Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Wednesday, January 13, 2010

Ditangkap rasa hiba,menyudahkan novel baru.



Bonda Hajjah Fatimah binti Haji Omar...al Fatihah

Akhirnya saya menghabiskan bab 7 dengan juraian airmata. Bukan sahaja kerana kesedihan yang saya paparkan dalam bab buku baru saya,tetapi kerana saya berhadapan dengan kehilangan mak semasa saya berada di pertengahan bab 7 ini.
Ketika saya menulis bab 7,di pertengahan.. kebetulan memerlukan saya menulis .. kejadian di hospital dalam situasi di bab ini... ,allahyarhamah mak mertua saya,dimasukkan ke hospital. Semasa saya menjaganya di wad pada malam rabu,dia kelihatan okay,cuma ada diberitahu dadanya sakit sangat. Menyaksikan dia tidur,perasaan saya tidaklah bimbang sangat. Pada fikiran saya,jika mak boleh tidur,bercakap walaupun tidak dalam keadaan biasa (percakapan mak tidak ramah seperti biasa,pertuturannya jelas,satu perkara yang jelas,pendengaran mak tiba-tiba sahaja tidak jelas)
Mak kelihatan keletihan kerana dia berselera untuk makan. Tekak mak yang luka akibat batuk mungkin menjadikan mak tidak berselera sekali. Tambahan pula batuk-batuk yang mak alami agak memenatkan pada usia mak (71 pada 10 dis lalu)
Saya berjaya menghabiskan menaip beberapa halaman pendakian Gunung Kinabalu... dan kemudiannya cuba memeasukkan elemen hospital di bab ini. Mata tiba-tiba terasa mengantuk apabila terpandangkan jam menunjukkan sudah melewati 2 pagi. Melihat keadaan mak yang sedang tidur,saya akhirnya berjaya juga melelapkan mata.
Saya tersedar pada jam 4 pagi,dan mata pun terasa tidak lagi mengantuk. Mungkin tidak begitu selesa hanya melabuhkan diri di bangku (arm chair) kerana ketika itu saya berada di wad karuantin. (mereka menjanggkakan mak saya mengidap penyakit batuk kering tetapi sebenarnya tidak)Saya bangun,sesekali melihat mak yang masih ketiduran, sebenarnya keletihan akibat batuk dan mungkin kelaparan,mak hanya makan dua sudu bubur nasi sahaja. Kalaulah saya tahu,inilah malam terakhir di mana mak sedar (kerana keesokkan petangnya,mak sudah tidak sedarkan diri)sudah tentu saya langsung tidak akan tidur. Banyak yang saya ingin saya bualkan lagi dengan mak. Saya belum berkesempatan menunjukkan mak buku novel pertama saya.
Apabila buku saya dikeluarkan pada November 2009,mak tidak datang berkunjung datang ke dj seperti biasa.Jadi,saya belum berkesempatan menunjukkan mak buku sulung saya. Apabila mak tiba di Dj malam selasa,malam sudah larut benar.Lagi pun,sangka saya,mak hanya sekejap di wad.
Entah mengapa saya tidak langsung menunjukkan mak novel saya padahal saya berada beberapa jam bermula maghrib sehingga tengah hari di wad bersama mak.
Dan hibanya saya kerana ayat terakhir saya kepada mak berbunyi,"mak,nora balik dulu sekejap. Nanti nora datang lagi." saya membisikkan kepada mak,dan dia hanya mengangguk. Bukankah sepatutnya ayat terakhir saya, "saya sayangkan mak atau kami sayangkan mak."
Dalam setiap kali pertemuann kami,saya akan bersalaman dengan mak dan akan berpelukan dan berkata,"jumpa lagi mak." dan saya kali ini saya terlupa mengucapkan perkataan keramat saya.
Dan apabila saya tiba petangnya,mak sudah tidak sedarkan diri lagi.
Seandainya saya tahu dan menyedari semuanya...dan mak meninggalkan kami pada malam hari Jumaat jam 12.02 malam...
Menyedari hakikat sebagai manusia biasa,banyak rahsia alam yang kita tidak tahu... segalanya berlaku mengikut catatan Ilahi.. dan kita perlulah redha akan segalanya...
Novel baru saya juga membincangkan saat kematian... yang tentunya menjadi sebahagian daripada pengalaman sebenar saya .. memandikan,mengkafankan dan pengkebumikan orang yang saya kasihi...

No comments: