Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini...
Jumpa lagi...

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%

KARNADYA ONLINE ; dISKAUN SEHINGGA 40%
Klik pada gambar. Belian melalui 'online' untuk diskaun hebat. sehingga 4 september 2011

Ulasan Buku, Klik pada tajuk BERITA HARIAN

Facebook : Nama penuh saya. Noor Arbaiah Ismail (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian.
Rahsia DC : klik pada tajuk Rahsia dalam DC.
Petikan : Bab 1 lihat Bab 1:Lukhman Hakim.. (keseluruhan)
Bab-bab lain, petikan bab 2, 3....

Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 Bintang:)***** Harga diskaun - 35% @karnaDya online sales. (hanya RM 12.35) SEKARANG!!


























Followers

Link kepada Info saya

Link kepada Info saya
Klik pada imej

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..

Link kepada Novel Cinta Sikunang-Kunang..
Sila klik @ gambar

Novel ketiga -Jun 2011

Novel ketiga -Jun 2011
Purnama Merindu

Gambar lokasi dalam novel.. Petikan Bab dari DC

Sila ke Facebook saya.. Lihat album : NOVEL DIMENSI CINTA-LOKASI CINTA...TQ Petikan keseluruhan Bab 1: lihat Bab Lukhman Hakim.. terdapat juga petikan bab2 lain, sila lihat petikan bab 2, 3...

DC boleh dibeli dari... dapatkan 35% diskaun melalui pesanan online KarnaDya.. RM 13.35

KARNADYA - ONLINE SALES, diskaun 20-35%

POPULAR BOOKSTORE

KUNIKURIYA,KLCC

MPH BOOKSTORE

Kedai Buku Muslim dan Minerva (jalan Tunku Abdul Rahman) diskaun 20%

BROWN BLACK BLUES,Sri Hartamas.

BARKAT STORE,Berdekatan Kamdar,Langkawi.


Popular Posts

Komentar

Grab This Widget

Monday, January 25, 2010

Marathon Cinta



Tiba-tiba di tengah malam saya teringatkan lagu lama, "Kalau ada antara kita nanti.. berubah hala serta memungkiri janji,jangan anda benci.." rasanya kalau perhubungan tidak menjadi dan sekadar perhubungan sahabat sahaja,tentulah tiada masalah utnuk kela sebagai sekadar kawan, tetapi sekiranya membabitkan 'soal perasaan agaknya jawapannya kekal sebagai 'tidak untuk bersahabat' semula.


Kata kawan saya,
1. Anyone can catch ur eye, but it takes someone special to catch ur heart.
2. If love is the answer, could u rephrase the question?

Well,terkedu seketika. Saya tahu,dia merujuk kepada cerita di blog saya. Barangkali tidak bersetuju dengan cerita saya, 'cinta' datangnya banyak kali.Hmm.. Jawapan saya, kalau anda bernasib baik,'cinta' barangkali datangnya sekali. Bertemu soalmate,then 'settle down'..tapi kalau cinta tidak kemenjadian, apa boleh buat. Tinggalkan saja, mulakan lagi, bertemu dan mencari... cinta lagi..

Itulah sebabnya barangkali ada orang yang terpaksa mengharungi rumahtangga dan perkahwinan yang kedua untuk menemui 'cinta'baru.

Ramai orang di dunia ini barangkali tidak beruntung. Kalau dibuat statistik,barangkali ramai yang berkata,mereka jatuh cinta banyak kali. Hah!Terutamanya lelaki,banyak sangat 'cinta' yang mereka mahu tawarkan. (tapi kata saya pada suami,jangan dia mahu berangan.. kalau mampu beri saya banglo dan ferrari, duit bulanan RM 1 juta sebulan,silakan untuk poligami,kalau tidak bermakna 'tidak mampu' lagi beristeri lebih - walau pun tahu material bukanlah jawapan bijak dalam hal ini)

Jangan paling penting bukannya berapa banyak yang ada bertemu sebelum ini,siapa yang pertama itu tidak penting,tapi siapa orang terakhir untuk anda berikan cinta yang paling penting.Apabila menemui your soulmates,mengekalkan 'cinta' hanya kepada satu amat penting.

Kita tidak dapat mengubah cinta pertama dan seterusnya tapi boleh kekal dalam cinta yang terakhir.

Sunday, January 24, 2010

Marathon Cinta...


