Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Monday, October 26, 2009

Pengarang pujaan saya




Sejak saya di sekolah menengah (dan sekarang pun masih di sekolah menengah.. he he mudanya saya...) saya banyak membaca Mills and Boon, Sidney sheldon seperti If Tomorrow comes,hard to hard,master of the games,the Other side of midnight etc.. (bapa saya rajin membeli karya Sidney) Kadangkala baca dengan kamus kat tangan.. maklumlah budak lagi,mana lah faham sangat bahasanya yang kira 'standard' juga... saya suka cara dia perincikan pekerjaan and tempat... cuma kadangkala tu (sorry SX 18 lah pulak)Kalau nak romantiks sikit baca Danielle Steele... tapi romantik cara barat lah...Kalau saya membaca,memang tak akan ingat akan makana dan minum...

Di rumah parents saya,almari besar buku2 memang penuh.. alhamdulillah,genetik suka membaca saya warisi daripada keduanya... daripada buku agama,sejarah,sains dan teknologi (walaupun tak genius he he)novel,memang saya simpan.. (tengah risau melihat rak yang hampir penuh..alamak.. perlu rak baru lagi)

Berangan sebagai penulis memang tak ada dalam matlamat pun... Itulah orang kita ni,tidak bercita-cita tinggi (sayalah tu) tapi Allah bukakan hati saya untuk mencuba menulis.. menulis melapangkan fikiran kerana untuk menulis saya perlu membaca.. jadi menjadi penulis, merajinkan saya membaca... signifikasinya... semakin banyak saya perlu tulis,semakin banyak saya perlu membaca... doa dan harapan saya,minda saya terbuka untuk terus mendapatkan ilmu...

Wednesday, October 21, 2009

Dua buku sahaja setahun

Berdasarkan kajian yang sudah beberapa tahun lepas,dikatakan Malaysian hanya membaca secara purata hanya dua buku setahun.(tidak termasuk surat khabar dan tidak juga termasuk saya... sebab kadangkala kamus pun mengasyikkan saya.. hmmmm) Sedihkan, dalam menjayakan program Malaysia ke arah penghasilkan masyarakat Kelas Pertama, (mentaliti kelas pertama) orang kita masih malas membaca.
Saya dapat membayangkan pembaca mungkin terdiri daripada murid sekolah menengah, siswa dan siswi dan orang yang rajin membaca sahaja.. yang lain, mungkin terlalu sibuk menjayakan 'program polimik kedai kopi',mengata orang,komen pasal artis atau mencari salah dan kesilapan yang boleh dikemukakan terhadap orang lain.. sedihkan, at the end of it... dapat dosa sahaja...komen sebenarnya tidak menjadi masalah asalkan komen membina, sudah melihat kekurangan,berilah cadangan agar boleh diperelokkan lagi sesuatu masalah... cuma yang menjadi masalah besarnya adalah, dia hanya tahu komenkan orang lain,seolah dia sahaja yang betul dan pandai.. kelakar bunyinya kan... buat komen lebih bijak daripada menteri atau pegawai tinggi padahal, komen itu hanyalah polimik politik sahaja...
Saya kebetulan berada di sebuah 'kedai kopi'maka terpasanglah telinga saya akan perbualan pakcik2 yang agaknya memang sengaja dikuatkan suara satu ketika dulu.. daripada ayat2 mereka,jelaskan semua orang dalam dunia ini bersalah kecuali mereka... sampaikan Obama yang tiada kat Malaysia pun terbabit sama.. dalam hati saya berkata-kata, padanlah Obama dipilih sebagai presiden Amerika dan mereka pula layak berada di kedai kopi sahaja.. hmmm?? alangkah baiknya kalau diisi masa lapang mereka dengan mentelaah quran ke,hadis ke,kalau pun ilmu lain malas diterokai... sekurangnya bertambah juga bacaan purata 2 buah buku setahun...
Saya sendiri menyampai ilmu / berkongsi ilmu wajib antara satu sama lain... sebab itulah saya menulis, di samping membaca cerita,kita dapat berkongsi ilmu lain yang sedikit sebanyak terdapat dalam buku saya..
Contohnya berapa orang sangat yang mengetahui fakta Langkawi? London?Adelaide? University of Adelaide?,Glenerg Adelaide,Australia? Kenyir? Cokelat? Popeye boat?saya sendiri memang juga tidak jelas semuanya sehinggalah saya menulis buku / novel ini.. semoga sudi mendapatkannya!

Saturday, October 17, 2009

Oprah show



Kalau saya 'on kan' tv dan siaran oprah show bersiaran pada masa itu,saya pasti akan lupakan apa sahaja movie ketika itu, sebabnya saya tentunya akan menonton Oprah! Pada saya,dia bukan sebarangan pengacara. Rancangan bernas dan penuh ilmu. Kalau rasa tidak puas menonton,saya akan terus link ke oprah show dan membaca artikel di situ. Banyak betul ilmu yang boleh kita kutip daripada oprah show.Antaranya The blue zone, the last lecturer etc... yang balik best,segmen buku.. kebanyakkan buku yang dicadangkan memang bestb tapi lambat masuk ke malaysia.. finally saya dapat membeli Deceptively delicious (boleh check on oprah kandungannya atau videonya)kalau diikutkan harganya jauh lebih mahal,kebetulan di Borders,bahagian bargain hanya RM 39.90 sahaja, saya tidak akan menunggu harganya turun lagi...

Dan oprah show sentiasa menjadi inspirasi saya!

Wednesday, October 14, 2009

Kenapa fokus kepada kejayaan dan kekayaan



Apalah salahnya memiliki BMW?


Isnin lepas,selepas tamat jam persekolahan,di perpustakaan,soalan seorang murid kepada saya, "cikgu,kenapa mesti fokus kepada kejayaan dan kekayaan?"Saya sedar, soalannya berkaitan buku saya yang baru 2 hari dibacanya.
"Kejayaan dan kekayaan adalah simbol kemajuan hidup. Orang yang berjaya kita kaitkan dengan kejayaan / kemajuan hidup. Dalam dunia yang mencabar ini,kemiskinan bukanlah simbol berjaya"
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,saya terangkan kepadanya mengapa mesti fokus kepada 'negatif' atau perkara 'hitam'... yang perlu kita contohi adalah nilai 'positif dan 'nilai putih' yang diperolehi daripada orang lain. Kelak,barulah hidup kita akan berjaya.Kalau kita asyik berfikiran negatif dan asyik memandang kepada perkara-perkara negatif,kita tidak akan maju ke hadapan.
Bangsa Malaysia sudah ramai yang berjaya terutamanya yang berada dalam 'kepompong kemiskinan' menuju ke arah 'kekayaan'. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa tidak 100% kekayaan mesti dilihat sebagai berjaya,kerana ada banyak aspek lain yang perlu dinilai sebagai berjaya.Contohnya keagamaan,moral,kemanusiaan dll. Tidak gunanya menjadi kaya tetapi penuh dengan kesombongan etc.
Jadi apalah salahnya berfikiran kaya? menjadi kaya ? dan hidup dengan penuh kejayaan? Kita mesti keluar daripada kepompong kemiskinan ilmu,inspirasi dan hidup!

