jIKA ANDA menyukai bacaan melalui I-pad, inilah masanya mendapatkan Dimensi Cinta melalui portal/digital.

Kategori Romantik
ISBN 978-967-0285-26-9
Harga RM9.99
Saiz Fail 1.49 MB
“Biru selalunya dikaitkan dengan romantik. Biasanya orang yang sukakan biru ini manja sedikit dan selalu memandang ke depan.Sebab biru adalah warna yang paling tinggi,duduknya di langitkan.” Suraya – Lukhman, Tasik Kenyir.
“Nanti la ma. Kalau perlu ke Gunung Ledang meminang,Zaid cakap la,”sapa Zaid sambil terus bersarapan dengan tergesa-gesa.
“Jangan kata Gunung Ledang,kalau kena ke London pun mama pergi.”Kata-kata mama menyentap jantung Zaid. Apa pula dengan London?Kan Suraya tu di Langkawi?
“Ma ni cakap pasal siapa?Kan buah hati Zaid kat KL ni,”Zaid masih terasa pelik dengan kenyataan mama.
Mama Zaid –Kuala Lumpur.
“Kata Pak Hamka,hidup mesti terbina antara pahit dan manis.Kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan.Kalau semuanya manis pulak,hati akan menjadi bosan,” pepatah cintanya terasa menusuk dalam ke hati Lukhman. Suraya- Lukhman, Adelaide
“Abang kata Su penting bagi abang. Zaid sudah lama menyintai Su.Mungkin dia tu ‘hijau’ dalam bercinta,tapi dia setia.Dia cintakan Su.Sudah lama Su,dah hampir tiga tahun,dia menyimpan perasaan cintanya sendiri… Lukhman – Suraya, Adelaide
“I was in love with you Fik. Deeply in love .Bila tiba-tiba you pergi,I rasa tiba-tiba sahaja,hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi. Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap,kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu.”
Suraya – Taufik, KLCC
Kadang-kadang kita tak perasan perkara-perkara like love, around us. Sometimes we think we like or love somebody,for reality,it’s not happen that way. Itulah hakikat hidup.Kita sangka,kita percaya,kita yakin,hakikinya tidak begitu.
Suraya- Zaid, Damansara Indah
“Love you back.”Balas Suraya sambil meletakkan jarinya ke bibir dan meletakkan jarinya kembali ke skrin.
“Love you a million more…” Suraya - ……
Ketika berbicara dengan seorang teman penulis, dia menyatakan dia kurang gemar menerangkan tempat-tempat dengan terperinci.. Saya pula, sebaliknya. Rasanya, pembaca juga terdiri dalam pelbagai kategori.. ada yang suka, ada yang kurang suka keperincian tempat. Pemperincikan tempat seolah-olah membawa saya terbuai sama ke tempat itu juga. Rasa bagaikan perkongsi inci ke inci besama.
Petikan, perjalanan Zaid ke London... (walaupun belum pernah ke sana, perjalanan yang ditulis disahkan oleh suami dan rakan yang biasa di sana) Enjoy.. Petikan penuh, dapatkanlah Dimensi Cinta!
Aku adalah Zaid bin Harith...... Petikan bab 2: bahagian 5
5
Aku tidak tahu di bumi mana aku berada sekarang. Langit kelam yang dilihat di luar
Aku bangga sekali tergolong dalam golongan pelajar yang berpeluang menuntut di luar negara. Dan,sebenarnya aku tidaklah mempunyai prasangka sedikit pun dan tidak bermaksud memperlekehkan siswazah lulusan universiti tempatan. Peluang belajar ke luar negara membolehkan kita berpeluang menimba ilmu dan mendapat pengalaman baru. Bukankah ‘Jauh perjalanan luas pengalaman?’
Musim sejuk,Winter,seawal bulan November atau Disember sehingga ke bulan Mac. Kesejukan yang menggigit sehingga ke dalam tulang. Senafas angin yang keluar,kelihatan seperti kepulan asap yang keluar daripada hidung. Mentari pula seakan menyembunyikan diri,langit kelam mempamerkan wajah mendung dan daratan dipenuhi dengan deburan salji yang memutih. Pada tahun pertama bertemu musim ini,aku seronok sungguh. Pada waktu itu,aku baharu sahaja menginjak ke usia 20 tahun,apatah lagi tidak pernah keluar negara. Melihat deburan salji yang jatuh bagai melihat ‘bulan jatuh ke riba’. Lama-kelamaan aku baru menyedari musim sejuk ini hanya menjadikan aku menderita. Aku bencikan musim ini,kerana pada masa ini sukar melakukan apa-apa pun aktiviti. Berbungkus baju dua tiga lapis. Lebih senang dengan cuaca di
Spring pula adalah musim yang paling indah. Setelah lama sang mentari bersembunyi,langit yang kelam beransur cerah. Pemandangan mata akan terpaku melihat salji yang mula mencair. Ranting pokok yang membeku sebelum ini akan mulai mengeluarkan tunas baru. Tumbuhan mulai menghijau semula. Pepohon yang berbunga mulai menguntum senyuman. Musim-musim yang penuh dengan warna-warni, seolah satu kreografi tarian yang indah,terbawa sehingga bertemu musim panas.
Summer juga tidak kurang indahnya. Cuaca bagaimanapun agak tidak menentu. Kekadang hujan,panas,mendung atau ribut kelam. Kuntuman pepohon bunga terus tersenyum,melintuk menari dengan haruman yang segar. Kalau mahu melihat kelopak bunga segar dari jenis tulip,ros,jasmin,inilah masa yang tepat. Kuntuman bunga-bungaan ini murah harganya. Musim romantik,sesuai sangat untuk pasangan yang hangat bercinta. Cinta mungkin berkembang secantik bungaan yang sedang mekar. Seperti tradisi Inggeris, bunga menjadi kemestian di dalam rumah. Di akhir musim,sehingga Ogos,dedaun mulai kering. Dedauan hijau segar mulai menguning dan layu.
Apabila Autumn tiba,iaitu musim gugur,segala yang indah berubah. Dedaun mulai gugur. Dedaun pine mulai memenuhi sepanjang jalan. Taman-taman segar di London, mulai menggugurkan dedaunnya. Angin sejuk mulai menampar wajah. Di akhir musim, sehingga November, cuaca sejuk bermula lagi.
Aku seringkali rindukan juga musim-musim ini. Hidup kita barangkali seperti musim yang datang dan pergi. Aku harapkan fasa hidupku dan cintaku akan kekal seperti Spring. Apabila bunga dan dedaun segar hidup menghijau dan berwarna-warni ceria. Aku harapkan Suraya sudi menjadikan musim cintaku ini menjadi musim bunga paling indah. Mungkin lebih indah daripada bungaan yang kembang mekar menghampari
Penerbangan yang panjang melelahkan aku. Setelah 13 jam penerbangan yang panjang,akhirnya aku tiba juga di bumi
6
Nasib baik urusan imigresen tidak mengambil masa yang panjang. Aku mempunyai fakta terperinci mengenai tujuan lawatanku ke
Di Hotel, aku disambut mesra penyambut tetamu di pintu masuk utama. Hotel ala-ala Inggeris klasik ini bertaraf empat bintang. Lokasinya di tengah-tengah bandaraya
Aku bernasib baik,dari tingkap,jika cuaca cerah,aku akan dapat menyaksikan
7
Jam sudah 10 pagi rupanya. Aku bangun dikejutkan dengan nyanyian perut yang lapar. Bersiap ala kadar,aku berjalan kaki ke restauran di depan hotel. Breakfast ala-mat saleh. Sekadar dua keping roti,telur hancur dan kopi. Walaupun aku kurang suka kopi, sedikit kafein mungkin perlu membangunkan mindaku yang masih lagi tidur barangkali. Maklumlah sekarang ini sekitar 6 petang waktu di
Semalam ketika aku tiba di bandar
London Tower Bridge Apartment ini terletak berhampiran Sungai Thames yang sangat popular di London. Sungai yang mengalir dengan air yang membiru menganjur dari utara ke selatan,memang amat terkenal dengan pelbagaian aktiviti. Bot dan feri yang disediakan contohnya sentiasa berulang-alik antara pelabuhannya. Sepuluh minit kemudian, aku sudah berada di depan apartmen ini. Selesai mendaftar,aku berjalan terus masuk ke apartmen yang terletak di belakang pendaftaran. Berlandskap taman ala Inggeris,dengan bunga-bungaan yang berkembang,memang nampak harmoni sekali. Bangunan apartmen ini berwarna kuning terdiri daripada empat tingkat. Lengkap dengan kemudahan biasa,lif dan yang lebih penting,ada kawalan keselamatan dalam tempoh 24 jam. Studio room kusewa. Walaupun apartmen ini menempatkan satu bilik sahaja, kemudahan lain yang disediakan memang memberi keadaan yang lebih selesa. Biliknya tidak begitu luas. Keadaan bilik jauh berbeza daripada hotel semalam. Bilik apartmen ini lebih menggambarkan suasana moden. Cadar berwarna Royal Blue dan langsir biru muda, berlatarkan dinding kuning air memang kena dengan gayaku. Mengingatkan aku kepada cadar dan bilik di rumah.