Kenapa saya namakan marathon cinta. Cinta ini umpama marathon juga. Mesti ada penat lelahnya,mesti ada pengorbanan,mesti ada masa suka dan dukanya. Pendek kata,macam marathon,berlumba.. dan penghujungnya,kita akan senang apabila tiba di garisan penamat.

Tapi cinta?Di mana penghujungnya? Bagi saya,biarlah ke hujung nyawa. Soalan murid saya bertanya, "cikgu,tak boringkan bersama seseorang yang sama sehingga akhir nanti?"Saya tanpa perlu berfikir panjang (kerana saya sangat pasti)menjawab,"tentulah tidak, setiap hari adalah hari baru,persis pemikiran seekor ikan yang setiap kali berpaling akan menyatakan tempat itu adalah tempat baru baginya walau pun hanya mundar-mandir dalam akurium yang sama"
"Ikan,begitu..."Agaknya soalan yang tadi ditanya sudah tenggelam di sebalik cerita seekor ikan.
"Begitulah yang Allah ciptakan ikan. Sebab itulah dalam Islam,kita dibenarkan menyimpan atau memelihara ikan di dalam bekas tetapi tidak kepada burung. Burung sebaliknya akan terasa dipenjara dikurung,dalam sangkarnya."
"Habis kalau orang,bagaimana. Tidak dia terasa terkurung berada dalam sangkar yang sama?"Saya fahami maksudnya,berada dalam rumah yang sama,sepanjang hidup kita.
"Cikgu memilih berfikiran seperti ikan,tetapi bebas terbang seperti burung,terbang di mana suka,asalkan jangan singgah di dahan kepunyaan orang."
"Huii cikgu,tajamnya..." dan dia turut tertawa bersama saya.

Marathon cinta,sebenarnya tidak ada penghujungnya.. Begitulah ceritanya...

Friday, January 22, 2010

Marathon Jiwa.


Saya berjanji dengan jiwa saya dan minda saya yang saya akan cuba menghabiskan manuskrip baru dengan lebih cepat. kalau Dimensi Cinta,saya berjaya habiskan dalam tempoh satu tahun,bermakna untuk buku kedua ini,saya perlu habiskan dengan lebih cepat. Target saya, 6 bulan. Kepada saya sendiri,kedengarannya mustahil,tapi tidak mengapalah. Saya cuba memujuk diri,kalau terlebih pun,mungkin seminggu dua.

Sepatutnya Bulan Januari,saya sudah menamatkan manuskrip tetapi,saya belum boleh berjaya menghabiskan bab 8(bermakna ada dua bab lagi).. Saya sudah keletihan. Walaupun sudah merancang setiap langkah dalam manuskrip saya, memfailkan maklumat setiap bab sebelum memulakan penulisan,tetapi bersaing antara komitment kerja dan komenment diri sendiri,sayav rasa saya sudah 'pancit' di tengah jalan.

Buat pertama kali,saya kehilangan selera makan, dan otak saya kelihatannya tidak mahu tidur. Setiap kali saya mahu tidur,minda saya masih aktif ber'cakap' dengan hati dan perasaan saya. Adus!Sukar untuk melelapkan mata,kerana minda masih aktif padahal anggota badan sudah keletihan.

Mungkin saya need a break!Baru 3 minggu sekolah dibuka, saya sudah seolah sudah bermarathon sejauh 100 km. Lelah sekali. Saya memujuk diri sendiri. Buku boleh ditunggu,kalau saya jatuh sakit bagaimana? Jadi,saya mungkin tidak perlu bermarathon lagi, cukuplah berjalan kaki... biar lambat asal selamat.

Selalunya balik dari sekolah saya,selepas 1 jam,saya terus mengadap Lap top dan menulis... (entah mengapa perlu menyiksa diri) Jadi hari ini, saya mengambil keputusan, saya hanya akan menonton movie, sebuah filem romantis, "Night At Rodanthe." Hero lama saya, Richard Gere and Diane Lane. Mungkin malam nanti,barulah saya duduk mengadap lap top kembali, just to get the feeling 'romantik'.

Wednesday, January 20, 2010

Tajuk buku 2




Setelah berbincang dengan kawan baik saya Kak Yam, di sekolah,katanya "kelip-kelip tu okay juga,tapi kenalah ubah sikit. Bahasa formalnya,Kunang-kunang." Semalam saya sudah gelakkan suami apabila dia mencadangkan tajuk buku saya,"kelip-kelip".. malah saya bertanya balik, "apa yang terkelip-kelip"sambil ketawa.
Kawan saya bertanya balik, "fuad tak marah ke bila diketawakan."
"Tak,"jawab saya pendek. Bukannya dia tak faham-faham lagi dengan perangai saya. kalau saya rasa mahu ketawa,ketawa aje lah. Dia tak akan merajuk kerana perkara sekecil ini.
Jadi, Sikunang-kunang bunyinya okay juga. Petang tadi apabila menelefon suami,saya bercerita tentang tajuk baru. Dia bertanya balik apa ulak kaita maksud kelip-kelip dengan kunang-kunang. Saya rasa pelik semacam sahaja. Sebab setahu saya,kunang-kunang dan kelip-kelip sama maksudnya. yang berbeza hanyalah ejaannya.
Saya bertanya apa maksudnya dengan kelip-kelip. Kata suami,"sekejap-sekejap." Berburailah ketawa saya sampaikan dia ketawa sama.
"Abang tahu tak,kelip-kelip ni melambangkan sinar- sebab kelip-kelip tidak muncul pada semua keadaan dan tempat. Ideologinya,kelip-kelip seperti cinta juga memilih orang tertentu. Dan adanya kunang-kunang ini menyinari sekitarnya."
"Entahlah yang,"balas suami saya.Perkataan yang membuatkan saya ketawa,memang geli hati.
"Itulah,bahananya tidak berkahwin dengan sasterawan."sambil menyambung gelak. Dia hanya tergelak di hujung gagangnya.
Memang betullah kata kawan saya, Dr.Z, perbezaan akan melengkapkan kebahagian. Kalau dia sama ideanya seperti saya,agaknya,kami akan bertengkar mengenai tajuk sebab,dia tentunya akan mempunyai tajuk yang difikirkan lebih tepatdengan pemikirannya.
Moralnya : Berbeza idea memang melengkapkan hidup.
Pada saya, Cinta sekunang-kunang, bunyinya sedap juga kan?

Tuesday, January 19, 2010

Tajuk buku...



Manuskrip saya yang kedua, akan dapat disiapkan menjelang febuari atau akhir febuari,mungkin. Sedang berkira-kira mencari cadangan nama untuk buku kedua ini. Apabila ditanya kepada suami,semua nama yang saya katakan itu tidak 'sedap' didengar..katanya.. (padahal membaca buku novel pun tidak)

Nama yang dia beri pula kelihatan lawak kepada saya, "kelip-kelip". saya katakan padanya, tajuk ini kedengarannya macam buku fiksyen atau buku sains atau buku kanak-kanak. Padahal temanya buku cinta dan hidup. Ada cadangan? mungkin saya perlu masukan sinopsisnya sedikit, tapi kalau dah keluarkan sinopsis dulu,tak pula best. Jadi dalam perkataan,

Twins,Adam. sister win,frust,lost love,Toulous,Find another man but not falling in love. Sis died. Adam want her back. ...

Sekiranya tajuknya BMW ku ... be my wife ..sound bad or not,tapi macam lawaklah pulak..

Sunday, January 17, 2010

New York, here i come.





Sudah saya jelaskan suami saya tidak akan membaca buku sebarangan. Hanya tajuk-tajuk terpilih sahaja.BMW,kereta,memancing dan muzik. Menarik bukan. Surat khabar pun dibelek-belek sekejap sahaja. Jadi novel DIMENSI CINTA jangan haraplah dia akan buka dan baca. Pernah saya katakan padanya,"Abang,satu hari ayang akan ikat abang di katil,lagi tak habis baca buku tu,abang tak akan dilepaskan." Dan dia hanya tersengih sahaja. Saya tahu,kalau saya betul2 lakukan begitu,dia akan terus terikat sampai sarang labah-labah di atas badannya. Atau dia akan panggilkan Superman,Ultraman,Batman atau Cicakman menolong dia. Ha ha ha.
Situasi ini bukan bermakna dia tidak mendorong saya menulis. Motivasi dia adalah dengan menolong saya dengan kerja rumah jadi,saya taklah sibuk sangat dengan kerja rumah dan saya akan ada banyak masa menulis.Dia bertanya juga berkaitan manuskrip baru. Katanya,"ayang,dalam 10 perkataan,beri abang 10 perkataan rumusan buku baru." Memang saya tergelak besar. Macam manalah nak beri sinopsis yang terhad 10 perkataan. So bunyinya, "love,twin,fun,died,toulous,new york,mount kinabalu,canser,pilot,lost love,find love." kelakarkan bunyinya. Entah apalah yang suami akan faham dengan himpunan perkataan itu. Tapi bagi dia,dia mungkin memahami yang perkataan itu digunakan dan akan dikembangkan dalam cerita baru.
New York memang salah sebuah kota yang menjadi kesukaan saya,walaupun saya belum berkesempatan ke sana. Bandaraya antara yang terhebat di dunia. (dengan menolak masaalah budaya Barat yang tidak boleh diterima akallah) Menonton kehebatan New York melalui movie menjadikan adrenalina melonjak sama. Jadi,sudikah anda bersama saya ke New York nanti?

Friday, January 15, 2010

Jatuh cinta lagi...





Melihat lagi gambar-gambar kami bersama,saya tidak tahu berapa kerap lagi saya jatuh cinta lagi,dan lagi.. setiap detik hidup kami.

Entah apa yang terdetik dalam fikiran murid saya,tiba-tiba apabila berjalan beriringan ke perpustakaan selepas sekolah,dia bertanya,"cikgu,boleh saya tanya cikgu."
"Yes sure. Pasal sejarah ke?"Pelik juga.
"Are u in love?"Lagi lah pelik.
"Kenapa?Mengapa?"Menang terasalah peliknya sangat soalan murid ini.
"You're smiling. You look sometimes tired but happy."
Memang saya tergelak. Persoalannya,salahkah 'to look happy?'
"In love. Sure. I love my students,family..."dah hati pun terdetik lagi. Macam pelik semacam je soalan ini.
"Cikgu menampakkan perlakuan cinta seperti dalam novel cikgu tu di wajah cikgu hari-hari. Nampak blooming. Happy. Ceria. Fun. Sebab tu saya tanyakan cikgu,adakah cikgu in love."
"Ohh.. "Fahamlah saya,kaitannya penulisan saya dan wajah saya. Pelik juga kalau ada orang yang mengamatinya.
"Well. Jatuh cinta mungkin banyak kali,tapi setelah bersuami,cinta tentulah untuk suami. Mengekalkan cinta tu berterusanlah. Macam pertama kali jatuh cinta juga,hati kita akan rasa berdebar ketika bertemu,kalau bertelefon rasa seronok ketika bercakap... kalau dia tersenyum,hati kita pun terasa girang bersama.Ritma dan bunyian jantung berulang kali...begitulah..." Dalam hati berbisik juga,'haiya' kalau dibuatnya dipercaya semua perkara yang berlaku dalam novel dikaitkan dengan saya sendiri,"PARAH LAH JADINYA" ...semua yang terkandung dalam penulisan bukan cerita sesiapa... hanya rekaan dan khayalan kita semata.
Inilah yang agaknya dikatakan oleh Aisyah,peminat novel yang saya temui di MPH One U:novel yang memenangi hati agaknya,akan menjadikan seolah kita sebagai watak di dalamnya.
Unik!Saya bertanya lagi,"habis awak akan jadi Surayalah."
Dia menjawab balik,"tentulah."Dalam hati saya berbisik lagi, "saya pun mahu jadi Suraya juga. " Tapi saya sudah bertemu Lukhman saya,di alam nyata. Hah,sudah terlambat untuk memancing seorang Lukhman lain lagi.

Wednesday, January 13, 2010

Ditangkap rasa hiba,menyudahkan novel baru.