Tuesday, October 13, 2009

Penggunaan teknologi

Saya ada juga melawat-lawat kedai buku sekitar tempat tinggal,One u,Ikano,Mid valley,malangnya buku2 baru KarnaDya termasuk buku saya belum di pasaran lain... agaknya mahu unpack etc... yang peliknya di Seremban sudah mulai dijual.. hmmmmm

Mungkin ada pernah mendengar,"if u can't beat them,you may joint then" penggunaan teknologi terkini tidak akan terkecuali dalam hidup kita. Walau pun belajar pada zaman tiada 'teknologi' seperti internet dan sebagainya (such as facebook,blogger) saya mengambil inisiatif cuma belajar sebanyak mungkin... Tersenyum kambing je mendengar kata-kata kawan yang belum pernah menjengah blogger .. (*kiranya saya lambat juga joint, 2008 tapi kiranya better be late than never)Jadi dalam novel saya ada dipaparkan (teknologi SKYPE,e-mel,sms,yahoo mesengger)kerana berfikiran kalau tidak dimasukkan elemen ini tentulah remaja tidak seronok untuk membacanya... Untuk pengetahuan anda,novel ini boleh dilabel sebagai klasifikasi (U)..kanak-kanak yang baru belajar baca pun boleh membacanya,cuma mungkin tidak faham sesetengah term.

Teknologi terkini menjadi inspirasi saya...

Monday, October 12, 2009

Mentaliti orang Malaysia!

Salah seorang pembaca saya adalah anak kepada seorang kawan saya masih muda,berusia 12 tahun. Saya bertanyakan ibunya apa pendapat dia setelah membaca novel.Kata ibunya "perlukan more konflik".
"maksudnya?" sebab kalau diikutkan konflik,memanglah ada konflik dalam novel seperti dalam filem, mestilah ada intro,klimaks dan penutupnya. Jadi ibunya menerangkan epada saya,anaknya suka membaca novel yang mempunyai kisah like,gadis yang tercemar,penceraian,konflik rumahtangga etc. Tergamam saya sebenarnya. Untuk budak yang baru berusia 12 tahun,perkara seperti ini sepatutnya menjadi 'satu larangan keras' kepadanya..
Konsep penulisan saya mudah,dalam hidup kita ada perkara 'putih' dan 'hitam',jadi mengapa mesti kita memilh perkara yang hitam. Menjadi seorang yang beragama,bermoral dan bertatasusila,bukanlah satu pilihan sebaliknya satu kemestian. Saya sendiri lebih suka fokuskan keada perkara-perkara positif yang boleh membina minda dan mentaliti yang positif. Ramai antara masyarakat kita sudah berjaya. Ahli perniagaan,arkitek dan sebagainya. Jadi mengapa harus kita 'merendahkan' nilai masyarakat kita kepada sesuatu yang rendah nilainya.
Adakah kita mahu,setiap kali kita membaca mengenai masyarakat,rata-ratanya hanya menilai dan menceritakan konflik masyarakat sahaja.. fokus kepada masyarakat kita yang berpenyakit,rendah nilai sosial agamamya, liar,lari dari rumah dan sebagainya. Ibaratnya kita melihat seseorang,kalau minda kita disetkan bagi mencari nilai positif yang terdapat kepada orang tersebut,saya pasti kita akan dapat menilai 100000000 kebaikan daripadanya, sebaliknya kalau 'mind setting' kita hanya fokus kepada keburukan orang itu,maka akan nampaklah kepada kita pelbagai kelemahannya. contoh, ada sebutir jerawatlah,kening sengetlah etc.. padahal mungkin orang tersebut, baik hati, peramah,pandai memasak etc.. jadi, kita perlu mengubah mentaliti kita, kedua mata perlu memandang kepada nilai positif...yang dizahirkan, telinga perlu peka kepada nilai positif yang dipertuturkan oleh orang lain, hati perlu dilapangkan bagi melihat apa sahaja nilai yang dizahirkan, barulah diri kita akan tenang, dan dapat menyerap segala bentuk aura positif di sekeliling kita...
Bagi saya, saya suka membaca nilai yang positif sahaja, mengapa seorang lain boleh berjaya. apa prinsipnya,bagaimana dia menghadapi masalah... saya tidak akan membaca buku atau melihat filem sekadar mahu melihat mat rempit,atau bohjan,bohsia atau gadis liar, sebab setiap hari pun kita sudah disajikan dengan cerita2 begitu baik di media cetak mahu pun elektronik...
Ayuhlah,sebelum kita menukar pandangan orang lain kepada kita, kita tukarlah diri kita terlebih dahulu.. Mentaliti kita juga wajib diubah...

Saturday, October 10, 2009

Don't be Sad



Tajuk: Janganlah Bersedih,Don't be Sad, Pengarang Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Terjemahan Noraine Abu,Keluaran Al-Hidayah. RM 35.00

Ketika saya kesedihan dan tercari-cari penawarnya,saya terjumpa buku ini di kedai buku. Menabjubkan. Kandungannya bukan sahaja merujuk kepada Al-Quran,Haddis Rasullullah s.a.w,cerita petikan al-Quran,Hadis,Kitab-kitan tafsir malah mengandungi cerita sejarah serta pendapat tokoh-tokoh sejarah Timur sehingga ke Barat.
Mengandungi 281 solutions kepada pelbagai masalah.

Contohnya Perkara 102 Hindari kegelisahan dan Stress.Penulis memberikan fakta yang diberikan oleh Dale Carnegie,yang menyatakan penyakit stress merupakan penyakit utama kematian di USA dalam Perang Dunia ke 2. Petikan syair Ibnu ar-Rumi pula berkias-kias mengenai stress. Terdapat juga pendapat Dr.Alexis Carlyle yang menyatakan kesedihan akan menjadikan manusia akan mati dengan cepat. (dan sebab itulah keperluan menamatkan penulisan novel dengan sesuatu yang manis supaya pembaca novel saya tidak akan kesedihan, kita tentulah mahu hidup yang panjang umur dan cemerlangkan?)

