Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011
Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN
Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC. Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan) Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!
Followers
Link kepada Info saya
Klik pada imej
Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar
Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu
Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC
Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ
Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...
DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35
KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%
POPULAR BOOKSTORE
KUNIKURIYA,KLCC
MPH BOOKSTORE
Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%
Travelog lebih kepada penceritaan perjalanan sesuatu tempat ke tempat yang lain-mengkhusus kepada perjalanan penulis daripada satu tempat ke tempat yang lain. Buku kategori seperti ini jarang dapat ditemui, sebabnya penulis mesti memulakan perjalanan untuk menulis.. (Boleh juga melalui kajian, tetapi agak sukar) Saya pernah membaca beberapa buku yang baik, termasuk Buku Dato A.Samad Said.
Novelog lebih kepada novel yang mempunyai catatan lengkap peta, arah tuju, fakta, catatan, info, kadar tukaran wang, tips perjalanan dan lain-lain. Novelog bukan buku catatan perjalanan tetapi ada cerita, ada plot, perkembangan watak dan sebagainya. Pendek kata, ada penceritaan yang lebih menujukkan latar dengan terperinci.
Istilah atau kategori travelog pula merujuk kepada pengalaman sebenar pengarang sama ada dari segi pengalaman, atau pengembaraan perjalanan atau hidup penulis.
Novel saya: Rasa rasa istilah yang tepat adalah Novelog... Di dalamnya mengandungi keperincian tempat-tempat pilihan, dan ianya merupakan hasil ciptaan saya bukannya pengalaman sebenar saya!
Saya tersenyum sumbing dengan komen Eli, yang katanya watak yang terlalu sempurna memualkan pembaca. Hah! sempurna ini sebenarnya agak 'abstrak'. Sempurna bagi saya, cukup sekadar ada sebuah rumah sebagai perlindungan, ada kenderaan bergerak dan dia yang cukup prihatin. Kemungkinan bagi yang lain adalah, berbeza mengikut keperluan. Orang yang biasa tinggal di rumah banglo pasti mahukan bentuk rumah dan jaminan keselamatan yang sama. Saya memahami apa yang Eli maksudkan dengan sempurna, Watak yang baik pekerti, kaya (pekerjaan yang baik) kalaupun tidaklah kacak sangat. Terlalu 'perpect' di dunia yang terllau susah mahu menjadi kesempurnaan kepada seseorang. Seperti yang pernah saya jelaskan, saya ada ramai ahli keluarga atau saudara mara yang begitu. (kaya, ternama, baik budi, kacak: pendek kata 'sempurna' kepada mata saya) Jadi, kepada saya, sempurna tidaklah memualkan kot! Maaf Eli, saya tidak bersetuju yang sempurna memualkan...
Novel ditulis sebagai teladan kepada orang lain, keluar daripada kesusahan dan kesulitan. Bayangkan dengan kekusutan yang mereka alami, membaca pula dengan dorongan pelbagai masalah kehidupan... jadi apalah gunanya membaca! Seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi: kesempurnaan ini bergantung kepada tanggapan dan permintaan kita. jadi kalau sekadar permintaan yang biasa-biasa, maka kita akan mendapat kesempurnaan dengan mudah.
Kajian terhadap filem menunjukkan, golongan miskin di India menonton sekadar mendapat hiburan dan kelegaan, sebab itulah dalam filem dittunjukkan watak yang cantik, kacak, kaya dan perwatakan yang baik, jika sebaliknya, orang tak akan menonton. Dan saya beranggapan, perkara yang sama terhadap buku. Tetapi bersetuju tidak semestinya hero mesti handsome, kaya dan berilmu untuk muncul sebagai hero. Sesekali apa salahnya orang biasa yang muncul sebagai 'hero'! Pun begitu, tidaklah boleh menidakkan yang handsome, tidak semestinya tidak ada: apatah lagi menjadi kaya raya, baik budi etc a.k.a sempurna. Terimalah hakikat adanya orang yang sebegitu!
Jumpa saya pada 1 Mei 2011, mulai jam 11 pagi - 3 petang, Booth KarnaDya, Hall 3... (jalan di pintu kiri , terus sehingga Booth Sasbadi - KarnaDya di belakang Booth Sasbadi.
