Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Saturday, January 8, 2011

Bab 2, petikan (2)

Ketika berbicara dengan seorang teman penulis, dia menyatakan dia kurang gemar menerangkan tempat-tempat dengan terperinci.. Saya pula, sebaliknya. Rasanya, pembaca juga terdiri dalam pelbagai kategori.. ada yang suka, ada yang kurang suka keperincian tempat. Pemperincikan tempat seolah-olah membawa saya terbuai sama ke tempat itu juga. Rasa bagaikan perkongsi inci ke inci besama.


Petikan, perjalanan Zaid ke London... (walaupun belum pernah ke sana, perjalanan yang ditulis disahkan oleh suami dan rakan yang biasa di sana) Enjoy.. Petikan penuh, dapatkanlah Dimensi Cinta!


Aku adalah Zaid bin Harith...... Petikan bab 2: bahagian 5


5

Aku tidak tahu di bumi mana aku berada sekarang. Langit kelam yang dilihat di luar sana, tidak membantu memberi waktu yang tepat. Kupandang jam,aku kira,sejam lagi penerbangan, aku akan mendarat lagi di London. Bumi London yang penuh kenangan. Suka dan duka. Bumi ini sudah amat terkenal dalam kalangan politikus hebat dunia. Daripada Nehru, pemimpin Pakistan kepada Lee Kuan Yew,bekas Presiden Singapura. Tidak kurang hebatnya Bill Clinton,bekas Presiden Amerika Syarikat yang bukan sahaja menunjukkan belangnya di Amerika,malah hampir menunjukkan ‘ super power’nya ke serata pelosok dunia.Sering kita mengagungkan pemimpin barat, kononnya hanya mereka yang mempunyai pemimpin agong padahal ramai juga pemimpin kita pada hari ini pernah belajar di bumi England. Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj contohnya pernah belajar di sini. Malah pasangan Diraja Perak,Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak; Raja Dr.Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson juga pernah menjadi penuntut di England yang memang terkenal sekali dengan institusi pengajian tingginya.

Aku bangga sekali tergolong dalam golongan pelajar yang berpeluang menuntut di luar negara. Dan,sebenarnya aku tidaklah mempunyai prasangka sedikit pun dan tidak bermaksud memperlekehkan siswazah lulusan universiti tempatan. Peluang belajar ke luar negara membolehkan kita berpeluang menimba ilmu dan mendapat pengalaman baru. Bukankah ‘Jauh perjalanan luas pengalaman?’

London. Kupijak lagi bumimu. Walaupun baru tiga bulan lepas aku ke sini lagi,kedatanganku kali ini pasti tidak sama. Baru kali ini aku berpeluang lagi menjelajah bumi London,jika dapat,setiap inci buminya akan kuterokai. Biarku ratah setiap memori yang pernah kulukis beberapa tahun lalu. Terasa masih panas lagi memori ketika aku masih bergelar pelajar Sains Komputer di London University. Bangunannya yang serba putih,dengan kehijauan alam flora di sekitarnya,seolah menjadikan universitiku ‘kota dalam taman’. Empat musim di London yang silih berganti. Winter, Spring, Summer dan Autumn.

Musim sejuk,Winter,seawal bulan November atau Disember sehingga ke bulan Mac. Kesejukan yang menggigit sehingga ke dalam tulang. Senafas angin yang keluar,kelihatan seperti kepulan asap yang keluar daripada hidung. Mentari pula seakan menyembunyikan diri,langit kelam mempamerkan wajah mendung dan daratan dipenuhi dengan deburan salji yang memutih. Pada tahun pertama bertemu musim ini,aku seronok sungguh. Pada waktu itu,aku baharu sahaja menginjak ke usia 20 tahun,apatah lagi tidak pernah keluar negara. Melihat deburan salji yang jatuh bagai melihat ‘bulan jatuh ke riba’. Lama-kelamaan aku baru menyedari musim sejuk ini hanya menjadikan aku menderita. Aku bencikan musim ini,kerana pada masa ini sukar melakukan apa-apa pun aktiviti. Berbungkus baju dua tiga lapis. Lebih senang dengan cuaca di Malaysia,paling tidak,ketika musim hujan bawakan sahaja payung atau baju hujan.

Spring pula adalah musim yang paling indah. Setelah lama sang mentari bersembunyi,langit yang kelam beransur cerah. Pemandangan mata akan terpaku melihat salji yang mula mencair. Ranting pokok yang membeku sebelum ini akan mulai mengeluarkan tunas baru. Tumbuhan mulai menghijau semula. Pepohon yang berbunga mulai menguntum senyuman. Musim-musim yang penuh dengan warna-warni, seolah satu kreografi tarian yang indah,terbawa sehingga bertemu musim panas.

