Saya tersenyum sumbing dengan komen Eli, yang katanya watak yang terlalu sempurna memualkan pembaca. Hah! sempurna ini sebenarnya agak 'abstrak'. Sempurna bagi saya, cukup sekadar ada sebuah rumah sebagai perlindungan, ada kenderaan bergerak dan dia yang cukup prihatin. Kemungkinan bagi yang lain adalah, berbeza mengikut keperluan. Orang yang biasa tinggal di rumah banglo pasti mahukan bentuk rumah dan jaminan keselamatan yang sama. Saya memahami apa yang Eli maksudkan dengan sempurna, Watak yang baik pekerti, kaya (pekerjaan yang baik) kalaupun tidaklah kacak sangat. Terlalu 'perpect' di dunia yang terllau susah mahu menjadi kesempurnaan kepada seseorang. Seperti yang pernah saya jelaskan, saya ada ramai ahli keluarga atau saudara mara yang begitu. (kaya, ternama, baik budi, kacak: pendek kata 'sempurna' kepada mata saya) Jadi, kepada saya, sempurna tidaklah memualkan kot! Maaf Eli, saya tidak bersetuju yang sempurna memualkan...
Novel ditulis sebagai teladan kepada orang lain, keluar daripada kesusahan dan kesulitan. Bayangkan dengan kekusutan yang mereka alami, membaca pula dengan dorongan pelbagai masalah kehidupan... jadi apalah gunanya membaca! Seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi: kesempurnaan ini bergantung kepada tanggapan dan permintaan kita. jadi kalau sekadar permintaan yang biasa-biasa, maka kita akan mendapat kesempurnaan dengan mudah.
Kajian terhadap filem menunjukkan, golongan miskin di India menonton sekadar mendapat hiburan dan kelegaan, sebab itulah dalam filem dittunjukkan watak yang cantik, kacak, kaya dan perwatakan yang baik, jika sebaliknya, orang tak akan menonton. Dan saya beranggapan, perkara yang sama terhadap buku. Tetapi bersetuju tidak semestinya hero mesti handsome, kaya dan berilmu untuk muncul sebagai hero. Sesekali apa salahnya orang biasa yang muncul sebagai 'hero'! Pun begitu, tidaklah boleh menidakkan yang handsome, tidak semestinya tidak ada: apatah lagi menjadi kaya raya, baik budi etc a.k.a sempurna. Terimalah hakikat adanya orang yang sebegitu!