Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Monday, December 21, 2009

Bab 9,petikan 2

BAB 9-EPILOG CINTA

Muka surat 403-407
1
Zaid diberitahu oleh mamanya semalam yang perjumpaan dengan papanya akan diadakan lagi tengah hari ini.Kali ini dia tidak lagi membantah apa sahaja keputusan yang dibuat mamanya.Dia tahu segala rasional keputusan mama untuk bertemu lagi dengan papanya.Seandainya mama mahu kembali bersatu dalam perkahwinan pun,dia akan memberi restu.Sudah lama mama hidup kesepian,biarlah papa diberi ruang bagi memberi mama detik-detik bahagia kembali.
Dia dapat mengagak juga Suraya sudah kembali ke Malaysia.Sms yang dihantar dua hari sebelum ini dibalas dengan mesra melalui panggilan telefon.Terkejut juga mulanya mendengar suara manja Suraya di hujung gagang.Kata Suraya,tiga hari lagi dia akan bertemu dengan Zaid.Terasa juga debarannya untuk bertemu Suraya lagi. Sudah lama tidak bertemu dan berbicara empat mata dengan Suraya.Itulah yang selalu disebut orang, ‘walaupun antara keduanya fizikalnya hanya dekat jaraknya,namun hati terasa begitu jauh,entah apa sebabnya’.Bagaimanapun,terasa lega hatinya mendengar kembali suara Suraya. Dia mengandaikan tiga hari lagi,akan tamatlah kemarau cintanya yang sudah lama berpanjangan.
Dari pagi lagi,Zaid melihat mamanya senyum memanjang. Indahnya cinta.Cinta dapat membuat insan bahagia dan derita.Walaupun sudah lama benar,papa melukakan hati mama,dia tidak menyangka semudah itu mama akan memaafkan papa. Segalanya tidak penting sekarang,asalkan mama senang dan gembira,dia akan berlapang dada menerima papa kembali.
“Mama pasti memang papa Zaid akan datang ke rumah petang ini?”soal Zaid,sekadar memastikan sahaja.
“Ya,mama ada hal nak bincang dengan Zaid,”kenyataan mama agak mendebarkan juga walaupun Zaid dapat mengagak yang mama akan barangkali ‘rujuk’ semula dengan papa.
“Mama dan papa dah berbincang panjang. Papa kata dia mahu jual perniagaannya di Texas.Dia mahu habiskan masa-masa tuanya di sini,”kata-kata penamat mama berakhir di situ.Zaid tidak terkejut,itu sahaja mama? Berkata-kata dalam hatinya sendiri.
“Kalau Zaid kurang senang dengan kenyataan mama selepas ini,beritahulah mama ya. Kita dah lama hidup bersama .Susah senang kita bersama,jadi mama mahu ambil kira juga pendapat Zaid dalam hal ini,”sambung mama.Zaid mendengar penuh minat.
“Ada apa mama?”bertanya,tidak sabar rasanya Zaid mahu mendengar sambungan ayat mamanya.
“Soal papa mahu duduk di Malaysia?”
“Okay ja ma,mama ada lagi soalan?,”tanya Zaid spontan.Dia bagaikan tahu sambungan soalan mama.
“Kalau mama dan papa bersama semula, Zaid setuju tak?”
Zaid sudah menduga soalan mama ini.Dia tenang sahaja.Kalau perkara ini yang akan membahagiakan mama,nampaknya dia tidak perlu membantah,malah sepatutnya merestuinya.
“Ma,apa sahaja,asalkan mama rasa bahagia,Zaid setuju,” Zaid berterus terang dengan mama.Dia mahu mama sedari yang dia ikhlas dalam menerima papa kembali ke dalam hidup mereka.
“Nampaknya nanti mama dan papa kena pergi kursus perkahwinanlah.Satu lagi, sekarang ini semua bakal pengantin kena lalui ujian HIV,”sambung Zaid,sekadar mengusik. Kelakar juga rupa bunyinya.Bayangkan kalau orang separuh usia seperti mama dan papa yang sudah menjengah usia 60-an pun perlu melalui ujian dan kursus seperti ini.