Summer juga tidak kurang indahnya. Cuaca bagaimanapun agak tidak menentu. Kekadang hujan,panas,mendung atau ribut kelam. Kuntuman pepohon bunga terus tersenyum,melintuk menari dengan haruman yang segar. Kalau mahu melihat kelopak bunga segar dari jenis tulip,ros,jasmin,inilah masa yang tepat. Kuntuman bunga-bungaan ini murah harganya. Musim romantik,sesuai sangat untuk pasangan yang hangat bercinta. Cinta mungkin berkembang secantik bungaan yang sedang mekar. Seperti tradisi Inggeris, bunga menjadi kemestian di dalam rumah. Di akhir musim,sehingga Ogos,dedaun mulai kering. Dedauan hijau segar mulai menguning dan layu.

Apabila Autumn tiba,iaitu musim gugur,segala yang indah berubah. Dedaun mulai gugur. Dedaun pine mulai memenuhi sepanjang jalan. Taman-taman segar di London, mulai menggugurkan dedaunnya. Angin sejuk mulai menampar wajah. Di akhir musim, sehingga November, cuaca sejuk bermula lagi.

Aku seringkali rindukan juga musim-musim ini. Hidup kita barangkali seperti musim yang datang dan pergi. Aku harapkan fasa hidupku dan cintaku akan kekal seperti Spring. Apabila bunga dan dedaun segar hidup menghijau dan berwarna-warni ceria. Aku harapkan Suraya sudi menjadikan musim cintaku ini menjadi musim bunga paling indah. Mungkin lebih indah daripada bungaan yang kembang mekar menghampari padang dan menjalar pepohon di Kew Gardens tatkala musim bunga datang. Aku masih dapat merakamkan memori hamparan bungaan seperti tulip,mawar,carnation dengan panorama indah di Kew Gardens. Kuharapkan agar Winter dan Autumn tidak akan menjengah hidupku lagi.

Penerbangan yang panjang melelahkan aku. Setelah 13 jam penerbangan yang panjang,akhirnya aku tiba juga di bumi England pada jam 1 pagi. Di Lapangan Terbang Heatrow,di saat pesawat melabuhkan kepalanya untuk mendarat,perasaanku semakin lega. Setiap kali kuhirup udara segar laut Atlantik ini,hatiku terasa berat dan sendat dengan kerinduanku terhadap kehidupan lalu. Kehidupanku semasa aku masih lagi bergelar pelajar. Memori demi memori berlapis-lapis melayang, datang dan pergi. Bak kata peribahasa lama,tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat jatuh cinta.

6

Nasib baik urusan imigresen tidak mengambil masa yang panjang. Aku mempunyai fakta terperinci mengenai tujuan lawatanku ke London. Lagi pun dia tahu,paspot yang penuh dengan cop lawatan menunjukkan aku aktif ke luar negara.Kuheret beg berukuran sederhana melalui stesen tube. Kusyen tube yang cozy berwarna merah ferrari membuatku selesa di dalam tube. Perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit ke stesen Victoria. Tube masih berkeadaan sama,kusyen merah ala–Inggeris yang seolah menghangatkan tubuh yang kedinginan. Di sana aku terus ke hotel. Perjalanan dari Station Tube Victoria ke hotel hanya beberapa minit sahaja kerana jaraknya hanya dalam lingkungan 50 meter sahaja. Hotel Park Plaza Victoria. Nasib baik tube masih beroperasi sehingga jam dua pagi . Kalau lambat sedikit, aku perlu ambil teksi sahaja ke hotel. Teksi yang dipanggil cab agak mahal di London.

Di Hotel, aku disambut mesra penyambut tetamu di pintu masuk utama. Hotel ala-ala Inggeris klasik ini bertaraf empat bintang. Lokasinya di tengah-tengah bandaraya London memudahkan aku ke mana-mana sahaja. Terletak kira-kira 500 meter daripada Istana Buckingham,barisan kedai-kedai Knighbridge,kemudahan ini tidak sukar untuk pengembara seperti aku.Di kaunter, urusan pemeriksaan berjalan lancar. Menaiki lif diiringi Bell Boy ,aku segera masuk ke bilik. Katil bersaiz king, kusyen arm chair merah hati,berwarna utama tema Inggeris diletakkan di sudut bilik. Sebuah meja kecil kecil di hadapannya. Langsir malam berwarna hijau muda melatari ruang di tingkap. Sebuah peti ais kecil dan televisyen diletakkan mengadap katil. Tidak lupa aku bayar sedikit tip kepada bell boy muda tadi. Aku melangkah malas ke bilik air,di London, disebut sebagai Ladies atau Gents. Hmm. Marmar putih hijau menghiasi ruang tandas. Sebuah bath tab,sinki dan tandas duduk.

Aku bernasib baik,dari tingkap,jika cuaca cerah,aku akan dapat menyaksikan pemandangan Palace Garden kerana bilikku terletak berhadapan dengan Palace Garden. Di musim Summer,kita akan dapat mengintai pemandangan yang sangat menyegarkan. Padang rumput hijau yang berbau segar sesekali bila angin dingin menyapa wajah. Panorama diperindahkan lagi dengan bungaan segar berwarna merah yang menguntum, senyum seawal pagi.Di luar, suasana kelam. Dua-tiga jam lagi London akan disinari sang mentari pagi. Waktu summer ini waktu siangnya panjang. Dari matahari terbit sekitar jam 4 atau 5 pagi, malamnya pula sekitar jam 8-9 malam. Kubuka beg sambil mengeluarkan sebutir pil tidur. Kutelan dengan segelas air. Perubahan zon masa, jet lag membuatkan kepalaku rasa pusing. Setengah jam kemudian,segalanya berubah. Mataku pun mulai meranum. Kupejam mata dan cuba melupakan tentang segalanya. Suraya,papa,Lukhman,London dan kepenatan.

7

Jam sudah 10 pagi rupanya. Aku bangun dikejutkan dengan nyanyian perut yang lapar. Bersiap ala kadar,aku berjalan kaki ke restauran di depan hotel. Breakfast ala-mat saleh. Sekadar dua keping roti,telur hancur dan kopi. Walaupun aku kurang suka kopi, sedikit kafein mungkin perlu membangunkan mindaku yang masih lagi tidur barangkali. Maklumlah sekarang ini sekitar 6 petang waktu di Malaysia. Sebentar lagi aku akan check out dan berpindah ke London Tower Bridge Apartment. Di apartmen,suasana di studio room lebih selesa untuk dihuni. Selain kemudahan yang lebih cozy,deretan kedai untuk mendapatkan makanan pun senang. Malahan kedai makanan Asia juga boleh didapati berdekatan tebing Sungai Thames.

Semalam ketika aku tiba di bandar London,kaunter apartmen ini sudah pun tutup. Terpaksalah aku bermalam di hotel sahaja. Selesai urusan pembayaran hotel,aku mengheret beg sekali lagi,butler hotel di depan pintu segera menahan teksi yang dipanggil Cab di London. Di sana aku akan pergi Stone Street.

London Tower Bridge Apartment ini terletak berhampiran Sungai Thames yang sangat popular di London. Sungai yang mengalir dengan air yang membiru menganjur dari utara ke selatan,memang amat terkenal dengan pelbagaian aktiviti. Bot dan feri yang disediakan contohnya sentiasa berulang-alik antara pelabuhannya. Sepuluh minit kemudian, aku sudah berada di depan apartmen ini. Selesai mendaftar,aku berjalan terus masuk ke apartmen yang terletak di belakang pendaftaran. Berlandskap taman ala Inggeris,dengan bunga-bungaan yang berkembang,memang nampak harmoni sekali. Bangunan apartmen ini berwarna kuning terdiri daripada empat tingkat. Lengkap dengan kemudahan biasa,lif dan yang lebih penting,ada kawalan keselamatan dalam tempoh 24 jam. Studio room kusewa. Walaupun apartmen ini menempatkan satu bilik sahaja, kemudahan lain yang disediakan memang memberi keadaan yang lebih selesa. Biliknya tidak begitu luas. Keadaan bilik jauh berbeza daripada hotel semalam. Bilik apartmen ini lebih menggambarkan suasana moden. Cadar berwarna Royal Blue dan langsir biru muda, berlatarkan dinding kuning air memang kena dengan gayaku. Mengingatkan aku kepada cadar dan bilik di rumah.

Apartmen ini juga mempunyai sebuah ruang tamu,dengan kerusi dua tempat duduk berwarna biru gelap dan sebuah meja kopi,cukup menakjubkan. Di hadapan meja ditempatkan juga sebuah televisyen. Tingkap ruang tamu jika dibuka betul-betul berhadapan dengan Sungai Thames. Sesekali terasa angin segar sungai Thames menampar mukaku.

Dapurnya sederhana. Hanya menempatkan kabinet pasang siap berwarna coklat muda. Disediakan juga sebuah toaster,oven,dishwasher,dryer dan mesin basuh pakaian. Kemudahan inilah yang menjadikan aku lebih suka untuk tinggal di apartmen. Mudah untuk mendapatkan makanan,memasak jika mahu dan mencuci pakaian sendiri. Jadi tidak perlu bawa banyak pakaian datang ke sini. Bagi melengkapkan gaya Inggeris,diletakkan sejambak gabungan bunga ros merah dan putih berdekatan sinki dapur.

Mat Saleh memang suka dengan bunga. Jika kita berpeluang masuk ke rumah mereka,di setiap ruang terutamanya di dapur,mereka mesti meletakkan jambangan bunga hidup. Situasi ini sudah menjadi budaya mereka. Mereka sukakan haruman bunga segar. Berbeza sangat dengan budaya kita. Kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai bunga plastik,atau yang lebih standard, mempunyai bunga kaca atau kristal. Sementelah lagi, harga bunga ros dan lainnya agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Sejambak bunga boleh dibeli dengan harga 3-5 pound sahaja. Pun begitu janganlah kita darab dengan tukaran wang RM kerana nilainya agak tinggi juga.

Di bilik, aku mengemas baju-bajuku ke dalam almari dan drawer. Aku menyemak lagi profail syarikat-syarikat yang akan menyertai London Computer Faire. Aku perlu meringkaskan langkah. Hanya syarikat-syarikat yang disenarai pendek sahaja yang akan aku lawati di booth pameran. Kemudian aku akan mengkaji lagi,membandingkan harga yang ditawarkan,cara bayaran yang berkesan,penilaian terhadap mutu barangan dan bekalan teknologi yang ditawarkan. Sediakan plan cadangan kepada dua-tiga syarikat yang dipilih,menghantar cadangan plan ke Malaysia. Tamat cerita. Kedengaran seolah mudah,tetapi proses ini mungkin juga akan memakan masa dua atau tiga hari,tapi apabila memikirkan hadiah percutian selepas ini,hati menjadi lapang.

Berdekatan dengan apartmen,kita boleh melihat dengan dekat ‘Tower of Bridge’. Tidak jauh dari sini juga kita boleh makan-makan dan membeli barangan runcit dengan selesa. Ada dua tiga deretan kedai Deli dan bakeri. Juga terdapat deretan kedai-kedai seperti Hayes Galleria dan St. Katherine Docks. Tower Bridge sebenarnya salah satu daripada jambatan yang menyeberangi Sungai Thames. Disebabkan Sungai Thames ini menganjur daripada utara hingga ke selatan London,banyak jambatan yang dibina merentasi sungai ini. Jambatan ini mnggunakan kuasa hidraulik yang membolehkan laluannya diangkat bagi memberi laluan kepada kapal mudik ke pelabuhannya. Jambatan ini juga boleh diturunkan semula bagi kemudahan kenderaan bermotor menyeberang menggunakan jambatan ini.

Segera aku mencapai brief case,aku patut segera ke Earl Count di London di mana lokasi pameran ini dijalankan. Komputer faire atau di Amerika Syarikat,dieja dengan fair,merupakan pameran komputer terbesar dunia. Banyak syarikat termasuk daripada Amerika Syarikat,Eropah dan Jepun memperkenalkan pelbagai produk software,hardware, standard basic computer, keyboard dan peripherals.

Bilik pameran dua tingkat ini memenuhi kepelbagaian jenama keperluan barangan komputer. Banyak betul rupanya alatan canggih keluaran terbaru yang belum masuk ke Malaysia lagi. Termasuk yang dijual di sini ribuan alatan elektronik dan jenama komputer. Daripada berita yang aku dengar,lebih lapan ribu orang membanjiri pameran pada satu-satu masa.

Aku terus pergi ke beberapa booth pilihan bagi mendapatkan brosur, quatation dan syarat pembekalan serta bayaran. Malam nanti aku akan siapkan kertas kerja dan e-mel kepada David. Tunggu balasan e-mel atau faks dari Malaysia. Deal atau persetujuan boleh dibuat kemudian setelah perbincangan dibuat di Malaysia. Dalam zaman Milenium ini, segalanya tidak lagi sukar. ICT sentiasa memandu manusia ke hadapan.

8

Tidak pulak kusangka perjanjian yang perlu kubuat akan selesai pada hari kedua. Maknanya sekarang aku sudah ‘bebas’. Aku hanya perlu merancang cara terbaik bagi meneroka London. Ada beberapa pilihan,sama ada menaiki double decke,menaiki cruise atau tube.

Aku rasa elok aku beli dulu Sighseeing Pass Travel. Untuk tempoh kegunaan selama tiga hari,dengan harga 72 pound,aku bebas menjelajah sehingga 55 tempat menarik sekitar London secara percuma. Banyak kelebihan menggunakan pas ini. Pertamanya, cut queues. Tidak perlu beratur panjang setiap kali mahu melawat ke semua tempat. Percuma juga untuk perkhidmatan bas dan tube. Yang lebih penting, anda akan diberikan 160 helaian panduan buku melawat London. Segalanya terperinci,aku tidak perlu bimbang dan pening kepala.

