Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

↑ Grab This Widget

Saturday, May 29, 2010

Nama-nama watak...

  Seperti kebanyakan penulis lain (hasil bersembang-sembang kami) kebiasaan nama-nama watak diambil daripada nama-nama ahli keluarga, teman dan seterusnya, di mana-mana sahajalah, asalkan terjumpa dan sedap didengari. Barangkali, buku pertama tidaklah masalah lagi sebab, mungkin perlukan 10-15 nama sahaja. Seandainya sudah masuk buku ketiga, pening juga.

    Watak utama berkisar kepada Suraya (Nur Suraya )Saya tidak mengenali sesiapa pun yang bernama Suraya, cuma yang pastinya, saya sukakan nama ini. Cerpen saya yang pertama, menggunakan nama Suraya sebagai watak utamanya. Lukhman Hakim (kalau tidak salah, saya pernah ada student dengan nama ini, 10 tahun lepas) Zaid (ramai tetami Zaid Harith, hanyalah rekaan saya) Taufik (well, seseorang yang saya kenali dulu) Michele (ramai murid saya dengan nama Michelle)Aznisyah dalam cerita ini adalah juga kawan/teman rapat saya, yang menjadi nadi penggerak kenapa saya menulis novel... (seandainya dia dan mama saya tidak betul-betul mencabar saya, saya barangkali tidak menulis sebuah buku pun)

    Watak lain, Masita (adalah nama kawan karip saya yang kali pertama saya kenali di Hari Orientasi UKM) Banyak membantu menyelesaikan cerita misteri saya (well: rahsia kami berdua di UKM dulu) Salma : mama saya, Salman (adik lelaki saya) Farah : nama kawan saya dan anak saudara, yang lain-lain adalah nama teman-teman saya, nama anak saudara, nama anak murid saya dan ada di antaranya, sekadar nama...

   Ada rahsia dengan meletakkan nama-nama orang yang kita kenali ini.. setipa kali nama mereka disebut, bagaikan memanggil semula memori lama di ingatan.. tapi tidaklah bermakna saya mesti duduk dan menangis dalam mengitai cerita lama. Dahulu barangkali peristiwa sedih itu adalah kesedihan yang perlu ditanggung, sekarang, memori lama sekadar sebuah 'sejarah' yang sudah lama berlaku...

Sunday, May 2, 2010

Get real:Cinta Suraya kepada siapa?Lukhman? Taufik?Zaid?




Suraya - penerbangan ke Adelaide,Australia: menemui Lukhman.



Dalam penerbangan,dia lega memikirkan beberapa tugasan awal yang telah diselesaikan.Sebelum dia pergi,diberitahu kepada Zaid melalui sms,yang dia akan pergi melancung ke Sydney,kononnya hadiah abang Ali kepada bakal tunang yang tidak pernah menaiki pesawat. Bimbang juga untuk menyebut tentang Adelaide,nanti Zaid akan menghidu pula pertemuannya dengan Lukhman.Berjaya juga dia mengelak bertemu Zaid selama ini.Yang penting,dia perlu uruskan dulu persoalan di kalbu,persoalan antara dia dan Lukhman.
Dengan si Taufik,dikatakan pula dia perlu fotoshot ke Adelaide. Agaknya percaya jugalah si Taufik tu. Habis sangat,belikan dia cenderamata dari Adelaide. Janjinya dulu,mereka hanya bersahabat,apa sangat yang dia perlu yakinkan lelaki itu. Sempat juga dia menghantar emel kepada Elle.Katanya jangan bimbang,nanti akan ada berita gembira untuk dia.Selama bertukar-tukar berita dan cerita,terbongkarlah dua rahsia Elle yang hanya Suraya sahaja ketahui. Janji Suraya,dia akan tunaikan impian Elle dengan apa cara sekali pun.Semoga Allah akan sempurnakan impian dan doanya.
Kit Kat hadiah Lukhman semasa di Langkawi dimamah perlahan. Masita di sebelah sibuk memasang audio di telinga,sambil matanya asyik menonton video di skrin depan. Suraya hanya memandang sepi ke arah Masita. Asal sahaja,dia selesa,kira okaylah. Suraya percaya bahan phenylethylamine (PEA) iaitu sejenis bahan kimia yang terkandung dalam coklat akan dapat mengubati moodnya yang sedikit rasa ‘murung’. Pelbagai persoalan mengasak minda sempitnya. Kalaulah misinya ke Adelaide,ini gagal, dia pasrah menyerah. Mungkin dia terima sahaja cinta yang ditawarkan kembali oleh Taufik.Itu mungkin lebih baik daripada menerima Zaid,yang langsung tidak dikenalinya langsung.
Benarlah seperti yang pernah disebutkan Thomas Edison,‘Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya’.Itulah yang berlaku kepada Suraya, dalam ruang sempit mindanya. Dia cuba memejamkan matanya, dalam mengirai waktu. Dalam beberapa jam lagi,dia bakal bertemu destinasi hatinya. Rasa jemu mulai menjadikan perasaan berserabut. Mahu menonton filem di skrinpun rasa ‘tak berselera’.Entah apa sahaja filem yang ditayangkan. Nampaknya Masita kusyuk sahaja menonton tanpa berpaling.Sesekali terperasan member sebelah ini tersenyum dan tergelak seorang diri. Alahai,orang bahagia,apa mahu dikira pulak. Lainlah aku ini.
Penerbangan yang lama,menurut Kapten kapal,pesawat sudah menjengah ruang angkasa Australia. Kurang daripada sejam sahaja,mereka akan tiba ke lapangan terbang antarabangsa Adelaide.Hatinya berdebar,bagai gendang yang bertalu-talu dipalu. Suraya melihat Masita mulai membukakan kedua belah matanya apabila tangannya ditepuk ringan oleh Suraya. Aduhai,puteri yang diambang cinta,sedapnya kau beradu!Mata Suraya sedetik pun tidak terpejam,apabila dipejamkan matanya terbayanglah dia dua jejaka yang menjerat hatinya. Taufik yang meraih cinta kembali dan Si Zaid yang tiba-tiba timbul berahi‘cinta’nya. Masita bingkas bangun menuju ke ‘ladies room’.Dia datang dengan senyuman,apalah alasannya untuk tidak tersenyum,perut yang kekenyangan,hati yang tenteram dengan jiwa cinta yang mendalam,siapa lagi yang perlu risau!
Suraya bangun membersihkan mukanya. Dipalitkan ringan dedebu bedak di pipinya,sedikit alit gincu baru. Aduhai abang,rindunya hati tidak bertemu. Baru dua bulan lebih,berpisah terasa bagai bertahun lamanya.
Aduhai sayang, aku tidak perlukan tanganmu untuk memimpinku,
Aku juga tidak perlukan kakimu, berjalan beriring,
Dekatkanlah hatimu supaya dapat aku menyandarkan bahuku di sisi,
mendengar lagu ritma jantungmu. Suraya berpuisi sendiri.




************************




Di Adelaide : cuba menaguk cinta : Suraya & Lukhman.






Petang cepat beredar,dalam menikmati saat terakhir,selepas makan malam, Suraya dan Lukhman duduk berduaan di Queen Fountain. Mentari yang kian terbenam memuntahkan pelbagai warna,indah. Kuning,merah,jingga bertaut,seiring.Pun dalam hati keduanya,terasa gundah.
“Selain hijau,warna apa Su suka?”tegur Lukhman melihat lagi warna baju yang dipakai Suraya.Warna hijau serindit itu memang kena betul dengan tubuh tinggi lampai Suraya.Apatah tudung sutera kuning air yang dikenakan,padan betul dengan jeans kuning,entah apa jenamanya.
“Hmmm,biru,merah kot,”sambung dia.
“Abang suka birukan,kebanyakkan baju abang warna biru,” sambung Suraya lagi.
Lukhman tersenyum sahaja.Memang betul pun tekaan Suraya.Biru hampir memenuhi setiap sudut almarinya.Dia ada memiliki baju yang berlainan warna,tapi birulah yang menjadi kesukaannya
“Jadi,abang ni suka nak manja-manjalah,”usik Suraya lagi. Lukhman hanya tergelak kecil.Kalau dengan Su,sampai tua pun abang mahu bermanja. Terfikir-fikir akan kalimat ini dalam hati Lukhman.
“Apa yang Su nak tanya? Su kata ada soalan untuk abang.”
Suraya memandang Lukhman dengan rasa cinta yang menggunung. Sejak Lukhman pergi jauh ke bumi kanggaru,terasa separuh daripada jasadnya seolah mati.
“Abang sedar tak,kita dah kenal hampir setahun jugakan. Jadi abang rasa, hubungan kita ini sampai ke mana?”soalan Suraya menikam jantung lagi. Bagaimana mahu kujawab soalan sebegini?
“ Jauh. Sangat jauh. Sampai ke Adelaide. Kan Su dah sampai ke sini?”mengelak. Jawapan loyar buruk.
“Su serius ni abang.Sejak Su jumpa abang,Su rasa cinta yang sudah lama mati dalam hati Su,hidup kembali… Su akui abang bukan orang pertama Su pernah cintai,tapi hanya abang yang ada di hati Su ketika ini,”Suraya menghabiskan ayatnya dengan nafas yang tersekat-sekat.Bukan mudah bagi seorang wanita untuk menyatakan rasa hati.Ada pelbagai risiko yang mungkin dihadapi. Kalau cintanya ditolak.Dia akan malu sendiri, tapi, kalau tidak dilafazkansekarang,entah bila akan dimuntahkan rasa cintanya.
"Abang,Su miss you too much..Su tak boleh hidup tanpa abang...,rasa bagaikan ada yang tidak kena kena dengan diri Su,abang bagaikan pelengkap sebahagian diri Su." Lukhman terpaku dan terharu mendengar kata-kata Suraya. Dia tdak berani melagukan rindu sebaliknya Suraya sudah pun menyanyikan lagu bahasa hatinya.Masihkah dia mahu menunggu dan berkorban untuk Zaid?
“Su memang penting bagi abang sebab Su amat penting bagi Zaid. Siapa sahaja yang penting bagi kedua-dua keluarga kami,penting juga bagi abang,” jawapan Lukhman, diluahkan perlahan. Hati Suraya terasa kelat,bukan jawapan itu yang dia nantikan.
“Abang tak cintakan Su?Jadi selama ini perhatian yang abang beri hanya palsu?” Ayat yang dihabiskan Suraya bagai duri yang menyusuk perlahan ke jantung Lukhman,kesannya kecil bagai selumbar,tapi pedihnya hanya dia yang tahu.
“Abang kata Su penting bagi abang. Zaid sudah lama menyintai Su.Mungkin dia tu ‘hijau’ dalam bercinta,tapi dia setia.Dia cintakan Su.Sudah lama Su,dah hampir tiga tahun,dia menyimpan perasaan cintanya sendiri,”terang Lukhman.Tidak berani lagi dia memandang mata suram Suraya. Dia tahu dia sudah melukai hati Suraya. Paling tidak,dia sudah laksanakan misi Zaid. Dalam hatinya,Zaid perlu segera luahkan cintanya kepada Suraya,semoga hati Suraya yang luka ini akan cepat diubati.
Fahamlah Suraya sekarang. Bukannya Lukhman tidak menyintainya,soalnya Zaid lah yang menjadi penghalangnya.Suraya menahan airmatanya daripada jatuh,kenapa perlu dia menangis,kalau ini yang ditakdirkanNya.
“Kalau macam tu senanglah Su membuat keputusan,Su akan kahwin dengan Taufik. Ada dia melamar Su hari itu,Su kata Su akan fikirkan dulu,” sengaja Suraya menakutkan Lukhman dengan ayatnya.
“Taufik?Siapa Taufik?Kenapa bukan Zaid. Zaid yang cinta Su.”
“Kenapa pulak abang mesti peduli siapa yang akan Su kahwini. Kan abang tak cintakan Su?”
Lukhman terdiam.kelu. Mestilah aku peduli Suraya. Aku korbankan cintaku untuk saudaraku. Kalau Si Taufik yang kau pilih,apalah makna pengorbanan ini?
“Su,I care about you. I Do Admitt it. Su perlu terima cinta Zaid. Su tahu tak,penat dia mengumpul harapan untuk mendirikan Villa Cinta untuk Su. Semuanya untuk Su,” mendengar Lukhman bercerita demi Zaid melelahkan Suraya.
“Okay la abang.Su tak mahu dengar cerita pasal Zaid lagi. Su Cuma nak dengar kata hati abang saja.Yang lain tak penting sekarang. Cinta Zaid itu urusan dia.Untuk kali terakhir Su mahu tanyakan abang. Abang pasti tak cintakan Su?”mata Suraya tepat memandang mata Lukhman yang layu. Lukhman tidak dapat menjawab soalan itu. Mulut bisa berbohong,tapi tidak kepada mata dan hati.
“Kita balik Su. Su kena berehat. Penerbangan esok pagi tentu melelahkan Su,” terus Lukhman mengajak Suraya pulang. Masita yang asyik melihat pemandangan malam,ditarik lembut tangannya oleh Suraya.
Mereka bertiga membisu. Sesaat yang berlalu tanpa sebutir pun suara yang keluar lagi. Masita pelik dengan situasi itu,tapi melihatkan reaksi Suraya,dia dapat mengagak situasi yang baru berlaku.Terus sahaja ke bilik,kedua pintu tertutup rapat. Masita membisikkan kepada Suraya bertanya apa yang berlaku.
“He doesn’t love me,” katanya pendek. Masita kenal wajah luka itu,tapi dilihatnya Suraya tenang sahaja. Masakan dia boleh setenang itu setelah mendengar ayat terakhir Suraya tadi.Pun begitu,Masita tidak berani bertanya lagi.Dia terus lelap dengan hati yang berasak dengan persoalan?Suatu hari tentu Suraya akan bercerita juga.Dia yakin dengan itu. Agaknya kasih mereka bersarak juga,akhirnya. Dia mendoakan agar kasih Suraya dan Lukhman akan sampai ke noktah akhir juga.
Lukhman di sebelah tidak dapat melelapkan mata.Misinya,dia perlu segera menghubungi Zaid. Zaid perlu bertindak cepat kalau mahu kasihnya terhadap Suraya kekal begini.Maafkanlah aku wahai hati,kalau terpaksa melukakan engkau begini,pujuk Lukhman pada sang hati. Dan esok,Suraya akan pergi,Lukhman terasa air panas jernih mengalir basah di pipinya. Jatuh juga airmata jantannya. Cinta sentiasa membuatkan insan menangis.




***********************************


Suraya & Taufik.


KLCC : Restaurant Imperial Chakri Palace




Suraya duduk menunggu dengan debaran.Taufik datang tepat pada masanya.Dia masih Taufik yang dia kenali dulu,tidak kurang sezarah pun.Masa mesti ditepati, pesannya dahulu,maklumlah masa itu dia bercita-cita besar untuk menjadi ahli politik.
“Dah lama Nur tunggu?”soal Taufik lalu duduk berhadapan Suraya. Pandangan mata bertaut.Suraya hanya tersenyum.
“Tak.I was early.So How are you?”
“Fine.Bagaimana Adelaide?Best ?”
“Ala kalau bercuti,mana pernah tak best”
“This is for you” uraya menghulurkan beg cenderamata kepada Taufik.Taufik mengambil beg kertas sambil mengucapkan terima kasih.
“Ini untuk you Nur,”giliran Taufik menghulurkan sekotak kecil barangan.
“Thanks Fik,tapi I rasa I tak boleh terima.You tak perlu beli jiwa raga I lagi.Macam I terangkan kita akan jadi kawan.Best Friend.You ingat tak kita baca pasal Shakespeare.You ingat tak apa yang Shakepeare katakan,persahabatan sering diakhiri dengan percintaan,tetapi alangkah…”
“I ingat, …bahagianya percintaan apabila diakhiri dengan persahabatan yang mesra,”sambung Taufik. Dia seolah kehilangan kata-kata lagi. Nampaknya hati Suraya sudah tidak dapat dirayu lagi.
“I was in love with you Fik. Deeply in love .Bila tiba-tiba you pergi,I rasa tiba-tiba sahaja,hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi. Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap,kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu.”
“Itulah yang I harapkan. Love.Cinta yang dapat menghidupkan hidup kita semula,”ujar Taufik.
“Tiba-tiba I rasa I dah keluar daripada alam gelap itu. I dapat lihat alam yang penuh warni-warni. I dengar semua bunyian. I dapat dengar muzik indah. I rasa tanpa you pun I dapat hidup bahagia. Kita better kekal sebagai sahabat Fik,”sambung Suraya.
“I tak mintak banyak Nur just bagi peluang kedua pada I.You tahu bagaimana I cuba dapatkan peluang itu berulang kali.Masa konvekesyen you dan selepas tu.Masa I kat Jerman pun,I tulis surat pada you. I hantar e-mel,I cuba segalanya,tapi you tak beri I peluang pun Nur.I rasa semua ni tak adil bagi I.”
“Fik… I minta maaf kalau itu yang you rasa. I tahu bagaimana indah masa ketika kita di UKM dulu.”Suraya cuba memujuk Taufik dengan kata-kata indahnya.
“Sekarang ni,I already fall in love with another guy. Dia di Adelaide,sebab itu I ke Australia minggu lepas.”
“I’m sorry Fik,Hati I dah terisi.”Suraya menghabiskan ayatnya sambil matanya memandang wajah sayu di depannya. Maafkan aku Fik,aku tak berdaya menerima cinta yang lain.
“Okay I faham but I’m still doing this,”dikeluarkan sebentuk cincin daripada koceknya,diletakkan di hadapan Suraya.
“Su,I tahu ini bukan mengikut adat kita,nanti I bawa family I berjumpa keluarga you,please Su. Please accept my marriage porposal .I love you.”
“Oh,Fik.I’m sorry..Minta maaf Fik…”itu sahaja yang termampu Suraya lafazkan. Makan malam yang sepatutnya indah bertukar suram.Suraya menutup kotak cincin baldu di depannya dan menghulurkan balik kepada Taufik.
“I yang tak beruntung mendapat you sebagai teman hidup I Fik. Satu masa nanti, you akan bertemu dengan the right person yang akan menemani hidup you.”
Wajah sayu Taufik ditenungnya lama sekali.Taufik akhirnya perlu akur dengan jawapan hati Suraya.
“Siapa dia yang bertuah itu Nur?”
“Nanti I bagitahu you.”
Taufik hanya mampu mengangguk-angguk perlahan sahaja. Mereka bersalaman dan Taufk bergerak meninggalkan restoran ke kaunter bayaran. Suraya menunggunya di depan pintu utama.
“Fik,kita masih kekal sebagai sahabatkan?”soalnya pendek.Dia berdoa agar ikatan persahabatan itu kekal selamanya.
“Ya. Nur.Andainya dia dan You ‘tidak menjadi’,you kena tahu I masih setia menunggu you,”kata-kata akhir Taufik sangat mengharukan jiwa Suraya.
Suraya tidak terkata.Tiba-tiba di saat itu dirasakan sunyi,bagaikan tiada suara di sekelilingnya.Di hanya mampu memerhatikan lelaki itu pergi. Sesudah mereka pulang,di saat dia berbaring di katilnya,tiba-tiba terasa pipinya hangat dengan mutiara jernih yang gugur dari matanya.Betullah kata pujangga Inggeris lama,‘It may take only a minute to like someone,only an hour to have crush on someone,and only a day to love someone, but it will take a lifetime to forget someone. Melepaskan lelaki yang baik,akan mengambil masa sepanjang hidupnya.Dia berharap jawapan hatinya tidak menjadikan dia wanita yang tersasar dalam membuat pilihan hidupnya.