“Jangan kata ujian,atau kursus satu hari,kursus sebulan pun mama akan lalui lagi.”nampaknya mama yakin benar dengan perkahwinan mama kali ini.Zaid juga yakin, papa sudah dapat pengajaran daripada pengalamannya sebelum ini.Papa juga telah menempuh pengalaman pahit setelah berpisah dengan mereka.Jadi,adillah untuk kedua pihak.
Menjelang tengah hari,terdengar salam daripada luar. Papanya sudah tiba. Zaid sendiri yang menjengah keluar dan menyambut papanya masuk ke rumah. Apabila diamati,dilihatnya papanya masih lagi kacak,cuma wajahnya jauh lebih tua daripada kali terakhir Zaid memandangnya pergi daripada rumah mereka. Agak janggal untuk memulakan perbualan setelah lama tidak berbicara.Tetapi melihat wajah mama yang senyumnya berbunga,bagai teratai di tasik,Zaid sangat berlapang dada. Seolah tidak percaya,kemarau hati yang berpanjangan boleh disejukkan dengan hujan yang sehari. Di saat papanya muncul sahaja,mama seolah telah lupa segala keperitan yang dilalui setelah ditinggalkan papa.Dilihatnya,papa berbisik-bisik ke telinga mama,wajah mama serta merta nampak berseri-seri.
“Papa ada berita gembira,” kata mama tiba-tiba.
“Papa telah rujuk kepada jabatan agama,sejak kami berpisah dahulu,papa tak pernah melafazkan cerai.Mama juga tidak pernah meminta fasah,walaupun papa tinggalkannya tanpa nafkah zahir dan batin.Jadi …,”nafas papa nampaknya dilepaskan perlahan. Zaid hanya memasang telinga terus.
“Jadi,kalau tiada tuntutan fasah,penceraian tidak berlaku. Mama selama ini digantung tidak bertali.Ikatan perkahwinan kami masih kekal,”sambung papa tersenyum.Mama nampaknya tersenyum lagi,mungkin lega mendengar penjelasan papa. Ketaatan mama nampaknya berbayar juga,bisik hati kecil Zaid.
“Papa tahu papa mungkin tidak dapat menebus kembali kesalahan yang papa lakukan. Cuma papa harap papa diberikan peluang kedua.Papa tahu,masa papa mungkin sudah singkat di dunia ini.Jadi berilah papa masa merasai bahagia semula,”ucapan papa membuatkan Zaid rasa terharu. Dia tahu papa ikhlas untuk hadir semula dalam kehidupan mereka.
Zaid bangun memeluk papanya.Perkara yang mungkin sudah lama patut dilakukannya.
“Terima kasih kerana menerima papa kembali,”ujar papa Zaid perlahan,tapi penuh bermakna. Nampak gayanya Villa Cintanya perlulah dipercepatkan pembinaanya supaya mama dan papa dapat berduaan di rumah ini semula. Berilah mereka sedikit privacy dalam mengharungi hidup bersama semula.Zaid berharap hari-hari yang akan dilalui akan diharungi dengan secerah,secerah cahaya sang suria pada hari itu.Dan dia tidak sabar bagi menyampaikan cintanya kepada Suraya.Dilihatnya mama membisikkan sesuatu kepada papa,papa hanya tersenyum-senyum sahaja.
“Jadi,Zaid bagaimana,kalau mahu beristeri,elok sangatlah. Papa sendiri akan pinangkan dia untuk Zaid.”Pandai pulak lelaki tua ini mengusik,mentang-mentanglah sudah boleh bersama mama semula.
“On the way papa,nanti kalau nak settle,Zaid akan cakap,”terang Zaid. Dalam mindanya yang menerawang jauh,dia terbayangkan wajah Suraya.

* kemaafan boleh diminta. Papa Zaid berjaya disatukan dengan Suraya,bagaimana pula dengan Zaid dan Suraya?

No comments: