti ini.
“Jangan kata ujian,atau kursus satu hari,kursus sebulan pun mama akan lalui lagi.”nampaknya mama yakin benar dengan perkahwinan mama kali ini.Zaid juga yakin, papa sudah dapat pengajaran daripada pengalamannya sebelum ini.Papa juga telah menempuh pengalaman pahit setelah berpisah dengan mereka.Jadi,adillah untuk kedua pihak.
Menjelang tengah hari,terdengar salam daripada luar. Papanya sudah tiba. Zaid sendiri yang menjengah keluar dan menyambut papanya masuk ke rumah. Apabila diamati,dilihatnya papanya masih lagi kacak,cuma wajahnya jauh lebih tua daripada kali terakhir Zaid memandangnya pergi daripada rumah mereka. Agak janggal untuk memulakan perbualan setelah lama tidak berbicara.Tetapi melihat wajah mama yang senyumnya berbunga,bagai teratai di tasik,Zaid sangat berlapang dada. Seolah tidak percaya,kemarau hati yang berpanjangan boleh disejukkan dengan hujan yang sehari. Di saat papanya muncul sahaja,mama seolah telah lupa segala keperitan yang dilalui setelah ditinggalkan papa.Dilihatnya,papa berbisik-bisik ke telinga mama,wajah mama serta merta nampak berseri-seri.
“Papa ada berita gembira,” kata mama tiba-tiba.
“Papa telah rujuk kepada jabatan agama,sejak kami berpisah dahulu,papa tak pernah melafazkan cerai.Mama juga tidak pernah meminta fasah,walaupun papa tinggalkannya tanpa nafkah zahir dan batin.Jadi …,”nafas papa nampaknya dilepaskan perlahan. Zaid hanya memasang telinga terus.
“Jadi,kalau tiada tuntutan fasah,penceraian tidak berlaku. Mama selama ini digantung tidak bertali.Ikatan perkahwinan kami masih kekal,”sambung papa tersenyum.Mama nampaknya tersenyum lagi,mungkin lega mendengar penjelasan papa. Ketaatan mama nampaknya berbayar juga,bisik hati kecil Zaid.
“Papa tahu papa mungkin tidak dapat menebus kembali kesalahan yang papa lakukan. Cuma papa harap papa diberikan peluang kedua.Papa tahu,masa papa mungkin sudah singkat di dunia ini.Jadi berilah papa masa merasai bahagia semula,”ucapan papa membuatkan Zaid rasa terharu. Dia tahu papa ikhlas untuk hadir semula dalam kehidupan mereka.
Zaid bangun memeluk papanya.Perkara yang mungkin sudah lama patut dilakukannya.
“Terima kasih kerana menerima papa kembali,”ujar papa Zaid perlahan,tapi penuh bermakna. Nampak gayanya Villa Cintanya perlulah dipercepatkan pembinaanya supaya mama dan papa dapat berduaan di rumah ini semula. Berilah mereka sedikit privacy dalam mengharungi hidup bersama semula.Zaid berharap hari-hari yang akan dilalui akan diharungi dengan secerah,secerah cahaya sang suria pada hari itu.Dan dia tidak sabar bagi menyampaikan cintanya kepada Suraya.Dilihatnya mama membisikkan sesuatu kepada papa,papa hanya tersenyum-senyum sahaja.
“Jadi,Zaid bagaimana,kalau mahu beristeri,elok sangatlah. Papa sendiri akan pinangkan dia untuk Zaid.”Pandai pulak lelaki tua ini mengusik,mentang-mentanglah sudah boleh bersama mama semula.
“On the way papa,nanti kalau nak settle,Zaid akan cakap,”terang Zaid. Dalam mindanya yang menerawang jauh,dia terbayangkan wajah Suraya.

* kemaafan boleh diminta. Papa Zaid berjaya disatukan dengan Suraya,bagaimana pula dengan Zaid dan Suraya?

Membeli belah di Harrods

Petikan bab 2,Haroods,London.. ketika Zaid dan Elle membeli belah di Harrods.. m/s 89-94

“Pagi Zaid!”
“Pagi.”Kujemput dia masuk. Aku biarkan dia di ruang tamu sementara aku membersihkan diri dan bersiap. Kusarungkan sehelai jeans Levis yang baru kubeli semalam dan sehelai kemeja camel berwarna coklat muda.
Apabila aku keluar menuju ke ruang tamu,kulihat dia sudah menghidangkan sarapan pagi kami. The most bored English breakfast,roti bakar,telur hancur dan sosej tersedia di meja kopi.
“ Maaf tak de nasi lemak atau roti canai,”sambil dia tertawa.
Kesian dia. Entah berapa lama tidak pulang ke Malaysia. Di sini makanan yang sama mahal harganya.Lagipun,mana pernah nasi lemak dan roti canai di London sama dengan di Malaysia. Jauh panggang daripada api.
Lama juga tidak menikmati keenakan makan pagi dengan makanan Inggeris yang sedap. Kuajak dia ke Harrods yang terletak di Brumpston Road, Knightbridge,London. Cepat-cepat kami meninggalkan apartmen dengan menuju ke Harrods.
“You tahu tak, Harrods sudah mencapai usia lebih 150 tahun.”
“Really... Harrods is more than 150 years. Wow”. Menakjubkan.
Elle senyum sahaja dengan kenyataanku. Aku masih ingat tentang kami. Kami kerap juga datang ke Harrods ini ketika kami masih menjadi pelajar di universiti,tidak banyak benda yang dibeli. Kalau ada pun yang dibeli pada masa itu hanyalah sebatang pen murah bertulis Harrods.
Aku memandang kepada brosur di tangan. Diceritakan dengan terperinci mengenai sejarah Harrods.Harrods merupakan gedung beli-belah yang amat terkenal di London. Malah gedung ini merupakan satu kemestian untuk membeli belah bagi rakyat Malaysia. Aku ingat kata ibu Eda,kalau dapat beg kertas Harrods pun jadilah.
Gedung yang sudah beroperasi lebih 150 tahun ini merupakan antara gedung beli-belah yang terkenal di United Kingdom,apatah lagi apabila anak tuan punya gedung ini, Dodi al-Fayed pernah dikaitkan dengan Diana,bekas isteri raja England, Charles.
Harrods dibuka pada asalnya oleh Henry Charles Harrods dengan sebuah kedai runcit pada permulaannya. Memandangkan dengan servis perkhidmatannya yang baik, harga jualannya yang murah dan kualiti barangan yang baik,perniagaan barangan runcitnya meningkat maju. Sekarang ini Harrods maju dengan tujuh tingkat bangunan seluas 35 000 kaki didarab 3250 kaki.
Bangunan Harrods menyediakan lebih 60 ruangan kedai untuk fesyen, perfume,make up dan sebagainya. Harodds dibuka setiap hari antara jam 10-6 petang dan Rabu sehingga Jumaat sehigga 7.00 malam.
“Okay, you nak beli apa sebenarnya?”
“Untuk keluarga I,mama,ibu”
“Anak buah, ”jawabku menerangkan padanya.
“Anak buah?”Mimik mukanya menggambarkan dia kehairanan benar dengan penyataanku. Ingat lagi dia rupanya dengan latar belakangku.
“Anak saudara kawan I.”
“Ohh,apa nama dia ya..?”Soalannya agak memeranjatkan aku. Dia kenalkah dengan Lukhman?
“Man..?”
“Lukhman,”aku membetulkan namanya. Baru aku ingat,pernah sekali Lukhman datang ke London pada tahun akhir kami di sini. Dia sudah bertemu dengan Elle.
Elle mengheret aku ke kedai perfume yang menyediakan pelbagai jenama. Bukan sahaja Elle sebagai wanita,aku yang lelaki pun terpesona dengan jualan yang pelbagai.
Mataku memandang-mandang kepada tawaran menarik yang disediakan. YSL minituare Franrances hanya 25 pound. Anais-anais pula dengan hanya 20 pound. Kalau pun didarab dengan nilai Malaysia,harganya masih jauh lebih murah. Aku berminat dengan sejenis perfume baru berjenama Laliqoe Tendre Kiss Gift Set, hanya 35 pound.
Dengan harga semurah ini,pelanggan akan mendapat sebotol perfume 100 ml, cream perfume dan sebuah handbag berwarna ungu yang cantik. Beg berukuran 25 cm tinggi dan 15cm lebar,cantik kalau digayakan bersama baju musim summer yang rata-ratanya dilatari dengan lukisan berbunga indah.
Mata terpandang pula dengan set Cacharel Amot Set, juga menyediakan set hadiah yang sama. Minyak wangiannya 100ml,krim sapuan dan sebuah handbag summer yang cantik. Berlatarkan warna cream,dengan lukisan carnation berwarna orange yang cantik. Di hadapan lorong pula,kelihatan wangian Elizabeth Arden Green Tea. Dengan set yang sama, handbag ala dinner berwarna ungu berkilat,berbentuk bulat dan bertangan emas, wangian Green Tea dan cream. Dengan harga 20 pound,tawaran ini kukira amat menarik. Rambang mata juga kukira dengan tawaran-tawaran yang pelbagai ini.
Kuambil minyak wangi jenama Lalique Tendre,hadiah ini untuk Amirah. Untuk Suraya,aku kira dia tentu sukakan wangian berbau bungaan,Haruman Green Tea paling sesuai untuknya. Untuk Elle yang menemani aku membeli belah,mungkin Cacharel Amor Set sesuai untuknya. Beg summer sesuai untuk kegunaan Elle,bergaya di tengah bandar London,sambil tersenyum sendirian. Kucapai satu set lagi Cacharel Amor Set, untuk Suraya. Sebagai persediaan hadiah harijadinya.Lagi pun,aku tidak pernah hadiahkan dia apa-apa pun sebelum ini.
Mencari barangan lelaki tidaklah sesukar mana. Aku belikan Adam sehelai kemeja jenama Harrods. Untuk Lukhman,dua helai kemeja jenama Bulgari dan Charvet melengkapkan dengan dua helai jeans yang telah aku beli kelmarin. Dua botol minyak wangi jenama Ralph Lauren untukku. Untuk sekecil Faiq Hilman,aku belikan Charles Bear. Bagi melengkapkan bingkisanku,aku belikan enam kotak hadiah jenama Harrods bersaiz besar. Satu untuk Suraya,ibu Eda,Lukhman,Amirah dan Adam. Satu lagi untuk simpananku sendiri,sebagai kenanganku. Satu lagi kotak untuk mama. Harga yang berpatutan aku kira,hanya tiga pound setiap satu.
Barangkali aku perlu ke Greenwich Market lagi,terlupa untuk membeli cenderamata untuk Kak Az. Pinggan lukisan berlatarkan London barangkali sesuai untuk dia. Aku perlu juga dapatkan tangkai kunci,beberapa helai t-shirt sebagai cenderahati kepada rakan-rakan. Tiba-tiba teringat kepada Mr Edward,apa agaknya yang sesuai untuknya selain tangkai kunci dan coklat buatan England sendiri.
“ Elle,apa nak I beli untuk bos I.Tie ke,kemeja?”
“Hmm, tie will do.”
Terpaksa kami berpatah balik ke Tie shop yang beradan di tingkat dua bangunan Harrods. Elle yang memilih dua helai tie berjenama Stefane Ricci dan Ducckhamp. I Guess I have got to trust this lady this time.Aku berkata-kata di dalam hati. Kubeli kotak kecil hadiah jenama Harrods bagi melengkapkan gaya.
Tidak pula aku duga seronok juga membeli belah dengan wanita. Aku dan Elle pernah lakukan segala seperti yang berlaku pada hari ini. Tapi maklumlah,kehidupan sebagai penuntut,banyak perkara yang terpaksa dilihat sahaja. Aku tidak akan dapat membeli belah seperti yang aku lakukan hari ini. Betul-betul window shopping.
“Are you hungry? Thirsty? Let’s take a bit Elle”
“Okay.” Dia mengiyakan sahaja.
Kami singgah makan di sebuah kedai Pakistan. Sedap rasanya makan kebab dan minuman jus oren. Memperoleh makanan halal di Harrods ini sebenarnya tidak sukar. Ramai penjual dari Asia Barat yang menjual makanan di sini. Kalau sudah lama tidak merasa daging di London,di sinilah kita akan dapat makan makanan halal tanpa perlu ragu-ragu lagi.