Selepas itu,aku perlu menulis senarai pendek nama-nama tempat yang perlu aku lawati. Dalam perancanganku aku perlu sangat ke Greenwich market,London Eye,Madame Tussaud,Kensington place,Buckingham Palace,Houses of Parliament, Cruise di Thames,Riverside Walk Market dan terakhir sekali Harrods. The Famous Harrods,merupakan mall yang mesti kita lawati kalau ke London. Kalau tidak dapat membeli barang yang besar-besar pun,memadailah dengan membawa pulang beg kertas Harrods.

Kepenatan di pameran semalam,membuat aku menukar rancangan percutianku. Ada baiknya aku mulakan percutianku dengan menaiki feri menyusuri Sungai Thames di Pelabuhan Butlers Wharf yang menyusuri daripada kawasan tengah Sungai Thames hingga ke selatan di Greenwich. Perjalanan sehala akan mengambil masa 45 minit. Ada baiknya duduk-duduk di atas feri dan menikmati pemandangan yang bakal melegakan fikiran yang kepenatan.

Sepanjang perjalanan,angin menyapa lembut,hinggap di pipi. Kita boleh menikmati kepelbagaian pandangan bangunan klasik dan moden di London. Anda boleh nampak,Shakepeare’s globe dan Clink Museum. Menyusuri terus ke London Bridge City Pier,anda boleh melihat bangunan HMS Belfast London,Britain at War Museum dan London Dungeon. London Dungeon ini sebenarnya macam rumah hantu juga di Malaysia. Rasanya kalau setakat mahu melihat hantu dan misteri yang berkaitan,di Malaysia pun sudah banyak aku lihat ‘hantu rayau’ malah kita boleh juga melihat hantu rempit atau hantu ragut. Aku ketawa sendirian dalam hati.

Kebanyakan bangunan di London berwarna putih. Entah mengapa?Warna putih begitu sinonim dengan mat saleh di sini. Bukan sahaja bangunan,tingkap dan langsir mereka pun kebanyakan berwarna putih. Barangkali cuaca dan iklim mereka yang tidak begitu panas menjadikan warna putih kelihatan serasi dengan kediaman mereka.

Pasangan di depanku kelihatan lama sudah merenungku. Dari pandanganku, wajah dan kulit mereka yang sawo matang menunjukkan mereka kelihatan seperti pasangan Melayu dari Malaysia. Aku menghulurkan senyuman sambil memandang mereka. Mereka membalas senyuman. Aku rasa elok aku mulakan perbualan. Sudah dua tiga hari rasanya tidak bercakap bahasa Melayu.

Hi,are you Malaysian?I’m Zaid ” sapaku. Tanganku kuhulur bersalaman.

“Ya,ya,dari Kuala Lumpur. Saya Mahfuz,ini isteri saya Bibi Zorah Takhsiah,” tanganku bersambut. Mereka kelihatan seronok berjumpa orang Malaysia.

“Lama di sini?”aku menyoal.

“Baru dua hari” Mahfuz menjawab.

“ Saya sudah tiga hari di sini,mungkin empat lima hari di sini. Lama tinggal di sini?”

“Hmm mungkin seminggu atau lebih. Ingat mahu ke France juga.”

“Tinggal di mana?”aku bertanya sekadar ingin tahu.

Hotel Bonnington.

Hotel Bonnington?” soalku. Entah. Aku tidak pasti di mana hotelnya.

“Dekat dengan Convent Garden. Tidak jauh dari situ,boleh pergi ke Trafalgar Square, British Museum, Oxford Street

Oxfort Street tempat shopping tu. Banyak kedai untuk shopping kat situ. Kalau nak tengok English man bersidai during lunch time,tengok di Convent Garden. Diorang tak kisah baring-baring kat padang menikmati cahaya matahari ramai-ramai.”terangku mengalahkan pemandu pelancung.

“Iya. Pelik juga mat saleh ni kan. Kalau orang kita, takut jumpa matahari,’jawab Mahfuz dengan ketawa.

“Matahari kita kan ganas. Sini tengoklah cuacanya,nyaman dan segar,” disambung Zorah. Aku hanya mengangguk mengiyakan jawapan isteri Mahfuz.

“Kalau you all nak lama di sini lebih baik sewa apartment. Boleh juga masak-masak. Makanan agak mahalkan kalau dibanding dengan tempat kita,” aku mencadangkan sambil menunjukkan buku panduan mengenai apartmenku. Mereka mengangguk-angguk sambil mencatat maklumat.

Agaknya datang berbulan madu. Inai memenuhi jari jemari Zorah. Banyak juga yang disoal mereka bila aku jelaskan yang aku pernah belajar di sini dan kedatanganku bagi melihat London Computer Faire. Memang tepat sangkaanku,mereka datang untuk berbulan madu. Nanti akan kubawa juga Suraya datang berbulan madu. Sesekali datang juga idea gilaku. Kutunjukkan mereka Tower of London, National Maritime Museum dan Greenwich Market.