Saturday, April 24, 2010

Get real !!! Love is real!! Zaid & Elle at London


Kupasang earphone ke telinga. Skrin kuputar betul-betul mengadapku.Kuamati introduksinya,


‘ I have found almost everything ever written about love to be true. Shakepeare said: journeys end in lovers meeting. What an extraordinary thought.
Personally, I have not experienced anything remotely close to that but, I’m more than willing to believe Shakepeare had. I suppose, I think about love more than anyone really should.
I’m constantly amazed by its sheer power to alter and define our lives.
It’s Shakepeare who also said ‘ Love is blind’. Now, that is something I know to be true.
For some, quite inexplicably love fades. For others,love is simply lost. But then, of course love can also be found.’ page 56-57


*************


Aku tidak tahu di bumi mana aku berada sekarang. Langit kelam yang dilihat di luar sana, tidak membantu memberi waktu yang tepat. Kupandang jam,aku kira,sejam lagi penerbangan, aku akan mendarat lagi di London. Bumi London yang penuh kenangan. Suka dan duka. Bumi ini sudah amat terkenal dalam kalangan politikus hebat dunia. Daripada Nehru, pemimpin Pakistan kepada Lee Kuan Yew,bekas Presiden Singapura. Tidak kurang hebatnya Bill Clinton,bekas Presiden Amerika Syarikat yang bukan sahaja menunjukkan belangnya di Amerika,malah hampir menunjukkan ‘ super power’nya ke serata pelosok dunia.Sering kita mengagungkan pemimpin barat, kononnya hanya mereka yang mempunyai pemimpin agong padahal ramai juga pemimpin kita pada hari ini pernah belajar di bumi England. Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj contohnya pernah belajar di sini. Malah pasangan Diraja Perak,Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak; Raja Dr.Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson juga pernah menjadi penuntut di England yang memang terkenal sekali dengan institusi pengajian tingginya.

page 61.


*************


“Elle ke tu?”
“Ya.Zaid!”dia separuh menjerit. Aku memang tergamam bertemu lagi dengannya di sini.
“You buat apa kat London ni?”Soalannya tidak terjawab. Kelu. Terkesima dengan wajah yang sudah lama kutinggalkan. Tidak kusedar dia menghulurkan tangannya. Tangannya kusambut. Ketika anak mata kami bertentang,aku dapat melihat wajah yang lama tidak kusimpan dalam ingatan. Michelle Wong,rakan belajarku dulu.
“I datang melihat pameran London Com. Faire. Sudah di sini lima hari lepas.”
“Tak sangka I akan jumpa you di sini.”
“I pun.You tinggal di sini? I ingatkan you berada di Malaysia. Kali terakhir yang I tahu you di sana.”
“You broke my heart,remember?” Kulihat dia hanya tersenyum. Rasa bersalah menyusupi perasaanku. Aku harapkan agar Michelle Wong yang kupanggil Elle ini hanya bergurau sahaja.
“Ajaibnya bila jumpa you di sini.Tak sangka kita akan berjumpa lagi di bumi London,”sambung Elle. Dialek London nampaknya sudah menguasai Bahasa Melayunya. Bibirnya masih lagi menguntum senyum.


p 83-84.

Tuesday, March 16, 2010

Sajian dalam Dimensi Cinta



Melihat cinta berdasarkan sorot pandangan Prof.Dr Hamka : Tenggelamnya Kapal Van de Vick. "Hidup mesti terbina antara pahit dan manis, jika semuanya manis, hidup akan menjadi bosan, jika semuanya pahit, hidup akan menjadi rawan."

Cinta bukan bererti, hanya mengisi hati, tapi juga perlu mengisi minda dengan informasi. Mempelajari ilmu dan berkongsi ilmu adalah satu keperluan hidup. Ilmu biarpun sedikit akan menjadi 'besar; jika berkongsi. Cinta juga jika dikongsi, yang secarik akan menjadi sebesar bumi. Sebarkanlah 'cinta' untuk semua.

Jika anda merupakan pembeli dan pembaca DC, tahniah saya ucapkan. Jika anda belum memiliki DC, inilah masanya mengintai kenapa perlu anda memiliki DC. Mengapa tidak?

1: definisi DC menggambarkan melihat cinta daripada aspek yang lain. 'Cinta' tidak hanya kepada hubungan biasa lelaki dan perempuan. Cinta kepada saudara, teman,keluarga melebihi perasaan yang lain. Persepsi baru mengenai cinta.

2:Memulakan bab dengan cara berbeza. Melihat tiga watak & perwatakan yang berbeza daripada 3 bab pertama, ditamatkan dengan akhiran yang sama di tiga-tiga bab. Bab 1 :lukhman Bab 2: Zaid Bab 3: Suraya.

3: Idealistik bukannya dogengan. Orang kata menjadi kacak/cantik, kaya, beriman adalah mustahil. Tiada yang sempurna, itu benar tetapi menjadi idealistik bukanlah mustahil. Saya sajikan watak idealistik kerana kita memerlukan ramai perwatakan ini sebagai contoh, dan saya sudah menemui ramai orang yang idealistik begini.

4: Kaya bermakna berpengetahuan. Saya percaya tentang hakikat itu. Tetapi sekiranya anda berjaya kerana mendapat pendidikan, tentulah semuanya lebih baik.

5: Menjelajah bumi tempatan, Malaysia : mengenali Pulau Langkawi dengan lebih rapat. Mungkin anda belum mengetahui dogeng cerita di sebalik Mat Chincang dan Gunung Raya. Muka surat 249-263...

6.: Menjejaki Tasik Kenyir : Terengganu ;di mana kesunyiannya bakal menjerat gelombang cinta. Bersama saya, menyemarakkan keindahan dan cinta di tasik indah. Anda akan dibawa ke sana dalam 25 helaian di Kenyir.

7: Mengintai keindahan KLCC, ONE U,Damansara sebagai stesyen cinta.

8: Kota London ,sama-sama bergerak dalam travel log bersama saya. Menyaksikan keindahan Kota London, menyemarakkan dan mengenal budaya yang asing bagi kita. mengintai Eye on London etc. Travel bersama hampir 60 mukasurat di London.

9: Mengenal empat musim cinta di Kota London. Winter yang dingin, Spring yang terindah, Summer yang romantis dan autumn yang sering mengubah cinta.

10.Mengenali Adelaide: Kota dengan jolokannya 20 Minit. Kenapa dan mengapa.

11.Kenali Bumi Kanggaru? mengapa mudahnya anda untuk jatuh cinta dengannya?

11. Mengenali UKM sebagai Universiti ilmu. Bersama mengadun kenangan di Minggu Oreintasi UKM.

12.Mengenali Universiti of Adelaide :Pusat pengajian terunggul. Mengenali bandarnya, keindahan yang tersurat dan tersirat.

13. Bersama situasi romantik di atas Popeye Boat di Adelaide. Atau bersama menyaksikan keindahan melancung bersama di Glenelg dam Adelaide.

14: Cinta Suraya & Lukhman ditamatkan di Fountain Square,Adelaide, benarkah begitu?

15: Suraya mengangkat martamat guru Malaysia. Guru bukan sahaja mempunyai jati diri malah seorang yang bersikap positif.

16:Mengenali dunia arkitek yang merupakan pakar senibina.

17:Mengenali dunia exsekutif perunding komputer dan kerjayanya.

18:Mengajak anda mengenali erti pengorbanan cinta yang perlu dilakukan.

19: Pilihan hidup sebenarnya berada di tangan sendiri? Bagaimana Suraya lakukannya?

20:Mengenali info pemancing, kopi, konservatif & modenisme, maksud perancang bandar etc.

21: Mengintai Istana Budaya bersama perembahan Dato Siti Nurhaliza.

22:Cinta? Bagaimana memulakan? Bermula lirikan mata? Adaklah cukup sekadar pandangan & lirikan beracun, yang memanah sukma.

23: Menerokai teknologi: bersama menggunakan SKYPE, ber sms. E-mel.

24:Mengenali tanda workoholic ? Adakah anda salah satu daripada golongan ini.

25: Menjadi model?Cukupkah jika cantik? Perlukan penampilan menarik?

26: Hidup yang rawan bagi Zaid. apabila ditinggalkan bapanya. Adakah memaafkan bapanya satu keperluan yang boleh diterima? Perlukah memaafkan?

27: Cinta tidak perlu disembunyikan. Cinta juga bererti tidak menyembunyikan diri? Elle dan Zaid? Kenapa anda prasangka? Berjayakah diselamatkan hubungan cinta ini?

28:Rahsia dalam kandungan cokelat yang sering dikaitkan dengan cinta? Mengapa ? dan bagaimana?

29:Belajar memberi tanda dalam cinta? Bagaimana boleh berjaya?

30:Rahsia warna dalam membuktikan cinta? Perlukah anda berbaju biru?atau berwarna jingga? atau berbaju hijau?

Monday, March 8, 2010

Keterujaan saya!




Ketika saya menerima telefon daripada pihak KarnaDya tadi,lebih kurang jam 2 petang, perasaan keterujaan itu begitu tinggi sekali! Pemanggil yang memperkenalkan diri daripada KarnaDya, menjadikan saya sedikit teruja (sebenarnya banyak)... Sebagai penerbit tentulah mereka mahu adakan sesi bersama penulis di mana pembeli buku boleh membeli, bergambar dan menemubual/berbual bersama penulis.

Kata-kata si pemanggil membuatkan saya tergelak, "..kalau ada yang mahu menemubual dengan puan juga..."

Cepat-cepat saya menyampuk,"..ada ke?"membuatkan dia tergelak sama. Bunyinya tidak serius, tentulah!Saya ni kuat bergurau!Orang Kedah kata, "Loyar buruk".Selalunya kalau bersama orang/kenalan baru, saya akan memperkenalkan diri sebagai guru/cikgiii yang juga menulis.. mereka tentu akan mewawancara saya juga.. (ada la kesempatan menjadi celebriti sekejap -a.k.a perasan.. ha ha)

Yang seronoknya, ada kenalan baru saya yang berkata,"huiiss, terre nya,menulis."
Kepada saya, taklah terer pun..ada ramai lagi penulis yang sudah menyiapkan 10-20 buah.. apalah sangat kalau baru 1 buku. Insya-Allah akan menyambung usaha penulisan. Allah cuma beri bakat sedikit dalam bidang ini.Semoga Ilmu yang sedikit kalau berkongsi mendapat berkat!

Buku pertama itu, keterujaannya itu sangat tinggi. Semasa buku baru sahaja berada di kedai buku,(november lepas)saya di rumah, seminggu asyik membelek buku sendiri di rumah, yang saya letakkan di sebelah bantal (sebab macam tak percaya ini adalah hasil penulisan saya) Saya membaca lagi dan lagi, bagi menyakinkan, ini adalah hasil tulisan tangan saya sendiri!

Mungkin buku kedua rasa teruja berkurang sedikit, barangkali.. (bukannya tidak seronok, tapi excited tu sudah berkurang)tapi, tak tahulah pulak, kalau habit lama itu masih ada, tidur dengan novel di sebelah bantal.

Kebiasaannya rutin saya, saya akan ke pesta buku. Tidak ke pesta buku, adalah satu keadaan yang tidak normal bagi saya. Saya boleh berulang-alik dua tiga kali ke sana. Berjalan sampai letih.. dan poket bocor.. he he. Membaca sememangnya hobi giler saya (kata suami saya, sudahlah jangan beli lagi, pergi saja perpustakaan.. tapi membaca tanpa membeli,kurang "kick".. banyak juga buku library yang saya pinjam juga. Insya-Allah, libray mini di rumah saya akan bertukar menjadi libary maxi suatu hari nanti.

Ke pesta buku sebagai penulis, memberi impak dan dimensi yang berbeza (saya harap) Harapan dan doa saya, ramai yang akan membeli buku saya (khasnya) dan buku-bulu KarnaDya amnya (sebab saya menghantar manuskrip saya ke sini kerana saya terlebih dahulu jatuh cinta dengan buku Kak Aina Emir dan KarnaDya) Saya percaya ramai rakan-rakan penulis yang hebat2 akan berada di sana nanti.

Saya mempunyai idea untuk membuat penanda buku untuk diberikan kepada pembeli buku saya. Cuti sekolah ini barangkali dapat saya manfaatkan untuk membuat penanda buku saya. Atau boleh meminta murid yang setia membantu.. sekadar belanja makan tengah hari untuk mereka. (bukan senang untuk menggunting penanda buku satu per satu)

Apapun situasinya, saya teruja untuk berada bersama anda, pencinta buku!

Sunday, February 28, 2010

Pengalaman saya sepanjang menulis novel kedua.



Sepanjang pengalaman menyiapkan novel lepas, Dimensi Cinta, banyak juga perkara yang berlaku, saya terlibat dengan operation, dalam dalam jangkamasa itulah saya menghabiskan buku saya (sebab cuti rehat yang agak lama)...