** Apakah kenangan di Harrods akan mengheret perasaan Zaid kepada Elle?atau sekadar satu memori biasa?

Pilihan mama Zaid.bab 8

3 Petikan muka surat 352-353

Pagi-pagi Lagi Zaid bersiap untuk keluar,dia kelihatan segak dengan kemeja kuning cair jenama Harrods yang dibelinya di London dulu. Tali leher yang sepadan warna,pilihan Elle dihala ke kemeja,padan sangat nampaknya.Entahlah,bagai ada nanar yang mengalir dalam dadanya,sejak-sejak Elle seolah merajuk hati dengannya,dia bagai terasa kerap juga dia mimpikan si Elle itu. Banyak perkara yang menganggu mindanya yang belum diselesaikan dengan Elle.Bagaimana pula dengan perkahwinannya bersama Ben?Kenapa Elle membawa diri ke London?Bagaimana itu dan ini Dan bagaimana pula sekarang,tiba-tiba sahaja Elle seolah merajuk sepi. Ada juga Zaid mengirimkan beberapa e-mel kepada Elle tapi jawapannya sepi.Entah apa yang membawa rajuknya jauh ke bumi England sana. Mungkin juga boleh ditanya pendapat Kak Az,mungkin juga boleh ditanya dengan Suraya.Tapi kalau dengan si cantik tu,dibimbangi juga,dia akan cemburu. Nanti belum selesai satu perkara,timbul pula perkara baru.Apabila dia menuruni tangga,bau mee goreng menggamit perut yang kelaparan.
“Makan dulu Zaid,”pelawa mama Hana.
“Semacam je ma tengok hari ini,ada majlis penting ke?”pelik,cahaya muka Zaid cerah semacam,macam ada bintang tinggi yang telah berjaya digapai.
“Ingat nak bincang pasal pelan rumah kat Sungai Buloh tu mak.Petang nanti la. Sekarang ni Zaid nak pergi tengok projek di UKM tu.”
“Rumah?Tiba-tiba saja ada rancangan buat rumah?Ada ka rancangan lain yang mama tak tahu?”usik si mama.
“Nanti la ma. Kalau perlu ke Gunung Ledang meminang,Zaid cakap la,”sapa Zaid sambil terus bersarapan dengan tergesa-gesa.
“Jangan kata Gunung Ledang,kalau kena ke London pun mama pergi.”Kata-kata mama menyentap jantung Zaid. Apa pula dengan London?Kan Suraya tu di Langkawi?
“Ma ni cakap pasal siapa?Kan buah hati Zaid kat KL ni,”Zaid masih terasa pelik dengan kenyataan mama.
“Ala,mama cakap aje.Siapa pun pilihan Zaid,dialah menantu mama.”Mama menyambut soalan Zaid dengan senyuman. Entah wanita mana pula yang bermain dalam minda mama!Jangan-jangan dia fikir Elle tu kawan istimewa aku pulak!,Ditilik-tilik pula kata-kata perbualannya dengan mama dan Ibu Eda ketika membawa Elle ke restoran hari itu,rasanya tak ada satu klu pun yang menunjukkan Elle itu bakal isterinya. Zaid bersalam dengan mama Hana dan segera beredar. Mama hanya memandang anak lelakinya pergi dengan mata yang bercahaya. Aduhai anakku,mungkin kau masih belum dapat bezakan kaca dengan permata. Entahlah,bagaimana aku boleh membuat kau menilai,yang kaca yang tidak puja barangkali lebih baik daripada permata.


Kenapa mama Hana (ibu) Zaid berkata sedemikian? Apakah dia tidak merestui hubungan antara Zaid dan Suraya?

Wednesday, December 9, 2009

Memori di UKM,petikan UKM





Tidakberapa lama dulu,apabila kawan saya Masita bersms kan saya,katanya,"membaca tentang UKM membuatkan saya mengimbau kenangan lama..." dan saya pun membalas balik,"Iyalah Mas, too much to forget."

UKM bukan sahaja tempat kami belajar,yang lebih penting belajar menjadi dewasa,belajar mengenal manusia,kawan dan lawan,belajar menjadi berani menghadapi kehidupan,helping each other (sebab kita tak ada orang lain untuk membantu termasuk keluarga)jatuh cinta (dan cerita novel itu bukan cerita saya.. ha ha, dan walaupun 'cinta' saya tidak menjadi beberapa tahun selepas graduate)... Saya selalu mengingati UKM sebagai tempat paling indah dalam hidup saya. Empat tahun di sana adalah seumpama tahun 'emas' saya... Banyak yang dikutip yang membentuk diri saya sekarang. Sekalung budi buat semua pengajar di sana. Saya mungkin tidak akan menjadi penulis hariini jika tidak pernah ke sana dulu!

Enjoy sedikit,petikan di Minggu Orientasi UKM, saya sememangnya menjadi OC (Orientation Comitee) atau disebut juga AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi)..yang bertugas (dua tahun tahun 3 dan 4)bagi mengenalkan freshie (tahun 1) kepada persekitaran,daftar kursus etc... Yang senior lelaki pada masa inilah bertugas mengurat freshie...

Mukasurat 139-142...

Anehnya mata pun tidak terasa sarat. Apabila menyebut nama Taufik tadi, tiba-tiba sahaja ingatan melayah pulang jauh ke kawasan Bangi. Masih sendat kenangan manis aku di sana. Masih pekat memori di antara aku dan dia nun jauh di sana. Dectar menjadi saksi pertemuan kami pada masa itu. Pelajar jurusan Fizik Gunaan itu memang bijak berkata-kata. Kali pertama bersua, terpana dek kepandaiannya mengatur kata. Maklumlah tokoh bakal politikus kampus, tentulah bijaksana berbicara.
Situasi di kaki lima dectar atau lebih dikenali sebagai foyer, mahasiswa-mahasiswi baharu sibuk dengan program di dalam dewan. Kami di foyer sibuk melakonkan drama sebabak. Masih terimbau-imbau dialognya, mana kan bisa aku lupakan.
“You ni, Nur Suraya Abdullah, pelajar tahun dua, Mass Comm. Tinggal di Kamsis Ungku Omar?”
Soalannya berbau berat, seolah-olah aku ini dalam masalah besar.
“Ya, kenapa?”gugup sekali jawapanku.
Entah kesalahan apalah pula yang aku telah lakukan dalam menjalankan perananku sebagai OC. Setahu aku, aku telah melaksanakan segala arahan ketuaku, tugasanku merangkap di bawah pengawalan Media dan Komunikasi.
“Saya ada pesanan untuk anda.”
Pernyataan kedua lagi memerangkap hati. Perasaan risau dan bimbang mula terasa. Pesanan siapa pula yang dibawa mamat seorang ini. Sudahlah dia tidak mengenalkan dirinya malah siap datang bawa pesanan lagi!
“Kurangkan gula dalam senyuman anda. Nanti semua orang kat sini kena kencing manis.”

Kata-katanya disambut ketawa dua tiga orang senior di belakangku. Agaknya semuanya sepakat untuk mengenakan aku. Yang aku sedar pada masa itu, wajahku merona kemerahan. Gila betul mamat sorang ni, berani dia main-mainkan aku. Aku tiada terkata. Semua perkataan bagaikan tertelan semula di kerongkong. Rasa mahu marah pun hilang, maklumlah apabila dipuji menggunung, rasa lupa untuk turun ke bumi semula. Rasa geram tersembunyi di sebalik rasa malu akibat dipuji.
“Maaf bergurau tadi. Bahagian pertama, pasal pesanan tadi tu memang main-main. Jangan terasa hati pulak, ya. Tetapi yang kedua tu memang betul. Senyuman you memang terlalu manis,” katanya, disambung dengan kata-kata berani.
Kawan-kawannya yang berada bersama terus bertepuk tangan. Nakal betul mamat ini. Yang tidak adilnya, mereka berlima seolah-olah mengepung aku sedangkan aku keseorangan berdiri di situ. Tiada kata-kata yang dapat diucap.Terasa bagaikan bisu. Kelu. Dalam hati bermohon agar ada yang datang bagi menyelamatkan aku daripada situasi kalut itu.
“Hi Fiq, tak ada kerja ya, mengganggu adik saya ni?”
Kedengaran satu suara entah datang dari sudut mana. Apabila melihat sekeliling, kulihat, Kak Haslina datang daripada arah belakang. Leganya melihat senior yang aku kenali.
“Tak ganggu dia pun, menyakat saja,” balas seorang daripada mereka.
Semasa itu bencinya rasa kepada mamat seorang ini. Manalah ada perempuan yang suka disakat geng Adam. Di Utara Semenanjung, perangai semacam ini disebut sebagai merenyam a.k.a gatal. Jadi, selamatlah aku dengan kehadiran Kak Haslina. Rupa-rupanya dia masih mencari aku. Sebenarnya, aku tidaklah marah dengan kelakuan mereka sebelum ini. Lelaki, adatlah kalau mengganggu perempuan. Yang tidak normalnya kalau mereka mengganggu lelaki lain. Gay! Homoseksual!

Petang itu, ketika aku ke mesin meps, terserempak lagi dengan Taufik di depan koperasi UKM. Bagai dijanji-janji kerana suasana persekitaran agak sunyi. Maklumlah orientasi biasanya bermula selama dua minggu sebelum pengajian asas bermula. Siswa-siswi senior belum lagi dibenarkan memasuki kawasan UKM. Hanya pelajar-pelajar baharu beserta OC sahaja yang dibenarkan berada dalam kawasan kampus.
“Nur, maaf sebab usik tadi, ya.”

Bicara awalnya memang menyejukkan jiwa. Bagaikan air yang menyiram nyalaan di hati. Hati yang rasa terbakar akibat perkataan pagi tadi pun sukar untuk menyala semula. Orang yang sudah menghulurkan kata kemaafan sepatutnya dimaafkan sahaja. Aku sebaliknya hanya berdiam diri sahaja. Bukan berniat untuk berlagak tetapi kehilangan kata-kata.

Aku sebenarnya tidak suka sangat dipanggil Nur walaupun namaku berpangkal Nur Suraya. Semua kawan-kawan memanggilku dengan panggilan manja, Su atau Suraya. Panggilan Nur bunyinya macam ganjil sedikit.
“Saya Taufik Abu Bakar, pelajar tahun dua jurusan Fizik dan Gunaan. Tinggal di Kamsis Rahim Kajai, nombor kad pengenalan...”
Aku cepat-cepat mengangkat sebelah tangan menandakan ‘cukup’. Dia tersengih-sengih sahaja. Nakal betul rupanya senior aku ini.
“Pertama, jangan panggil saya Nur. Panggil Suraya atau Su. Kedua, saya perlu balik sekarang,” kataku, tegas.
Seram juga berada berdua-duaan di Bangunan Sukanika. Sudahlah tiada manusia lain di kala ini.
“Ok. I hantar Nur ke kamsis.”

Itulah permulaannya perkenalan kami. Aku pasti, pertemuan pertama itu tidak membibitkan perasaan cinta. Berkasih pun belum lagi. Kami berkenalan seperti orang lain. Selepas lebih 180 hari dengan sikap mesra dan ramahnya memang membuatkan aku senang berada hampir dengannya. Dia tidak lokek memberi idea bernas, pandangan malah senang membantuku apabila aku memerlukan bantuan dan perkhidmatan. Kalau aku perlukan bantuan fotostat pun, motor kapcainya sedia berkhidmat pada bila-bila masa pun.


Apa terjadi terhadap Taufik dan Suraya, kenalah beli dan baca sendiri.

Friday, December 4, 2009

Berita Harian,ulasan Dimensi Cinta

PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
RUANGAN SASTERA,
PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN
Muka surat 29


Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan

DIMENSI Cinta karya Nora Fuad menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan lewat konflik Lukhman Hakim, Zaid Harith, Nur Suraya dan Michelle Wong yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini.

Sukar untuk pembaca membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrab dan uniknya nilai persahabatan antara Lukhman dan Zaid yang terbina sejak kecil hinggakan mereka berkongsi kasih ibu masing-masing.


Kedua-dua anak muda ini mempunyai hampir segala-galanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman globalisasi ini, tetapi kekurangan satu perkara bagi melengkapkan kehidupan mereka iaitu cinta.

Kehadiran, Nur Suraya, benar-benar menguji keutuhan persahabatan kedua-dua sahabat baik itu kerana kebetulan mereka ditakdirkan jatuh hati kepada gadis yang sama tanpa masing-masing mengetahui perkara terbabit.

Pengarang menggambarkan Nur Suraya sebagai gadis manis dan juga seorang guru yang terlebih dulu didekati Zaid, lalu timbul perasaan cinta dalam diri jejaka itu, tetapi tidak melafazkannya kerana baginya membina Vila Cintanya untuk si gadis lebih penting.

Konflik mula berlaku apabila Lukhman turut menyimpan hati terhadap Suraya ketika pertama kali bertemu sebelum diperkenalkan Zaid, memaksa arkitek muda itu memendam perasaan sucinya itu kerana menghormati persahabatan dan persaudaraan mereka yang terjalin sejak sekian lama.

Pembaca turut dibawa menerjah kehidupan Zaid yang sentiasa sibuk kerana bertugas sebagai pengurus bidang teknologi maklumat di David Associate Computer yang memerlukannya kerap bertugas di luar negara bagi menghadiri pameran komputer terutama di London.

Zaid ditampilkan pengarang sebagai graduan sains komputer dari Universiti of London yang bernasib malang, selepas papanya meninggalkan mama kesayangannya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengan wanita lain.

Ketika melanjutkan pengajian di London, dia bertemu seorang gadis cina yang berasal dari Perak, Michelle Wong atau Elle dan kemudian menjadi rapat hingga tanpa sedar lahir perasaan cinta, tetapi kedua-duanya memendamkan isi hati.

Zaid berasa kecewa apabila Elle disuruh berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya dan berusaha untuk terus melupakan gadis Cina itu, tanpa menduga hatinya akan terbuka kembali apabila dipertemukan dengan Suraya.

Pemuda malang itu kembali keliru dengan perasaannya ketika bertemu semula Elle di London dan pengarang menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah kepulangan Elle ke Malaysia, lalu diperkenalkan kepada Suraya.

Suraya pula tersalah anggap dengan tindakan Zaid memperkenalkan Elle kepadanya, ditambah pula dengan sikap tidak acuh Zaid dalam persahabatan mereka, sehingga akhirnya berasa lega apabila dirinya mula terpaut kepada Lukhman.

Dapatkah Lukhman mengatasi rasa cintanya yang membuak kepada gadis pujaannya selepas dipisahkan dua benua kerana tindakannya melanjutkan pengajian di Adelaide, Australia bagi memberi laluan kepada Zaid dan siapakah Taufik dalam hidup Suraya?

Nora Fuad melalui Dimensi Cinta berjaya mengangkat kisah lumrah mengenai kasih sayang dan persahabatan yang sarat dengan mesej kesabaran dan kemurnian hati sehingga boleh dijadikan teladan oleh pembaca generasi muda dalam mengharungi kehidupan.

Penulisan lahirkan minda kelas pertama

NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif.

Pengarang yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, komunikasi dan pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Hobi gemar membaca akhirnya bertukar kepada gemar menulis dan kecenderungan berkarya yang terhenti ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, berputik kembali sebaik menyertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada 22 Jun tahun lalu.

Bengkel yang disertainya itu berjaya membuka mindanya untuk menjadikan penulisan sebagai misi melahirkan masyarakat dengan minda kelas pertama ekoran pesanan sifunya, Aina Emir bahawa ‘penulis mestilah mempunyai identiti tersendiri dan berilmu’.

Nora menjadikan pesanan sifunya sebagai pegangan utama untuk merealisasikan bahawa novel tidak lagi berfungsi sebagai bahan wacana ringan pada waktu senggang, sebaliknya boleh menjadi bahan utama bagi menggalakkan pembentukan masyarakat berilmu.

Malah baginya novel bertema cinta bukan hanya sesuai untuk bacaan remaja, tetapi sesuai untuk golongan dewasa kerana baginya cinta perlu dipraktikkan sehingga mati dan pengarang Dimensi Cinta ini boleh dihubungi dengan melayari http://norafuad.blogspot.com atau http://dimensicinta-norafuad.blogspot.com.



INFO
Dimensi Cinta

Pengarang: Nora Fuad

Tebal: 441 halaman

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM19.00 senaskhah

Bintang: *****

Thursday, December 3, 2009

BERITA HARIAN,Ulasan Sastera, 4 disember 2009

Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang buku saya di Berita Harian. Okay. Saya ucapkan terima kasih dengan hati yang bergoncang dan berombak-rombak. Ritma jantung sudah bagai gitarist rock yang melompat-lompat di atas stage. Adrenalin pun melonjak-lonjat dalam tubuh saya,agaknya,mungkin sama berdebarnya di saat mula berdating dengan suami dulu.. as i seen him as cute,tall and handsome many years ago.... he he..(still hand-same to me...)and for the book review, I don't know, she might like my book and giving me a good review or other wise.. terbalik... hmm.. tak apalah,saya pujuk hati sendiri... apapun,saya terima...
Takut tengok gambar sendiri, I'm .. (speechless).. haiyo.. (actually, I was super cute before ) he he

Tuesday, December 1, 2009

Next manuskrip on the way.

Tiga hari ini alhamdullillah,saya sempat menghabiskan tiga buku, C.Collins,Need to know Dreams, Understand and explain your dreams... Dr.Phil McGraw (salah seorang sifu rancangan Oprah)Love Smart & Salahaudin Ayubi... semuanya untuk buku baru,Insya-Allah,semuanya atas izinnya. kalau Allah tak bagi idea pun,semuanya tak berguna juga.. Just pray Allah mudahkan semuanya.

Tapi perlu habiskan tiga buku lagi untuk lengkapkan info...tak tahulah sama ada boleh mencapai objektif mahu habiskan penulisan dalam masa 6 bulan (yang pertama dulu setahun)Barangkali saya ini tidak komited sangat,tapi menyelami dan mendapatkan info tempat bagi saya memakan masa yang panjang.. contohnya London,Adelaide yang saya belum pun menjejakkan kaki lagi. Kalau Langkawi tu okaylah,tempat saya atau Kenyir,memang saya sudah ke sana (entah bila berpeluang ke sana lagi)

Kadang2 ada masa,tapi tak ada mood,ada mood tak ada masa.Halangan terbesar saya saya alah sangat dengan internet,kadang2 tu hanya mahu research saja,alih2 membaca blog-blog yang lain. Ialah,kalau mengandungi pengetahuan dan kata-kata yang berguna,mengapa tidak? Hidup kita atau kita sendirikan tidak sempurna,memerlukan pengetahuan lain dan kata-kata pegangan orang lain bagi melengkapkan hidup terutama daripada orang-orang lama (lebih senior)Pengalaman adalah pengetahuan termahal yang tidak bioleh didapati atau dibeli. Kalau mahu dibandingkan seorang profesor PHd yang berusia 30an dengan Profesor 60an (yang tiada PHD) tentulah prof yang lebih senior lebih baik ilmunya berdasarkan pengalaman.

Saya harapkan pengalaman saya akan lebih mematangkan saya,bukannya membinatangkan saya.Nauzubillah himinzalik.

Sunday, November 29, 2009

Buku novel cinta. tidakk ..

Ketika bertemu kawan suami,dia pun membukalah mulut tentang buku saya. Soalan pertama yang ditanyakan,"novel cinta ke?" Saya faham sangat soalan tu. Orang lelaki manalah mahu baca buku cinta termasuklah suami saya. Manalah sesuai orang lelaki mak berjiwang. Saya jawab,"tidak more about lives,of course sure ada elemen cinta."
Cinta itu perlu bagi kehidupan.Bayangkan diri kita tanpa cinta,bagai makan lauk tanpa garam. Pada saya,setiap hari,saya dilamun cinta... Mendapat telefon atau menelefon suami,mendengar suaranya sama seronoknya bagai 10 tahun dulu,zaman-zaman jiwang bercinta...Tapi buku ini bukanlah mengandungi 'cinta' kosong. Cinta itu luas sangat maknaynya. Cinta kepada Allah,Rasullullah,manusia,alam,saudara,keluarga dll. lagi. Jadi cinta yang mana yang terdapat dalam buku ini? Saya katakan,semuanya. Cinta kepada Allah dan rasullullah kita tunjukkan dengan amalan baik,mengerjakan ibadat dll. Cinta kepada keluarga,tentulah..banyak nilai keluarga (family's values),cinta kepada alam sekitar,sure ada juga,kempen go green dll.
Dia membeli sebuah buku saya yang katanya akan dihadiahkan kepada anak buahnya yang gemar membaca,saya tergelak sendiri. Maknanya dia tak akan baca juga. Agaknya saya perlulah buat peraduan kepada kaum Adam ini,siapa yang sudah habiskan membaca buku saya,hadiahkan sebuah kereta BMW X6.. he he

Friday, November 27, 2009

Review buku!

Saya suka membaca tetapi kalau diminta tuliskan komentar,susah sikit rasanya. Selalunya kalau saya membaca,saya akan tandakan nilai-nilai positif yang boleh saya dapati daripada buku itu. Dengan berbuat begitu,saya akan mendapati nilai + lebih banyak daripada nilai - (jadi saya akan abaikan nilai - / kelemahan kerana lebih banyak baik atau + daripada -) Menjadi orang positif sangat penting untuk hidup saya,kerana dengan menjadi positif,saya akan dapat menangani masalah kehidupan dengan lebih baik... Boleh menangis kalau perlu... berdoa,selalu... saya percaya,suatu hari nanti,Insya-Allah Allah akan makbulkan doa saya yang belum termakbul.

Apabila membaca,terpulang dengan apa yang anda cari. Saya mencari keseronokan,info,ilmu,fun dan nilai positif. Itulah juga yang saya temui. Kalau anda mencari kelemahan,tentulah banyakkan, tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Terus terang saya jarang membaca novel Melayu,bukan sebab tidak bagus, tetapi disebabkan saya sedang menulis,saya terpaksa berhenti membaca novel,takut kalau saya terambil bahasa penulisan orang lain,itu adalah sikap yang tidak profesional. Itu adalah 'ciplak' namanya..Kadangkala ujud sikap 'ciplak' dalam kalangan masyarakat kita. Dia ubah saja tajuk,tetapi mengaku sebagai pengarangnya.

Sempat juga hari itu ipar saya memberi sedikit pandangan kawannya mengenai novel saya. Dia kata kawannya kata,"kak perlukan detail seperti suasana mentari terbit,gambarkan lebih terperinci,kasi jiwang sikit." Saya tergelak sahaja. Saya katakan balik,"Dalam populasi menjelang 25 juta orang di malaysia,mungkin tak sampai 1 juta yang pernah ke London dan Adelaide (termasuk saya) jadi kalau saya tidak terperincikan tempat itu,pembaca mungkin tidak akan dapat membayangkan tempat itu. Tapi kalau sekadar mentari tenggelam,saya rasa 13 juta orang (kecuali yang mata kabur,sakit,tidak boleh bangun,bayi,budak kecil etc termasuk yang buta- mungkin 1 juta orang) tidak dapat mentafsirkan atau membayangkan atau melihat matahari jatuh. Jadi,mengapa perlu bercerita perkara yang sudah diketahui orang."

Dalam penulisan,ada banyak kengkangan juga..kalau asyik mahu berjiwang sangat,banyak fakta atau info yang kita akan tertinggal...lagipun ada sekatan halaman yang perlu kita patuhi... kalau menceritakan mentari tenggelam sudah mencapai 1 muka surat,buku anda akan dipenuhi dengan bahasa jiwa tapi isinya cetek.. lagi pun seperti yang saya katakan tadi,dalam banyak perkara baik,mengapa perlu melihat kelemahan saja..

Dalam buku Sidney Sheldon pun kalau kita baca,kalau mahu mencari kelemahan pun tentulah ada kan... tapi bukunya laris sampai berpuluh juta juga... dan dalam 100 orang yang membaca,tentulah 30 orang mahu buku itu ditamatkan dengan cara mereka bukan mengikut penulis. jadi majoriti win...

Friday, November 20, 2009

Dialog,skrip dalam buku sama seperti saya?

Beberapa orang kawan saya yang mengenali rapat dengan saya mengatakan skrip atau dialog (disebut dailog)yang terdapat dalam buku / novel saya sama seperti saya, (maksudnya perwatakan saya,bukannya cun macam watak Suraya.. he he tapi kalau mahu bayangkan yang saya cun macam Suraya pun boleh juga)Saya ini mudah ketawa sama juga seperti mudah menangis (I just take 2 seconds to cty... trust me)agak loyar buruk, selamba je... saya tak kisah sangat bagaimana 'orang lain' melihat saya,contohnya kalau orang sibuk-sibuk berfesyen dengan tudung-tudung yang ala-ala terkini,saya pakai saja tudung ala-ala saya,tak kisah fesyen ala-ala paris tahun yang berapa.. atau tudung saji jepun (yang agaknya zaman Jepun)(yang penting tutup aurat)
Agaknya susah juga mahu mengubah streotype ala-ala loyar burok (yang saya cuba ubah dalam novel kedua)tapi elemen ini saya kira memaniskan dialog sebab kalau bunyinya serius memanjang,tak juga seronokkan?
Jika anda sudah membaca silalah komenkan atau beri pendapat supaya saya 'bisa' menajamkan taring saya.. atau menambahkan 'bisa' racun saya..

Thursday, November 19, 2009

Fairwell my frens...

Dua tiga kawan saya yang rapat dapat bertukar... Rafiza ke Shah Alam,Zai ke Perak dan Ikin ke Labuan...Rafiza,tentunya kami akan gatering lagi,sebab 'Hong Kong' tempat shopping kami... yang berdua tu,tak tahulah,akan bertemu di facebook atau e-mel barangkali. Sukarnya berhadapan dengan perpisahan,apatah lagi apabila sudah semakin akrab... sama seperti melihat murid tingkatan 5 pergi,sebab selalunya saya sudah bersama mereka daripada tingkatan 3-5...walau pun cuba bersikap anti-yahudi,sukar juga tidak menjengah facebook sebab di sana,akan bertemu dan berchatt di ruang sewang...ruang sembang dunia realiti hari ini.

Kata-kata kawan saya,Zai pagi tadi, menyengah sukma, terasa sedih berbaur gembira. Yang gembira,bila dia berkata, "kali pertama dia bertemu penulis novel/ penulis novel pertama yang dia kenali"... sedihnya apabila dia mengatakan di tempat dia bertukar,tentu tidak ada penulis novel yang baru. Saya optimis sekali dengan pernyataan itu.. mungkin di tempat baru juga akan lahir novelis baru juga. Seperti saya juga,tentu semua orang tidak (termasuk saya juga)tidak percaya yang saya berjaya menulis sebuah buku... Mana tahu entah-entah akan lahir seorang sasterawan negara dari tempat itu! Siapakan tahu?

Teringat saya kata-kata kawan kali pertama saya membawa buku ke tempat kerja... tak sangka menulis buku... kenapa tidak pernah bercakap mengenai hal ini pun sebelumnya? Apa nak dicanangkan? Kenapa perlu menuar-uarkan perkara yang tidak wujud sebelumnya? Kedengarannya akan seperti 'riak' dan 'sombong'... Biarlah berperilaku seperti 'ubi,diam-diam berisi'...Lagi pun baru satu buku,apalah sangat.. ada penulis sudah menulis hampir 20-30 buah malah sudah menjangkaui 100 buah... yang saya paling takuti adalah 'bunyi gendangnya lebih daripada rentaknya...' harap bunyinya sahaja lebih... lagunya tidak seberapa...Saya berharap Allah tidak akan meletakkan 'sekelumit pun' rasa riak di hati saya... nauzubillah himinzalik...

Cuma berharap akan dapat menghabiskan buku kedua sebelum disember...agaknya perlu menggunakan gear 6 terus.. alahai...

Monday, November 9, 2009

Hmm alahai...

Pagi tadi saya terserempak Moon,housemate Olis,kawan karib saya. Disebabkan dia mengajar sesi petang,jarang dapat bertemu.
Katanya," kak tahniah sebab menulis buku."
"terima kasih."
"Moon dah baca buku kak.Best dan dok berangan jadi Suraya." Dalam hati saya alhamdulillah,kalau dia sukakan novel tu.
"Minggu lepas ada student saya yang cerita dengan excited,kata murid tu, 'cikgu tau tak ada penulis @ cikgu sekolah ni. Dia ada kat library,kalau cikgu nak beli buku dan minta tandatangan'." Moon memberitahu dia tercegang juga. Tapi dia ada kelas yang perlu dikejar.Kebetulan apabila pulang ke rumah,dia ternampak buku yang dimaksudkan,jadi dia pun meminjam daripada Olis...apabila dia membuka belakang buku,dia terlihat gambar dan kenallah penulisnya. (kata murid saya,apasal skema sangat gambar cikgu... tergelak besar saya.. sebetulnya apabila KarnaDya meminta gambar,saya pun pening juga.lazimnya saya tidak pernah bergambar sendiri... jadi, 'hentam sajalah' gambar yang satu ni)
Dan saya hanya tergelak besar.
Saya berkata lagi,"berilah komen supaya cerita yang berikutnya lebih ummpphhh."
Walau pun kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang,apalah salahnya mendapatkan komen membina. Mendengar lebih 10 komen, akhirnya saya akur yang saya lebih suka menjadi saya sendiri...

Saturday, November 7, 2009

Orang tengah atau middle man

Apabila menyebut tentang 'orang tengah' mungkin yang muda-muda ini kurang jelas maksudnya.Orang-orang lama seperti mama saya etc pasti tahu benar peranan middle man dalam masyarakat lama. Mereka ini berfungsi sebagai 'agen pencari jodoh' kepada anak-anak teruna orang. Lazimnya dalam masayarakat lama,orang tengah akan mencari jalan mengintai kehidupan 'anak-anak dara' yang mahu dijodohkan. Dia akan lihat jika gadis mempunyai pelbagai kemahiran seperti pandai memasak,menenun,menjahit dsbnya. Kalau mempunyai kemahiran,wujudlah seperti 1 + 1 atau 1 + 5 kemahiran yang berbeza.Lagi banyak skill,lagi tinggilah saham.

Dalam buku saya,saya ketengahkan sedikit peranan 'orang tengah' yang menjadi bahan gurauan, saya sebut sebagai mak long , bukanlah bermakna orang-orang di Langkawi tidak bijak,atau baik,atau berperanan sebagai orang tengah yang tidak 'pandai' menjodohkan orang, sekadar gurauan nakal,bahan 'sitara' dalam penulisan.Kalau tidak ada 'part' yang menggelikan hati,tentulah tidak akan cukup asam garamnya.bak kata perkataan biasa,tak ada ummmphhh lah pulak...

seperti yang disebut, "Masaalahnya kak,Mak Long tu, buah kelapa pun dia kata hensem baik. Calon pun dia tak kenal ..." (m/s 133

Petikan m/s116 118
“Adik tak jadi mak orang lagi, tak tahu apa perasaan mak. Nanti bila ada anak sendiri, baru la tau. Kak Ma dengaq ada cerita baru dari mak. Jurutera minyak pulak, kata Mak Long Pah dari Bayas tu.”
Suara Kak Salma sayup kedengaran di hujung gagang.
“Minyak petrol ke, minyak jagung atau jurutera minyak atar?”
Aku tergelak-gelak di hujung gagang.
“Eh budak ni, main-main pulak dia.”
Terkejut juga mendengar balasan Kak Salma. Marahkah Kak Salma dengan soalan aku. Mendengar dia ketawa di hujung suaranya, perasaanku menjadi lega. Kak Salma juga bergurau.
“Kak Ma dah cakap dengan mak, jangan la risaukan adik lagi. Nanti kalau adik dah bersedia, adik cakap dengan mak. Anyway, dah ada steady ka belum?”
“Hmm, ntah la, kak. Nak kata tak dak kawan, ada la kawan. Nak kata ada, kadang-kadang tu macam tak wujud pun.”
Itulah jawapan aku yang paling tepat apabila menggambarkan stuasi kami. Zaid dan aku.
“Kalau macam tu dengar aje nasihat kak, dik. Cari lain. Ada hampir 6 billion manusia atas muka bumi ni, buat apa nak pening-peningkan kepala?”
“Tak pa, soal mak, tak payah risau. Kak Ma settle kan nanti. Jangan risau. Mak kita tu mungkin nampak macam ortodoks tapi kalau pasai jodoh ni, dia tak kan paksa. Mana pernah ada lagi dalam keluarga yang kena kahwin paksa.”
Pengakuan Kak Salma itu melegakan aku. Hmm, bukan senang juga perkara seperti ini.
“Pasai jurutera minyak tu, dengaq cerita, hensem giler,” sambung Kak Salma.
“Kak dengaq mana? Dari mak. Cerita Mak Long Bayas tu ka? Kacak tu sama ada terbunuh atau membunuh?” jawabku, selamba. Kalau kacak betul, maknanya membunuh sebaliknya, kalau muka ‘tak ada kelas’ jadinya itulah maksud terbunuh. Rasa macam mahu ketawa berterusan di dalam hati.
“Ha’ah. Kalau tak membunuh, terbunuh la nampaknya.”
Kak Salma tentu sudah faham bahasa aku mengenai lelaki. Sudah masak barangkali dengan ayat-ayat power aku tentang kaum Adam ini.
“Kak Ma ingat tak lagi Mamat A.. Entah apa namanya tu, yang Mak Long kata kerja kat hospital. Dengaq ke cerita dia, huh, mengalahkan dia tu doktor bedah. Dah la tu, kata hensem. Ceritanya popular macam Brad Pitt. Hensem apa kalau gemuk dan pendek?”Kak Salma menyoal kembali. Masa itu aku meminta Kak Salma buat-buat bertanya di bahagian mana Mamat A itu bekerja, maka aku dan Kak Salma pun pergi ke hospital untuk menyiasat. Jadi James Bond 007 jugalah kami. Maka terbongkarlah rahsia Mak Long. Nilai moralnya di sini, cerita Mak Long dari Bayas itu tidaklah boleh dipercayai sangat. Boleh dipersoalkan juga.






Ada juga yang masih menggunakan peranan orang tengah sekarang ini seperti agensi pencari jodoh dan sebagainya,malangnya mereka tidaklah mengenali kedua-dua pihak secara terperinci... itulah perbezaan yang ketara antara orang tengah dahulu dan sekarang... malah ada 'middle man' lain yang berperanan seperti SKYPE,INTERNET, FACEBOOK,BLOGGER yang menemujodohkan orang. Apalah salahnya bertemu jodoh dengan middle man kan?

Monday, October 26, 2009

Pengarang pujaan saya




Sejak saya di sekolah menengah (dan sekarang pun masih di sekolah menengah.. he he mudanya saya...) saya banyak membaca Mills and Boon, Sidney sheldon seperti If Tomorrow comes,hard to hard,master of the games,the Other side of midnight etc.. (bapa saya rajin membeli karya Sidney) Kadangkala baca dengan kamus kat tangan.. maklumlah budak lagi,mana lah faham sangat bahasanya yang kira 'standard' juga... saya suka cara dia perincikan pekerjaan and tempat... cuma kadangkala tu (sorry SX 18 lah pulak)Kalau nak romantiks sikit baca Danielle Steele... tapi romantik cara barat lah...Kalau saya membaca,memang tak akan ingat akan makana dan minum...

Di rumah parents saya,almari besar buku2 memang penuh.. alhamdulillah,genetik suka membaca saya warisi daripada keduanya... daripada buku agama,sejarah,sains dan teknologi (walaupun tak genius he he)novel,memang saya simpan.. (tengah risau melihat rak yang hampir penuh..alamak.. perlu rak baru lagi)

Berangan sebagai penulis memang tak ada dalam matlamat pun... Itulah orang kita ni,tidak bercita-cita tinggi (sayalah tu) tapi Allah bukakan hati saya untuk mencuba menulis.. menulis melapangkan fikiran kerana untuk menulis saya perlu membaca.. jadi menjadi penulis, merajinkan saya membaca... signifikasinya... semakin banyak saya perlu tulis,semakin banyak saya perlu membaca... doa dan harapan saya,minda saya terbuka untuk terus mendapatkan ilmu...

Wednesday, October 21, 2009

Dua buku sahaja setahun

Berdasarkan kajian yang sudah beberapa tahun lepas,dikatakan Malaysian hanya membaca secara purata hanya dua buku setahun.(tidak termasuk surat khabar dan tidak juga termasuk saya... sebab kadangkala kamus pun mengasyikkan saya.. hmmmm) Sedihkan, dalam menjayakan program Malaysia ke arah penghasilkan masyarakat Kelas Pertama, (mentaliti kelas pertama) orang kita masih malas membaca.
Saya dapat membayangkan pembaca mungkin terdiri daripada murid sekolah menengah, siswa dan siswi dan orang yang rajin membaca sahaja.. yang lain, mungkin terlalu sibuk menjayakan 'program polimik kedai kopi',mengata orang,komen pasal artis atau mencari salah dan kesilapan yang boleh dikemukakan terhadap orang lain.. sedihkan, at the end of it... dapat dosa sahaja...komen sebenarnya tidak menjadi masalah asalkan komen membina, sudah melihat kekurangan,berilah cadangan agar boleh diperelokkan lagi sesuatu masalah... cuma yang menjadi masalah besarnya adalah, dia hanya tahu komenkan orang lain,seolah dia sahaja yang betul dan pandai.. kelakar bunyinya kan... buat komen lebih bijak daripada menteri atau pegawai tinggi padahal, komen itu hanyalah polimik politik sahaja...
Saya kebetulan berada di sebuah 'kedai kopi'maka terpasanglah telinga saya akan perbualan pakcik2 yang agaknya memang sengaja dikuatkan suara satu ketika dulu.. daripada ayat2 mereka,jelaskan semua orang dalam dunia ini bersalah kecuali mereka... sampaikan Obama yang tiada kat Malaysia pun terbabit sama.. dalam hati saya berkata-kata, padanlah Obama dipilih sebagai presiden Amerika dan mereka pula layak berada di kedai kopi sahaja.. hmmm?? alangkah baiknya kalau diisi masa lapang mereka dengan mentelaah quran ke,hadis ke,kalau pun ilmu lain malas diterokai... sekurangnya bertambah juga bacaan purata 2 buah buku setahun...
Saya sendiri menyampai ilmu / berkongsi ilmu wajib antara satu sama lain... sebab itulah saya menulis, di samping membaca cerita,kita dapat berkongsi ilmu lain yang sedikit sebanyak terdapat dalam buku saya..
Contohnya berapa orang sangat yang mengetahui fakta Langkawi? London?Adelaide? University of Adelaide?,Glenerg Adelaide,Australia? Kenyir? Cokelat? Popeye boat?saya sendiri memang juga tidak jelas semuanya sehinggalah saya menulis buku / novel ini.. semoga sudi mendapatkannya!