Buku ini wajib dimiliki setiap orang daripada kita... sekarang ini anda beruntung kerana buku ini di datangkan dengan saiz poket yang lebih kecil. Senang untuk dibawa ke mana-mana.

Friday, October 9, 2009

Kita perlukan ilmu





Kita perlu berilmu... dan saya sendiri saya sedar tidak cukup berilmu,sebab itulah perlu mencari ilmu terus...setiap hari sekurangnya bacalah surat khabar,saya sendiri,tidak membeli akhbar..saya akan baca di perpustakaan sekolah.. ahad,saya akan beli sebab banyak artikel menarik yang perlu disimpan (lebih murah daripada print daripada surat khabar on line)

Majalah kesukaan saya, In trend (walau pun saya tidak trendy pun),Dewan Masyarakat,Kosmik. Dan baru tersedar belum juga mendapatkan kosmik lagi..Yang lain2 tu beli mengikut tajuk la.. Program bercorak majalah tentulah Majalah Tiga dan Oprah Show,Discovery Chanel... banyak informasi yang berguna... dan filem juga... kadangkala banyak perkara yang kita belajar daripada flem. Discovery pula,mengajar banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada binatang... cute..

Wednesday, October 7, 2009

Nostalgia & Terima kasih Aznishah!



Tulisan mesin taip..



Cerpen lama...



Cerpen lama...

Sejak kecil memang saya suka mengarang,semasa di sekolah rendah,selalu saya menulis pantun dan menghantar ke majalah yang sudah saya lupa tajuknya...walaupun imbalannya hanyalah T-shirt,sticker yang pelbagai,tapi kegembiraan mendapat pelbagai barangan pada masa itu tidak tercerita... apatah lagi apabila dapat membaca hasil nukilan sendiri dalam majalah... oooii bestnya..

Apabila menginjak dewasa (actually remaja) saya menulis ke majalah setelah melihat kakak seorang rakan saya yang menghantar cerpen ke majalah dan disiarkan.. keseronokan kawan saya menunjukkan kami cerpen dan majalah tersebut menjadi satu inspirasi yang tidak dapat digambarkan... ialah,tentu bagai tidak percaya melihat tulisan sendiri di majalahkan?

Saya menahan keinginan menulis sehinggalah berusia 16 tahun.. (sebenarnya tidak juga pandai menulis pun karangan yang panjang-panjang..) Disebabkan saya rajin membaca novel sejak dahulu.. (saya boleh habiskan 1-2 novel pada satu hari,disebabkan tinggal di asrama,banyak masa lapang... sebab tidak perlu membantu mama memasak dll)saya, akhirnya dapat menulis dan menghantar cerpen pertama ke majalah... dua bulan selepas itu,karya saya disiarkan..pada masa itu saya menggunakan nama penuh saya... melompat-lompat melihat hasil tulisan di dada majalah... malangnya sekadar seronok melihat hasil sendiri..tiada 1 sen pun bayaran yang diberi..hmm..

Hobi menulis kadangkala terhenti juga sebab menggunakan mesin taip biasa,bukan komputer seperti sekarang..naik lenguh dan kematu tangan menekan keyboard yang keras.. dan bunyinya bising... tik tik tik tok... bersilih ganti..kalau malam seram juga bunyinya,maklumlah suasana sudahlah sunyi,dan mesin berbunyi pula...Beberapa kali tersiar,ada masanya tidak sempat melihat hasil karya pun sebab apabila cerpen disiarkan tiada pun penulis diberitahu apatah lagi dibayar....jadi,banyak hasil yang tidak diketahui sama ada disiarkan atau dibakul sampahkan.. ha ha.. lagi pun pada masa itu mesin fotostat tidaklah semudah sekarang..ada masanya saya menaip menggunakan karbon copy supaya saya boleh menyimpan salinannya..

Penggunaan mesin taip menjadikan anda tidak boleh melakukan kesilapan,kalau silap,potong sahaja perkataan itu dan taip perkataan baru...

Salah satu cerpen saya saya jumpa dalam majalah Keluarga di Perpustakaan Tun Sri Lanag,jadi saya pun fosostat untuk simpanan sendiri..Tajuknya,Hati-hati yang retak... mungkin saya akan jadikan novel saya kelak,projek yang ke 100000000000 mungkin... dan wataknya,apa lagi kalau bukan Lukhman dan Suraya.. entah mengapa,nama-nama ini sudah menjadi sebati dengan saya sejak dahulu lagi.Dek kerana tidak ada imbalan saguhati pun yang diberi,minat penulisan saya pun terhentilah... sehinggalah saya ke Pesta Buku bersama Aznishah..

Semasa bersama Aznishah ke Pesta Buku,saya telah membeli sebuah buku yang menjadi inspirasi saya... balik sahaja daripada pesta buku,saya terus menulis bab 1-2 (actually tidaklah lengkap seperti yang tertulis dalam bab 1 dan 2 sekarang)Saya beri kepada Aznishah,saya minta dia membuat penilaian jujur adakah saya boleh menulis?Sekiranya kawan sendiri pun rasa tidak seronok membaca,tentulah teruk sangat karangan tersebut..dan setiausaha saya meluluskan tulisan itu.. Katanya okay... saya mesti tulis dan tulis... selepas itu saya test pulak (bab 1-4) kepada murid2 saya... dan mereka kata,okay.. teruskan cikgu.. sekali lagi terima kasih kepada mereka, Yap Wai Meng,Nur Amirah,Nur Jannah,Zainuddin,Zaid,Nor Asyida,Raesah,Nor Asqikin dan Syamir Akif. Tanpa mereka, Dimenci Cinta,tentulah tidak akan terhasil...

Setahun saya ambil untuk melengkapkan cerita ini,dan saya bersetuju dengan Kak Aina Emir yang mengatakan dalam bengkel KarnaDya,"ketika menulis,kita mesti menjadi seperti watak-watak dalam novel..bercakap seperti polan dan sipolan dll"

Saya harapkan anda juga enjoy membacanya sepertimana saya enjoy mengisahkan setiap bait perkataan...

Tuesday, October 6, 2009

Catatan penulis


Catatan dengan tulisan cakar ayam ...



Buku catatan saya...



Kamus Dewan...

Terimalah saya seadanya...