Apartmen ini juga mempunyai sebuah ruang tamu,dengan kerusi dua tempat duduk berwarna biru gelap dan sebuah meja kopi,cukup menakjubkan. Di hadapan meja ditempatkan juga sebuah televisyen. Tingkap ruang tamu jika dibuka betul-betul berhadapan dengan Sungai Thames. Sesekali terasa angin segar sungai
Dapurnya sederhana. Hanya menempatkan kabinet pasang siap berwarna coklat muda. Disediakan juga sebuah toaster,oven,dishwasher,dryer dan mesin basuh pakaian. Kemudahan inilah yang menjadikan aku lebih suka untuk tinggal di apartmen. Mudah untuk mendapatkan makanan,memasak jika mahu dan mencuci pakaian sendiri. Jadi tidak perlu bawa banyak pakaian datang ke sini. Bagi melengkapkan
Mat Saleh memang suka dengan bunga. Jika kita berpeluang masuk ke rumah mereka,di setiap ruang terutamanya di dapur,mereka mesti meletakkan jambangan bunga hidup. Situasi ini sudah menjadi budaya mereka. Mereka sukakan haruman bunga segar. Berbeza sangat dengan budaya kita. Kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai bunga plastik,atau yang lebih standard, mempunyai bunga kaca atau kristal. Sementelah lagi, harga bunga ros dan lainnya agak murah jika dibandingkan dengan
Di bilik, aku mengemas baju-bajuku ke dalam almari dan drawer. Aku menyemak lagi profail syarikat-syarikat yang akan menyertai
Berdekatan dengan apartmen,kita boleh melihat dengan dekat ‘
Segera aku mencapai brief case,aku patut segera ke Earl Count di London di mana lokasi pameran ini dijalankan. Komputer faire atau di Amerika Syarikat,dieja dengan fair,merupakan pameran komputer terbesar dunia. Banyak syarikat termasuk daripada Amerika Syarikat,Eropah dan Jepun memperkenalkan pelbagai produk software,hardware, standard basic computer, keyboard dan peripherals.
Bilik pameran dua tingkat ini memenuhi kepelbagaian jenama keperluan barangan komputer. Banyak betul rupanya alatan canggih keluaran terbaru yang belum masuk ke
Aku terus pergi ke beberapa booth pilihan bagi mendapatkan brosur, quatation dan syarat pembekalan serta bayaran. Malam nanti aku akan siapkan kertas kerja dan e-mel kepada David. Tunggu balasan e-mel atau faks dari
8
Tidak pulak kusangka perjanjian yang perlu kubuat akan selesai pada hari kedua. Maknanya sekarang aku sudah ‘bebas’. Aku hanya perlu merancang cara terbaik bagi meneroka
Aku rasa elok aku beli dulu
Selepas itu,aku perlu menulis senarai pendek nama-nama tempat yang perlu aku lawati. Dalam perancanganku aku perlu sangat ke Greenwich market,London Eye,Madame Tussaud,Kensington place,
Kepenatan di pameran semalam,membuat aku menukar rancangan percutianku.
Sepanjang perjalanan,angin menyapa lembut,hinggap di pipi. Kita boleh menikmati kepelbagaian pandangan bangunan klasik dan moden di London. Anda boleh nampak,Shakepeare’s globe dan
Kebanyakan bangunan di
Pasangan di depanku kelihatan lama sudah merenungku. Dari pandanganku, wajah dan kulit mereka yang sawo matang menunjukkan mereka kelihatan seperti pasangan Melayu dari
“ Hi,are you Malaysian?I’m Zaid ” sapaku. Tanganku kuhulur bersalaman.
“Ya,ya,dari
“Lama di sini?”aku menyoal.
“Baru dua hari” Mahfuz menjawab.
“ Saya sudah tiga hari di sini,mungkin empat
“Hmm mungkin seminggu atau lebih. Ingat mahu ke
“Tinggal di mana?”aku bertanya sekadar ingin tahu.
“Hotel Bonnington.”
“Hotel Bonnington?” soalku. Entah. Aku tidak pasti di mana hotelnya.
“Dekat dengan
“
“Iya. Pelik juga mat saleh ni
“Matahari kita
“Kalau you all nak lama di sini lebih baik sewa apartment. Boleh juga masak-masak. Makanan agak mahalkan kalau dibanding dengan tempat kita,” aku mencadangkan sambil menunjukkan buku panduan mengenai apartmenku. Mereka mengangguk-angguk sambil mencatat maklumat.
Agaknya datang berbulan madu. Inai memenuhi jari jemari Zorah. Banyak juga yang disoal mereka bila aku jelaskan yang aku pernah belajar di sini dan kedatanganku bagi melihat
“You ada beli Pass Sightseeing London?” tanyaku, barangkali mereka belum tahu tentang pass ini.
“Pass sightseeing
Daripada reaksinya aku faham,memang mereka belum pernah mendengar lagi mengenai pas ini.
“Pas ini dijual untuk lawatan ke 55 tempat menarik di
“Di Greenwich Pier nanti ada
“Di mana tempat paling best untuk shopping?”
“Harrods,”kujawab dengan selamba.
“Tempat tu kena poket kembung la Zaid,”diikuti ketawa berderai. Aku ingat mereka masih tidak tahu hakikat itu. Di Harrods harga barangan menjulang tinggi. Benda yang paling murah pun tidak kurang daripada 10 pound.
“Dekat Greenwish Market,
“Iya ka?Saya ingat semua barang di sini mahal?”soal Zorah. Wajahnya semacam kehairanan dengan kenyataanku.
“Minyak wangi contohnya,terdapat pelbagai jenama yang boleh didapati dengan harga minimum 20 pound. Yang penting jenama ini kadang-kadang tidak boleh didapati di
Wajah Zorah berbunga ceria. Agaknya barangan seperti ini memang sudah tersenarai dalam fikiran wanita. Beg tangan,perfume,alatan solek,semuanya adalah senarai panjang barangan shopping wanita. Mungkin esok atau lusa aku juga perlu dapatkan hadiah untuk semua. Hadiah untuk Ibu Eda,mama,Lukhman dan yang penting hadiah untuk Suraya.
“You tahu tak di mana kami boleh dapat makanan Asian?”
“Dekat Champor-champor di Jalan Weston, dekat dengan
“Cuma pesan saya,jangan pula didarab dengan nilai duit
Kami sama-sama turun di Greenwish Pier. Aku membawa mereka ke London Travel Information Centre. Dari situ kami berpecah. Aku menyusuri lorong-lorong menuju ke Greenwich Market. Irama musik Jazz mengiringi perasaan dan keseronokan bercuti di
Aku membeli beberapa keping poskad. Teringat kata Suraya, walaupun penggunaan e-mel kita mendapat balasan dan kiriman segera,memori mengenai
Sejarah pasar Greenwish sebenarnya bermula sebagai perkampungan kuno yang bersejarah di tebing Sungai Thames. Bermula seawal tahun 1700,dipercayai dibuka pada 19 September 1700 dan dikenali sebagai Royal Charter Market. Pasar ini sebenarnya berfungsi sebagai pasar orang-orang Bangsawan. Keadaan ini kekal selama 1000 tahun. Sejak itu, pasar ini berkembang maju. Bagaimanapun mulai tahun 1800,pasar ini mulai dikunjungi rakyat biasa. Bermula 1831 sehingga ke hari ini pasar ini dipenuhi dengan pelbagai jualan. Daripada sayuran dan buah-buahan sehinggalah kepada barangan kraf. topi, baju, cendermata dan barangan antik. Sekarang ini sejak tahun 1997, pasar ini dikendalikan oleh Company Urban Space Management.