Saturday, October 17, 2009

Oprah show



Kalau saya 'on kan' tv dan siaran oprah show bersiaran pada masa itu,saya pasti akan lupakan apa sahaja movie ketika itu, sebabnya saya tentunya akan menonton Oprah! Pada saya,dia bukan sebarangan pengacara. Rancangan bernas dan penuh ilmu. Kalau rasa tidak puas menonton,saya akan terus link ke oprah show dan membaca artikel di situ. Banyak betul ilmu yang boleh kita kutip daripada oprah show.Antaranya The blue zone, the last lecturer etc... yang balik best,segmen buku.. kebanyakkan buku yang dicadangkan memang bestb tapi lambat masuk ke malaysia.. finally saya dapat membeli Deceptively delicious (boleh check on oprah kandungannya atau videonya)kalau diikutkan harganya jauh lebih mahal,kebetulan di Borders,bahagian bargain hanya RM 39.90 sahaja, saya tidak akan menunggu harganya turun lagi...

Dan oprah show sentiasa menjadi inspirasi saya!

Wednesday, October 14, 2009

Kenapa fokus kepada kejayaan dan kekayaan



Apalah salahnya memiliki BMW?


Isnin lepas,selepas tamat jam persekolahan,di perpustakaan,soalan seorang murid kepada saya, "cikgu,kenapa mesti fokus kepada kejayaan dan kekayaan?"Saya sedar, soalannya berkaitan buku saya yang baru 2 hari dibacanya.
"Kejayaan dan kekayaan adalah simbol kemajuan hidup. Orang yang berjaya kita kaitkan dengan kejayaan / kemajuan hidup. Dalam dunia yang mencabar ini,kemiskinan bukanlah simbol berjaya"
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,saya terangkan kepadanya mengapa mesti fokus kepada 'negatif' atau perkara 'hitam'... yang perlu kita contohi adalah nilai 'positif dan 'nilai putih' yang diperolehi daripada orang lain. Kelak,barulah hidup kita akan berjaya.Kalau kita asyik berfikiran negatif dan asyik memandang kepada perkara-perkara negatif,kita tidak akan maju ke hadapan.
Bangsa Malaysia sudah ramai yang berjaya terutamanya yang berada dalam 'kepompong kemiskinan' menuju ke arah 'kekayaan'. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa tidak 100% kekayaan mesti dilihat sebagai berjaya,kerana ada banyak aspek lain yang perlu dinilai sebagai berjaya.Contohnya keagamaan,moral,kemanusiaan dll. Tidak gunanya menjadi kaya tetapi penuh dengan kesombongan etc.
Jadi apalah salahnya berfikiran kaya? menjadi kaya ? dan hidup dengan penuh kejayaan? Kita mesti keluar daripada kepompong kemiskinan ilmu,inspirasi dan hidup!

Tuesday, October 13, 2009

Penggunaan teknologi

Saya ada juga melawat-lawat kedai buku sekitar tempat tinggal,One u,Ikano,Mid valley,malangnya buku2 baru KarnaDya termasuk buku saya belum di pasaran lain... agaknya mahu unpack etc... yang peliknya di Seremban sudah mulai dijual.. hmmmmm

Mungkin ada pernah mendengar,"if u can't beat them,you may joint then" penggunaan teknologi terkini tidak akan terkecuali dalam hidup kita. Walau pun belajar pada zaman tiada 'teknologi' seperti internet dan sebagainya (such as facebook,blogger) saya mengambil inisiatif cuma belajar sebanyak mungkin... Tersenyum kambing je mendengar kata-kata kawan yang belum pernah menjengah blogger .. (*kiranya saya lambat juga joint, 2008 tapi kiranya better be late than never)Jadi dalam novel saya ada dipaparkan (teknologi SKYPE,e-mel,sms,yahoo mesengger)kerana berfikiran kalau tidak dimasukkan elemen ini tentulah remaja tidak seronok untuk membacanya... Untuk pengetahuan anda,novel ini boleh dilabel sebagai klasifikasi (U)..kanak-kanak yang baru belajar baca pun boleh membacanya,cuma mungkin tidak faham sesetengah term.

Teknologi terkini menjadi inspirasi saya...

Monday, October 12, 2009

Mentaliti orang Malaysia!

Salah seorang pembaca saya adalah anak kepada seorang kawan saya masih muda,berusia 12 tahun. Saya bertanyakan ibunya apa pendapat dia setelah membaca novel.Kata ibunya "perlukan more konflik".
"maksudnya?" sebab kalau diikutkan konflik,memanglah ada konflik dalam novel seperti dalam filem, mestilah ada intro,klimaks dan penutupnya. Jadi ibunya menerangkan epada saya,anaknya suka membaca novel yang mempunyai kisah like,gadis yang tercemar,penceraian,konflik rumahtangga etc. Tergamam saya sebenarnya. Untuk budak yang baru berusia 12 tahun,perkara seperti ini sepatutnya menjadi 'satu larangan keras' kepadanya..
Konsep penulisan saya mudah,dalam hidup kita ada perkara 'putih' dan 'hitam',jadi mengapa mesti kita memilh perkara yang hitam. Menjadi seorang yang beragama,bermoral dan bertatasusila,bukanlah satu pilihan sebaliknya satu kemestian. Saya sendiri lebih suka fokuskan keada perkara-perkara positif yang boleh membina minda dan mentaliti yang positif. Ramai antara masyarakat kita sudah berjaya. Ahli perniagaan,arkitek dan sebagainya. Jadi mengapa harus kita 'merendahkan' nilai masyarakat kita kepada sesuatu yang rendah nilainya.
Adakah kita mahu,setiap kali kita membaca mengenai masyarakat,rata-ratanya hanya menilai dan menceritakan konflik masyarakat sahaja.. fokus kepada masyarakat kita yang berpenyakit,rendah nilai sosial agamamya, liar,lari dari rumah dan sebagainya. Ibaratnya kita melihat seseorang,kalau minda kita disetkan bagi mencari nilai positif yang terdapat kepada orang tersebut,saya pasti kita akan dapat menilai 100000000 kebaikan daripadanya, sebaliknya kalau 'mind setting' kita hanya fokus kepada keburukan orang itu,maka akan nampaklah kepada kita pelbagai kelemahannya. contoh, ada sebutir jerawatlah,kening sengetlah etc.. padahal mungkin orang tersebut, baik hati, peramah,pandai memasak etc.. jadi, kita perlu mengubah mentaliti kita, kedua mata perlu memandang kepada nilai positif...yang dizahirkan, telinga perlu peka kepada nilai positif yang dipertuturkan oleh orang lain, hati perlu dilapangkan bagi melihat apa sahaja nilai yang dizahirkan, barulah diri kita akan tenang, dan dapat menyerap segala bentuk aura positif di sekeliling kita...
Bagi saya, saya suka membaca nilai yang positif sahaja, mengapa seorang lain boleh berjaya. apa prinsipnya,bagaimana dia menghadapi masalah... saya tidak akan membaca buku atau melihat filem sekadar mahu melihat mat rempit,atau bohjan,bohsia atau gadis liar, sebab setiap hari pun kita sudah disajikan dengan cerita2 begitu baik di media cetak mahu pun elektronik...
Ayuhlah,sebelum kita menukar pandangan orang lain kepada kita, kita tukarlah diri kita terlebih dahulu.. Mentaliti kita juga wajib diubah...

Saturday, October 10, 2009

Don't be Sad



Tajuk: Janganlah Bersedih,Don't be Sad, Pengarang Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Terjemahan Noraine Abu,Keluaran Al-Hidayah. RM 35.00

Ketika saya kesedihan dan tercari-cari penawarnya,saya terjumpa buku ini di kedai buku. Menabjubkan. Kandungannya bukan sahaja merujuk kepada Al-Quran,Haddis Rasullullah s.a.w,cerita petikan al-Quran,Hadis,Kitab-kitan tafsir malah mengandungi cerita sejarah serta pendapat tokoh-tokoh sejarah Timur sehingga ke Barat.
Mengandungi 281 solutions kepada pelbagai masalah.

Contohnya Perkara 102 Hindari kegelisahan dan Stress.Penulis memberikan fakta yang diberikan oleh Dale Carnegie,yang menyatakan penyakit stress merupakan penyakit utama kematian di USA dalam Perang Dunia ke 2. Petikan syair Ibnu ar-Rumi pula berkias-kias mengenai stress. Terdapat juga pendapat Dr.Alexis Carlyle yang menyatakan kesedihan akan menjadikan manusia akan mati dengan cepat. (dan sebab itulah keperluan menamatkan penulisan novel dengan sesuatu yang manis supaya pembaca novel saya tidak akan kesedihan, kita tentulah mahu hidup yang panjang umur dan cemerlangkan?)

Buku ini wajib dimiliki setiap orang daripada kita... sekarang ini anda beruntung kerana buku ini di datangkan dengan saiz poket yang lebih kecil. Senang untuk dibawa ke mana-mana.

Friday, October 9, 2009

Kita perlukan ilmu





Kita perlu berilmu... dan saya sendiri saya sedar tidak cukup berilmu,sebab itulah perlu mencari ilmu terus...setiap hari sekurangnya bacalah surat khabar,saya sendiri,tidak membeli akhbar..saya akan baca di perpustakaan sekolah.. ahad,saya akan beli sebab banyak artikel menarik yang perlu disimpan (lebih murah daripada print daripada surat khabar on line)

Majalah kesukaan saya, In trend (walau pun saya tidak trendy pun),Dewan Masyarakat,Kosmik. Dan baru tersedar belum juga mendapatkan kosmik lagi..Yang lain2 tu beli mengikut tajuk la.. Program bercorak majalah tentulah Majalah Tiga dan Oprah Show,Discovery Chanel... banyak informasi yang berguna... dan filem juga... kadangkala banyak perkara yang kita belajar daripada flem. Discovery pula,mengajar banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada binatang... cute..

Wednesday, October 7, 2009

Nostalgia & Terima kasih Aznishah!



Tulisan mesin taip..



Cerpen lama...



Cerpen lama...

Sejak kecil memang saya suka mengarang,semasa di sekolah rendah,selalu saya menulis pantun dan menghantar ke majalah yang sudah saya lupa tajuknya...walaupun imbalannya hanyalah T-shirt,sticker yang pelbagai,tapi kegembiraan mendapat pelbagai barangan pada masa itu tidak tercerita... apatah lagi apabila dapat membaca hasil nukilan sendiri dalam majalah... oooii bestnya..

Apabila menginjak dewasa (actually remaja) saya menulis ke majalah setelah melihat kakak seorang rakan saya yang menghantar cerpen ke majalah dan disiarkan.. keseronokan kawan saya menunjukkan kami cerpen dan majalah tersebut menjadi satu inspirasi yang tidak dapat digambarkan... ialah,tentu bagai tidak percaya melihat tulisan sendiri di majalahkan?

Saya menahan keinginan menulis sehinggalah berusia 16 tahun.. (sebenarnya tidak juga pandai menulis pun karangan yang panjang-panjang..) Disebabkan saya rajin membaca novel sejak dahulu.. (saya boleh habiskan 1-2 novel pada satu hari,disebabkan tinggal di asrama,banyak masa lapang... sebab tidak perlu membantu mama memasak dll)saya, akhirnya dapat menulis dan menghantar cerpen pertama ke majalah... dua bulan selepas itu,karya saya disiarkan..pada masa itu saya menggunakan nama penuh saya... melompat-lompat melihat hasil tulisan di dada majalah... malangnya sekadar seronok melihat hasil sendiri..tiada 1 sen pun bayaran yang diberi..hmm..

Hobi menulis kadangkala terhenti juga sebab menggunakan mesin taip biasa,bukan komputer seperti sekarang..naik lenguh dan kematu tangan menekan keyboard yang keras.. dan bunyinya bising... tik tik tik tok... bersilih ganti..kalau malam seram juga bunyinya,maklumlah suasana sudahlah sunyi,dan mesin berbunyi pula...Beberapa kali tersiar,ada masanya tidak sempat melihat hasil karya pun sebab apabila cerpen disiarkan tiada pun penulis diberitahu apatah lagi dibayar....jadi,banyak hasil yang tidak diketahui sama ada disiarkan atau dibakul sampahkan.. ha ha.. lagi pun pada masa itu mesin fotostat tidaklah semudah sekarang..ada masanya saya menaip menggunakan karbon copy supaya saya boleh menyimpan salinannya..

Penggunaan mesin taip menjadikan anda tidak boleh melakukan kesilapan,kalau silap,potong sahaja perkataan itu dan taip perkataan baru...

Salah satu cerpen saya saya jumpa dalam majalah Keluarga di Perpustakaan Tun Sri Lanag,jadi saya pun fosostat untuk simpanan sendiri..Tajuknya,Hati-hati yang retak... mungkin saya akan jadikan novel saya kelak,projek yang ke 100000000000 mungkin... dan wataknya,apa lagi kalau bukan Lukhman dan Suraya.. entah mengapa,nama-nama ini sudah menjadi sebati dengan saya sejak dahulu lagi.Dek kerana tidak ada imbalan saguhati pun yang diberi,minat penulisan saya pun terhentilah... sehinggalah saya ke Pesta Buku bersama Aznishah..

Semasa bersama Aznishah ke Pesta Buku,saya telah membeli sebuah buku yang menjadi inspirasi saya... balik sahaja daripada pesta buku,saya terus menulis bab 1-2 (actually tidaklah lengkap seperti yang tertulis dalam bab 1 dan 2 sekarang)Saya beri kepada Aznishah,saya minta dia membuat penilaian jujur adakah saya boleh menulis?Sekiranya kawan sendiri pun rasa tidak seronok membaca,tentulah teruk sangat karangan tersebut..dan setiausaha saya meluluskan tulisan itu.. Katanya okay... saya mesti tulis dan tulis... selepas itu saya test pulak (bab 1-4) kepada murid2 saya... dan mereka kata,okay.. teruskan cikgu.. sekali lagi terima kasih kepada mereka, Yap Wai Meng,Nur Amirah,Nur Jannah,Zainuddin,Zaid,Nor Asyida,Raesah,Nor Asqikin dan Syamir Akif. Tanpa mereka, Dimenci Cinta,tentulah tidak akan terhasil...

Setahun saya ambil untuk melengkapkan cerita ini,dan saya bersetuju dengan Kak Aina Emir yang mengatakan dalam bengkel KarnaDya,"ketika menulis,kita mesti menjadi seperti watak-watak dalam novel..bercakap seperti polan dan sipolan dll"

Saya harapkan anda juga enjoy membacanya sepertimana saya enjoy mengisahkan setiap bait perkataan...

Tuesday, October 6, 2009

Catatan penulis


Catatan dengan tulisan cakar ayam ...



Buku catatan saya...



Kamus Dewan...

Terimalah saya seadanya...



/

Ini adalah kereta BMW Lukhman dan Zaid..hanya datangnya dalam mimpi saya sahaja..hmmmmm

Semasa membacakan dedikasi kepada suami,bermula baris awal saya,saya terus dimarahi... bunyinya Khas untuk suami,Fuad Halimi,Kota Londonmu,hobi memancing dan minatmu tentang BMW sentiasa menjadi inspirasiku.. sebab katanya bunyinya macam belagak sahakja.. Saya beristifar panjang, sebenarnya saya tidak berniat sebesar sezarah kuman pun untuk 'berlagak'... BMW memang menjadi idaman dia, dari malam ke siang,itulah sahaja topik bacaannya atau perbualannya... saya sendiri pun sukakan BMW X5,dan tentulah tidak memiliki satu pun... hanya sekadar menyimpan majalah BMW... dan suami saya,hanya lah memiliki BMW yang dah tua.... sekadar seadanya... kalaulah dedikasi itu berbunyi seperti 'angkuh',dengan rasa rendah diri...maafkanlah saya... Sebagai individu yang sudah berjaya dalam ekonomi seperti Zaid dan Lukhman,berkereta BMW merupakan jenama yang biasa...

Sebagai penulis baru tentulah banyak lagi yang saya pelajari..dan akan terus pelajari..kadang-kadang kita masih boleh belajar daripada budak kecil berusia 5 tahun...

Jika ada sebarang komen @ cadangan,e-melkan ke e-mel saya,norafuaddj@gmail.com

Kenapa Kenyir?






Saya pernah ke Kenyir buat pertama kali dengan adik-adik saya Madina dan Ena serta mama saya... pemandangan yang sangat menabjubkan... jadi dalam cerita di muka surat 196-214... dan saya sendiri tidak sabar untuk ke sana lagi mendengar kicauan burung,dengan sapaan mesra air di tasik yang membiru.. benarlah kata-kata kakak di kedai makan itu,kalau sekali sudah terminum 'air tasik' pasti anda akan datang lagi...

Kenapa Langkawi?


Saya anak pulau... Saya dibesarkan di Pulau Langkawi jadi tentulah tidak seronok kalau tidak bercerita perihal tempat sendiri...Mengembara bersama saya ke 'pulau saya' (hah macam saya punya pulaklah pulak) di muka surat 243-269... menikmati keindahan pulau,memahami dongeng tempatan dll.. dan yang lebih penting mengenali mana satu jenis cokelat yang sedap di sana...

Adelaide,Kenapa Adelaide?



Pemandangan Bandaraya Adelaide



Bot di pelabuhan



Bangunan Central Market yang dilawati Suraya dan Masita.






Austalia sentiasa mengkagumkan saya. Dan tidak bermakna saya tidak megkagumi bumi dan tanah air saya sendiri... Saya fokuskan Adelaide sebahagian daripada pengembaraan saya dalam buku ini kerana sebenarnya terpesona dengan University of Adelaide yang sudah lama sekali memberi 'ilmu' kepada penuntutnya yang dahagakan ilmu.... Mungkin pembaca yang telah berpeluang ke sana boleh menggambarkan keindahan Adelaide ini dengan University Adelaide nya yang gah,klasik dan menarik,dibina pada tahun 1874,keindahan air Tasik Torrens yang membiru,dilengkapi dengan Popeye Boatnya,Central Market yang berwarna merah bata,Glenelg bandar tertua di Adelaide yang juga dipenuhi dengan orang-orang tua belaka.... Hayatilah kisah Suraya dan Masita yang 'makan angin' dengan membawa hajat besar ke Adelaide tetapi akhirnya pulang dengan perasaan hampa.. Kenapa ya?
Mengembara bersama saya di muka surat 374-402 kerana saya sendiri pun belum berpeluang ke sana secara realiti,hanya berjalan dalam mimpi sahaja!

Sunday, October 4, 2009

London,kenapa London?



London Bridge..



Eye of London....



House of Parliment (Parlimen )




Big Ben... jam besar yang mengkagumkan...

Apabila bicara mengenai tempat,salah satu tempat yang saya fokuskan dalam novel saya adalah London? Adik angkat saya Madina @ Dina dan Azlina @Ena bertanya saya,kak kenapa London?
Well,ceritanya panjang,tapi saya ringkaskan... suami saya pernah tinggal di sana agak lama,hampir 10 tahun... London pernah menjdai dunianya dalam awqal 20-an sehingga pertengahan 30-an... terkasima dengan ceritanya mengenai London menjadikan saya pun cuba mencari cerita yang saya boleh kaitkan dengan London. Kebetulan saya pula berasal daripada Langkawi... mungkin tak lama lagi boleh tulis cerita London ke Langkawi...hmmmm. Kebetulan pula watak Zaid Harith dalam novel saya seorang excekutif IT, dan kemudiannya London pernah mengadakan pameran Komputer dan komponen yang terbesar di dunia... dan bermulalah semua cerita ini...

Saya suka terperincikan cerita,maksudnya apa yang dilihat,didengar,dirasa,disentuh..kalau boleh gunakan semua pancaindera untuk menggambarkan sesuatu tempat... bermakna kalau tidak berkesempatan ke London,novel itu membantu anda bergerak ke sana,mengembara ke sana... saya sendiri pun belum lagi ke sana...jadi saya membayangkan diri saya di sana bagi membolehkan saya mengembara dan menikmati bandaraya London...Dan London melalui bacaan dan apa yang dapat kita lihat,sangat menakjubkan...

Saya sendiri terpaksa membaca buku travelog mengenai London,melihat peta London yang dipinjamkan daripada seorang murid saya,berpuluh jam di depan internet bagi mencari info bagi membolehkan saya mengembara (mengzahirkan diri saya sebagai Zaid Harith di sana) muka surat 65-104 yang mencritakan pengembaraan Zaid di London.

Saya harapkan anda akan gembira membaca dan akan mengembara bersama saya di London..

Thursday, October 1, 2009




Sabtu 21 Jun 2008, Bengkel Karnadya telah diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Mendengarkan nama Perpustakaan KL inipun, hati terasa 'hhmm' kat mana ya.. ada peta dan arah tuju yang dilampirkan di ruangan web KarnaDya, pun hati terasa .. masih tidak pasti..

saya keluar lebih awal, sepatutnya dalam 15 minit sahaja ke sana, tetapi sebab kurang pasti arah jalan ke sana, saya keluar 45 minit lebih awal.Library itu terletak di belakang padang merdeka.Sepatutnya masuk melalui hadapan padang Merdeka (mengikut peta yang diberikan)Alih-alih bila sampai ke jalan menuju jalan Raja, jalan itu ditutup pulak.. ada perarakan ... alamak, sudah! Hati dan fikiran mulalah jadi keliru... ada 20 minit lagi sebelum majlis dimulakan..

Jantung rasa berdebar-debar...saya memang tak suka lambat ke satu tempat atau majlis.Kalau saya berjanji saya akan pastikan saya akan tiba 10 minit lebih awal daripada masa.Sejak dari kecil lagi, keluarga saya dididik sedemikian rupa.Saya ingat semasa kecil dulu, kalau dikatakan jam 9, maknanya jam 9 sudah berada dalam kereta.Bapa saya akan menghidupkan enjin kereta tepat jam 9.

Setelah berpusing-pusing entah ke mana arah, saya berdoa dalam hati, janganlah saya lambat... tak best la.. akhirnya berjumpa juga, 5 minit sebelum jam 10.00 pagi.berlarilah saya ke perpustakaan itu.Dalam perjalanan bertemu ramai abang-abang tentera.. he he... Setelah mendaftar, saya masuk ke dewan, memilih tempat paling depan (memang tak suka duduk di belakang majlis ilmu- pantang sangat-sangat.. tapi kalau meeting, tak mengapa di belakang, he he)

Pihak KarnaDya terpaksa memulakan majlis 15 minit lebih lewat memandangkan ramai lagi yang belum tiba.Ternyata bengkel ini tidak mengecewakan sama sekali.Banyak tips yang berguna.

Dimulakan dengan saudari Lim Fei Fang(harap namanya betul- anak kepada Lim Swee Tin, orang besar satera juga) menerangkan berkaitan KarnaDya dan seterusnya format penulisan. (sebenarnya saya sudah tahu, ada buku rujukan berkaitan ini tetapi masih tidak rugi mendengar dan mencatat)dan banyak lagi pengetahuan yang masih tidak saya fahami, sebab syarikat penerbitan yang berbeza, berbeza juga syarat-syaratnya...

Saya bangga sekali mendengar bahawa, KarnaDya sangat mementingkan budaya mendaulatkan 'Bahasa Melayu' yang sekarang ini dikenali dengan Bahasa Malaysia.Mereka sangat pentingkan ketepatan ejaan malah penulisanpun tidak dibenarkan menggunakan 'manglish', B Malaysia + Bahasa Inggeris.Hmm, nampaknya inilah perkara yang saya sering buat... kebiasaan, kalau orang dengar saya bercakap, memang rojak, manglish... saya kira tidak salah menulis menggunakan manglish, supaya dapat natural, macam kita bercakap... tapi menurut, Fang, buku-buku mereka kebanyakkan dihantar ke library (opps perpustakaan) jadi, adalah penting bagi memastikan buku-buku mereka tidak diputar penggunaan bahasanya..nampaknya saya kena edit banyak manglish dalam penulisan saya...

Sesi kedua, oleh Encik Faez/Faiz( tidak pasti ejaannya) berkaitan pemasaran KarnaDya.Well ternyata tepat sangat kenyataan dia, Malaysian kurang membaca.Pernah dinyatakan Malaysian hanya membaca dua buku sahaja setahun, bukan bagi sayalah.Saya banyam membaca.Saya suka membaca.

Dan Sesi ketiga, yang paling saya tunggu, Puan Aina Emir.Seronoknya rasa dapat bertentang mata dengan Puan Aina.Ransangan yang diberikan sangat memotivasikan diri... hmm bukan senang mahu menjadi penulis, perlu kominmen, disiplin. saya tuliskan petikannya yang sangat menarik hati saya

" Buku adalah makanan minda dan jiwi.Berilah inspirasi kepasa mereka.Apabila jiwa tertekan, jiwa yang sama juga perlukan penawarnya.Jadikanlah bangsa kita bangsa yang membaca.dan pesanannya, tulislah dengan mata, hati dan jiwa raga."

" Penulis juga perlu bina identiti diri.. otu yang penting"

Saya tahu dan sentiasa sedar, saya kurang disiplin..saya habiskan buku pertama saya setahun... Jun 2007-jun 2008, maksudnya, tiada displin langsung... kenalah ubah keadaan itu...

Saya setuju benar dengan kata-kata Puan Aina yang menyentuh bahawa, 'paradigma minda orang kita mesti diubah.Novel cinta bukannya tidak membina minda." itulah niat saya dalam penulisan, menyampaikan ilmu dalam bentuk santai. Membaca sambil pengembara dan mengutip ilmu pengetahuan... kalau tidak takkanlah saya duduk di depan internet berjam-jam lamanya untuk mengutip fakta sebenar.. saya tidak mahu masukkan fakta palsu dalam novel saya... itu satu tanggungjawab dalam agama dan sosial, hanya menyatakan ' sesuatuyang benar sahaja'

KarnaDya juga ternyata sangat merendah diri..saya ingat lagi ucapan terkahir Lim Fei Fang.. ada sedikit jamuan ringan oleh KarnaDya.. saya bayangkan ada kueh-kueh sajalah.. sebenarnya tidak kisah kalau tiada jamuan sekalipun... kursus secara percuma, apa lagi yang kita mahukan?

Ternyata nasi putih, bihun goreng, ayam panggang, kueh, buah-buahan dan minuman bukanlah sepatutnya disebut 'ringan'..being humble... terima kasih KarnaDya..



Kalau anda diberi peluang dan bercita-cita menjadi penulis, jangan lepaskan peluang jika ada ditawarkan oleh KarnaDya.. saya dengar-dengar Nov/Disember depan..jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sepi oo Sepi

Saya masih ingat lagi ketika filem Sepi ditayangkan di Pawagam, saya pergi menonton dua kali (dalam sejarah lah kiranya 2 kali menonton)... seperti juga filem 'cinta' saya menontonnya dua kali.. (bermakna menangis, tersenyum, terciut banyak kali dalam panggung)

Saya mendapat inspirasi cara menulis novel daripada filem2 ini.. melihat angel daripada watak-watak dengan 'snap shot'... iaitu berhenti di tempat yang sama, kemudian baru menyambung cerita.. Malangnya ketika ditayangkan di Tv,banyak adegan yang menjadikan kita tersentuh telah dipotong,jadinya 'tak best langsung' la..

Bab 9 Petikan

Lokasi : KLCC Kuala Lumpur,KUala Lumpur...



Suraya duduk menunggu dengan debaran.Taufik datang tepat pada masanya.Dia masih Taufik yang dia kenali dulu, tidak kurang sezarahpun.Masa mesti ditepati, pesannya dahulu, maklumlah masa itu dia bercita-cita besar untuk menjadi ahli politik.
“Dah lama Nur tunggu?” soal Taufik lalu duduk berhadapan Suraya.Pandangan mata bertaut.Suraya hanya tersenyum.
“Tak.I was early.So How are you?”
“Fine.Bagaimana Adelaide? Best ?”
“Ala kalau bercuti, mana pernah tak best”
“This is for you” Suraya menghulurkan beg cenderamata kepada Taufik.Taufik mengambil beg kertas sambil mengucapkan terima kasih.
“Ini untuk you Nur,” gilitan Taufik menghulurkan sekotak kecil barangan.
“Thanks Fik, tapi I rasa cukuplah.You tak perlu beli jiwa raga I lagi.Macam I terangkan kita akan jadi kawan.Best Friend.You ingat kita baca pasal Shakespeare.You ingat tak apa yang Shakepeare katakan, persahabatan sering diakhiri dengan percintaan,tetapi alangkah…”
“I ingat, …bahagianya percintaan apabila diakhiri dengan persahabatan yang mesra” sambung Taufik.Dia seolah kehilangan kata-kata lagi.Nampaknya hati Suraya sudah tidak dirayu lagi.
“I was in love with you Fik.Deeply in love.Bila tiba-tiba you pergi, I rasa tiba-tiba sahaja, hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi.Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap, kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu”
“ Itulah yang I harapkan. Dapat menghidupkan hidup kita semula” ujar Taufik.


Adakah impian seorang Adam bernama Taufik akan berakhir dengan gembira? Adakah Sraya memilihnya dengan memberinya peluang kedua lagi? Benarkah cinta lama sebenarnya tidak pernah mati? Bagai tunggul,dibaca dan mungkin bercambah kembali... benarkah?

Bab 7 Petikan







Lokasi, KLCC Kuala Lumpur... Malaysia.

Sedutan .....

Di saat Lukhman pergi meninggalkan Suraya, air mata Suraya merembes keluar tanpa dapat ditahan.Apatah lagi mengenangkan kata akhir Lukhman yang kurang Suraya fahami, kata Lukhman,
“Dua tahun itu lama tempohnya Su.Janganlah Su hadkan masa itu untuk orang yang jauh.Teruskan kehidupan Su seperti yang sepatutnya.Kalau ada lelaki lain yang mahu mengisi di hati Su, teruskan Su”
Suraya kurang memahaminya.Yang dia pasti, seolah Lukhman telah meletakkan takdir perpisahan untuk hubungan mereka. Dia kurang pasti kenapa!

Lukhman menggela nafas panjang.Berbaring bermalasan di katil, perasaanya bagai disayat-sayat dengan luka yang sukar diubati.Selamat tinggal kekasih hati.


Kenapa perlu diucapkan kata perpisahan? Adakah benar Suraya dan Lukhman berpisah? Adakah perpisahan untuk selamanya? Adakah mudah untuk suraya melupakan Lukhman?