/

Ini adalah kereta BMW Lukhman dan Zaid..hanya datangnya dalam mimpi saya sahaja..hmmmmm

Semasa membacakan dedikasi kepada suami,bermula baris awal saya,saya terus dimarahi... bunyinya Khas untuk suami,Fuad Halimi,Kota Londonmu,hobi memancing dan minatmu tentang BMW sentiasa menjadi inspirasiku.. sebab katanya bunyinya macam belagak sahakja.. Saya beristifar panjang, sebenarnya saya tidak berniat sebesar sezarah kuman pun untuk 'berlagak'... BMW memang menjadi idaman dia, dari malam ke siang,itulah sahaja topik bacaannya atau perbualannya... saya sendiri pun sukakan BMW X5,dan tentulah tidak memiliki satu pun... hanya sekadar menyimpan majalah BMW... dan suami saya,hanya lah memiliki BMW yang dah tua.... sekadar seadanya... kalaulah dedikasi itu berbunyi seperti 'angkuh',dengan rasa rendah diri...maafkanlah saya... Sebagai individu yang sudah berjaya dalam ekonomi seperti Zaid dan Lukhman,berkereta BMW merupakan jenama yang biasa...

Sebagai penulis baru tentulah banyak lagi yang saya pelajari..dan akan terus pelajari..kadang-kadang kita masih boleh belajar daripada budak kecil berusia 5 tahun...

Jika ada sebarang komen @ cadangan,e-melkan ke e-mel saya,norafuaddj@gmail.com

Kenapa Kenyir?






Saya pernah ke Kenyir buat pertama kali dengan adik-adik saya Madina dan Ena serta mama saya... pemandangan yang sangat menabjubkan... jadi dalam cerita di muka surat 196-214... dan saya sendiri tidak sabar untuk ke sana lagi mendengar kicauan burung,dengan sapaan mesra air di tasik yang membiru.. benarlah kata-kata kakak di kedai makan itu,kalau sekali sudah terminum 'air tasik' pasti anda akan datang lagi...

Kenapa Langkawi?


Saya anak pulau... Saya dibesarkan di Pulau Langkawi jadi tentulah tidak seronok kalau tidak bercerita perihal tempat sendiri...Mengembara bersama saya ke 'pulau saya' (hah macam saya punya pulaklah pulak) di muka surat 243-269... menikmati keindahan pulau,memahami dongeng tempatan dll.. dan yang lebih penting mengenali mana satu jenis cokelat yang sedap di sana...

Adelaide,Kenapa Adelaide?



Pemandangan Bandaraya Adelaide



Bot di pelabuhan



Bangunan Central Market yang dilawati Suraya dan Masita.






Austalia sentiasa mengkagumkan saya. Dan tidak bermakna saya tidak megkagumi bumi dan tanah air saya sendiri... Saya fokuskan Adelaide sebahagian daripada pengembaraan saya dalam buku ini kerana sebenarnya terpesona dengan University of Adelaide yang sudah lama sekali memberi 'ilmu' kepada penuntutnya yang dahagakan ilmu.... Mungkin pembaca yang telah berpeluang ke sana boleh menggambarkan keindahan Adelaide ini dengan University Adelaide nya yang gah,klasik dan menarik,dibina pada tahun 1874,keindahan air Tasik Torrens yang membiru,dilengkapi dengan Popeye Boatnya,Central Market yang berwarna merah bata,Glenelg bandar tertua di Adelaide yang juga dipenuhi dengan orang-orang tua belaka.... Hayatilah kisah Suraya dan Masita yang 'makan angin' dengan membawa hajat besar ke Adelaide tetapi akhirnya pulang dengan perasaan hampa.. Kenapa ya?
Mengembara bersama saya di muka surat 374-402 kerana saya sendiri pun belum berpeluang ke sana secara realiti,hanya berjalan dalam mimpi sahaja!

Sunday, October 4, 2009

London,kenapa London?



London Bridge..



Eye of London....



House of Parliment (Parlimen )




Big Ben... jam besar yang mengkagumkan...

Apabila bicara mengenai tempat,salah satu tempat yang saya fokuskan dalam novel saya adalah London? Adik angkat saya Madina @ Dina dan Azlina @Ena bertanya saya,kak kenapa London?
Well,ceritanya panjang,tapi saya ringkaskan... suami saya pernah tinggal di sana agak lama,hampir 10 tahun... London pernah menjdai dunianya dalam awqal 20-an sehingga pertengahan 30-an... terkasima dengan ceritanya mengenai London menjadikan saya pun cuba mencari cerita yang saya boleh kaitkan dengan London. Kebetulan saya pula berasal daripada Langkawi... mungkin tak lama lagi boleh tulis cerita London ke Langkawi...hmmmm. Kebetulan pula watak Zaid Harith dalam novel saya seorang excekutif IT, dan kemudiannya London pernah mengadakan pameran Komputer dan komponen yang terbesar di dunia... dan bermulalah semua cerita ini...

Saya suka terperincikan cerita,maksudnya apa yang dilihat,didengar,dirasa,disentuh..kalau boleh gunakan semua pancaindera untuk menggambarkan sesuatu tempat... bermakna kalau tidak berkesempatan ke London,novel itu membantu anda bergerak ke sana,mengembara ke sana... saya sendiri pun belum lagi ke sana...jadi saya membayangkan diri saya di sana bagi membolehkan saya mengembara dan menikmati bandaraya London...Dan London melalui bacaan dan apa yang dapat kita lihat,sangat menakjubkan...

Saya sendiri terpaksa membaca buku travelog mengenai London,melihat peta London yang dipinjamkan daripada seorang murid saya,berpuluh jam di depan internet bagi mencari info bagi membolehkan saya mengembara (mengzahirkan diri saya sebagai Zaid Harith di sana) muka surat 65-104 yang mencritakan pengembaraan Zaid di London.

Saya harapkan anda akan gembira membaca dan akan mengembara bersama saya di London..

Thursday, October 1, 2009




Sabtu 21 Jun 2008, Bengkel Karnadya telah diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Mendengarkan nama Perpustakaan KL inipun, hati terasa 'hhmm' kat mana ya.. ada peta dan arah tuju yang dilampirkan di ruangan web KarnaDya, pun hati terasa .. masih tidak pasti..

saya keluar lebih awal, sepatutnya dalam 15 minit sahaja ke sana, tetapi sebab kurang pasti arah jalan ke sana, saya keluar 45 minit lebih awal.Library itu terletak di belakang padang merdeka.Sepatutnya masuk melalui hadapan padang Merdeka (mengikut peta yang diberikan)Alih-alih bila sampai ke jalan menuju jalan Raja, jalan itu ditutup pulak.. ada perarakan ... alamak, sudah! Hati dan fikiran mulalah jadi keliru... ada 20 minit lagi sebelum majlis dimulakan..