You ada beli Pass Sightseeing London?” tanyaku, barangkali mereka belum tahu tentang pass ini.

Pass sightseeing London?”

Daripada reaksinya aku faham,memang mereka belum pernah mendengar lagi mengenai pas ini.

“Pas ini dijual untuk lawatan ke 55 tempat menarik di London. Pass boleh dibeli untuk tempoh satu,dua,tiga atau enam hari. Untuk tiga hari contohnya harganya 72 pound. Perlu cepat menggunakan pas tersebut dalam tempoh masa itu tapi harga lawatan ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan harga tiket yang perlu dibayar bagi melawat ke semua tempat” terangku panjang lebar. Mereka mengangguk-ngangguk perlahan.

Di Greenwich Pier nanti ada London Travel Information Center. Boleh turun di sana dan dapatkan informasi. Kebetulan saya pun akan turun di sana

“Di mana tempat paling best untuk shopping?

Harrods,”kujawab dengan selamba.

“Tempat tu kena poket kembung la Zaid,”diikuti ketawa berderai. Aku ingat mereka masih tidak tahu hakikat itu. Di Harrods harga barangan menjulang tinggi. Benda yang paling murah pun tidak kurang daripada 10 pound.

“Dekat Greenwish Market,Oxford Street, Regent Street. Kat Harrods pun ada juga barangan yang boleh dibeli. Sekarang ni ada Summer Sales. ada potongan sehingga 70%,”aku memberitahu pasangan ini. Teringat baru semalam aku menyusuri internet mengintai harga barangan daripada Harrods.

“Iya ka?Saya ingat semua barang di sini mahal?”soal Zorah. Wajahnya semacam kehairanan dengan kenyataanku.

Minyak wangi contohnya,terdapat pelbagai jenama yang boleh didapati dengan harga minimum 20 pound. Yang penting jenama ini kadang-kadang tidak boleh didapati di Malaysia. Bukan semua jenis barangan import dijual di Malaysia.”

Wajah Zorah berbunga ceria. Agaknya barangan seperti ini memang sudah tersenarai dalam fikiran wanita. Beg tangan,perfume,alatan solek,semuanya adalah senarai panjang barangan shopping wanita. Mungkin esok atau lusa aku juga perlu dapatkan hadiah untuk semua. Hadiah untuk Ibu Eda,mama,Lukhman dan yang penting hadiah untuk Suraya.

You tahu tak di mana kami boleh dapat makanan Asian?”

“Dekat Champor-champor di Jalan Weston, dekat dengan London Bridge. Kalau nak banyak pilihan,kenalah pergi ke Soho. Di sana banyak restauran Asia. Ada C & R Restaurant, Jay Kanet, Melati di Peter Street dan Malaysian Kopi Tiam. Di utara London pun ada, restauran Kampong dan Lantosa,”menunjukkan senarai restoran kepada mereka. Itulah pentingnya ada buku panduan,senang untuk kita meneruskan perjalanan, mencari makan dan membeli belah.

Cuma pesan saya,jangan pula didarab dengan nilai duit Malaysia. Tak jadi makan jadinya,”aku memesan buat kali terakhir. Mereka mengangguk-angguk sambil tersenyum.

Kami sama-sama turun di Greenwish Pier. Aku membawa mereka ke London Travel Information Centre. Dari situ kami berpecah. Aku menyusuri lorong-lorong menuju ke Greenwich Market. Irama musik Jazz mengiringi perasaan dan keseronokan bercuti di London ini. Meniti pelbagai ragam manusia dan barangan yang dijual.

Aku membeli beberapa keping poskad. Teringat kata Suraya, walaupun penggunaan e-mel kita mendapat balasan dan kiriman segera,memori mengenai surat dan poskad tidak sama. Surat atau poskad membolehkan sesuatu kenangan disimpan lama. Aku bercadang mengirim beberapa keping kepada Suraya.

Sejarah pasar Greenwish sebenarnya bermula sebagai perkampungan kuno yang bersejarah di tebing Sungai Thames. Bermula seawal tahun 1700,dipercayai dibuka pada 19 September 1700 dan dikenali sebagai Royal Charter Market. Pasar ini sebenarnya berfungsi sebagai pasar orang-orang Bangsawan. Keadaan ini kekal selama 1000 tahun. Sejak itu, pasar ini berkembang maju. Bagaimanapun mulai tahun 1800,pasar ini mulai dikunjungi rakyat biasa. Bermula 1831 sehingga ke hari ini pasar ini dipenuhi dengan pelbagai jualan. Daripada sayuran dan buah-buahan sehinggalah kepada barangan kraf. topi, baju, cendermata dan barangan antik. Sekarang ini sejak tahun 1997, pasar ini dikendalikan oleh Company Urban Space Management.