Bonda Hajjah Fatimah binti Haji Omar...al Fatihah

Akhirnya saya menghabiskan bab 7 dengan juraian airmata. Bukan sahaja kerana kesedihan yang saya paparkan dalam bab buku baru saya,tetapi kerana saya berhadapan dengan kehilangan mak semasa saya berada di pertengahan bab 7 ini.
Ketika saya menulis bab 7,di pertengahan.. kebetulan memerlukan saya menulis .. kejadian di hospital dalam situasi di bab ini... ,allahyarhamah mak mertua saya,dimasukkan ke hospital. Semasa saya menjaganya di wad pada malam rabu,dia kelihatan okay,cuma ada diberitahu dadanya sakit sangat. Menyaksikan dia tidur,perasaan saya tidaklah bimbang sangat. Pada fikiran saya,jika mak boleh tidur,bercakap walaupun tidak dalam keadaan biasa (percakapan mak tidak ramah seperti biasa,pertuturannya jelas,satu perkara yang jelas,pendengaran mak tiba-tiba sahaja tidak jelas)
Mak kelihatan keletihan kerana dia berselera untuk makan. Tekak mak yang luka akibat batuk mungkin menjadikan mak tidak berselera sekali. Tambahan pula batuk-batuk yang mak alami agak memenatkan pada usia mak (71 pada 10 dis lalu)
Saya berjaya menghabiskan menaip beberapa halaman pendakian Gunung Kinabalu... dan kemudiannya cuba memeasukkan elemen hospital di bab ini. Mata tiba-tiba terasa mengantuk apabila terpandangkan jam menunjukkan sudah melewati 2 pagi. Melihat keadaan mak yang sedang tidur,saya akhirnya berjaya juga melelapkan mata.
Saya tersedar pada jam 4 pagi,dan mata pun terasa tidak lagi mengantuk. Mungkin tidak begitu selesa hanya melabuhkan diri di bangku (arm chair) kerana ketika itu saya berada di wad karuantin. (mereka menjanggkakan mak saya mengidap penyakit batuk kering tetapi sebenarnya tidak)Saya bangun,sesekali melihat mak yang masih ketiduran, sebenarnya keletihan akibat batuk dan mungkin kelaparan,mak hanya makan dua sudu bubur nasi sahaja. Kalaulah saya tahu,inilah malam terakhir di mana mak sedar (kerana keesokkan petangnya,mak sudah tidak sedarkan diri)sudah tentu saya langsung tidak akan tidur. Banyak yang saya ingin saya bualkan lagi dengan mak. Saya belum berkesempatan menunjukkan mak buku novel pertama saya.
Apabila buku saya dikeluarkan pada November 2009,mak tidak datang berkunjung datang ke dj seperti biasa.Jadi,saya belum berkesempatan menunjukkan mak buku sulung saya. Apabila mak tiba di Dj malam selasa,malam sudah larut benar.Lagi pun,sangka saya,mak hanya sekejap di wad.
Entah mengapa saya tidak langsung menunjukkan mak novel saya padahal saya berada beberapa jam bermula maghrib sehingga tengah hari di wad bersama mak.
Dan hibanya saya kerana ayat terakhir saya kepada mak berbunyi,"mak,nora balik dulu sekejap. Nanti nora datang lagi." saya membisikkan kepada mak,dan dia hanya mengangguk. Bukankah sepatutnya ayat terakhir saya, "saya sayangkan mak atau kami sayangkan mak."
Dalam setiap kali pertemuann kami,saya akan bersalaman dengan mak dan akan berpelukan dan berkata,"jumpa lagi mak." dan saya kali ini saya terlupa mengucapkan perkataan keramat saya.
Dan apabila saya tiba petangnya,mak sudah tidak sedarkan diri lagi.
Seandainya saya tahu dan menyedari semuanya...dan mak meninggalkan kami pada malam hari Jumaat jam 12.02 malam...
Menyedari hakikat sebagai manusia biasa,banyak rahsia alam yang kita tidak tahu... segalanya berlaku mengikut catatan Ilahi.. dan kita perlulah redha akan segalanya...
Novel baru saya juga membincangkan saat kematian... yang tentunya menjadi sebahagian daripada pengalaman sebenar saya .. memandikan,mengkafankan dan pengkebumikan orang yang saya kasihi...

Friday, January 8, 2010

Terlalu idealistik,wujudkah begitu?

Kawan saya yang telah berjaya menghabiskan novel saya semasa bercuti bertanya,betul-betulkah wujud watak yang begitu idealistik seperti Lukhman,Zaid,Suraya atau Ali,Masita. (baik hati,baik rupa paras,beragama, pendek kata, pakej 4-5 perkara lah)
"Well,saya kata. "Suka saya katakan,tak ada manusia sempurna. Yang sempurna hanya Allah sahaja.Tapi 'sempurna' seperti yang saya gambarkan dalam novel saya,seperti 'kaya dan hartawan,(atau anak orang berada)handsome,berpendidikan,baik budi,tidak menyombong,beragama' memang wujud. Mengapa tidak?" Saya kenal ramai juga orang yang begitu (walaupun saya hanya kaya dengan kata-kata.. he he(Menjadi 'sempurna' pada pandangan 'mata dunia' seperti ada semuanya lengkap 'ada wang,harta,keluarga harmoni,beragama,baik budi nahasanya' memang wujud walaupun banyak juga yang 'cacat kesempurnaanya' seperti kaya tapi kedekut,tidak bermoral dan sebagainya.)
"Bukankah ada hampir 7 billion manusia,tentulah banyak juga peratus manusia yang baik-baik kan? Teman saya itu hanya tergelak.
Di sekolah saya pun ramai yang suami mereka atau bapa mereka kaya-kaya,tapi baik budi tidak menyombong,cantik,ada keluarga yang harmoni... itu dikira sempurnalah.

Ada membaca apabila membaca watak yang terlalu sempurna,mereka menceceh dengan mengatakan,"mana ada orang sempurna begini." Sebenarnya ada,cuma anda yang tidak berpeluang mengenali individu tersebut. manalah tahu,anda akan bertemu orang yang 'seindah begitu'perwatakannya. Bukankah kehidupan kita sehari-hari penuh dengan keajaiban. Bernafas dengan cinta,jantung yang berdegup dengan ritma cinta, angin yang menderu dengan melodi cinta daripada Penciptanya...

Sunday, January 3, 2010

Dikritik,bersediakan anda?

Saya terbaca di harian metro,bunyinya menarik,"Jika anda tidak bersedia dikritik,jangan lakukan apa-apa pun..." malangnya saya sudah lupa siapakah yang quote kata-kata itu. Menarik bunyinyakan. Jadi apabila mula saya menulis,kita perlu bersedia mendengar 1001 kata-kata yang macam-macam,mostly ramai yang mengkritik,ada sahaja yang mencungkil kelemahan penulisan anda. Dan actually,lebih mudah mencari kelemahan berbanding kelebihan... (macam melihat orang memakai pakaian,lebih mudah melihat apa yang tidak menarik disebalik yang menarik @ makanan, lebih mudah komen apa yang tidak sedap dirasa berbanding kalau disuruh memasak sendiri,yang belum tentu sesedap makanan yang dirasa- walaupun ada sendiri komen makanan itu kurang sedap - dapat maksudnya kan)
Mengikut penulis lama, yang penting,jangan jadikan kritikan sebagai pelemah semangat anda!Sidney Sheldon,A.Samad Said etc,semuanya pun dikritik. Even yang menjadi Sasterawan Negara pun dikritik. Sama seperti kita menonton filem,kritik bukan main lagi padahal kita sendiri tidak pernah belajar pasal filem. Semua benda kita akan kritik,skrip,angel filem,pelakon etc... macam kita yang lebih terrer daripada pengarah,pelakon etc.. jadi kalau dikritik mengenai penulisan saya,biasalah... kadangkala yang mengkritik belum pun menulis sesuku buku.. he he (jangan mare)
Banyak blog yang saya baca,kadang-kadang kritikan terhadap buku-buku pelbagai penulis itu keterlaluan. Nampaknya hanya menyebut tentang kelemahan sahaja. Sepatutnya berdasarkan pengetahuan kawan saya,mengikut subjek 'kritikan sastera' yang dia pelajari,kritikan sepatutnya seimbang daripada sudut kebaikan (pro) dan kontas. Ada dua elemen yang mesti dikaji,tak de la berat sebelah macam buku/novel tu teruk sangat. Pada hemat saya,penerbit yang menerbitkan sesebuah buku tentulah mengkaji dengan terperinci sebelum menerbitkan sesebuah buku,kalau tidak bagus,mereka pun tentu tidak akan terbitkan sebab tiada pihak yang mahu rugi.
Di Barat lain ceritanya,kadangkala kritikan menjadi pelaris filem. Berbalik kepada perenggan satu,jadi menerima kritikan adalah perkara biasa. Macam memasak juga,yang suka pedas,akan beri komen,tambahkan cili. Yang suka masam,minta ditambah asam,yang suka manis,minta tambahkan gula. Yang suka masim,minta tambahkan garam,akhirnya,makanan pun tak boleh dimakan lagi.
Saya! Saya suka dengan citarasa sendiri. Sukar untuk memenuhi citarasa semua orang.Ada begini,begitu, begini + begitu,jadi kita yang pening... kalau cuma memenuhi permintaan semua orang. Pada saya,kalau anda sukakan pedas yang berbeza citarasanya,atau garam yang berlebihan,gula yang manis sangat,atau masam yang mencuka,kenalah tulis buku anda sendiri.. he he he.

Alhamdulillah.

Ketika di Langkawi,tiba-tiba terfikir,ada ka buku saya dijual di sana? Dan meminta mama saya menyiasat. (sebab ketika di sana,lupa mahu periksa)kalau ada novel saya dijual di sana. Saya bercadang kalau tiada bekalan di sana,kenalah uruskan sendiri. Rupanya di Barkath Store,sudah lama dijual. Dan alhamdulllah,kata pengurus di Barkath Store,buku ini sudah banyak kali diulang pesanannya. Alhamdulillah. Saya harapkan penjualan di tempat lain juga begitu.