Jantung rasa berdebar-debar...saya memang tak suka lambat ke satu tempat atau majlis.Kalau saya berjanji saya akan pastikan saya akan tiba 10 minit lebih awal daripada masa.Sejak dari kecil lagi, keluarga saya dididik sedemikian rupa.Saya ingat semasa kecil dulu, kalau dikatakan jam 9, maknanya jam 9 sudah berada dalam kereta.Bapa saya akan menghidupkan enjin kereta tepat jam 9.

Setelah berpusing-pusing entah ke mana arah, saya berdoa dalam hati, janganlah saya lambat... tak best la.. akhirnya berjumpa juga, 5 minit sebelum jam 10.00 pagi.berlarilah saya ke perpustakaan itu.Dalam perjalanan bertemu ramai abang-abang tentera.. he he... Setelah mendaftar, saya masuk ke dewan, memilih tempat paling depan (memang tak suka duduk di belakang majlis ilmu- pantang sangat-sangat.. tapi kalau meeting, tak mengapa di belakang, he he)

Pihak KarnaDya terpaksa memulakan majlis 15 minit lebih lewat memandangkan ramai lagi yang belum tiba.Ternyata bengkel ini tidak mengecewakan sama sekali.Banyak tips yang berguna.

Dimulakan dengan saudari Lim Fei Fang(harap namanya betul- anak kepada Lim Swee Tin, orang besar satera juga) menerangkan berkaitan KarnaDya dan seterusnya format penulisan. (sebenarnya saya sudah tahu, ada buku rujukan berkaitan ini tetapi masih tidak rugi mendengar dan mencatat)dan banyak lagi pengetahuan yang masih tidak saya fahami, sebab syarikat penerbitan yang berbeza, berbeza juga syarat-syaratnya...

Saya bangga sekali mendengar bahawa, KarnaDya sangat mementingkan budaya mendaulatkan 'Bahasa Melayu' yang sekarang ini dikenali dengan Bahasa Malaysia.Mereka sangat pentingkan ketepatan ejaan malah penulisanpun tidak dibenarkan menggunakan 'manglish', B Malaysia + Bahasa Inggeris.Hmm, nampaknya inilah perkara yang saya sering buat... kebiasaan, kalau orang dengar saya bercakap, memang rojak, manglish... saya kira tidak salah menulis menggunakan manglish, supaya dapat natural, macam kita bercakap... tapi menurut, Fang, buku-buku mereka kebanyakkan dihantar ke library (opps perpustakaan) jadi, adalah penting bagi memastikan buku-buku mereka tidak diputar penggunaan bahasanya..nampaknya saya kena edit banyak manglish dalam penulisan saya...

Sesi kedua, oleh Encik Faez/Faiz( tidak pasti ejaannya) berkaitan pemasaran KarnaDya.Well ternyata tepat sangat kenyataan dia, Malaysian kurang membaca.Pernah dinyatakan Malaysian hanya membaca dua buku sahaja setahun, bukan bagi sayalah.Saya banyam membaca.Saya suka membaca.

Dan Sesi ketiga, yang paling saya tunggu, Puan Aina Emir.Seronoknya rasa dapat bertentang mata dengan Puan Aina.Ransangan yang diberikan sangat memotivasikan diri... hmm bukan senang mahu menjadi penulis, perlu kominmen, disiplin. saya tuliskan petikannya yang sangat menarik hati saya

" Buku adalah makanan minda dan jiwi.Berilah inspirasi kepasa mereka.Apabila jiwa tertekan, jiwa yang sama juga perlukan penawarnya.Jadikanlah bangsa kita bangsa yang membaca.dan pesanannya, tulislah dengan mata, hati dan jiwa raga."

" Penulis juga perlu bina identiti diri.. otu yang penting"

Saya tahu dan sentiasa sedar, saya kurang disiplin..saya habiskan buku pertama saya setahun... Jun 2007-jun 2008, maksudnya, tiada displin langsung... kenalah ubah keadaan itu...

Saya setuju benar dengan kata-kata Puan Aina yang menyentuh bahawa, 'paradigma minda orang kita mesti diubah.Novel cinta bukannya tidak membina minda." itulah niat saya dalam penulisan, menyampaikan ilmu dalam bentuk santai. Membaca sambil pengembara dan mengutip ilmu pengetahuan... kalau tidak takkanlah saya duduk di depan internet berjam-jam lamanya untuk mengutip fakta sebenar.. saya tidak mahu masukkan fakta palsu dalam novel saya... itu satu tanggungjawab dalam agama dan sosial, hanya menyatakan ' sesuatuyang benar sahaja'

KarnaDya juga ternyata sangat merendah diri..saya ingat lagi ucapan terkahir Lim Fei Fang.. ada sedikit jamuan ringan oleh KarnaDya.. saya bayangkan ada kueh-kueh sajalah.. sebenarnya tidak kisah kalau tiada jamuan sekalipun... kursus secara percuma, apa lagi yang kita mahukan?

Ternyata nasi putih, bihun goreng, ayam panggang, kueh, buah-buahan dan minuman bukanlah sepatutnya disebut 'ringan'..being humble... terima kasih KarnaDya..



Kalau anda diberi peluang dan bercita-cita menjadi penulis, jangan lepaskan peluang jika ada ditawarkan oleh KarnaDya.. saya dengar-dengar Nov/Disember depan..jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sepi oo Sepi

Saya masih ingat lagi ketika filem Sepi ditayangkan di Pawagam, saya pergi menonton dua kali (dalam sejarah lah kiranya 2 kali menonton)... seperti juga filem 'cinta' saya menontonnya dua kali.. (bermakna menangis, tersenyum, terciut banyak kali dalam panggung)

Saya mendapat inspirasi cara menulis novel daripada filem2 ini.. melihat angel daripada watak-watak dengan 'snap shot'... iaitu berhenti di tempat yang sama, kemudian baru menyambung cerita.. Malangnya ketika ditayangkan di Tv,banyak adegan yang menjadikan kita tersentuh telah dipotong,jadinya 'tak best langsung' la..

Bab 9 Petikan

Lokasi : KLCC Kuala Lumpur,KUala Lumpur...



Suraya duduk menunggu dengan debaran.Taufik datang tepat pada masanya.Dia masih Taufik yang dia kenali dulu, tidak kurang sezarahpun.Masa mesti ditepati, pesannya dahulu, maklumlah masa itu dia bercita-cita besar untuk menjadi ahli politik.
“Dah lama Nur tunggu?” soal Taufik lalu duduk berhadapan Suraya.Pandangan mata bertaut.Suraya hanya tersenyum.
“Tak.I was early.So How are you?”
“Fine.Bagaimana Adelaide? Best ?”
“Ala kalau bercuti, mana pernah tak best”
“This is for you” Suraya menghulurkan beg cenderamata kepada Taufik.Taufik mengambil beg kertas sambil mengucapkan terima kasih.
“Ini untuk you Nur,” gilitan Taufik menghulurkan sekotak kecil barangan.
“Thanks Fik, tapi I rasa cukuplah.You tak perlu beli jiwa raga I lagi.Macam I terangkan kita akan jadi kawan.Best Friend.You ingat kita baca pasal Shakespeare.You ingat tak apa yang Shakepeare katakan, persahabatan sering diakhiri dengan percintaan,tetapi alangkah…”
“I ingat, …bahagianya percintaan apabila diakhiri dengan persahabatan yang mesra” sambung Taufik.Dia seolah kehilangan kata-kata lagi.Nampaknya hati Suraya sudah tidak dirayu lagi.
“I was in love with you Fik.Deeply in love.Bila tiba-tiba you pergi, I rasa tiba-tiba sahaja, hidup I kesunyian.Hiruk-pikuk disekeliling macam tidak didengari lagi.Alam depan I yang luas pun macam tiba-tiba gelap, kelam.I cuba hidup dengan keadaan itu”
“ Itulah yang I harapkan. Dapat menghidupkan hidup kita semula” ujar Taufik.


Adakah impian seorang Adam bernama Taufik akan berakhir dengan gembira? Adakah Sraya memilihnya dengan memberinya peluang kedua lagi? Benarkah cinta lama sebenarnya tidak pernah mati? Bagai tunggul,dibaca dan mungkin bercambah kembali... benarkah?

Bab 7 Petikan







Lokasi, KLCC Kuala Lumpur... Malaysia.

Sedutan .....

Di saat Lukhman pergi meninggalkan Suraya, air mata Suraya merembes keluar tanpa dapat ditahan.Apatah lagi mengenangkan kata akhir Lukhman yang kurang Suraya fahami, kata Lukhman,
“Dua tahun itu lama tempohnya Su.Janganlah Su hadkan masa itu untuk orang yang jauh.Teruskan kehidupan Su seperti yang sepatutnya.Kalau ada lelaki lain yang mahu mengisi di hati Su, teruskan Su”
Suraya kurang memahaminya.Yang dia pasti, seolah Lukhman telah meletakkan takdir perpisahan untuk hubungan mereka. Dia kurang pasti kenapa!

Lukhman menggela nafas panjang.Berbaring bermalasan di katil, perasaanya bagai disayat-sayat dengan luka yang sukar diubati.Selamat tinggal kekasih hati.


Kenapa perlu diucapkan kata perpisahan? Adakah benar Suraya dan Lukhman berpisah? Adakah perpisahan untuk selamanya? Adakah mudah untuk suraya melupakan Lukhman?

Bab 5 Petikan





Lokasi: Tasik Kenyir,Terengganu Malaysia...

.... Sedutan


“ Ada filosopi tersembunyi dengan warna hijau ni.” ujar Suraya bagi mengubah cerita.
“ Filosopi ?”pendek bunyinya tapi penuh tanda tanya.
“ Hijau sinonim kepada banyak perkara. Hijau alam, ketenangan. Hijau daun maknanya kehidupan.”

Lukhman mengangguk. Faham benar dia dengan kalimah itu.
“ Ada lagi?”
“ Man sedar tak.Hijau pada alam Allah ini terletak antara dua warna. Warna langit biru. Warna laut atau daratan pula, samaada biru atau coklat.Menjadi dasar alam. Hijau pula, belantara, terletak antara langit dan daratan. Maknanya, hijau ini sentiasa berada di tengah, tidak ekstrim , tidak terlalu di atas, atau berada jaun nun di bawah” Suraya menerangkan dengan panjang lebar.

... banyak lagi filosopi tentang warna? Apakah filosopi untuk warna biru?hitam?merah? putih?

Bab 4 Petikan



Lokasi : Secret ..One Utama, Bangsar ,Istana Budaya KL dan PJ M'sia.


Sedutan....

Tarikh yang ditunggu Suraya akhirnya datang juga. Lelahnya menantihari dan detik pertemuan ini lagi.Suraya menggosok baju blaus hijau pucuk pisang hadiah ibunya.Batik lukis berbunga warna emas dan merah muda padan benar dengan kulit Suraya yang putih kemerahan. Dia memilih seluar panjang coklat gelap. Diacukan tudung hijau muda cair di baju yang akan dipakainya petang nanti. Diacukan juga Kot Coklat muda,padan. Segalanya siap berpasangan.
“ Ada orang tu, dari petang tadi mencuba baju.Biar mas tengok.Pusingkan badan,” usik Masita.Suraya memusing-musingkan badanya berkali-kali.Terbayang di matanya, keseronokkan menonton Siti menyanyi di konsert yang akan berlangsung nanti.Keseronokan menonton Siti satu perkara, yang lebih penting, tentu seronok untuk bersama Zaid lagi.

Sepatutnya Suraya akan keluar 'dating' dengan Zaid? Adakah benar Zaid yang akan menemaninya ke Konsert Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.... Adakah benar ada insan lain yang akan menggantikan tempat Zaid? Kenapa? Bagaimana? Adakah pertemuan ini akan berjaya dan membuahkan hasil?

Bab 3 Petikan





Lokasi : UKM Bangi Malaysia, Langkawi Kedah,Kuala Lumpur.
Sedutan...