Saya kira, dalam menyiapkan buku ini, saya tidak lagi mungkin dilanda kesedihan lagi. Maha suci Allah yang mengetahui semua perkara yang ditentukan buat kita. Saya kehilangan bonda mertua saya ketika menyiapkan bahagian sedih novel, di mana Adam (watak utama) saya berada di hospital. Saya menyiapkan bahagian awal bahagian ini di hospital ketika bermalam di hospital kerana pada masa itu, bonda saya masih sedar dan hanya kelihatan keletihan, dan hanya tidak sedar diri keesokkan petangnya. Dan bonda saya kembali ke Rahmatullah 26 Disember 2009.
Berita kembalinya ke Rahmatullah bonda biras saya hari ini juga menyedihkan saya. walaupun baru beberapa kali bertemu, sudah terasa kemesraannya.
Berita gembira pula, Saya menerima tiga anak saudara baru sepanjang penulisan. Faris Haziq 28.7.2009, anak sepupu saya pada 24.2.2010 dan anak saudara baru, Al-Faruqi pada 25.2.2010. Dan banyak lagi yang gembira sebenarnya.
Kadangkala sebagai manusia biasa, walaupun banyak sekali kurnian Allah yang baik2 dan yang indah, pengalaman yang sedih itu sering menenggelamkan semua yang indah. Menangis itu merupakan perasaan biasa sepanjang saya melengkapkan manuskrip ini kerana tiada pengalaman yang sedih atau 'part' yang sedih dalam buku satu/Dimensi Cinta. kalau ada pun,sedikit sahaja, hanya bagai dicubit lengan sahaja (sakitnya bagai digigit semut)
Dalam buku kedua ini, saya rasa lebih banyak bahagian sedih kerana sebahagian pengalaman sedih saya juga dalam menyiapkan manuskrip ini. Endingnya mestilah gembira, sebagaimana gembiranya saya dengan kehidupan saya, alhamdulillah.

Tuesday, February 23, 2010

My next book...




Kerja editing ini tidaklah semudah yang kita nampak... perlu edit lagi..dan lagi..kadang2 membaca sampai beruang kali,kemudian diedit lagi oleh editor,pun masih ada kesalahan terutamanya orang/pembaca yang memang nak cari kesalahan.. he he..

Sebenarnya penulis memang akan mencuba sedaya upaya untuk mencari kesempurnaan.. sebab tak ada orang yang suka akan kesalahan dan kesilapan. Tapi sebagai 'benda baharu' yang bergelar manusia,kita terpaksalah akur yang kita ini hanya manusia biasa.. ada kelemahan dan kesilapan yan menjadikan kita ini memang tidak sempurna.

Tapi kalau setakat ada sedikit kesalahan ejaan,saya rasa bolehlah dimaafkan.. yang ditakuti kalau ada kesilapan fakta/info sahaja.. itu boleh merendahkan krediabiliti penulis...

Saya bersyukur kerana kawan2 saya yang menjadi editor yang dilantik tanpa gaji pun... saya ada editor bahasa inggeris sebab kadang2 kita bercakap main broken je (ingat kelas MR Brown dulu.. murid2nya terdiri daripada murid antrabangsa - orang muda2 belia mungkin tidak pernah mendengar cerita ini) Terima kasih kepada Puan Farahnaz Amany yang sudi menyemak skrip English saya...

Kawan saya,Dr Zuki yang sedia menyemak info perubatan,maklumlah sebagai bekas bomoh saja (saya le) he he : banyak perkara yang kita tidak tahu di sebalik 'the other sides of being dr'... rasa macam senang nak tulis tapi payah dan salah info. Sepupu suami, Dr. Andura yang juga membantu.

Untuk murid saya, yang menghasilkan motivasi secara semulajadi dan sentiasa menjadi pendorong di belakang tabir.

Kawan2 yang sedia membantu cari maklumat walaupun kawan2 maya yang belum bertemu pun... belum kenal secara peribadi... saya pasti ingin bertemu anda sangat2!

Dan sekiranya anda sudah bertem saya/mengenali saya : dan apabila bertemu lagi,saya terlupa nama anda,di mana bertemu, Silalah maafkan saya. Nama orang/angka memang menjadi masalah besar saya. Terdiri daripada nombor personaliti 2,2,2 : masalah negatifnya adalah :keliru... (nama saya sendiri pun kadangkala terlupa juga.. he he he) Muris saya kadang2 selalu test saya dengan bertanyakan nama mereka. Memang tentu gagal.

Kisah-kisah anda banyak memberi saya ideas yang tidak putus2... Sebenarnya tidak sabar menghabiskan manuskrip.. sudah rasa tergolek kepala ini dibuatnya. Walaupun menulis ini seronok,tetapi menamatkannya adalah keseronokan yang tidak terbilang dan terjulang.