Aku membeli beberapa keping pinggan yang berlukis dengan gambar London. Sekeping dengan gambar lukisan rumah lama di pinggir Sungat Thames. Sekeping dengan gambar Big Ben. Dua keping lagi dengan lukisan gambar bunga-bungaan kembang mekar sewaktu musim bunga. Mama suka benar dengan pinggan hiasan ini. Tentu hatinya berbunga bangga dengan pemberianku. Aku singgah kemudiannya ke National Maritime Museum. Kalau betul-betul anda mahu melihat dan baca semua pernyataan dan keterangan gambar dan benda yang dipamerkan,sehari suntuk pun lawatan anda tidak akan tamat.

Dalam perjalanan balik aku singgah di British Airways London Eye, BFI Inax Cinema dan London Aquarium. Melihat pemandangan daripada salah satu daripada 32 kapsul London Eye memang menghiburkan. Pada puncak setinggi 135 meter daripada ketinggian Sungai Thames,terdampar seluruh pandangan bagi bandaraya Kota London. Sangat menakjubkan apabila menyaksikan hamparan langit yang biru. Di bawah sana, dapat dilihat aliran Sungai Thames yang mengalir segar. Dari kaca kapsul, kita berpeluang melihat kiri kanan pemandangan sejauh hampir 40 meter.

Dalam hati terpegun,ingatan terhadap kekasih mula terusik. Alangkah baiknya jika Suraya ada bersamaku sekarang. Alangkah bahagianya menikmati panorama yang indah dan syahdu berdua. Wajah Suraya bagai ada di mana-mana,bagai terlekat antara bebola mata. Ah!Sukarnya memisahkan antara perasaan dan keseronokan. Perasaan seronok menikmati percutian memang lah ada tetapi dengan kehadiran Suraya di sisi,suasananya tentu jauh lebih indah.

Di kanan London Eyes terdapat pula The Big Ben dan The Houses of Parliament.Big Ben yang mempunyai ketinggian 316 kaki merupakan mercu tanda yang mesti dilawati jika kita ke London. Kemegahan bangunannya yang merupakan ciptaan berciri klasik Inggeris menggambarkan kemajuan senibina dan dayacipta yang tinggi. Siap dibina pada tahun 1858-1859,Big Ben dinamakan sempena seorang ahli Parlimen British iaitu Sir Benjamin Hall. Beratnya pula mencecah sehingga 13 tan,paluan jamnya dibunyikan pada kali pertama pada 31 Mei 1859. Anehkan? Di saat ketika itu di Malaya masih lagi berperang kuasa,mereka di England sudah mereka cipta sesuatu yang dikagumi.

Di hadapan bangunan Big Ben menganjur padang menghijau seluas padang bola. Di kiri kanan, bunga tulip merah kembang mewarnai keindahan di tempat tersebut. Jika dipandang dari depan,pemandangan ini jauh lebih cantik daripada yang pernah diimiginasikan dalam fikiran. Warna kehijauan alam,bercampur dengan alas biru langit, sementara warna keemasan bangunan melengkapkan pandangan yang menakjubkan.

Duduk bersebelahan Big ben adalah The House of Parliament yang juga dikenali sebagai The Palace of Westminsth. Terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu The House of Lords,The House of Commons dan Westminster Hall. United Kingdom merupakan negara pertama di dunia,mengikut kacamata Barat yang mengamalkan demokrasi berparlimen cara moden.

Aku menaiki feri pulang semula ke pelabuhan awal di awal perjalanan tadi. Terasa kaki sudah pun penat berjalan. Cepat-cepat aku berjalan balik ke apartmen. Isyarat dari perut sudah pun datang,ada baiknya kalau aku singgah di Restaurant Champor-champor yang menyediakan hidangan Asian. Menu yang disediakan boleh tahan murahnya,tiga hidangan makanan dengan harga 23.50 pound. Campur minuman dan tax, mencecah 35 pound. Tapi awas,jangan sesekali mendarab dengan nilai duit Malaysia, makanan yang dimakan tidak akan terasa boleh ditelan. Masih mahal jika dibandingkan dengan duit Malaysia.

Masakannya boleh tahan rasanya,nasi beriyani ala-Asian.Tapi kalau mahu bandingkan dengan nasi beriyani mama,tentulah jauh lebih sedap lagi masakan mama. Duduk di meja yang berhadapan dan mengadap Sungai Thames,memang terasa keasyikannya. Servis layanan yang bagus. Atmosfera pun baik juga. Dalam hati hanyut dibuai angin Sungai Thames,dalam hati sempat berbisik lagi,kalaulah Suraya ada bersama ketika ini.

