Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

↑ Grab This Widget

Thursday, October 1, 2009

Bab 5 Petikan





Lokasi: Tasik Kenyir,Terengganu Malaysia...

.... Sedutan


“ Ada filosopi tersembunyi dengan warna hijau ni.” ujar Suraya bagi mengubah cerita.
“ Filosopi ?”pendek bunyinya tapi penuh tanda tanya.
“ Hijau sinonim kepada banyak perkara. Hijau alam, ketenangan. Hijau daun maknanya kehidupan.”

Lukhman mengangguk. Faham benar dia dengan kalimah itu.
“ Ada lagi?”
“ Man sedar tak.Hijau pada alam Allah ini terletak antara dua warna. Warna langit biru. Warna laut atau daratan pula, samaada biru atau coklat.Menjadi dasar alam. Hijau pula, belantara, terletak antara langit dan daratan. Maknanya, hijau ini sentiasa berada di tengah, tidak ekstrim , tidak terlalu di atas, atau berada jaun nun di bawah” Suraya menerangkan dengan panjang lebar.

... banyak lagi filosopi tentang warna? Apakah filosopi untuk warna biru?hitam?merah? putih?

Bab 4 Petikan



Lokasi : Secret ..One Utama, Bangsar ,Istana Budaya KL dan PJ M'sia.


Sedutan....

Tarikh yang ditunggu Suraya akhirnya datang juga. Lelahnya menantihari dan detik pertemuan ini lagi.Suraya menggosok baju blaus hijau pucuk pisang hadiah ibunya.Batik lukis berbunga warna emas dan merah muda padan benar dengan kulit Suraya yang putih kemerahan. Dia memilih seluar panjang coklat gelap. Diacukan tudung hijau muda cair di baju yang akan dipakainya petang nanti. Diacukan juga Kot Coklat muda,padan. Segalanya siap berpasangan.
“ Ada orang tu, dari petang tadi mencuba baju.Biar mas tengok.Pusingkan badan,” usik Masita.Suraya memusing-musingkan badanya berkali-kali.Terbayang di matanya, keseronokkan menonton Siti menyanyi di konsert yang akan berlangsung nanti.Keseronokan menonton Siti satu perkara, yang lebih penting, tentu seronok untuk bersama Zaid lagi.

Sepatutnya Suraya akan keluar 'dating' dengan Zaid? Adakah benar Zaid yang akan menemaninya ke Konsert Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.... Adakah benar ada insan lain yang akan menggantikan tempat Zaid? Kenapa? Bagaimana? Adakah pertemuan ini akan berjaya dan membuahkan hasil?

Bab 3 Petikan





Lokasi : UKM Bangi Malaysia, Langkawi Kedah,Kuala Lumpur.
Sedutan...



Petang itu, ketika aku ke mesin meps, terserempak lagi dengan Taufik di depan koperasi UKM. Bagai dijanji-janji suasana persekitaran sunyi benar lagi Maklumlah orientasi biasanya bermula dua minggu sebelum pengajian asas bermula.Siwa-siswi senior belum lagi dibenarkan memasuki kawasan UKM. Hanya pelajar-pelajar baru beserta OC sahaja yang dibenarkan berada dalam kawasan kampus.
“ Nur, maaf mengusik-ngusik Nur tadi ya.” bicara awal dia memang menyejukkan jiwa.Bagaikan air yang menyiram nyalaan di hati. Hati yang rasa terbakar akibat perkataan pagi tadi pun sukar untuk menyala semua. Orang yang sudah menghulurkan kata kemaafan patut dimaafi sahaja. Aku sebaliknya berdiam diri sahaja. Bukan berniat untuk berlagak, tetapi kehilangan kata-kata.
Aku sebenarnya tidak suka sangat dipanggil Nur, walaupun namaku berpangkal Nur Suraya. Semua kawan-kawan aku memanggil aku dengan panggilan manja, Su atau Suraya. Panggilan Nur bunyinya macam ganjil sedikit.
“ Saya Taufik Abu Bakar, Tahun dua jurusan Fizik dan Gunaan. Tinggal di Kamsis Rahim Kajai, nombor kad pengenalan...”
Aku cepat-cepat mengangkat sebelah tangan menandakan ‘cukup’, dia tersengih-sengih sahaja. Nakal betul rupanya senior aku ini.
“Pertama, jangan panggil saya Nur, panggil Suraya atau Su.Kedua, saya perlu balik sekarang” seram juga berada berduaan di bangunan Sukanika. Sudah lah tiada manusia lain di kala ini.
“Ok. I hantar Nur ke kamsis”


Siapa sebenarnya Nur Suraya? Siapa pula Taufik Abu Bakar? Apa hubungan antara mereka?

Bab 2 Petikan




Lokasi : London...



Sedutan 1...


Nasib baik urusan imigresen tidak mengambil masa yang panjang . Aku mempunyai fakta terperinci mengenai tujuan lawatanku ke London. Lagipun dia tahu, paspot yang penuh dengan cop lawatan menunjukkan aku aktif ke luar negara.
Kuheret beg berukuran sederhanaku melalui stesen tube. Kusyen cozy merah ferrari membuatku selesa di dalam tube. Perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit ke stesen Victoria. Tube masih berkeadaan sama, kusyen merah ala –Inggeris menghangatkan tubuh yang kedinginan. Di sana aku terus ke hotel. Perjalanan dari Station Tube Victoria ke hotel hanya beberapa minit sahaja kerana jaraknya hanya dalam lingkungan 50 meter sahaja. Hotel Park Plaza Victoria. Nasib baik tube masih beroperasi sehingga jam dua pagi . Kalau lambat sedikit, aku perlu ambil teksi sahaja ke hotel. Teksi yang dipanggil cab agak mahal di London.
Di Hotel, aku disambut mesra penyambut tetamu di pintu masuk utama. Hotel ala-ala Inggeris klasik ini bertaraf empat bintang. Lokasinya di tengah-tengah bandaraya London memudahkan aku ke mana-mana sahaja.Terletak kira-kira 500 meter daripada Istana Buckingham, barisan kedai-kedai Knighbridge, kemudahan ini tidak sukar untuk pengembara seperti aku.

Sedutan 2...


Badan sudah terasa penat, apatah lagi sudah berjalan berkilometer agaknya. Beg sandang yang disandang pun terasa berat dengan barang belian tadi. Berhajat untuk mendapatkan makanan di plaza makanan Arab, tiba-tiba sahaja terpandang satu wajah yang begitu dikenali. Dia datang merapatiku.
“ Elle ke tu?”
“ Ya.Zaid !” dia separuh menjerit. Aku memang tergamam bertemu lagi dengannya di sini.
“You buat apa kat London ni?”Soalannya tidak terjawab. Kelu. Terkesima dengan wajah yang sudah lama kutinggalkan. Tidak kusedar dia menghulurkan tangannya. Tangannya kusambut. Ketika anak mata kami bertentang, aku dapat melihat wajah yang lama tidak kusimpan dalam ingatan. Michelle Wong, rakan belajarku dulu.




.... apa yang ditemui di London? bekas kekasih? teman.. Siapa Elle yang sebenarnya?

Bab 6 Petikan





Lokasi: Pulau langkawi, Kedah dan Port di Adelaide, Australia...

Sedutan novel:



Mata mereka terus memandang ke Hotel D Datee di hadapan.

“ Hotel itu sebenarnya memenangi anugerah kebangsaan dan reka cipta peringkat antarabangsa. Arkiteknya telah berjaya menonjolkan reka cipta tempatan dengan mengekalkan imej dan identiti kebangsaan. Dengan kata lain dia iaitu Dr.Emir Khairi berjaya menonjolkan pembiakan senibina psendo-tradisional Melayu dengan sedikit pencampuran elemen moden”

“ Okay. Jadi apa yang penting sangat.Kalau tengok, adakah satu yang dibolehkan kalau seorang arkitek lain menciplak hasil karya orang lain?”

“Bukan ciplak Su, lihat contoh.Lihat bagaimana ideologinya.Idea terasnya dalam pembinaan.Malaysian tidak seperti orang Inggeris yang 100% sukakan pembinaan tradisi mereka. Orang kita kalau dibandingkan dengan regionalisme tradisional , idea ini akan kelihatan kusam dan boring, kurang sesuai dengan kehidupan moden. Itu kata orang kitalah. Di Eropah lain pula ceritanya, mereka suka dengan pengekalan unsur atau elemen tradisional.Malah ada elemen yang dipraktikkan lebih kurang 500 tahun dan lebih lagi,” terang Lukhman dengan panjang lebar. Dia harapkan Suraya memahami apa yang disampaikan. Sebenarnya dia agak risau kalau Suraya agak boring sekiranya dia terus bercerita mengenai senibina.

“Maaf Su.Bercerita pasal senibina tentunya akan memboringkan Su?”

“Tak.Kadangkala kita kenalah faham citarasa orang lain juga. Su tak tahu langsung tentang senibina ni sebenarnya.Tapi apa yang special sangat pasal karya Dr.Emir ni? Maksudnya, bagaimana karyanya boleh muncul sebagai masterpiece Man pula?,” Entah mengapa perbualan Suraya –Lukhman berjaya menarik minat Suraya.Kalau perbualan dengan Zaid, dan Zaid berbicara tentang kerjanya, dialognya kelihatan muram.Dengan kata lain, boring pulak. Dengan Lukhman lain pula rasanya, seronok untuk mengetahui lagi. Informasinya menarik bunyinya...

Tips: kalau sudah ada cinta, semuanya baik sahaja...

Bab 1 Petikan





Lokasi Adelaide, Australia;The other side of Adelaide, City Sky Liner.

BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai gantinama, menggambarkan Lukhman sebagai salah satu watak utama dalam bab ini. Tujuan bab ini adalah introduksi Lukhman dari segi pekerjaannya, memperkenalkan ahli keluarganya, perwatakannya dan fasa kehidupannya. Ledakan emosinya , tentang keakrabannya dengan kawan baiknya Zaid Harith Bin Umar yang dianggap saudara kandung. Mereka malah juga disindir gay kerana terlalu rapat. Hubungan mereka bukan sahaja kerana berada bersebelahan rumah, malahan mereka juga menganggap ibu teman mereka sebagai ibu mereka sendiri. Juga dipamerkan Love at first sight yang dialami Lukhman. Penulis memperkenalkan teknik baru dalam penulisan di mana tiga bab awal bertujuan memperkenalkan watak utama dan perwatakan secara terperinci. Cerita watak ini ditamatkan dengan pertemuan di Kafe Secret Recipe.



petikan daripada novel...

Nama-nama tempat di Adelaide yang hampir sebati dan kuhafal denganku seperti Glenegs, Montefione Hills, Victor Harbour, Granite Island, Hindley Street, Rundle Street, Gouger Street, Harbour Town dan Port Adelaide bagaikan memanggil-manggil aku singgah lagi ke sana. Pun begitu, aku sentiasa ingat, ‘ Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri’.



Petikan 2

Sekiranya,dia mohon restuku. Aku tentu restui dia. Malah dia tidak perlu restuku untuk jatuh cinta. Pintaku hanya satu, kenalkanlah aku kepada Suraya,wanita yang bertuah itu. Dia memang bertuah, Zaid bukan sahaja baik hati,berbudi malah pada pandangan mata jejakaku pun,dia memang kacak. Kalau ditanya mak,mak tentu menyenaraikan seribu kebaikan Zaid di matanya. Cuma itulah virus yang mengganggu hidup dia. Penyakit gila kerjanya yang tidak dapat diubati.
“Kau tahu Zaid, kau ni sudah kena virus bahaya?”
“Mana ada?”sambungnya lagi. Mukanya berkelat pelik.
“Virus?Virus apa?”cepat-cepat disoalnya bertau-talu.Pelik agaknya dengan pernyataan aku.
“Virus workaholic.”
“Aku Workaholic?” soalnya. Hairan pulak dikatakan ‘gila kerja’
“Kau memang ada sembilan tandanya.”
“Sembilan, banyaknya. Aku nak dengar sangat Profesor Dr. Lukhman terangkan”


Aapakah restu yang dimaksudkan Lukhman? Apakah sebenarnya virus workoholic? Kenapa Zaid dikatakan mempunyai virus tersebut.

Bab 8 ,Petikan






.



sedikit sedutan akhir bab...

Suraya membiarkan Masita melihat pemandangan indah sendiri.Dia kembali menghampiri Lukhman.

“Abang, kenapa serius sangat,” teguran Suraya mengembalikan Lukhman di alam realiti.
“Tak ada.Abang tengah fikir pasal projek kat pejabat,” sengaja mencari helah.kalaulah Suraya tahu apa yang bersarang di mindanya.

“Kita mesti serius dalam semua perkara, kerja, hidup, makan kecuali sesuatu,” kata Suraya, bunyinya serius.

“Apa? Serius dalam semuanya, kecuali..” soal Lukhman kembali.

“Bercinta, “ tidak boleh serius bercinta, teruk juga ini.Apa maksudnya?

“Bercinta kenalah ada masam manisnya. Kalau kita serius dalam bercinta atau menyintai seseorang, kita akan jadi macam robot,” sambung Suraya.entah mengapa dia memilih topik ini, Lukhman kurang fahami.Mahu tunjukkan dia cintai aku?Hanya berteka sendiri.

“ Abang pernah baca buku pak Hamka?,” tanya Suraya lagi.

“Sorry, tak sebuah pun.Kenapa?”

“Kata pak Hamka, Hidup mesti terbina antara pahit dan manis.Kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan.Kalau semuanya manis pulak, hati akan menjadi bosan,” pepatah cintanya terasa menusuk dalam ke hati Lukhman.

Betullah semua itu Suraya, sekarang, semuanya manis.Kelak, bila kau pergi dan tidak akan kembali, hatiku yang akan menjadi rawan.

“Betul tal abang? Abang setuju tak?,”susahnya soalan.Soalan tahun akhir arkitek dulupun tidak sesusah ini!

“Entahlah Su.Abang tak tahu.Tapi abang setujulah, hidup ni mestilah ada manis dan pahitnya”

“Abang pernah jatuh cinta?,” soalan lagi.Soalan cepu emas pulak ni?Bagaimana mahu menjawabnya.Su lah orangnya.Kalau Cikgu suraida dulu, cinta monyet.Nur Madina pulak, entahlah, mungkin bukan cinta lagi, hanya angan-angan.Lukhman terdiam.Suraya nampaknya masih menunggu jawapannya.

“Teruklah abang ni.Cintakan negara, cintakan keluarga,Cinta Ilahi dan Islam, kan cinta juga.Takkanlah abang tak pernah jatuh cinta juga?,” katanya sambil tersenyum lagi.Aduh Suraya.Bisa sakit jantung, abang ni.Lukhman memejuk hatinya yang memang terkejut amat dengan soalan yang ‘membunuh itu’.

“Kita perlu bicara bang.Abangpun tahukan, Su tidak datang sejauh ini hanya semata-mata makan angin.Makan anginpun betul jugalah, tapi ada persoalan yang perlu Su selesaikan dengan abang,” kata-kata yang lurus daripada mulut seorang kekasih rahsia.Su, ada lagi soalan atau pernyataan yang bakal membunuh?

............... apa yang mahu dibicarakan..........


Sedutan 2:

Lukhman terbaring lesu di sofanya, air matanya jatuh lagi.Dia tidak pernah merasa detik kehilangan begini.Ketika di meninggalkan Kuala Lumpur dahulu, memang terasa sedih dan pilu di kalbu, tapi dia tahu, dia masih akan dapat menatap wajah Suraya bila-bila masa lagi.Tapi kali ini, situasinya akan berbeza, mungkin selepas ini, Suraya akan hilang terus daripada hidupnya.Mungkin untuk menatapbarang seinci bayang Surayapun, kelihatannya bagai tidak mungkin.Bukankah dia telah menolak cinta wanita yang selama ini dinanti sekian lama.

Dia melangkah ke bilik tetamunya.Bilik yang telah dikemaskan dengan baik oleh Suraya dan Masita.Dilihatnya di atas bantal, sebuah bungkusan sederhana besarnya yang dibalut rapi.Di atasnya, sekeping kad yang diletakkan dalam sampul berwarna biru.Di bukanya kad itu.

Abang, terima kasih menerima kami di sini.Su tinggalkan abang dengan tiga perkara.
1

... apakah tiga perkara itu?
...........adakah Lukhman akan mendapat kembali 'cinta' yang ditolaknya? atau suraya akan memilih Zaid? atau Taufik??