Petang itu, ketika aku ke mesin meps, terserempak lagi dengan Taufik di depan koperasi UKM. Bagai dijanji-janji suasana persekitaran sunyi benar lagi Maklumlah orientasi biasanya bermula dua minggu sebelum pengajian asas bermula.Siwa-siswi senior belum lagi dibenarkan memasuki kawasan UKM. Hanya pelajar-pelajar baru beserta OC sahaja yang dibenarkan berada dalam kawasan kampus.
“ Nur, maaf mengusik-ngusik Nur tadi ya.” bicara awal dia memang menyejukkan jiwa.Bagaikan air yang menyiram nyalaan di hati. Hati yang rasa terbakar akibat perkataan pagi tadi pun sukar untuk menyala semua. Orang yang sudah menghulurkan kata kemaafan patut dimaafi sahaja. Aku sebaliknya berdiam diri sahaja. Bukan berniat untuk berlagak, tetapi kehilangan kata-kata.
Aku sebenarnya tidak suka sangat dipanggil Nur, walaupun namaku berpangkal Nur Suraya. Semua kawan-kawan aku memanggil aku dengan panggilan manja, Su atau Suraya. Panggilan Nur bunyinya macam ganjil sedikit.
“ Saya Taufik Abu Bakar, Tahun dua jurusan Fizik dan Gunaan. Tinggal di Kamsis Rahim Kajai, nombor kad pengenalan...”
Aku cepat-cepat mengangkat sebelah tangan menandakan ‘cukup’, dia tersengih-sengih sahaja. Nakal betul rupanya senior aku ini.
“Pertama, jangan panggil saya Nur, panggil Suraya atau Su.Kedua, saya perlu balik sekarang” seram juga berada berduaan di bangunan Sukanika. Sudah lah tiada manusia lain di kala ini.
“Ok. I hantar Nur ke kamsis”


Siapa sebenarnya Nur Suraya? Siapa pula Taufik Abu Bakar? Apa hubungan antara mereka?

Bab 2 Petikan




Lokasi : London...



Sedutan 1...


Nasib baik urusan imigresen tidak mengambil masa yang panjang . Aku mempunyai fakta terperinci mengenai tujuan lawatanku ke London. Lagipun dia tahu, paspot yang penuh dengan cop lawatan menunjukkan aku aktif ke luar negara.
Kuheret beg berukuran sederhanaku melalui stesen tube. Kusyen cozy merah ferrari membuatku selesa di dalam tube. Perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit ke stesen Victoria. Tube masih berkeadaan sama, kusyen merah ala –Inggeris menghangatkan tubuh yang kedinginan. Di sana aku terus ke hotel. Perjalanan dari Station Tube Victoria ke hotel hanya beberapa minit sahaja kerana jaraknya hanya dalam lingkungan 50 meter sahaja. Hotel Park Plaza Victoria. Nasib baik tube masih beroperasi sehingga jam dua pagi . Kalau lambat sedikit, aku perlu ambil teksi sahaja ke hotel. Teksi yang dipanggil cab agak mahal di London.
Di Hotel, aku disambut mesra penyambut tetamu di pintu masuk utama. Hotel ala-ala Inggeris klasik ini bertaraf empat bintang. Lokasinya di tengah-tengah bandaraya London memudahkan aku ke mana-mana sahaja.Terletak kira-kira 500 meter daripada Istana Buckingham, barisan kedai-kedai Knighbridge, kemudahan ini tidak sukar untuk pengembara seperti aku.

Sedutan 2...


Badan sudah terasa penat, apatah lagi sudah berjalan berkilometer agaknya. Beg sandang yang disandang pun terasa berat dengan barang belian tadi. Berhajat untuk mendapatkan makanan di plaza makanan Arab, tiba-tiba sahaja terpandang satu wajah yang begitu dikenali. Dia datang merapatiku.
“ Elle ke tu?”
“ Ya.Zaid !” dia separuh menjerit. Aku memang tergamam bertemu lagi dengannya di sini.
“You buat apa kat London ni?”Soalannya tidak terjawab. Kelu. Terkesima dengan wajah yang sudah lama kutinggalkan. Tidak kusedar dia menghulurkan tangannya. Tangannya kusambut. Ketika anak mata kami bertentang, aku dapat melihat wajah yang lama tidak kusimpan dalam ingatan. Michelle Wong, rakan belajarku dulu.




.... apa yang ditemui di London? bekas kekasih? teman.. Siapa Elle yang sebenarnya?

Bab 6 Petikan





Lokasi: Pulau langkawi, Kedah dan Port di Adelaide, Australia...

Sedutan novel:



Mata mereka terus memandang ke Hotel D Datee di hadapan.

“ Hotel itu sebenarnya memenangi anugerah kebangsaan dan reka cipta peringkat antarabangsa. Arkiteknya telah berjaya menonjolkan reka cipta tempatan dengan mengekalkan imej dan identiti kebangsaan. Dengan kata lain dia iaitu Dr.Emir Khairi berjaya menonjolkan pembiakan senibina psendo-tradisional Melayu dengan sedikit pencampuran elemen moden”

“ Okay. Jadi apa yang penting sangat.Kalau tengok, adakah satu yang dibolehkan kalau seorang arkitek lain menciplak hasil karya orang lain?”

“Bukan ciplak Su, lihat contoh.Lihat bagaimana ideologinya.Idea terasnya dalam pembinaan.Malaysian tidak seperti orang Inggeris yang 100% sukakan pembinaan tradisi mereka. Orang kita kalau dibandingkan dengan regionalisme tradisional , idea ini akan kelihatan kusam dan boring, kurang sesuai dengan kehidupan moden. Itu kata orang kitalah. Di Eropah lain pula ceritanya, mereka suka dengan pengekalan unsur atau elemen tradisional.Malah ada elemen yang dipraktikkan lebih kurang 500 tahun dan lebih lagi,” terang Lukhman dengan panjang lebar. Dia harapkan Suraya memahami apa yang disampaikan. Sebenarnya dia agak risau kalau Suraya agak boring sekiranya dia terus bercerita mengenai senibina.

“Maaf Su.Bercerita pasal senibina tentunya akan memboringkan Su?”

“Tak.Kadangkala kita kenalah faham citarasa orang lain juga. Su tak tahu langsung tentang senibina ni sebenarnya.Tapi apa yang special sangat pasal karya Dr.Emir ni? Maksudnya, bagaimana karyanya boleh muncul sebagai masterpiece Man pula?,” Entah mengapa perbualan Suraya –Lukhman berjaya menarik minat Suraya.Kalau perbualan dengan Zaid, dan Zaid berbicara tentang kerjanya, dialognya kelihatan muram.Dengan kata lain, boring pulak. Dengan Lukhman lain pula rasanya, seronok untuk mengetahui lagi. Informasinya menarik bunyinya...

Tips: kalau sudah ada cinta, semuanya baik sahaja...

Bab 1 Petikan





Lokasi Adelaide, Australia;The other side of Adelaide, City Sky Liner.

BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai gantinama, menggambarkan Lukhman sebagai salah satu watak utama dalam bab ini. Tujuan bab ini adalah introduksi Lukhman dari segi pekerjaannya, memperkenalkan ahli keluarganya, perwatakannya dan fasa kehidupannya. Ledakan emosinya , tentang keakrabannya dengan kawan baiknya Zaid Harith Bin Umar yang dianggap saudara kandung. Mereka malah juga disindir gay kerana terlalu rapat. Hubungan mereka bukan sahaja kerana berada bersebelahan rumah, malahan mereka juga menganggap ibu teman mereka sebagai ibu mereka sendiri. Juga dipamerkan Love at first sight yang dialami Lukhman. Penulis memperkenalkan teknik baru dalam penulisan di mana tiga bab awal bertujuan memperkenalkan watak utama dan perwatakan secara terperinci. Cerita watak ini ditamatkan dengan pertemuan di Kafe Secret Recipe.



petikan daripada novel...

Nama-nama tempat di Adelaide yang hampir sebati dan kuhafal denganku seperti Glenegs, Montefione Hills, Victor Harbour, Granite Island, Hindley Street, Rundle Street, Gouger Street, Harbour Town dan Port Adelaide bagaikan memanggil-manggil aku singgah lagi ke sana. Pun begitu, aku sentiasa ingat, ‘ Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri’.



Petikan 2

Sekiranya,dia mohon restuku. Aku tentu restui dia. Malah dia tidak perlu restuku untuk jatuh cinta. Pintaku hanya satu, kenalkanlah aku kepada Suraya,wanita yang bertuah itu. Dia memang bertuah, Zaid bukan sahaja baik hati,berbudi malah pada pandangan mata jejakaku pun,dia memang kacak. Kalau ditanya mak,mak tentu menyenaraikan seribu kebaikan Zaid di matanya. Cuma itulah virus yang mengganggu hidup dia. Penyakit gila kerjanya yang tidak dapat diubati.
“Kau tahu Zaid, kau ni sudah kena virus bahaya?”
“Mana ada?”sambungnya lagi. Mukanya berkelat pelik.
“Virus?Virus apa?”cepat-cepat disoalnya bertau-talu.Pelik agaknya dengan pernyataan aku.
“Virus workaholic.”
“Aku Workaholic?” soalnya. Hairan pulak dikatakan ‘gila kerja’
“Kau memang ada sembilan tandanya.”
“Sembilan, banyaknya. Aku nak dengar sangat Profesor Dr. Lukhman terangkan”


Aapakah restu yang dimaksudkan Lukhman? Apakah sebenarnya virus workoholic? Kenapa Zaid dikatakan mempunyai virus tersebut.

Bab 8 ,Petikan






.



sedikit sedutan akhir bab...

Suraya membiarkan Masita melihat pemandangan indah sendiri.Dia kembali menghampiri Lukhman.

“Abang, kenapa serius sangat,” teguran Suraya mengembalikan Lukhman di alam realiti.
“Tak ada.Abang tengah fikir pasal projek kat pejabat,” sengaja mencari helah.kalaulah Suraya tahu apa yang bersarang di mindanya.

“Kita mesti serius dalam semua perkara, kerja, hidup, makan kecuali sesuatu,” kata Suraya, bunyinya serius.

“Apa? Serius dalam semuanya, kecuali..” soal Lukhman kembali.

“Bercinta, “ tidak boleh serius bercinta, teruk juga ini.Apa maksudnya?

“Bercinta kenalah ada masam manisnya. Kalau kita serius dalam bercinta atau menyintai seseorang, kita akan jadi macam robot,” sambung Suraya.entah mengapa dia memilih topik ini, Lukhman kurang fahami.Mahu tunjukkan dia cintai aku?Hanya berteka sendiri.

“ Abang pernah baca buku pak Hamka?,” tanya Suraya lagi.

“Sorry, tak sebuah pun.Kenapa?”

“Kata pak Hamka, Hidup mesti terbina antara pahit dan manis.Kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan.Kalau semuanya manis pulak, hati akan menjadi bosan,” pepatah cintanya terasa menusuk dalam ke hati Lukhman.

Betullah semua itu Suraya, sekarang, semuanya manis.Kelak, bila kau pergi dan tidak akan kembali, hatiku yang akan menjadi rawan.

“Betul tal abang? Abang setuju tak?,”susahnya soalan.Soalan tahun akhir arkitek dulupun tidak sesusah ini!

“Entahlah Su.Abang tak tahu.Tapi abang setujulah, hidup ni mestilah ada manis dan pahitnya”

“Abang pernah jatuh cinta?,” soalan lagi.Soalan cepu emas pulak ni?Bagaimana mahu menjawabnya.Su lah orangnya.Kalau Cikgu suraida dulu, cinta monyet.Nur Madina pulak, entahlah, mungkin bukan cinta lagi, hanya angan-angan.Lukhman terdiam.Suraya nampaknya masih menunggu jawapannya.

“Teruklah abang ni.Cintakan negara, cintakan keluarga,Cinta Ilahi dan Islam, kan cinta juga.Takkanlah abang tak pernah jatuh cinta juga?,” katanya sambil tersenyum lagi.Aduh Suraya.Bisa sakit jantung, abang ni.Lukhman memejuk hatinya yang memang terkejut amat dengan soalan yang ‘membunuh itu’.

“Kita perlu bicara bang.Abangpun tahukan, Su tidak datang sejauh ini hanya semata-mata makan angin.Makan anginpun betul jugalah, tapi ada persoalan yang perlu Su selesaikan dengan abang,” kata-kata yang lurus daripada mulut seorang kekasih rahsia.Su, ada lagi soalan atau pernyataan yang bakal membunuh?

............... apa yang mahu dibicarakan..........


Sedutan 2:

Lukhman terbaring lesu di sofanya, air matanya jatuh lagi.Dia tidak pernah merasa detik kehilangan begini.Ketika di meninggalkan Kuala Lumpur dahulu, memang terasa sedih dan pilu di kalbu, tapi dia tahu, dia masih akan dapat menatap wajah Suraya bila-bila masa lagi.Tapi kali ini, situasinya akan berbeza, mungkin selepas ini, Suraya akan hilang terus daripada hidupnya.Mungkin untuk menatapbarang seinci bayang Surayapun, kelihatannya bagai tidak mungkin.Bukankah dia telah menolak cinta wanita yang selama ini dinanti sekian lama.

Dia melangkah ke bilik tetamunya.Bilik yang telah dikemaskan dengan baik oleh Suraya dan Masita.Dilihatnya di atas bantal, sebuah bungkusan sederhana besarnya yang dibalut rapi.Di atasnya, sekeping kad yang diletakkan dalam sampul berwarna biru.Di bukanya kad itu.

Abang, terima kasih menerima kami di sini.Su tinggalkan abang dengan tiga perkara.
1

... apakah tiga perkara itu?
...........adakah Lukhman akan mendapat kembali 'cinta' yang ditolaknya? atau suraya akan memilih Zaid? atau Taufik??