Mata pun sudah meranum setiba di bilik. Penat berjalan,dengan perut yang kenyang. Teringat teh hijau yang dibekalkan mama. Memasak air dengan cerek yang disediakan. Sambil menunggu air masak,aku menulis-nulis malas,senarai tempat lawatan esok.

“Nak pergi ke Madamme Tussaud,Buckingkam Palace dan Kensington Palace,” hati menyebut-nyebut nama-nama tempat berulang-ulang. Hari ke empat,membeli belah. Mungkin ke Harrods sama. Membeli belah mungkin akan memakan masa sehari juga.

Dari tingkap ruang tamu,mengntai ke pemandangandi luar,menyaksikan hari yang beransur senja. Langit yang menguning dan kemerahan,bercampur dengan sinar daripada lampu daripada Tower of Bridge. Indah. Kebiruan langit,beralaskan sungai Thames yang makin suram turut mewarnai perasaanku yang begitu merindui Suraya,entah mengapa. Dalam sayu ada rindu. Dalam rindu ada cinta. Terasa ternampak wajah ayu Suraya di mana-mana. Hanya wajah dia. Hanya dia.

Kuhirup Green Tea dengan madu dengan perasaan sendu,seronok berhibur setelah bertahun bekerja tanpa bercuti langsung. Ada benarnya kata Lukhman,aku ini terlalu workhaholic. Tiada waktu untuk perkara lain selain bekerja. Dalam minda terlintas ingatan kepada Lukhman dan Suraya. Entah apa khabar agaknya Suraya.Ku capai, komputer ribaku, menaip e-mel untuk dia.

+ Dearest Suraya,

Kupadamkan perkataan tadi. Nanti pelik pula apabila Suraya membaca ayat ini. Kutaipkan perkataan biasa yang aku gunakan.

+ Assalamualaikum, Su.

Tiba-tiba sahaja akalku terasa mati.Aku kehilangan kata-kata. entah bagaimana aku mahu mulakan bicara. Ya Allah, apa yang terjadi kepadaku?Perlukah aku bertanya tentang rasa rindu yang berbaur di dada?Ada baiknya aku simpan sahaja. Bukankan perlu bertindak dengan akal, bukannya perasaan?Lelaki biasanya dikaitkan dengan menggunakan satu nafsu dan sembilan lagi akal fikiran. Kenapa harus tunduk dengan nafsu? Kumulakan sekali lagi.

+ Su,

Semua urusan kerja di London Computer Faire sudah selesai. Ada masa terluang menjelajah London. Melihat-lihat Thames dan sekitar. Esok mungkin mahu kedua tempat yang terkenal iaitu Buckingham dan Kensington Palace. Rindukan Malaysia. Zaid

Tertanya sendiri patutkah aku gantikan rindukan Malaysia dengan rindukan Suraya? Ish...Bunyinya macam desperate sahaja. Seandainya Suraya menjawab dengan tiada perkataan rindu padaku,mana pulak aku mahu sorokkan muka. Baik-baik dapat berjumpa dengan Suraya lagi,malu pulak bila mahu diajak berjumpa. Kutekan hantar. Kuharap Suraya akan membaca segera. Malam yang gelap, aku kedinginan keseorangan di bumi London. Di Malaysia sana,entah bagaimana hati Suraya?

Melihat di brosur, terpandang informasi sejarah, mungkin juga Suraya berminat mahu tahu mengenai sejarah London. Sebagai guru sejarah barang kali,informasi seperti ini ada maknanya kepada Suraya. Kuambil sekeping poskad,kutulis dengan keterangan mengenai sejarah London.

*As Salam Su,

London dgn. nama asalnya adalah Londium, masa itu dikuasai oleh orang Rom. Awal dibuka di utara tebing Sg.Thames pada 50 M. Lepas tu membangun menjadi bandar saxon & dikenali dgn. nama Lundenwic pada 7 m. Nama London tu pendekan daripada perkataan Londium. Abad ke 18, dah jadi bandar terbesar di dunia.

Zaid

Poskad yang mempunyai empat petak kecil dengan gambar-gambar Big Ben, Istana Buckingham,Tower of London dan Istana Kensington,kupusing-pusing berkali-kali.Kutuliskan dengan nama dan alamat Suraya. Esok aku akan poskan. Kalau tidak pun, bila sampai Kuala Lumpur, akan tetap kuposkan kepada Suraya.

9

2 comments:

Anonymous said...

Novel yang best giler! Killer! tak jemu mengulang!dan ulang!Syabas cikgu.


noor atikah

Nora Fuad said...

Thanks atikah.. jangan lupa dapatkan juga Cinta Sikunang-kunang ya! More masam, pahit, masin dan finally manis!