Aku membeli beberapa keping pinggan yang berlukis dengan gambar
Dalam perjalanan balik aku singgah di British Airways London Eye, BFI Inax Cinema dan London Aquarium. Melihat pemandangan daripada salah satu daripada 32 kapsul London Eye memang menghiburkan. Pada puncak setinggi 135 meter daripada ketinggian Sungai Thames,terdampar seluruh pandangan bagi bandaraya Kota London. Sangat menakjubkan apabila menyaksikan hamparan langit yang biru. Di bawah
Dalam hati terpegun,ingatan terhadap kekasih mula terusik. Alangkah baiknya jika Suraya ada bersamaku sekarang. Alangkah bahagianya menikmati panorama yang indah dan syahdu berdua. Wajah Suraya bagai ada di mana-mana,bagai terlekat antara bebola mata. Ah!Sukarnya memisahkan antara perasaan dan keseronokan. Perasaan seronok menikmati percutian memang lah ada tetapi dengan kehadiran Suraya di sisi,suasananya tentu jauh lebih indah.
Di kanan London Eyes terdapat pula The Big Ben dan The Houses of Parliament.Big Ben yang mempunyai ketinggian 316 kaki merupakan mercu tanda yang mesti dilawati jika kita ke
Di hadapan bangunan Big Ben menganjur
Duduk bersebelahan Big ben adalah The House of Parliament yang juga dikenali sebagai The Palace of Westminsth. Terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu The House of Lords,The House of Commons dan Westminster Hall.
Aku menaiki feri pulang semula ke pelabuhan awal di awal perjalanan tadi. Terasa kaki sudah pun penat berjalan. Cepat-cepat aku berjalan balik ke apartmen. Isyarat dari perut sudah pun datang,ada baiknya kalau aku singgah di Restaurant Champor-champor yang menyediakan hidangan Asian. Menu yang disediakan boleh tahan murahnya,tiga hidangan makanan dengan harga 23.50 pound. Campur minuman dan tax, mencecah 35 pound. Tapi awas,jangan sesekali mendarab dengan nilai duit
Masakannya boleh tahan rasanya,nasi beriyani ala-Asian.Tapi kalau mahu bandingkan dengan nasi beriyani mama,tentulah jauh lebih sedap lagi masakan mama. Duduk di meja yang berhadapan dan mengadap Sungai Thames,memang terasa keasyikannya. Servis layanan yang bagus. Atmosfera pun baik juga. Dalam hati hanyut dibuai angin Sungai Thames,dalam hati sempat berbisik lagi,kalaulah Suraya ada bersama ketika ini.
Mata pun sudah meranum setiba di bilik. Penat berjalan,dengan perut yang kenyang. Teringat teh hijau yang dibekalkan mama. Memasak air dengan cerek yang disediakan. Sambil menunggu air masak,aku menulis-nulis malas,senarai tempat lawatan esok.
“Nak pergi ke Madamme Tussaud,
Dari tingkap ruang tamu,mengntai ke pemandangandi luar,menyaksikan hari yang beransur senja. Langit yang menguning dan kemerahan,bercampur dengan sinar daripada lampu daripada
Kuhirup Green Tea dengan madu dengan perasaan sendu,seronok berhibur setelah bertahun bekerja tanpa bercuti langsung.
+ Dearest Suraya,
Kupadamkan perkataan tadi. Nanti pelik pula apabila Suraya membaca ayat ini. Kutaipkan perkataan biasa yang aku gunakan.
+ Assalamualaikum, Su.
Tiba-tiba sahaja akalku terasa mati.Aku kehilangan kata-kata. entah bagaimana aku mahu mulakan bicara. Ya Allah, apa yang terjadi kepadaku?Perlukah aku bertanya tentang rasa rindu yang berbaur di dada?
+ Su,
Semua urusan kerja di London Computer Faire sudah selesai.
Tertanya sendiri patutkah aku gantikan rindukan
Melihat di brosur, terpandang informasi sejarah, mungkin juga Suraya berminat mahu tahu mengenai sejarah
*As Salam Su,
Zaid
Poskad yang mempunyai empat petak kecil dengan gambar-gambar Big Ben, Istana Buckingham,Tower of London dan Istana Kensington,kupusing-pusing berkali-kali.Kutuliskan dengan nama dan alamat Suraya. Esok aku akan poskan. Kalau tidak pun, bila sampai
9