“Biru selalunya dikaitkan dengan romantik. Biasanya orang yang sukakan biru ini manja sedikit dan selalu memandang ke depan.Sebab biru adalah warna yang paling tinggi,duduknya di langitkan.” Suraya – Lukhman, Tasik Kenyir.
“Nanti la ma. Kalau perlu ke Gunung Ledang meminang,Zaid cakap la,”sapa Zaid sambil terus bersarapan dengantergesa-gesa.
“Jangan kata Gunung Ledang,kalau kena ke London pun mama pergi.”Kata-kata mamamenyentap jantung Zaid. Apa pula dengan London?Kan Suraya tu di Langkawi?
“Ma ni cakap pasal siapa?Kan buah hati Zaid kat KL ni,”Zaid masih terasa pelik dengan kenyataan mama.
Mama Zaid –Kuala Lumpur.
“Kata Pak Hamka,hidup mesti terbina antara pahit dan manis.Kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan.Kalau semuanya manis pulak,hati akan menjadi bosan,” pepatah cintanya terasa menusuk dalam ke hati Lukhman.Suraya- Lukhman, Adelaide
“Abangkata Su penting bagiabang. Zaid sudah lama menyintai Su.Mungkin dia tu ‘hijau’ dalam bercinta,tapi dia setia.Dia cintakan Su.Sudah lama Su,dah hampir tiga tahun,dia menyimpan perasaan cintanya sendiri…Lukhman – Suraya, Adelaide
“I was in love with you Fik. Deeply in love .Bila tiba-tiba you pergi,I rasa tiba-tiba sahaja,hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi. Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap,kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu.”
Suraya – Taufik, KLCC
Kadang-kadang kita tak perasan perkara-perkara like love, around us. Sometimeswe think we like or love somebody,for reality,it’s not happen that way. Itulah hakikat hidup.Kita sangka,kita percaya,kita yakin,hakikinya tidak begitu.
Suraya- Zaid, Damansara Indah
“Love you back.”Balas Suraya sambil meletakkan jarinya ke bibir dan meletakkan jarinya kembali ke skrin.
Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya meminta murid saya menghabiskan latihan yang saya beri sebelum ini, sambil itu menerangkan jika ada soalan tentang subjek.
Dan kebetulan ada murid yang bertanya perihal novel saya. Jadi saya menjawab soalan mereka. Soalan pertama: Adakah novel saya novel cinta, sebab tajuknya sahaja, sudah menyebut tentang cinta? Ialah bunyinya pun, Dimensi Cinta (DC) dan Cinta Sikunang-kunang (CSKK)
Saya jawab: Ya dan tidak. Ya untuk mengandungi elemen cinta. Cintakan sebahagian daripada hidup kita. Seperti kata Leo Buscaglia, Love is a life. Tanpa cinta (kasih sayang) seperti mana pernah disebut dalam hadis, nescaya, seekor kuda betina tidak akan mengangkat kakinya supaya tidak terpijak akan anaknya. Tidak pula untuk mengatakan sepenuhnya novel-novel itu hanya berbicarakan soal "cinta".
Well kata saya, "cinta" bukan mengawal hidup kita..kita yang mengawal 'cinta' supaya kehidupan kita terurus. Lalu saya terangkan apa yang ada di dalam novel saya. Info, bolehlah anda merujuk kepada link-link kepada novel DC dan CSKK.
Niat saya, saya ingin jadikan novel saya berkonsepkan K-Novel (knowledge novel) novel yang bukan sahaja bercerita mengenali watak dan perwatakan, latar tempat, sejarah tempat, tugasan pekerjaan, ilmu perubatan, senibina, muzik dan banyak lagi! Saya percaya, konsep Minda kelas pertama yang dilaungkan kerajaan dan negara, Malaysia, boleh dijayakan jika rakyat kita mulai minat membaca dan mendapat manfaat daripada bahan tulisan yang memberi kesan bukan sahaja kepada jiwa tetapi menjadi terapi minda!
Pendek kata, penatlah juga menjawab pelbagai soalan mereka... Saya berharap, buku-buku saya yang ditempah nanti,(dibeli minggu hadapan) dan dibaca akan berjaya mengubah minat mereka terhadap penulisan novel bahasa kebangsaan(actually dalam novel saya ada juga tulisan bahasa inggeris.. sebab nak bagi natural, mestilah ada kan...) sebab murid-murid saya ni kurang minat membaca bahan Bahasa Malaysia.. (aduhai, anak Malaysia)